Sekarang Al saya berada di posting psikiatri, suatu posting yang agak berbeza dan istimewa berbanding dengan posting-posting sebelum ini. Kalau sebelum ini Al belajar bagaimana merawat penyakit-penyakit fisikal, dalam posting pula lebih menumpukan kepada bagaimana merawat penyakit mental. Suatu yang agak sukar terutama dalam proses meng "diagnosis" penyakit yang dihadapi pesakit sebab apa-apa kenyataan yang keluar daripada mulutnya perlu diambil perhatian walaupun pesakit-pesakit mental ini berkemungkinan untuk berbohong, Walaubagaimanapun tak semua kita boleh ambil untuk proses untuk mengetahui apa diagnosis persakit berkenaan. Itu sebabnya bila bercakap tentang plan of management patient psikiatri kita kena sebut yang kita nak jumpa keluarga pesakit berkenaan untuk tanya lebih lanjut berkenaan dengan pesakit.
Dalam posting ni banyak perkara yang menarik yang Dr. Al belajar, antaranya Pregressive Relaxation Therapy, satu terapi yang diajar kepada pesakit-pesakit yang mengidap penyakit mental seperti kemurungan (depression), anxiety dan lain-lain lagi. Kalau kita dalam keadaan stress, kaedah ini boleh dipraktiskan, walaubagaimanapun sebagai seorang Islam secara jujur Al katakan yang solat lima waktu itu lebih menenangkan jiwa jika sekiranya kita betul-btul khusyuk dalam mengerjakannya.