Monday, September 29, 2008

Maahad Muhammadi - Apakah Dirimu Masih an-Namuzaji?

Dulu ketika Al masih di Maahad, Ust Wan Roslan (mudir waktu itu) selalu sebut yang Maahad Muhammadi adalah sebuah universiti. Al pelik, kenapa ust Wan Roslan selalu kata macam tu. Boleh dikatakan hampir setiap kali dia berucap ketika perhimpunan, ust mesti sebut perkataan itu. waktu itu Al tertanya-tanya, apa bezanya Maahad dengan sekolah-sekolah lain?

Sewaktu di Maahad, Al memang tak menyedari hakikat ini, namun bila dah berada keluar Maahad, Al rasa Al setuju dengan ust Wan Roslan tu. Bukan niat untuk nakberbangga dengan sekolah sendiri, tapi itulah mungkin hakikatnya bila seseorang itu berada di Maahad dan peluang menuntut ilmu disana dipergunakan sepenuhnya. Di sana terdapat gedung ilmu seluas lautan. Ramai ulama' serta pakar-pakar yang mengajar di sana. Daripada ilmu aqidah sesinggalah ilmu feqah, daripada ilmu nahu soraf sehinggalah ilmu tafsir al-Qur'an. Mana taknya Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah menjadi tenaga pengajar universiti ini suatu ketika dahulu.

Banyak kejayaan yang di ukir siswa/i Maahad, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara, semuanya mereka punya figure.

Kejayaan dari sudut Akademik


Ramai yang kagum dengan pencapaian akademik siswa/i Maahad. Walaupun setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, pihak media cuba menyembunyikan siswa/i Maahad, namun hakikat kecemerlangannya tak dapat di nafikan oleh sesiapa sahaja. Siapa dikalangan kita tak sedar yang setiap tahun keputusan PMR siswa/i Maahad mencecah 100 orang mendapat 9A?. Siapa tak kenal dengan adik fatimah yang mendapat 18 A dalam SPM suatu ketika dahulu?.


Walaupun siswa/i nya belajar subjek yang begitu banyak dalam masa seminggu, tapi mungkin disebabkan keberkataan yang dikurniakan oleh Tuhan, mereka mampu mengukir kejayaan yang begitu cemerlang dalam setiap peperiksaan. Ketika pelajar-pelajar di sekolah lain hanya belajar 9 subjek sepanjang seminggu, kami di Maahad belajar antara 20 hingga 25 subjek dalam seminggu. Walaupun banyak, ketahuilah yang ia adalah suatu yang normal bagi mahasiswa/i Maahad.



Kejayaan dari Sudut Kepimpinan


Waktu tingkatan 4 & 5 di Maahad dulu, Al adalah salah seorang dhobit (pengawas), tapi Al cuma dhobit biasa yang tak pegang apa-apa jawatan penting. Waktu itu guru disiplinnya adalah ust Baharudin. Al dan beberapa orang sahabat lagi pernah ditugaskan untuk mengemaskini peraturan disiplin di Maahad. Kami berbincang sesama kami apa yang perlu diteruskan, apa yang perlu diubah suai mengikut waqi' Maahad ketika itu dengan dipantau guru disiplin. Kami dilatih untuk membuat keputusan peting secara indipendent. Mungkin itu adalah antara satu kelainan Maahad berbanding sekolah-sekolah lain. Mahasiswa-mahasiswanya selalu diberi kepercayaan yang tinggi oleh pensyarah-pensyarahnya termasuk dalam bab menggubal undang-undang di kampus (sekolah).


Mungkin itulah sebabnya nama Maahad Muhammadi suatu ketika dahulu cukup sinonim dengan kepimpinan mahasiswa samaada di kampus-kampus dalam negara mahupun luar negara. Daripada Universiti Malaya hinggalah al-Azhar, daripada GAMIS di Malaysia hinggalah PMRAM di Mesir, ramai pimpinan mereka mendapat pendidikan awal di sekolah an-Namuzaji ini.

Jika dilihat kepada kepimpinan dunia politik peringkat nasional, banyak nama-nama tersohor yang lahir daripada sebuah universiti bernama Mahaad Muhammadi. Exco-exco kerajaan negeri Kelantan sebagai conoth, ramai dikalangan mereka menerima pendidikan awal di Maahad Muhammadi.

Kejayaan dari Sudut ko-k

Jika bercakap soal ko-kurikulum, suatu ketika dahulu nama Maahad sangat menggerunkan kawan dan lawan. Siapa tak kenal dengan pasukan forum/ debat Maahad yang menjuarai pertandingan peringkat nasional? siapa tak kenal dengan pasukan beruniformnya yang juga masyhur di peringkat kebangsaan?

Jika bercakap soal Pengakap di Raja (Kings Scout), siapa tak kenal dengan kump. 58 Maahad Muhammadi?. Kumpulan yang telah melahirkan ratusan yang telah melepasi peringkat Pentarafan Pengakap di Raja dan di 'itiraf oleh semua raja-raja Melayu termasuk Yang Di Pertuan Agung?. Al rasa bertuah sangat sebab Al salah seorang daripadanya.

