Friday, August 29, 2008

Ada apa dengan selipar?...

Selepas solat Jumaat semalam, selipar abang Al (al-Khairi) kena curi. Kesian betul pada dia, terpaksa balik dengan berkaki ayam. Dalam perjalanan pulang dari masjid, Al ternampak seorang lagi yang naik motor tampa memakai selipar. Dengan kata lain, selipar dia pun kena curi jugak. Rupanya bukan seorang je yang dicuri seliparnya, ramai lagi yang terpaksa pulang dengan berkaki ayam.

Secara peribadi, Al sendiri dah berapa kali selipar dicuri ketika solat Jumaat. Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang. Memalukan agama Islam je. Sesungguhnya Islam tak ajar ummatnya mencuri, bahkan Islam menentang keras jenayah mencuri. Tapi sikap segelintir ummat Islam yang suka melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu sedikit sebanyak menyebabkan imej Islam tercemar pada pandangan non-Muslim. Sesuatu mesti dilakukan.

TIPS untuk mengelakkan daripada selipar dicuri..
Al nak berkongsi beberapa tips dengan sahabat-sahabat bagaimana nak pastikan selipar kita tak diambil orang ketika kita ke masjid.

1- Jangan pakai selipar terlalu mahal & terlalu murah.
Kalau terlalu mahal, kemungkinan untuk dicuri tinggi kerana nilai selipar itu sendiri. Kalau terlalu murah juga berkemungkinan untuk hilang samada dicuri oleh pencuri pencuri secondari (orang yang seliparnya dicuri moleh pencuri sebenar) atau orang pinjam untuk ke tandas.

2- Jangan pakai selipar yang typical (selipar yang biasa jemaah pakai).
Selipar yang typical berkemungkinan diambil oleh orang yang membawa selipar dari jenis yang sama (tapi mungkin lebih buruk). Mungkin sebab tertukar, mungkin juga sebab sengaja ditukar. Contoh selipar yang typical adalah selipar jepun atau selipar murah yang dibeli di Maidin.

3- Letakkan selipar sebelah kanan berjauhan dengan selipar sebelah kiri (sembunyikan dari pandangan pencuri antara selipar sebelah kanan & selipar kiri).
Tips ini sangat berkesan & selepas Al amalkan tips ni, selipar Al tak pernah lagi hilang. Dengan teori bahawa, orang tak akan ambil selipar yang hanya ada sebelah. Oleh yang demikian, cuba elakkan daripada meletakkan selipar kita secara berpasanag-pasangan.

4- Basahkan selipar sebelum naik ke masjid.
Biasanya orang tak suka pakai selipar yang basah. oleh yang demikian, antara cara-cara yang berkesan adalah membasahkan selipar kepunyaan kita. InsyaAllah bila dah habis solat jumaat tu selipar kita akan kembali kering. Cuma tips ni hanya sesuai untuk selipar yang tidak mempunyai alahan kepada air.

Wallahua'lam ...

-al- Kembalilah kepada Islam yang sebenar.

Sabtu / 30 Ogos 2008 / R308, USMkk

Tuesday, August 26, 2008

Doktor & Makanan Segera

Dulu sewaktu di sekolah, orang tua kita sering berpesan, jangan amalkan makan makanan segera (Maggie, Ruski dll). Kata mereka, doktor pesan jangan makan sebab ia akan menyebabkan otak jadi lembab.

Bila dah masuk ke fakulti perubatan, pesanan itu seakan-akan dilupakan. Maklumlah, kita dah besar panjang, lagipun kita sendiri belajar ilmu perubatan dan selama ini kita tak pernah pula diajar oleh para pensyarah tentang bahayanya makan makanan segera.

Hakikatnya, jika diperhatikan, ramai siswa/i perubatan sendiri makan makanan segera hampir setiap minggu. Ada yang lebih dahsyat, makanan segera dijadikan hidangan makan malamnya setiap hari. Persoalannya kenapa? Ada beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebab kenapa perkara ini berlaku, antaranya :

1- Nak jimat, makan makanan segera jauh lebih jimat jika dibandingkan dengan makan nasi.
2- Sedap. Sesetengah mee segera sangat dimininati oleh sesetengah siswa/i disebabkan kelazatannya.
3- Malas atau tak sempat keluar bilik/asrama. Ni juga salah satu faktor penting kenapa sesetengah siswa/i perubatan menjadikan makanan segera sebagai pengganti makanan ruji.
4- Ketagihan. Unsur-unsur ketagihan juga mungkin menjadi penyebab kenapa mereka suka sangat makan makanan segera.
5- Dan lain-lain...

