Thursday, May 29, 2008

Betapa Kerdil Kita di Sisi Allah

Teringat akan satu seminar yang disampaikan oleh Dr Arifin (department Peadiateric), seminar tu asalnya berkenaan dengan athics ,tapi tak tahu kenapa sebelum tamat seminar tersebut, Dr Arifin menyebut perkara ni seolah-olah seminarnya menjadi majlis tazkirah. Rasa insaf sangat bila Dr Arifin menceritakan betapa kerdilnya kita sebenarnya di sisi pencipta. Dr tunjukkan gambar-gambar (dibawah) yang menunjukkan betapa kecilnya bumi yang kita diami sekarang jika dibandingkan engan keluasan alam. Subhanallah, bayangkan betapamhebatnya pencipta alam ini. La ila ha illah...


Besarnya bumi yang kita diami sekarang kan?
Tapi rupa-rupanya, tak la besar sangat jika dibandingkan dengan planet-planet lain



Subhanallah, kecilnya bumi yang kita duduki sekarang!

MasyaAllah, hebatnya kekuasaan Allah Ta'ala. Bumi yang dahulunya kita anggap besar, sekarang tak dapat dilihatpun dimana ia berada jika dibandingkan dengan planet arcturus ni.
Renung-renungkanlah!....
Menanti waktu makan malam

-al-
29 Mei 08 I 5.40 ptg I R308


Wednesday, May 28, 2008

Jika Aku Punyai Masa...

Beberapa hari yang lepas, al buat usrah dengan adik-adik al di kampung. Setelah berbulan-bulan al tak buat usrah bersama mereka disebabkan kekangan masa. Alhamdulillah cuti yang berbaki beberapa hari lagi ni al cuba untuk bersama-sama mereka dalam membimbing apa yang al mampu. Nak kata banyak ilmu tu tak ada la sangat, cuma al sekadar berkongsi ilmu asas dalam agama dengan mereka.

Kali ni usrah agak berbeza sebab kabanyakannya adik-adik yang datang tu adik-adik yang baru. Walaupun generasi yang lama pun ada yang hadir sama, tapi kebanyakannya junior-junior yang baru. Semua sekali 14 orang.
Seperti biasa usah dimulakan dengan bacaan al-Fatihah. Kemudian al minta setiap mereka baca satu surah yang mereka ingat. Al betulkan bacaan mereka. Lepas tu barulah masuk ke surah as-Sof. Susah nak kawal adik-adik ni. Tak boleh duduk diam. Biasalah anak-anak. Kalau duduk diam tak bergerak tu maksudnya tak normal la kan?.
Lepas tu al kumpulkan mereka, minta mereka bacakan dua kalimah syahadah. Subhanallah, alangkah terkejutnya, kebanyakan mereka tak tahu apa itu dua kalimah syahadah. Al minta mereka tulis di atas kertas. Semua mereka tak tahu nak tulis. Tak apa, kita usaha sikit-sikit isnyaAllah lama-lama jadi bukit.
Seperti biasa, kalau aktivitivi baca qur'an & LDK dalam surau ni ramai yang tak berapa bagi tumpuan. Al pun terfikir nak ajak mereka keluar daripada surau. "Round Village" itulah istilah yang dinanti-nantikan adik-adik semua. Aktiviti ni sangat menarik perhatian merka. Sebelum memulakan perjalanan beberapa peringatan diberi. Pastikan pasangan masing-masing sentiasa diperhatikan. Jangan jalan jauh-jauh daripada kumpulan, jangan cakap benda sia-sia, sentiasa berzikir pada Allah dan sebagainya.
Tampa berbekalkan lampu suluh, al bawak adik-adik berjalan merentasi kegelapan, menghilangkan kesepian malam. Ditempat-tempat tertentu, al berhenti sambil bagi tazkirah. Selau al ingatkan mereka yang kita semua tak takut pada Hantu sebenarnya, tapi kita takut pada kegelapan dan kesunyian. Dan kita seharusnya takut pada Allah melebihi takut kepada segala-galanya. Lepas pusing satu kampung, kamipun balik semuala ke surau. Mungkin sebab terlalu penat, mereka trus tidur.
Mengikut tentatifnya, sepatutnya kami banun berqiamullail pada subuh keesokan harinya. Tak tahu la kenapa pagi tu tak terbangun pulak. Sedar-sedar bilal yang kejutkan Al. Perasaan menyesalpun ada, malupun ada. Menyesal sebab tak qiam malam tu, malu sebab bilal yang tolong kejutkan. Takpe, mungkin lain kali kita diberi kesempatan untuk qiam bersama-sama adik-adik.
Sebenarnya hajat dihati, nak sangat Al buat Tamrin untuk adik-adik usrah ni sebagaimana Al buat masa Al 2nd year dulu. Tamrin yang penuh kenangan suka dan duka. Tapi di sebabkan masa yang terhad, Sekarang dah tak sempat nak buat. Adik-adik selalu tanya, bila nak buat tamrin lagi?. Al terpaksa katakan yang Al tak punyai banyak masa seperti dahulu. InsyaAllah sekadar termampu Al cuba laksanakan.
Teringat kata-kata imam Hasan al-Banna
"Kerja yang perlu kita lakukan terlalu banyak berbanding masa yang kita ada"
p/s: gambar di atas adalah gambar anak-anak usrah yang Al abik masa Tamrin bersama mereka waktu Al 2nd year dulu. Rindunya saat tu.
Merindui saat kita bersama
-al-
29 Mei 08 I 10.45pagi I R308

