Tuesday, July 22, 2008

Allah Jadikan Semua Penyakit Ada Ubatnya!

InsyaAllah jika ada kelapangan, setiap minggu Al akan cuba untuk mengambil petikan nas samaada ayat al-Qur'an atau hadis-hadis yang sahih untuk sama-sama kita hafal, faham & seterusnya aplikasikan dalam kehidupan kita. Al tak punyai autoriti untuk mensyarahkan nas kerana Al bukan ahlinya. Lagipun ia perlu dilakukan dengan penuh amanah & mengikut disiplin-disiplin ilmunya. Walaubagaimanapun insyaAllah sama-sama kita buat rujukan, apa pandangan para mufassiriin dalam mentafsir ayat al-Qur'an tersebut, apa pandangan para muhaddisin dalam menjelaskan maksud hadis-hadis yang nak kita perbincangkan.


Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah Ta'ala untuk menjadi para pendakwah yang baik mengikut spesifikasi bidang kita sebagai profesional kesihatan, insyaAllah.

Pada hari ni Al nak kongsi dengan sahabat akan satu hadis yang sahih riwayat imam Bukhari dalam Kitab Sahihnya (Bahagian Perubatan). Hadis pertama dalam bahagian berkenaan. Hadis ini cukup straight forward dan sangat baik untuk sama-sama kita hafal. Kerana ia memberi suatu harapan kepada kita untuk kita terus mencari rawatan kepada setiap penyakit yang belum diketahui ubatnya. Ia juga sesuai dalam proses komunikasi kita dengan para pesakit.


Daripada Abi Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
"Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawar untuknya"

al - Banyak lagi penyakit yang kita masih tak tahu apa ubat atau rawatannya. Tanggungjawab kita semua sebagai doktor muslim untuk mencarinya!. Wallahu'alam.


Selasa I 22 Julai 2008 I R308


2 comments:

Anonymous said...

Salam.
Saya setuju Al. Hari ini telah banyak penyakit yang dulu tak de ubat sekarang dah ada. Jadi, untuk mendapatkan ubat yang masih belum ada adalah tanggungjawab doktor dan orang-orang yang diberi ilmu. Hanya manusia yang perlu lebih berusaha mencari dan mengkaji.

Saya cukup bersetuju dengan doa. Ramai profesional perubatan hari ini meninggalkan doa. InsyaAllah, dengan doa akan mendekatkan lagi si pesakit dan si pengubat kepada yang menjadikan penyakit iaitu Allah SWT.

Semua penyakit ada ubatnya...?saya akan jawab ya. Kalau tak jumpa ubat yang menyembuhkannya di sunia ini, ubatnya ialah kurniaan Allah yang berupa ganjaran yang hebat di akhirat atas kesabarannya menahan penyakit yang didatangkan oleh Allah sebagai ujian baginya.

Ismail said...

amiiin ya rabbal alamiiiin....