P/s :Bayangkan sahabat-sahabat, suatu masa nanti ada doktor pakar makanan segera. Ada isteri doktor yang juga seorang doktor menghidangkan kepada keluarganya makanan segera untuk makan malam. Wallahua'lam..

Rabu / 26 Ogos 2008 / R308, Nurani Putera, USMKK

Monday, August 25, 2008

Disaat Jantungku Tachycardic...

"Aku ni dah rakaat ketiga atau keempat?" tanya diriku dalam hati sewaktu bangun daripada sujud salah satu rakaat dalam solat zohor bebrapa hai yang lepas. Masa tu aku betul-betul lupa, betul-betul lupa. Rasanya macam dah rakaat keempat, tapi bila difikir-fikirkan, bila masa pula aku berada dalam rakaat ketiga?. Jantung dah mula menunjukkan tanda-tanda tachycardia, kelenjar peluh dah semakin aktif mengeluarkan rembesannya.

"Takpe, jangan panik" kataku dalam hati pada diri sendiri. Aku kena tenang, fikir secara analitikal. Ya, sekarang aku yakin yang sekarang ni rakaat keempat, So, sekarang tak perlu bangun, terus duduk tahiyyat akhir. Incase kalau ada makmum yang dibelakang kelihatan nak bangun daripada sujud atau mereka sebut subhanallah, aku akan untuk bangun kerana itu menandakan yang aku silap.

Ya, aku akan teruskan dengan keputusanku, sekarang ni dah rakaat ke empat. Tak perasan pula kat belakang ada makmum yang cuba untuk bangun berdiri daripada sujud. "Sekarang dah yakin yang memang benar sekarang dirakaat keempat" Hatiku terus berbicara. Selepas salam diucapkan kiri dan kanan, aku berpaling melihat makmum, mungkin ada yang ingin menegurku kalau aku solat tak cukup rakaat. Tapi masing-masing buat macam tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun hatiku rasa kurang selesa dengan keadaan itu, tapi aku tidak menghiraukannya dan aku terus berzikir.

Lebih kurang seminit selepas itu, kedengaran makmum (foreigner) dibelakang berbual-bual sesama mereka. Lantas aku berpaling kepada mereka.

"You have not completed all 4 rakaah" Ujarnya

"Are you sure" terusku bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Yes, I'm sure" tegasnya.

"Kita sambung satu rakaat lagi" al bagitahu semua makmum yang sedang berzikir dibelakang. Semua ikut bagi menyambung satu lagi rakaat, rupa-rupanya merekapun sebenarnya ragu-ragu dengan bilangan rakaat solat waktu tu. Cuma mungkin disebabkan mereka tak yakin, mereka ikut je apa yang aku buat. Selesai satu rakaat, sebelum salam, aku sejud sahwi & semua ikut.

Aku confuse samaada tindakanku tu betul atau tidak, sebab keadaan tu tak pernah berlaku kepada diriku sebelum ni. Selepas solat ba'diyyah, Al terus mesej ustaz Marzuk, Ust Nasim & Ust Kamaruzzaman untuk mendapatkan penjelasan sama ada solatku serta makmum tadi sah atau tidak. Lagipun dah lama betul aku tinggalkan feqah dah lupa apa yang perluku lakukan jika perkara seumpama itu berlaku.

"Ok betul" reply ustaz Marzuk.

"Ya (sah)" jawab ustaz Nasim pula

"Betul, sah solat anta & makmum" Itu jawapan daripada ust Kamaruzzaman.

Alhamdulillah, syukur padanya. Tindakanku itu betul. Banyak pengajaran yang aku dapat daripadanya. Semoga ia tidak lagi berulang dimasa-maa yang akan datang. Wallahu'alam.

p/s : Moral of the story - Make sure, concentrate (khusyuk & khudu') in every solah. Don't let our brain thinking other things while we are praying!

Selasa / 26 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera USMKK

Sunday, August 24, 2008

Ancaman Syiah Kepada Aqidah Siswa/i USMKK!

Sejak dari dulu Syiah cuba memperkuatkan pengaruh mereka di seluruh dunia, dan tidak terkucuali negara Malaysia tercinta. Kelalaian ummat Islam hari ini menyebabkan mereka telah berjaya mempengaruhi aqidah ummat Islam aliran Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah) di sesetengah dunia Islam samaada secara paksa atau rela sehingga mereka berjaya mengubah sesuatu negara daripada Sunni kepada Syiah. Itulah yang telah berlaku di Iran, Iraq dan beberapa negara arab yang lain.