Tuesday, May 27, 2008

1924

Jika ditanya, apakah peristiwa yang penting berlaku pada tahun 1924, ramai di kalangan kita yang mungkin tidak mengetahuinya. Itulah tahun dimana kejatuhan Sistem Khilafah Islamiyyah, Kerajaan Turki Ustmaniyyah. Dijatuhkan oleh pengkhianat yang bernama Mustapha Kamal (gambar). Selama ini mata kita telah dibutakan, telinga kita telah di pekakkan dengan sejarah ini. Teringat satu rangkap lagu yang bertajuk 1924 yang dinyanyikan oleh kumpulan Soldiers of Allah, katanya "Better listen up (to the song) because you won't learn this in college"

Bila dengar lagu 1924 tu, rasa sedih sangat bila mengenangkan yang kita semua telah dilalaikan oleh pihak barat, kadang-kadang sampai menitis air mata dibuatnya. Sinopsis tentang kejatuhan kerajaan Islam diceritakan dalam tempoh 8 minit 18 saat lagu tu. Dan rangkap yang paling menyentuh jiwa adalah bila diulang kata-kata "Bring back Islam!" sebanyak 4 kali.

Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!


Lagu tersebut ditutup dengan satu konklusi yang cukup hebat. Katanya:

It’s year 2000
And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It’s time for us to change
It’s up to you & me
Either we make history
or we become history


p/s : Kepada sesiapa yang belum dengar lagu 1924 tu, al syorkan antum/na semua dengar. Kalau tak ada, bagitahu al, nanti insyaALlah al bagi. Percayalah kalau antum/na benar2 menghayati lirik lagu tersebut, InsyaAllah kita akan rasa bersemangat untuk terus membela Islam walau dimana kita berada.

-al-
28 Mei 2008
01.15 ptg
R308

Sunday, May 25, 2008

Memorendum PSP kepada BHEPP - Beberapa Tuntutan Berhubung Isu Penempatan

Memorandum
PERSATUAN SAINS PERUBATAN

Tarikh : 22 Mei 2008
Rujukan kami : PSP 07/08.YDP.Memo1

Rujukan tuan :

Assalaamualaikum

Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Univesiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan,
16150, Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan.

Tuan,
Beberapa Tuntutan Berhubung Isu Penempatan

Seperti yang sedia maklum, pada sesi hadapan (2008/09) akan terdapat siswa/i kampus kesihatan yang terpaksa berada berada di luar kampus. Pihak kami dimaklumkan yang perkara ini ini berlaku adalah ekoran daripada beberapa sebab, antara lainnya adalah kerana pada sesi akan datang, kampus kita akan menerima kemasukan siswa/i tahun akhir Pusat Pengajian Farmasi yang dahulunya berada di induk.

Kita memahami maksud kenapa pihak pengurusan desasiswa terpaksa menolak permohonan sebahagian siswa/i untuk terus berada di dalam kampus. Perkara ini tak dapat dielakkan lagi ekoran bilangan siswa/i yang berada di kampus ini semakin bertambah melebihi kapasiti yang boleh di terima oleh desa Murni mahupun Nurani.

Walaubagaimanapun pihak Persatuan Sains Perubatan ingin mendapatkan penjelasan atau pertimbangan daripada pihak Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar terhadap beberapa isu yang pada kami kurang jelas yang berkait rapat dengan isu penempatan ini.

Kita memahami hakikat pertambahan bilangan siswa/i di kampus kesihatan, namun pihak kami di maklumkan yang pertambahan tersebut kebanyakannya adalah daripada Pusat Pengajian Kesihatan. Untuk makluman pihak tuan, ada di kalangan ahli persatuan kami yang seolah-olah melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pihak universiti meminggirkan kepentingan mereka yang telah lama berada di kampus ini. Walaupun ia bukanlah suara majoriti ahli persatuan kami, namun ia seharusnya tidak dipandang sepi oleh pihak universiti.

Untuk pengetahuan tuan, pihak pimpinan Persatuan Sains Perubatan telah membuat mesyuarat khusus bagi membincangkan tentang kebajikan ahli kami terutamanya melibatkan isu penginapan ini. Kami diberitahu yang terdapat ramai ahli kami yang terpaksa berada di luar pada sesi yang akan datang. Berikut adalah beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat bekenaan yang memerlukan perhatian daripada pihak tuan :