Terlalu banyak kejayaan yang diraih Maahad yang menjadikannya cukup terkenal di mata masyarakat, tak mungkin raanya untuk Al lakarkannya dalam ruangan yang terhad ini. Dulu bila sebut pelajar Maahad, masyarakat menggambarkan seseorang cukup tinggi akhlaknya, tinggi juga ilmu yang ada padanya. Begitulah hebatnya pandangan masyarakat kepada Maahadian.

Dimana Maahad sekarang?

Bila mengenangkan tentang nasib Maahad Muhammadi, Al tak pasti kemanaa hala tujunya sekarang. Dah lama betul tak dengar kabar berita daripada sana. Pensyarah-pensyarahnya juga mungkin ramai yang dah pencen atau bertukar ke sekolah lain. Adik-adik disana seorangpun Al tak kenal. Rasa sebak di dada.

Al selalu teserempak dengan siswa Maahad di Kota Bharu Bandaraya Islam. Kadang-kadang Al rasa sedih sangat melihat adik-adik junior. Dengan akhlak, tingkah lakunya yang tidak mencerminkan mereka siswa/i di Maahad. Kebanyakan daripada siswa/i Maahad sekarang tak tak rasa bangga mereka menjadi salah seorang siswa/i Maahad. Bahkan apa yang lebih menyedikan, ramai dikalangan mereka malu nak mengaku mereka belajar di Maahad. Kenapa dik?..kenapa?...Kenapa perkara seumpama ini boleh berlaku?...

Beberapa hari yang lepas, Al jalan-jalan di pasaraya Billion. Terserempak dengan seorang adik bersama rakan-rakannya. Al tak cam muka dia, tapi dia tegur Al. Katanya dia pernah belajar di Maahad. Bila diperhatikan betul-betul wajahnya, Al rasa Al ingat, ya Al masih ingat wajahnya. Tapi wajahnya sinonim dengan baju berwarna hijau muda dan bertali lehir hijau gelap (pakaian seorang dhobit). Ya, dia adalah salah seorang dhobit ketika di Maahad dahulu. Tapi bila Al perhatikan cara dia berpakaian, Al tak nampak ciri-cirinya sebagai ex-Maahadian (bekas siswa Maahad) apatah lagi bekas dhobit di Maahad. Dengan seluar jeans nya, dengan baju t-shirt lengan pendek yang tak berkolarnya. Al dapat rasakan yang macam suatu yang tak kena dengan cara penampilannya.

"Dimana tsiqah yang diajar ketika di Maahad? Dimana hilangnya identiti Maahad kita?" Al berbicara dalam hati.

Ya benar, kita tak boleh hukum seseorang berdasarkan penampilan luarannya, "Don't judge a book by its cover". Namun itu bukanlah alasan untuk mengubah penampilan kita. Lupakah kita suatu masa dahulu kita diajar untuk menjaga tsiqah masyarakat kepada kita dengan menonjolkan contoh-contoh yang baik kepada masyarakat luar sana?.

Walaupun dia masih hormat kepada orang tua macam Al ni, walaupun masih bersopan cara percakapannya, tapi..Al tak tahu lah macam mana nak komen..Kalau dulu masa di Maahad, jeans di haramkan sama sekali. Bukan kerana disana adanya larangan daripada al-Qur'an dan sunnah, tapi di sebabkan imej jeans itu sendiri mencerminkan budaya hedonism, bukan soal t-shirt round neck itu yang salah, tapi Al kita bercakap soal pandangan masyarakat. Apa pandangan kita kalau Tok Guru Nik Aziz berpakaian sama sebegitu rup[a, datang ke kuliah tafsirnya etiap pagi Jumaat di Dataran Ilmu, di bandaraya Islam. Apa agaknya pendangan masyarakat?..tentunya pelik bin ajaib.

Cemburu dengan Falahiyyah

Al rasa sedih bila mengenangkan yang Al dah tak lagi bersama adik-adik di kampus Maahad. Dah tak kenal dengan adik-adik disana. Bila Al lihat senior-senior Falahiyyah turun bersama-sama mentarbiah adik-adik mereka, Al rasa cemburu sangat. Walaupun pada pandangan Al, Falahiyyah tidaklah sehebat Maahad (maafkan Al sahabat-sahabat falahiyyah), tapi ukhuwwah sinior junior yang mereka bina sekarang menyebabkan mereka mampu menyaingi kehebatan Maahad yang suatau ketika dahulu sukar ditandingi oleh sesiapa sahaja samaada kawan mahupun lawan.

-al- Menanti bangunnya semula Empire Maahad Muhammadi di persada dunia.

Selasa / 30 Sept 2008 / 9.00 pagi / R308, Nurani Putera

Sunday, September 28, 2008

Tiga blog yang mesti dilawati!