Kalau dulu bila disebut perkataan Syiah, ramai dikalangan kita yang berpandangan yang ia sebahagian daripada ummat Islam. Tapi sekarang mungkin tidak lagi, setelah munculnya tokoh-tokoh aliran Sunnah dalam negara kita, kebatilah Syiah telah dibongkarkan satu persatu. Nama-nama seperti Maulana Asri Yusof, Dr Asri Zainul Abidin, Ust Harun Taib dan ramai lagi, telah menggugat kedudukan mereka yang agak "selesa" selama ini.

Banyak seminar-seminar dianjurkan disana-sini bagi memberi penerangan tentang bahayanya aqidah Syiah kepada ummat Islam. Sebahagian mereka mengkafirkan para sahabat, sebahagian mereka meletakkan imam-imam mereka melebihi kelebihan para Rasul. Di negara-negara yang dikuasi mereka, mereka telah menganiayai ummat Islam aliran Sunni. Mereka menyeksa dan ada yang membunuh golongan Sunni yang tidak selairan dengan mereka. Itulah hakikatnya apa yang berlaku di bumi Iraq sekarang.

Dalam cbox Al juga bari-baru ni ada juga yang cuba memasukkan doktrinasi Syiah. Al tak pasti samaada Al perlu terus membiarkan mereka melakukan sesuka hati mereka ataupun Al perlu menyekatnya mereka daripada terus mengelirukan ummat Islam terutamanya warga USMKK. Berhujjah dengan mereka bukanlah semudah apa yang disangka. Jika kita berbahas dengan orang Kristian kita boleh menggunakan kitab Bible mereka untuk membuktikan kebenaran, kerana mereka menganggap Bible itu benar, begitu juga dengan agama yang lain. Namun berbeza dengan Syiah, mereka tidak mengiktiraf kesahihan kitab utama rujukan mereka sendiri (al-Kafi dll). Begitu juga, mereka diajar untuk memegang prinsip taqiyyah (berbohong untuk menyembunyikan hakikat sebenar didalam hati mereka) membuatkan perbincangan secara ilmiyyah dengan mereka adalah suatu yang sangat sukar.

Ruangan cbox sangat terhad. Oleh yang demikian, Al harap perbincangan tentang Syiah ini boleh dipanjangkan dalam ruangan komen artikel ini. Kepada sahabat-sahabat semua, dalamilah ilmu aqidah Islam yang sebenar sedalam-dalamnya untuk memastikan yang kita tidak akan terpengaruh dengan mana-mana dakyah mereka yang sesat lagi menyesatkan. Kalau selama ini kita diajar untuk mengaplikasikan "Evidence Based" dalam ilmu perubatan, kenapa tidak kita aplikasikan perkara yang sama dalam menilai kesahihan sesuatu aqidah?...Sama-sama kita beraqidah dengan aqidah yang sejahtera bersumberkan dalil-dalil yang sahih.

Semoga Allah memberi taufiq & hidayah kepada kita semua untuk terus berada dalam petunjukNya. Wallahua'lam.

"Evidence Based Aqidah!"

p/s - Kuatkan kefahaman kita tentang bahaya Syiah kepada aqidah Ummah!

Isnin / 24 Ogos 2008 / R308, Nurani Putera USM

Monday, August 18, 2008

Kecurian Dalam Kampus USMKK - Apa Penyelesaiannya?

Pagi tadi, satu lagi kes kecurian laptop berlaku di Nurani Putera. Beberapa minggu yang lepas perkara yang sama berlaku dan apa yang menyedihkan, kedua-dua kejadian ini berlaku kepada sahabat Al satu batch (final year). Itu tak cerita lagi tentang sahabat Al yang dah dua kali motosikalnya dicuri di dalam kampus ni. Apa nak jadi dengan kampus ni pun tak tahu. Kampus sejahtera tapi penuh dengan sengsara!

Al tak boleh bayangkan macam mana sahabat Al yang kuat study tu nak teruskan perjalanan hidupnya dikampus ni tanpa laptopnya. Sungguh kejam perbuatan si pencuri durjana!

Sahabat-sahabat, ketahuilah yang semua ini takkan berakhir sehinggalah hukum had (hudud) yang ditetapkan Allah Ta'ala dilaksakan di negara tercinta ini. Potong tangan mereka yang mencuri, hanya itu balasan yang setimpal untuk mereka dan hanya itu sahajalah jalan penyelesaiannya.