Masalah yang timbul

1- Isu penempatan telah di perkatakan oleh pihak universiti sejak beberapa tahun yang lepas. Bahkan hebahan tentang isu secara rasmi telah di buat kepada semua siswa/i sejak beberapa bulan yang lepas. Namun sistem pengurusan terhadap isu ini dilihat sebagai tidak konsisten dan tidak sistematik. Sebagai contoh suatu ketika terdapat arahan yang meminta supaya siswa/i mengisi borang secara online. Selepas itu pula di keluarkan arahan supaya semua penghuni Nurani menghantar resumne masing-masing. Akhirnya pihak kami di maklumkan yang semua itu tak dikira untuk mata merit yang sebenarnya. Pada sudut yang lain ramai yang mempertikaikan sistem mata merit yang dilakukan. Terdapat kes di mana ahli kami dilihat oleh masyarakat kampus sebagai siswa/i yang aktif, namun apa yang menyedihkan mata meritnya “kosong”. Sebelum ini pihak kami pernah menghantar surat sokongan bagi mengesahkan penglibatan ahli-ahli kami yang terlibat dengan persatuan mahupun program-program kampus, namun apa yang menyedihkan, kami di aklumkan yang ianya tidak di layan pihak tuan. Kami kurang mengerti apa sebabnya perkara ini boleh berlaku.

2- Sehingga sekarang (tarikh memorandum ini di tulis) tiada senarai akhir siapa yang dapat tempat dan siapa yang tidak dapat tempat untuk terus berada di desasiswa. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana isu ini telah lama di perbincangkan. Pihak kami di maklumkan yang pihak BHEPP akan memberitahu samaada seseorang siswa/i itu mendapat tempat dalam desa atau tidak hanya melalui internet/ website universiti (healthycampus). Namun bagi kami, sistem hebahan melalui internet/ website kurang praktikal kerana ada dikalangan ahli kami yang tak dapat akses kepada internet terutama bagi mereka (yang sedang bercuti) yang tinggal di kawasan pedalaman. Bayangkan jika siswa/i yang tidak tersenarai untuk berada di dalam desa tidak mengetahui perkara tersebut sehingga mereka datang untuk meneruskan pengajian mereka pada sesi yang akan datang. Tentu sukar bagi mereka untuk mencari penginapan mereka sendiri. Dari sudut lain, jika pihak BHEPP hanya menggunakan sistem hebahan melalui website, ia akan menyukarkan kami untuk membuat perancangan bagi membela kebajikan ahli-ahli kami yang berada di luar nanti.

3- Kesan yang akan terpaksa dihadapi oleh siswa/i yang berada diluar tentunya telah sedia maklum oleh pihak tuan. Dan aspek yang paling penting adalah aspek kebajikan. Kebajikan mereka yang berada di luar tentunya akan kurang terjaga. Antara masalah-masalah yang timbul adalah:
a. Masalah kewangan. Kos penginapan ketika berada diluar adalah lebih tinggi berbanding kos berada di desa.
b. Jarak yang jauh dari kampus. Masalah ini berhubung kait dengan masalah kos pengangkutan, akademik dan lain-lain.
c. Akses kepada Internet. Kemungkinan besar untuk siswa/i tidak dapat akses kepada internet yang menjadi antara rujukan utama siswa/i. Perkara ini juga melibatkan isu akademik siswa/i.
d. Masalah sosial. Siswa/i akan lebih terdedah dengan masalah sosial apabila berada di luar.
e. Masalah keselamatan. Siswa/i yang berada di luar tentunya akan terdedah dengan masalah keselamatan sama ada keselatan diri mahupun keselamatan harta benda mereka.

4- Masalah akademik
Pihak universiti seharusnya memikirkan kesan jangka panjang yang akan dialami terutama kepada siswa/i dari Pusat Pengajian Sains Perubatan. Keputusan peperiksaan fasa satu lepas yang telah mengejutkan ramai pihak seharusnya dilihat sebagai masalah yang serius oleh pihak universiti. Pihak kami bimbang disebabkan pihak universiti menempatkan siswa/i perubatan di luar kampus ia akan menyebabkan prestasiu akademik siswa/i perubatan akan terus merosot. Perkara ini harus dilihat dari sudut realiti sebagai seorang pelajar perubatan. Selama ini siswa/i perubatan dihantui dengan pelbagai masalah, antaranya bilangan pelajar yang semakin bertambah ramai, kemudahan pembelajaran yang semakin terhad dan banyak isu lain lagi. Sekarang mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan baru iaitu tekanan kerana berada di luar kampus.

5- Seperti yang pihak tuan sedia maklum, selama ini siswa/i perubatan banyak terlibat dengan program-program di bawah Pusat Pengajian sebagai contoh program CFCS, program Big Sib, program PPIP, ko-kurikulum dan sebagainya. Secara umumnya program-program tersebut juga memberi sumbangan kepada universiti. Sebagai contoh program CFCS, umum mengetahui yang USM mendapat nama melaluinya.

6- Selama ini berita yang mengatakan siswa/i Pusat Pengajian Sains Perubatan tahun 4 dan 5 dijamin tempatnya dalam desa. Namun sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak universiti mengesahkan perkara tersebut. Perkara ini adalah penting terutamanya untuk jangka masa panjang.