Mungkin ada yang terfikir, hukuman ini kejam. Tapi sahabat-sahabatku sekalian, Allah yang menciptakan kita semua. Sebagai pencipta, tentulah Dia lebih memahami akan kebaikan & keburukan untuk apa yang dicipta. Kita tak akan rasa betapa adilnya hukuman Allah itu sehinggalah harta benda kita sendiri yang dicuri mereka. Al yakin, jika ditanya mereka yang laptop atau motosikal mereka dicuri, mereka mesti bersetuju dengan hukuman potong tangan yang disyariatkan oleh Islam ini.

Firman Allah Ta'ala :

"Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." al-Maaidah : 38

Pesnan buat si pencuri...

Jangan ingat yang anda akan terlepas selama-lamanya. Jika tidak di dunia, pasti di akhirat sana kamu akan merana. Serahkah kembali harta saudara seagama & bertaubatlah sebelum dibakar api yang panas menyala.

-al- Ya Allah tabahkanlah hati sahabat-sahabatku yang kehilangan laptop mereka. Sesungguhnya kami memahami yang hati mereka dalam kerisauan.

Rabu / 2.35 pagi / R308 Nurani Putera USMkk

Keutamaan yang tidak diutamakan

Semalam ketika dalam perjalanan pulang ke kampus, terperasaan akan satu baner yang besar depan bangunan Hotel Renaissance.

"Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"

Itulah ayat yang tertulis pada baner berkenaan.

Lantas erlintas di fikiran..

Pertama

Mungkin itulah ucapan Salam Aidilfitri yang pertama di Kota Bharu Bandaraya Islam pada tahun ini.

Kedua

Kenapa Aidilfitri yang sehari itu diutamakan, sedangkan Ramadhan selama sebulan itu seakan-akan dilupakan?

Ketiga

Apakah ucapan meminta maaf itu ikhlas datangnya daripada pihak mereka atau ada sotong disebalik mee?

Mungkin kita boleh syorkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu supaya sediakan satu anugerah kepada hotel berkenaan atas kejayaan premisnya mengucapkan Salam Aidilfitri yang pertama sekali di Kota Bharu Bandaraya Islam ini.

"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)..." al-Baqaarah : 185

-al- Sesungguhnya Ramadhan al-Mubaarak itulah seharusnya diberikan keutamaan!

Selasa / 18 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera, USMkk

Saturday, August 16, 2008

Amalan Khusus Malam Nisfu Sya'ban - Sahih atau Palsu?

Ramai yang bertanya apa yang perlu kita kita buat malam nisfu Sya'ban. Ada juga yang hantar mesej menyarankan supaya di baca surah Yaasin sebanyak 3 kali, setiap kali Yaasin diikuti dengan niat yang berbeza.

Apakah ia suatu sunnah?

Al bukanlah orang yang layak memberi hukum sama ada sunnah atau tidak, namun sehingga kini tiada satu nas sahihpun yang Al ketemui selama membaca tulisan-tulisan pakar-pakar yang fakih dalam ilmuan Islam.

Kalau ada yang mesej atau call Al untuk bertanyakan pendapat berkenaan dengan amalan khusus yang dilakukan pada malam nisfu Sya'ban dengan beri'tiqad ia mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu, terus terang Al katakan yang ianya adalah suatu amalan yang tidak punyai asas dalam agama. Atau dengan bahasa yang kasar, ia suatu amalan Bid'ah yang perlu kita hindari.

Mungkin ia suatu pandangan yang agak keras, namun bukankah kita diajar supaya berkata benar walaupun ia suatu yang pahit?

Apa kata Yusof al-Qaradawi berkenaan dengan masalah ini?
"Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah".
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Wallahu'alam!...

-al- Evidence based Islam

Sabtu / 16 Ogos 2008 / R308 USMkk

Friday, August 15, 2008

Matanya buta, tapi hatinya siapa yang tahu?

Semalam aku tidur lewat, walaupun masih lagi bercuti, tapi aku punya perancangan tersendiri pada pagi esok harinya. Memikirkan risiko untuk tidak bangun subuh berjemaah, aku ambil keputusan untuk tidur di surau Nurani. InsyaAllah pagi esoknya aku akan dikejutkan oleh sahabat yang datang ke surau untuk solat subuh. Pukul 6.50 pagi, waktu itu laungan azan mengegarkan tympanic membrane telingaku lantas mengejutkan aku daripada terus terlena. Walaupun retina kedua-dua belah mataku seakan-akan merayu untuk aku terus menghalang cahaya daripada terus masuk ke ruangan vitreous chamber, tapi aku tidak menghiraukannya. Aku terus mengarahkan otot levator palpabrae superioris supaya menjalankan tugasnya untuk membuka kedua-dua kelopak mataku.

Selepas selesai berwuduk, aku kerjakan solat sunat sebelum subuh. Selepas bilal iqamat, aku jadi imam untuk solat fardu subuh pada hari itu. Walaupun pagi itu pagi Jumaat, aku tak baca surah as-Sajadah atas beberapa sebab. Pertama kerana aku tahu yang ia hanya sunat dan bukan wajib, kedua, sebab aku dah lama tak mengulang hafalan surah berkenaan. Aku takut kalau-kalau aku lupa & tersilap baca. Tak pasti kenapa hari ini tak sama dengan hari yang lain. Walaupun jika dihitung dari segi jangka waktu aku rehat semalam, sangat-sangatlah tak mencukupi. Yang pasti hari ini hari Jumaat, aku takkan biarkan hari ini berlalu dengan begitu sahaja. Agenda utama hari ini adalah ke Kuliah Tok Guru Nik Aziz!.

Bila selesai solat subuh, aku membaca al-Qur'an, mengulang beberapa ayat yang dah ku hafal. Selesai membaca qur'an. Aku balik ke bilik, untuk layari internet, objektif utama adalah untuk membaca berita Utusan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku diluar sana. Selain itu Harakah Daily pun aku layari, walaupun aku tahu Harakah Daily biasanya takde berita yang update di awal-awal pagi. Masa yang terluang aku cuba layari TVPAS.com, kalau-kalau ada berita berkenaan degan muktamay PAS di Perak atau setidak-tidaknya mendengar kulaih ustaz-ustaz dalam koleksi tazkirah TV berkenaan.

"Anta nak pergi tak kuliah Tok Guru Pagi ni?" tanyaku kepada rakan sebilik, akhi Hanafi.

"La, hari ni mana ada kuliah, kan Tok Guru pergi Perak, Hadir Muktamar di sana" Jawabnya.

"Ye tak ye jugak, ana tak terfikir pulak yang sekarang ni tengah muktamar" Balas ku kebingungan.

Perasaan dalam hati sedih sangat, sebab dah lama aku tak pergi kuliah Tok Guru. Tok Guru Menteri Besar Kelantan yang aku sayangi.

"Takpelah, lain kali kalau ada masa aku pergi" hatiku cuba memujuk diri sendiri.

Pagi itu aku ambil keputusan untuk balik ke rumah. Rindu rasanya kepada keluarga tercinta. Perjalanan 15 pulang ke rumah tidak aku sia-siakan. Suara bacaan al-Qur'an Sheikh Syuraim Imam Masjidil Haram jadi teman dalam perjalanan. 15 minit mengikut tempo Sheikh Shuraim dah berapa muka surat al-Qur'an dapat ku dengar. Semoga ada munafaat untuknya dunia akhirat.

Bertemu dengan Abang Din

Sebaik sahaja melepasi jambatan Sultan Ismail Petra, aku terserempak dengan seorang pemuda. Kesian sunnguh aku melihat akan nasibnya, matanya buta. Dengan hanya menggunakan tongkat yang ada pada tangannya dia cuba untuk melintas jalan. Kereta bergerak tak putus-putus. Tiada siapa berhenti untuk memberi bantuan. Sebagai seorang muslim, tentunya hatiku tidak senang melihat saudara seagama dalam kesusahan. Itulah yang diajar baginda Rasul tercinta.

Aku masih punyai banyak masa. InsyaAllah aku akan bantu apa yang termampu. Waktu itu abang tu berdiri betul-betul di tengah jalan. Walapun bahaya, aku mesti mengambil risiko tersebut asalkan aku dapat bantu dia. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Aku bertanya kepadanya
"Abang nak pergi kemana"?

"Nak seberang jalan, abang nak balik rumah dik" jawabnya. Melihat mukanya menyebabkan hatiku sayu.

"Rumah abang kat mana?" tanyaku lagi.

"Kampung Pohon Tanjung" jawabnya.

Memikirkan masa untuk solat Jumaat masih lama lagi, aku mengajaknya naik moto aku supaya bolehku hantar dia balik rumah.

Dalam perjalanan, aku sempat berbual-buat dengannya. Dia perkenalkan dirinya sebagai Zul Khairuddin. "Saya panggil abang Din ye"

"Ya" jawabnya

"Boleh saya tahu, mata abang tak nampak sejak bila lagi?" aku cuba mengelak daripada menggunakan perkataan buta untuk pastikan hatinya tidak tersinggung.