7- Kami mendapat maklumat yang pihak universiti merancang untuk membina bangunan baru yang akan digunakan sebagai pusat mahasiswa yang baru. Persoalan yang timbul sekarang adalah, apakah pembinaan pusat tersebut lebih merupakan suatu yang lebih utama daripada pembinaan desasiswa yang baru?. Pada pandangan kami pembinaan bangunan desasiswalah yang perlu diutamakan berbanding pusat mahasiswa tersebut. Kerana jika diperhatikan, tampa adanya pusat mahasiswa yang baru, persatuan-persatuan mahupun program-program kampus tidaklah tergendala. Tetapi tampa desasiswa yang baru, ramai siswa/i yang menerima kesan secara langsung.


Merujuk kepada beberapa isu atau masalah yang telah disenaraikan diatas,
Kami Persatuan Sains Perubatan dengan ini memohon supaya pihak Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar :

1- Memikirkan cara supaya semua siswa/i semua perubatan berada di desasiswa (jika ada kemungkinan). Jika sekiranya perkara ini mustahil, diharapkan agar pihak desa dapat berusaha untuk menyediakan tempat penginapan secara berpusat kepada mereka yang terpaksa berada di luar. Tempat penginapan secara berpusat adalah penting untuk memudahkan kebajikan mereka dipelihara.

2- Mengisi kekosongan bilik di blok-blok yang di peruntukkan untuk pelajar postgradute dengan siswa/i perubatan. Pihak kami difaham yang terdapat banyak lagi kekosongan bilik di blok-blok postgradute. Jika benar perkara ini, kami mengharapkan agar pihak universiti memperuntukkan bilik-bilik berkenaan kepada siswa/i perubatan untuk tinggal disana.

3- Mengeluarkan senarai nama siswa/i yang dapat tinggal di desa dan yang tidak dapat tinggal di desa dengan kadar yang segera. Kami mengharapkan agar pihak BHEPP mengeluarkan senarai berkenaan selewat-lewatnya 3 minggu sebelum tarikh buka sesi baru. Perkara ini penting terutamanya bagi pihak Persatuan membuat persediaan untuk menjaga kebajikan ahli kami yang berada di luar.

4- Mempertimbangkan kembali status ahli kami yang terlibat dengan persatuan, mahupun program-program kampus. Perkara ini sangat penting bagi memastikan pengorbanan mereka selama ini kepada kampus tidak di ketepikan oleh universiti.

5- Memberi keistimeweaan kepada ahli kami yang mengulang tahun satu. Walaupun dari segi umur, mereka adalah tahun dua, namun disebabkan mereka mengulang, mereka akan berada ditahun satu untuk sesi yang akan datang. Oleh yang demikian, pihak universiti seharusnya menganggap yang mereka yang mengulang tahun satu sama seperti tahun satu yang baru dari segi keutamaan kepada mereka untuk terus berada di desasiswa. Perkara ini sangat penting kerana ia akan memberi kesan secara langsung kepada prestasi akademik mereka. Mereka yang telah terbeban dengan masalah akademik seharusnya tidak dibebankan lagi dengan tekanan untuk berada di luar.

6- Memaklumkan kepada semua siswa/i yang tidak dapat tinggal di desa dengan cara mengutus surat atau SMS secara individu. Seperti yang telah dijelaskan di atas, kebanyak ahli kami tidak mengetahui status mereka samaada mereka mendapat tempat di desa atau tidak untuk sesi yang akan datang. Hebahan melalui website perlu diteruskan, walaubagaimanapun kita perlu sedari yang tidak semua siswa/i dapat akses internet terutama ketika bercuti. Oleh yang demikian hebahan melaui cara surat atau SMS adalah sangat relaven. Jika sekiranya pihak BHEPP tidak dapat lakukan perkara ini, pihak BHEPP boleh kapada kami (Persataun Sains Perubatan) untuk kami melakukannya sendiri.

7- Membuat perancangan dengan terperinci untuk menjaga kebajikan siswa/i yang berada di luar kampus.
a. Wujudkan tempat penginapan berpusat
b. Sediakan pengangkutan (jika perlu)
c. Akses kepada internet – pastikan mereka mempunyai akses kepada internet di tempat penginapan masing-masing.
d. Keselamatan – Pastikan keselamatan diri dan harta benda mereka dijaga.
e. Dan sebagainya.

8- Menetapkan sistem yang lebih sistematik yang digunakan untuk mata merit. Nyatakan bilangan mata merit secara spesifik bagi setiap penglibatan siswa/i dalam persatuan, program dan sebagainya. Sebagai contoh, berapa mata merit yang diperolehi siswa/i yang memegang jawatan (majlis tertinggi atau AJK) dalam persatuan, memegang jawatan projek-projek dan sebagainya. Lakukan pemarkahan merit secara telus. Kami berharap agar mata merit sentiasa di update oleh pihak universiti melalui website healthycampus bagi memudahkan setiap siswa/i mengetahui status merit mereka dari semasa ke semasa. Dengan kata lain, jadikan website healthycampus sebagai medium perantara untuk semua siswa/i mengetahui status merit mereka.