"Sejak kecil lagi, Dr pakar kata masalah dengan saraf. Kalau masalah pada manik, doktor kata boleh tukar yang baru, tapi masalahnya adalah pada saraf" Jelasnya kepada aku. Dia tak tahu yang dalam masa setahun lagi aku akan jadi seorang doktor (insyaAllah bi iznillah). Rasanya tak perlulah untukku jelaskan siapa diriku kepadanya kerana aku yakin tiada yang boleh aku bantu untuk mengembalikan penglihatannya semua.

"Abang daripada mana tadi?"

"Daripada tempat kuliah Tok Guru katanya, tapi Tok Guru tak mengajar hari ni" katanya.

"Subhanallah, tabahnya hati abang Din" hatiku berbicara.

"Ya, hari ni ada Muktamar di Perak, itu sebabnya Tok Guru tak mengajar hari ni" Jelasku kepadanya.

"Ooo, patut la Tok Guru tak mengajar hari ni, pergi Muktamar rupanya" sahutnya.

Aku terus bawak moto ku menuju ke kampung abang Din, Kampung Pohon Tanjung. Jauh juga jaraknya daripada tempat aku ambil dia tadi.

"Selalu ke abang Din pergi Kuliah Tok Guru?" soalku lagi.

"Tiap-tiap minggu abang pergi" jawabnya.

"Subhanallah, tabahnya hati abang Din ni, matanya buta, tapi dia istiqamah dengan apa yang dilakukannya. Aku yang matanya celik ni pun jarang-jarang pergi kuliah Tok Guru"

Ingin saje aku menangis diwaktu itu, jauhnya diriku disisi Allah berbanding abang Din.

Bila dah sampai di satu persimpangan, aku bertanya arah mana rumahnya. Jawabnya "sebelah kiri, depan tu je, rumah kayu buruk tu"

Sekali lagi hatiku tersentuh dengan kata-katanya. Ya, itulah rumahnya, tak perlu aku jelaskan betapa da'ifnya rumah abang Din.

"Abang tumpang rumah adik ipar abang" jelasnya.

Aku turunkan dia betul-betul depan rumah kayu tersebut. Sebelum abang Din melangkah masuk ke rumahnya, aku cuba dapatkan beberapa keping duit seringgit yang ada dalam jubah yang aku pakai. Aku yakin yang aku ada masukkan beberapa keping duit kertas dalam poket tu seselum aku keluar bilik tadi. Tapi tak tahu kemana menghilang duit-duit tu, yang tinggal hanya satu ringgit. Mungkin bukan rezeki abang Din.

Aku terpaksa mintak diri dulu sebab aku kena balik rumah untuk breakfast sebelum pergi solat Jumaat.

"Terima kasih dik" itulah lafaz terakhir yang aku dengar daripada abang Din.

Aku doakan semoga abang sentiasa dalam rahmat Allah Ta'ala hendaknya. Biarlah dia buta didunia, tapi di akhirat dia tergolong dikalangan orang-orang yang berjaya. Doa itu untuk diriku juga, insan yang Allah masih berikan nikmat penglihatan.

-al- Allah Matlamat Kita!...

Jumaat / 15 Ogos 2008 / R308, DN Putera, USMKK

Wednesday, August 13, 2008

Doa Yang Sahih Sebelum Salam!

Clik pada gambar untuk dibesarkan


Kali ni Al nak kongsi dengan semua sahabat satu hadis yang sahih berkenaan dengan doa sebelum kita ucapkan salam setiap kali kita solat. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya. Al mintak maaf sebab terpaksa letakkan gambar yang diambil daripada kitab tersebut (dengan kamera) sebab takde perisian alphabet arab untuk ditaip secara manual.

Suatu hari Abi Bakar as-Siddiq r.a. meminta supaya Rasulullah mengajarkannya satu doa supaya beliau boleh membacanya dalam solat, baginda menjawab, bacalah (rujuk matan hadis yang bergaris di atas):

'Allahumma inni zolamtu nafsii zulman kasiira, walaa yaghfiruzzunuuba illaa anta, faghfirlii maghfiratan min 'indika war hamnii, innaka antalghafuurur rahiim'


Maksudnya :

Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang begitu banyak, dan tidak ada yang dapat mengampunkan melainkan engkau, maka ampunkanlah aku dengan keampunan daripada sisiMu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Mengampun lagi Maha Mengasihani"


Imam Bukhari meletakkan hadis ini dibawah bab 'Berdoa Sebelum Salam', perbahasan kenapa sebelum salam itu rasanya tak perlu untuk Al terangkan disini. Wallahua'lam.

'Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat'

-al- Hadis ni adalah hadis yang sahih. Jadikanlah ia suatu amalan kita sebelum kita lafazkan salam setiap kali kita solat. Al harap ada munafaat bagi sahabat-sahabat semua.


Rabu / 13 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera USM

Tuesday, August 12, 2008

Seminar Pemikiran & Perjuangan Hassan al-Banna

Hassan al-Banna, nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang bergiat cergas dalam aktiviti dakwah. Beliau adalah antara tokoh awal dalam perjuangan mengembalikan kekuatan ummat Islam selepas kejatuhan kerajaan Turki Usthmaniyyah pada tahun 1924. Jasadnya telah lama meninggalkan kita, namun semangat yang ada pada beliau tidak pernah luntur daripada hati para pendakwah seluriuh dunia. Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan perjuangan!

Seminar Pemikiran & Perjuangan Hassan al-Banna

Tarikh : 23 Ogos 008 (Sabtu)
Tempat : Hotel Raudah, Kota Bharu

Anjuran
-Jawatan Kuasa Pembangunan Insan, Belia dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan
-Jemaah Islah Malaysia, Cawangan Kelantan


Maklumat lanjut sila hubungi : 09-7472938 / 0129341053

Berkerjasama!

Seronok sangat tengok satu cerita kanak-kanak setiap hari 2.30-3.00 petang di TV9. Wonderpets, itulah tajuknya. Walaupun cerita kanak-kanak, tapi Al suka sangat tengok cerita tu, tak tahu kenapa. Mungkin sebab Al suka akan mesej cerita iaitu 'berkerjasama' dan itulah yang didoktrinkan dalam pemikiran anak-anak apabila mereka menonton cerita tersebut.

Jalan ceritanya lebih kurang sama sahaja bagi setiap episod. Tiga ekor haiwan peliharaan iaitu arnab, kura-kura dan anak itik yang dipanggil wonderpets tinggal di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Mereka akan menerima panggilan telifon apabila ada haiwan di luar sana yang dalam kesusahan. Mereka akan keluar dari tempat tinggal mereka untuk menyelamatkan haiwan tersebut. Setiap kali mereka mereka bekerja untuk membantu mereka yang dalam kesusahan, Wonderpets menekankan konsep berkerjasama. Sangat jelas mesejnya iaitu berkerjasama.

Dulu Al pelik kenapa anak saudara Al (muhammad Rahimi), suka sangat nyanyi lagu 'wonderpets'. Daripada mana dia belajar Al tak tahu. Dia sekolah Mawaddah (tadika agama), biasanya lagu-lagu yang diajar juga berunsurkan kerohanian. Bila tengaok cerita Wonderpets tu barulah Al tahu yang dia belajar daripada TV9 rupanya. Sebab minat sangat cerita tu, terus hafal lagu cerita tu. Apa-apapun bagi Al, lagu ni memang bagus untuk diajar di pusat asuhan kanak-kanak, mesej 'berkerjasama' yang ada didalamnya sangat baik untuk dipupuk dalam jiwa anak-anak kita.

Al pun sampai terhafal lagunya...ini antara lirik yang sering diulang-ulang Wonderpets

wander pets (2x) dah berjaya
membantu anak ****** yangkesusahn
kami tak besar dan kami tak kuat,
bila berkerjsama semua jadi mudah.
yeee..wonderpets!....

Dalam kehidupan kita seharian juga, kita perlu mengaplikasikan konsep berkerjasama dalam setiap tindakan. Begitu juga dalam konteks dakwah, berkerjasama sangat penting dalam memastikan gerak kerja berjalan lancar dan mencapai impak maksimum. Dan perlu kita ingat yang Allah Ta'ala suka orang-orang yang berkerja bersama-sama atau dengan kata lain berkerja secara berjemaah dalam gerak kerja Islam. Itu sebabnya Allah Ta'ala berfirman dalam surah al-Saf ayat 4 :

"Sesunggunya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang kukuh"

Wallahu'alam

-al- Al takde apa-apa saham dalam TV9

Selasa / 12 Ogos / R308 Nurani Putera

Thursday, August 7, 2008

Berakhirnya Sebuah Episod...

5 ogos 2008 (Selasa), itulah tarikh yang Al nanti-nantikan selama ini. Hari di mana Al tidak lagi memegang amanah secara rasmi dalam Persatuan Sains Perubatan. Kenangan suka dan duka yang telah lalui bersama selama setahun kami berada dalam kepimpinan persatuan ini tentunya tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.