9- Program Pusat Pengajian diterima oleh sebagai pihak HEP seperti mana program lain. Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas,siswa/i perubatan yang menjayakan program tersebut telah banyak menghabis masa, tenaga dan wang ringgit mereka yang secara langsung memberi kredit kepada universiti. Oleh yang demikian, sekiranya penglibatan mereka dalam program-program tersebut tidak diambil kira dalam sistem pemarkahan merit, sumbangan mereka seolah-olah diketepikan oleh pihak universiti. Dari sudut kekangan masa, siswa/i perubatan tidak mempunyai kesempatan untuk terlibat dengan banyak program-program lain sebagaimana siswa/i pusat pengajian yang lain. Oleh yang demikian, perkara ini seharusnya dipertimbangkan oleh pihak universiti.

10- Keluarkan kenyataan rasmi menyatakan bahawa siswa/i Pusat Pengajian Sains Perubatan tahun 4 dan 5 dijamin tempatnya dalam desa. Perkara ini sangat penting, kerana ada ahli kami yang melahirkan rasa kebimbangan mereka jika sekiranya suatu hari nanti siswa/i perubatan tahun 4 dan 5 juga tidak terkecuali untuk melalui sistem permarkahan mata merit. Pelajar perubatan tahun 4 dan 5 mesti berada di dalam di dalam di sebabkan mereka terpaksa berulang-alik ke hospital untuk tujuan on call dan sebagainya.

11- Bina bangunan untuk penginapan yang baru. Untuk jangka masa panjang, pihak kami memohon supaya pihak universiti mempertimbangkan cadangan supaya desaiswa baru dibina bagi menampung bilangan siswa/i yang bertambah ramai. Kampus Kesihatan mempunyai tanah lapang yang masih banyak dan ia seharusnya digunakan untuk kepentingan siswa/i di dalam kampus ini. Berkenaan dengan pembinaan pusat mahasiswa yang baru, pada kami ia bukanlah suatu yang perlu di segerakan. Pembinaan desasiswa adalah lebih utama buat masa sekarang.

Kami mengharapkan agar setiap permohonan kami di pertimbangkan oleh pihak tuan. Segala kerjasama dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan jazakallaahu khariral jaza’.

Yang benar


_________________________

(MUHD AL-AARIFIN BIN ISMAIL)
Yang di Pertua
Persatuan Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan.
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com
017–9743297


Sk;

Prof Dato’ Dr Mafauzy Mohamed
Pengarah Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia

Prof Abdul Aziz Baba
Dekan,
Pusat Pengajian Sains Perubatan

Assoc. Prof. Abdul Rahman Mohd. Noor
Timb. Dekan Akademik
Pusat Pengajian Sains Perubatan

Dr Rushdan Ismail
Penggawa,
Desasiswa Murni Nurani

Dr Wan Hazabbah bin Wan Hitam
Penasihat
Persatuan Sains Perubatan

Kembara Tamadun

Minggu lepas al dengan dua orang sahabat al , akhi Aizudin dan akhi Ridhwan telah pergi ke terengganu. Waktu tu baru lepas exam, jadi kami ambil kesempatan untuk pergi melawat tempat-tempat menarik di Terengganu. Walaupun sebenarnya nak round Malaysia, tapi disebabkan kesuntukan masa dan harta, rasanya Terengganu pun dah cukup dah untukmkali ni.
Actualy tujuan utama Kembara Ukhuwwah kali ni adalah untuk ke Masjid Kristal, Masjid yang cukup kontroversi kerana dimaklumkan pembinaannya bukan untuk tujuan untuk penduduk sekitarnya solat, tetapi hanya untuk tujuan pelancongan. Walaubagaimanapun bagi al, kita tak ada autoriti untuk menyamakan Masjid Kristal ni dengan Majid Dhirar yang diarahkan supaya dibakar oleh Rasulullah kerana di bina atas tujuan untuk memecah belahkan ummat pada ketika itu. Oleh yang demikian, seharusnya kita berperanan untuk menghidupkan Masjid yang telah dibina bukan hanya memburuk-burukkan pembinaannya. Jadi, kalau dah pergi melawat Masjid Kristal tu, kita kenalah bagi penghormatan kepadanya sebagaimana penghormatan diberikan kepada masjid-masjid lain iaitu dengan mengerjakan solat tahiyyatul Masjid.

Selain ke Masjid Kristal, al dan sahabat-sahabat juga pergi ke Muzium Negri Terangganu. Dulu Al dah pergi sebenarnya (masa darjah enam). Tak banyak perubahan yang dilakukan. Walaubagaimanapun kami tak sempat nak pusing-pusing muzium tu secara keseluruhannya sebab terlalu luas. Sayangnya sebab tak boleh ambik gambar waktu dalam muzium. Yang paling menarik adalah baru bersurat. Batu yang menjadi bukti bagaimana Islam sampai ke tanah Melayu seketika dahulu. Terlintas di fikiran bagaimana mujahadahnya para pendakwah Islam di zaman dahulu berjuang hanya untuk satu tujuan iaitu menyampaikan risalah dakwah kepada kita semua. Tampa mereka, tak tahulah apa nasib kita sekarang. Betapa besarnya jasa mereka kepada ummat Islam di Malaysia kekarang.

Selain muzium, Al dan sahabat juga sempat ke rumah abang Hadi, rumahnya terletak di Rawai, dekat Bukit Payung. Actualy, abg Hadi akan adakan kenduri kawin jumaat depan, waktu tu kami tak pasti samaada boleh pergi ke tak ke rumah abg Hadi. Itu sebabnya kitaorang ambil keputusan untuk ke rumahnya, takut-takut tak ada kesempatan untuk ke sana Jumaat depan. Selamat pengantin baru al ucapkan kepada abg Hadi dan Isteri tercinta. Tak sangka abg Hadi dah nak kawin sekarang. Doa-doakanlah al juga ye.

Malam tu kami tidur di Masjid Rusila. Sebenarnya hajat dihati nak jumpa Tok Guru Haji Hadi pagi lepas kuliah subuh, ada perkara yang al nak bincang dengan Tok Guru, tapi malang nasib kami bila Tok Guru takde di Rumahnya hari tu sebab berada di KL atas urusan sidang dewan rakyat. Pagi keesokan harinya kami ke Pasar Payang. Tak ada yang menarik, semuanya sama macam Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Sebelum pulang kami sempat ke Universiti Darul Iman Terengganu. Singgah kejap di sana sebelum bertolak pulang.

Pengembaraan yang cukup bermakna bagi al. Selain menjalin ukhuwwah sesama kami. Banyak pengalaman yang kami perolehi. Semoga perjalanan kami dua hari sltu malam tu mendapat keberkatan daripada Allah Ta'ala.

Oklah, rasanya setakat ni dulu, kalau ada kesempatan, al tulis lagi.

Wallauhua'lam.

-al-
2.00ptg
26 Mei 2008
R308


Gambar di Taman Tamadun Islam.


Ni gambar al ambik masa al berada di Palestin untuk sertai perjuang-pejuang Hamas menentang Israel. (real tak?, sebenarnya ia salah satu drp monumen yang dibuat menyerupai Dorm of Rock di Palestin)

Gambar kami bersama-sama dengan abg Hadi dan keluarganya. Harap-harap kami dapat ke rumah lagi Jumaat depan untuk kenduri kawinnya. InsyaAllah.


Haa, gambar ni al ambil masa malam al dan sahabt ke Kedai Gelas Besar Terengganu. Besar tak gelas abang ni? sebenarnya saiz ni bukan saiz yang paling besar. Ada lagi yang lepbih besar drp ni, saiz baling, harganya RM 7.00 satu gelas.




Tuesday, May 20, 2008

Tun Keluar UMNO!

Dua tiga hari yang lepas kita dikejutkan dengan satu isu yang menggemarkan seluruh negara. Isu Tun Doktor Mahathir keluar UMNO. Al tak mahu komen isu ini dari sudut politik kepartian semata-mata. Mungkin kita tak layak nak beri pandangan kerana ia bukan bidang kita semua.

Cuma, al nak mengajak sahabat-sahabat semua supaya melihat isu ini secara menyeluruh. Bukan sekadar melihatnya dengan pandangan kita sebagai seorang yang berbangsa melayu, tapi melihat isu ini sebagai seorang yang Melayu Islam. Masa depan melayu penting untuk di perjuangkan, namun masa depan Islam itu yang mestilah di utamakan. Walaupun parti yang memperjuangkan Islam semakin di terima masyarakat, namun perpecahan yang berlaku dalam UMNO sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada masa depan Islam ditanah air. Sama ada kesan itu baik atau buruk, itu al tak nak komen.

Kepada Tun, kami sebagai rakyat biasa kurang mengerti apa tujuan Tun isytihar keluar daripada UMNO. Apakah ia sebagai reaksi kurang senang Tun terhadap isu konspirasi kehakiman yang sedang hangat diperbincangkan di seluruh dunia sekarang. Kalaulah sekiranya Tun tak bersalah dalam kes tersebut, rasanya Tun tak perlulah panik. Kalau Tun dizamili oleh golongan pemerintah di dunia ini sebagaimana Dato' Seri Anuar Ibrahim dizalimi suatu ketika dahulu, katahuilah yang Tun akan menerima pengadilan seadil-adilnya bila berada di mahkamah Allah di padang Mahsyar nanti.

Kalau Tun benar, insyaAllah Allah akan bersama-sama Tun. Kalau benar Tun pernah melakukan kesilapan, sama-samalah kita bertaubat kepadanya. Biarlah kita dihukum di dunia yang bersifat sementara ini asalkan kita tak dihukum di akhirat yang siksaannya jauh lebih memeritkan.

"Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar"

Menanti zohor
-al-
21 Mei 2008
01.15 petang
R308

Saturday, May 17, 2008

Selamat Pengantin Baru..