Kepada hicom dan exco-exco PSP sidang 2007/08, Al ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini. Bagi Al, sahabat-sahabat semua memang patut dipuji atas kesungguhan selama ini menggerakkan persatuan ini. Di kala semua warga melihat jawatan dalam PSP tidak lebih daripada hanya suatu bebanan, sahabat-sahabat semua sanggup menerima amanah itu demi kepentingan siswa/i PPSP yang lain. Al yakin yang sahabat-sahabat semua ikhlas menerima jawatan bukan kerana 'mata merit' (waktu itu tiada siapapun yang pedulikan mata merit) atau kerana kepentingan yang lain. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua.


Ucapan terima kasih juga Al ucapkan kepada Prof Abd Aziz (dekan PPSP), Prof Madya Abd Rahman Noor (TDA) serta kakitangan Pejabat Akademik PPSP yang banyak memberi sokongan serta bantuan kepada pihak PSP selama ini. Begitu juga kepada Dr Wan Hazabah (penasihat PSP), kepada En Hafiz, En. Zul serta staf-staf HEP yang lain atas sokongan, cadangan, nasihat dan sebagainya yang diberikan kepada pimpina PSP sidang yang lepas. Semoga hubungan yang akrab antara pimpinan PSP dengan pihak pejabat akademik, pihak HEP terus dipelihara untuk sesi-sesi seterusnya.

Di kesempatan ini juga Al juga ingin memohon ribuan kemaafan kepada hicom, exco-exco sesi lepas serta ahli PSP keseluruhannya, kiranya terdapat sebarang kesilapan & kelemahan selama mana Al jadi YDP sesi 2007/08. Mungkin ada yang terasa hati terutamanya ketika kita bermesyuarat. Sesungguhnya Al sangat mengharapkan keampunan daripada sahabat-sahabat semua atas segala kesilapan itu. Amanah dipikul selama ini tentunya akan di bicarakan di mahkamah Allah Rabbul Jalil suatu hari nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w :

"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap dikalangan kamu akan di persoalkan tentang apa yang dipimpin"

"4JJl Matlamat Kami"

Muhd Al-Aarifin Ismail
Mantan Yang Di Pertua
Persatuan Sains Perubatan (2007/08)


Jumaat / 8 Ogos 2008 / R308, Nurani USMKK

Sunday, August 3, 2008

Terima Kasih Kepada Semua Sahabatku...

Malam sebelum program IIP berlangsung sangat bermakna bagi Al, bila hicom serta exco berkumpul bersama-sama bagi meghias board PSP. Walaupun hiasan board PSP taklah hebat sangat, tapi yang penting kerjasama yang ditunjukkan semua hicom dan exco. Sangat meriah jika dibandingkan dengan persatuan-persatuan lain (bangga pulak Al).



Mungkin itulah saat terakhir kita bersama sebelum kita semua meletak jawatan dalam AGM Selasa ni (5 Ogos). Al akan sentiasa merindui kalian semua. Al ucapkan jazakumullah khairal jaza', terima kasih atas kerjasama sahabat-sahabat dalam menggerakkan PSP selama ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.





-al- Al akan sentiasa rindukan PSP



Isnin / 4 Ogos 2008 / R308

Friday, August 1, 2008

Terima Kasih Kepada abg Lan dan kak Han

Terima kasih Al ucapkan kepada abg Lan dan kak Han kerana menghadiahkan Al serban ni, cantik betul. Tapi satu je yang Al pelik, kenapa warna hijau yang dipilih abg Lan dan kak Han ye? Kenapa tak biru ke, merah ke. Al memang suka warna hijau.

Dah lama betul tak pakai serban bila turun solat di surau. Walaupun ulamak khilaf tentang hukum memakai serban ada yang kata sunat, ada yang kata harus sahaja, tapi apa yang pasti masyarakat melihat serban adalah salah satu simbul seseorang itu berlatar-belakangkan Islam atau dengan kata lain, orang yang 'alim dalam agama. Sudah tentu Al bukan orangnya, ilmu agama sangatlah cetek.

Apa-apapun sekali lagi Al ucapkan jazakumallah khairal jaza' kepada abg LAn dan Kak Han atas hadiah tersebut. InsyaAllah Al akan pakai serban tu bila ada maa yang sesuai.

-al- Ada maksud lain di sebalik hadiah tu, betul tak kak Han? hehe...