Tahniah al ucapkan kepada abang Solah kerana sekarang abang Solah dah bergelar Raja Sehari (sehari je, lepas tu jadi rakyat semula). Bila dah jadi raja ni faham-faham je lah abang Solah ye. Amanah Allah itu kenalah jaga. Seorang Raja kenalah berlaku adil & tak boleh berlaku zalim.
Kepada kak Hafizah, akak beruntung sebab dapat bersuamikan abang Solah. Abang Solah ni pemikirannya agak lateral & kritikal, Mungkin ada perkara yang akak akan berbeza pandangan dengannya sebagai mana al berbeza pandangan dengannya selama ni. Akak kenalah banyak membantu abang Solah dalam mengharungi hidup sebagai seorang pejuang agama Allah Ta'ala.
Sekali lagi al ucapkan selamat pengantin baru. Selamat bukan sekadar di dunia, tapi yang lebih penting selamat di akhirat nanti. Semoga perkahwinan abang Solah & kak Hafizah akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Al harap, ikatan perkahwinan ini akan melahirkan ramai lagi pejuang yang cekal dalam membela agama Islam sebagaimana abang Solah dan kak Hafizah.
Kullu 'aam wa antum bi khair...
P/s : Gambar ni al ambil semalam waktu al bersama-sama dengan sahabat2 yang lain pergi ke kenduri di rumah kak Hafizah.
Menanti Zohor
-al-
01.15 pm
18 Mei 08
Ahad
R301

Thursday, May 15, 2008

Garaj Motosikal Nurani Putera (belakang)...apa relevannya?


Motosikal siswa yang terpaksa berjemur dibawah panas mentari


Motosikal siswa yang terpaksa dijemur hujan

Sama juga, motosikal siswa yang terpaksa dijemur hujan


Ada yang mengambil alternatif masukkan motosikal mereka ke bahagian bawah tangga desa...


Tapi malangnya bagi mereka, motosikal mereka akhirnya dikunci oleh pihak bertanggungjawab...

P/s: harap pihak desa dapat sediakan garaj motosikal yang khusus untuk penghuni desa Nurani Putera yang berada di bahagian belakang. Wallahua'lam...

Rasa mengantuk sangat!
-al-
1.15 pagi


Buat sahabatku...

Assalaamualaikum...

Kepada sahabatku yang ku sayangi,

Apabila aku menerima panggilan darimu, aku turut merasa susah hati kerana nasib yang menimpamu. Selama 6 minggu kita tempuhi posting ni bersama, tapi akhirnya ini yang berlaku. Walaupun aku sendiri tak pasti samaada aku lulus atau tidak, namun sekurang-kurangnya nasibku mungkin lebih baik sedikit daripadamu. Mungkin benar kata seorang abang final year "medic bergantung pada nasib, kadang-kadang faktor doktor itu no satu, knowledge itu no dua".

Sahabatku,
Masih aku teringat akan kata-katamu,

"Hari ini hari terakhir kita 4th year, tapi hari ni juga aku tahu yang aku fail exam" itu luahan hatimu kepadaku.

Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan, waktu itu aku teringat akan situasi yang sama aku lalui dalam exam posting ortho, hari pertamaku exam klinikal aku gagal. Dr suruh aku kembali pada hari seterusnya. Sekali lagi aku gagal. Apakan daya, mungkin aku memang tak layak untuk lulus.

Sahabatku,
Biasanya kalau aku dalam kesusahan aku selalu ingat akan firman Tuhan:

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (juga) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" al-Baqarah, 216

Sahabatku,
sekali lagi aku ingin berpesan, tabahkan hatimu. Yakinlah yang disana mesti ada hikmahnya di sebalik apa yang terjadi. Ketahuilah yang diriku sentiasa bersamamu.

P/s: Allah menyayangimu!.

-al-

Sunday, May 11, 2008

Krisis Kekurangan Kain...

"Kenapa student staff nurse kt USM ni pakai pakaian ketat-ketat ya?" tanya seoarang sahabat ketika al makan bersamanya tadi.


"Tak tahu la, mungkin sebab dah dia punya school tetapkan pakaian begitu. So, dia orang terpaksalah pakai macam tu" jawab Al.


"Tapi, orang yang bertanggungjawab untuk tetapkan peraturan pakaian student staff nurse macam tu pun rasanya perempuan juga, dia orang tak faham ke?" jawabnya lagi.


Begitulah antara persoalan yang ditimbulkan sahabat Al tu. Bila fikir-fikir betul juga katanya. Pada pandangan Al, kita dah tak boleh ubah perkara ni kecuali kita bagi kefahaman kepada student tu sendiri untuk kengurangkan kadar "keketatan" pakaian yang dipakai ataupun kita bagi kesedaran kepada pihak yang bertanggungjawab menentukan polisi tersebut untuk lebih mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.


Sesungguhnya ISlam itu mudah!



Esok Exam!...

-al-
2.10ptg
12 April 08
R308

Saturday, May 10, 2008

Antara Kisah Suka-duka Hidupku...1

Al masih ingat, masa tu al baru berusia 18 tahun, tidak seperti remaja lain, al seorang remaja yang berjiwa kental. Jika dibandingkan peribadi al sekarang, ternyata al banyak berubah. Dulu al seorang remaja yang lasak, sukakan cabaran. Pernah satu masa al bercita-cita untuk mengelilingi semenanjung Malaysia dengan berbasikal seorang diri. Ia bukan sekadar cita-cita bahkan ia hampir terlaksana. Tantu ramai yang tak percaya kalau al cerita.

Gambar di atas adalah gambar Sungai Kelantan. Sungai yang menyimpan banyak kenangan suka-duka dalam hidup al. Disinilah beberapa kali al hampir lemas. Disini jugalah al hampir dihanyutkan arus deras. Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah Ta'ala sebab sekarang al masih hidup walaupun rasanya dah berapa kali al nyaris-nyaris mati lemas. Tak dinafikan juga disini terdapatnya kenangan manis al bersama-sama kawan-kawan al. Record yang pernah al dan kawan-kawan al pecahkan suatu ketika dulu di sungai ini tak mungin dilupakan sampai bila-bila. Nak tahu apa recordnya? Record menyeberangi Sungai Kelantan daripada tebing Jajahan Tumpat ke Jajahan Kota Bharu. Kalau nak cerita banyak lagi kenangan yang masih segar diingatan.

Malangnya Sungai ini hanya mampu menyimpan seribu satu kenangan. Adik-adik generasi sekarang tak tahu lagi apa itu nikmatnya mandi sungai. Bahkan ada dikalangan mereka yang langsung tak tahu bagaimana nak berenang. Sayang seribu kali sayang, sungai yang dahulunya dihiasi dengan dengan wira-wira pejuang sekarang hanya tinggal kenangan. Kerana kedatangan buaya tampa di undang yang sentiasa menunggu mangsa untuk diterkam.

p/s: Kepada Jabatan Perhilitan, tolong la tangkap buaya tu secepat mungkin!...

-al-

Tensyen nak exam!...
3.50pagi
R308

Wednesday, May 7, 2008

Kelas Intensif Klinikal Bersama Doktor2 Baru...

Terima kasih diucapkan kepada semua abang-abang final year...ops rasanya lebih sesuai jika sekiranya kita panggil mereka doktor-doktor..terima kasih kepada semua doktor-doktor yang telah sudi meluangkan masa bersama-sama 3rd year untuk sesi klinikal. Semoga usaha kita yang sedikit ini di ganjari oleh Allah Ta'ala. Dikesempatan ini, al nak ucapkan tahniah atas kejayaan doktor-doktor semua. Semoga dengan kehadiran doktor dalam dunia kedoktoran ini akan memberi mata kredit untuk agama tercinta. InsyaAllah.

p/s: Berikut adalah gambar2 yang al ambil masa sesi klinikal semalam. Klik pada gambar kalau besarkan. Maaf ya kalau ada gambar sensor. Tak sempat nak edit.


Friday, May 2, 2008

Welcome to The Club


Tahniah kepada Tun Dr Mahathir atas initiatif membuka blognya sendiri. Al doakan supaya blog Tun tersebut dapat digunakan sebagai wasilah untuk menyampaikan segala idea, cadangan serta kritikan yang membina demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Walaupun di sana ada beberapa perkara yang Al mungkin tak setuju dengan pemikiran mahupun tindakan yang pernah Tun lakukan, namun Al tak dapat nafikan yang kepimpinan Tun selama 22 tahun meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada negara Malaysia. Tahniah Tun!.
p/s: kepada sahabat2 yang ingin melawat blog Tun, sila ke http://www.chedet.com/
Sebelum pergi TP
-al-
11.00 pagi
3 Mei 2008
R308 Nurani Putera

Thursday, May 1, 2008

Man in Black, Baby in Blue


Gambar ni Al ambil masa OC (oncall) dekat NICU (Neonatal Intensive Care Unit) tadi. Kenapa agaknya baby ni dalam ni dalam kebiruan? kenapa tidak dalam kehijauan? Mungkin sebab ayahnya orang kuat Barisan Nasional kot. Just kidding!

Sebenarnya warna biru tu tak ada kaitan dengan BN mahupun BA. Lampu biru digunakan untuk merawat NNJ (neonatal jaundice). Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang mungkin belum mengetahui apa itu NNJ. NNJ adalah penyakit kekuningan yang berlaku pada bayi yang baru lahir. Ia terhasil apabila sel darah merah bayi pecah. Ada beberapa sebab kenapa bayi boleh pecah yang menyebabkan bayi menjadi kuning, antaranya adalah apabila kumpulan darah ibu dan anak tak sama (contohnya ABO compatible). Bila sel darah merah pecah, ia akan menyebabkan satu bahan "kuning" yang dipanggil bilirubin dihasilkan. Bilirubin ini memberi masalah kepada bayi apabila ia termendap di bahagian otak. perkara ini dipanggil Kernicterus. Apabila bilirubin ini termendap di bahagian otak, ia akan menimbulkan masalah-masalah terutamanya yang berkaitan dengan sistem saraf. Perkara ini merbahaya kerana boleh menyebabkan kematian.
Cara standard untuk merawat penyakit ini adalah dengan menggunakan phototherapy (cahaya biru) dan jika ia tidak berkesan barulah langkah seterusnya iaitu Exchange Transfusion dilakukan.
Actualy NNJ adalah penyakit yang agak biasa ditemui di Malaysia. Selama al posting kat NICU, boleh dikatakan setiap masa mesti ada baby yang mengidap NNJ disana. Sama-sama kita doakan adik yang sedang berapada dalam kebiruan ini selamat menjalani phototherapynya.


Menunggu zohor!
-al-
1.20 petang
2 Mei 2008
R308