Selama ni mungkin ramai di kalangan kita belum menyedari akan kewujudan dua blog penting ini. Blog yang membincangkan isu yang berbeza, iaitu tarbiah islamiyyah dan siasah (politik) kampus kita.

Pertama - blog Voice of Islam.
http://voiceof-islam.blogspot.com/
Bertemakan Evidence-based Islam, blog ini membincangkan tentang isu semasa berkaitan dengan agama Islam dari perspektif yang lebih luas bersandarkan nas-nas atau bukti-bukti (evidence) yang sahih. Blog ini mesti dilawati kerana ia memberi peluang kepada kita semua memahami Islam secara syumul bersumberkan dalil-dalil yang sahih menurut apa yang difahami para salafussoleh. Tanniah Al ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang mengandalikan blog berkenaan.

Kedua - blog Healthcampus (campusdaily)
http://healthcampus.blogspot.com/
Al tak pasti siapa sebenarnya pengendali blog berkenaan. Walaupun pada pandangan Al, design blog berkenaan tidaklah secantik blog-blog yang lain, namun blog ini sangat menarik jika dilihat dari sudut nilai setiap entry nya kerana ia membincangkan tentang isu-isu semasa politik kampus kita yang mesti ketahui & difahami oleh semua mahasiswa/i USMKK. Daripada isu kronisma dalam MPDMN sehinggalah isu pilihanraya kampus yang bakal berlangsung tak lama lagi semuanya dibahaskan. Al tertarik dengan idea bersifat kritikal penulis blog berkenaan kerana ia bersandarkan analisis secara terperinci. Walaupun Al tak tahu siapa bloggernya, namun Al yakin pemiliknya adalah siswa/i USM yang betul-betul memahami politik kampus kita. Tahniah Al ucapkan!

Ketiga - Blog PSP
http://pspusmkk.blogspot.com/
Blog Persatuan Sains Perubatan ini telah wujud sejak Al & rakan-rakan lain berada dalam kepimpinan PSP. Namun apa yang meyedihkan, masih ramai yang belum mengetahui akan kewujudannya. Ketika blog ini mula-mula beroperasi blog tersebut mempunyai dua objektif utama iaitu :
1. Menjadi salah satu saluran bagi mendapatkan cadangan/aduan daripada semua ahli persatuan.
2. Sebagai medium untuk menyebarkan berita-berita terkini yang melibatkan mahasiswa/i di kampus sejahtera.
Sekarang ni blog tersebut telah di update, comel sangat. Tahniah Al ucapkan kepada exco multimedia PSP yang lama (saudara Loke Hong Meng) mahupun yang baru (maaf Al tak ingat siapa). Wallahu'alam.

-al- Perang cyber di kampus kita kini memasuki era yang baru!...

Isnin / 29 Sept 2008 / 14.45 / R308, Nurani Putera

Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri Buat Semua...

Sempena Aidilfitri yang akan disambut oleh ummat Islam seluruh dunia beberapa hari lagi, Al nak ambil kesempatan untuk memohon ribuan kemaafan daripada semua yang mengenali diri ini. Mungkin selama ini Al ada tersalah kata, tersilap bicara, mohon diampunkan segalanya.

Kepada sahabat-sahabat yang akan bermusafir jauh pulang kerumah masing-masing, berhati-hatilah di jalan raya. Bawak bas tu jangan laju-laju...

p/s : Ku doakan agar raya kali ini akan jadi raya paling bermakna buat diriku....

Khamis / 25 sept 2008 / 5.30ptg / R308, DN Putera USM Uni Apex

Monday, September 22, 2008

PMI - Perkembangan terkini!

Ramai yang tertanya-tanya apa perkembangan terkini tentang penubuhan PMI di kampus Kesihatan. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua. Semalam mesyuarat antara jawatan kuasa penaja PMI dengan Naib Canselor yang dijadualkan selepas solat terawih di Pusat Islam dibatalkan. Begitu juga mesyuarat dengan Timb. Naib Canselor pada pukul 11.30 malam semalam (21 Sept 2008). Oleh yang demikian, keputusan akhir samaada ia diluluskan atau tidak masih kabur (pending). Pada pandangan Al secara peribadi (mungkin silap), pihak pengurusan universiti berkemungkinan besar tidak meluluskannya disebabkan beberapa faktor tertentu. Namun kita masih mengharapkan jasa baik pihak pengurusan universiri untuk meluluskannya untuk kepentingan semua mahasiwa/i kampus kesihatan.

Kita berjaya mengumpulkan lebih kurang 700 tandatangan mahasiswa sebagai tanda sokongan mereka untuk penubuhan PMI ini hanya dalam masa 24 jam. Apa yang menarik, hampir 30 % daripada mereka yang turunkan tandatangan adalah non-Muslim. Ini secara secara tidak langsung, menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan yang PMI akan menyebabkan wujudnya perpecahan perkauman di kalangan siswa/i USMKK.

"PMI kena tambah Hadhari kat ujung baru senang lulus"

Itulah sms kepada Al daripada salah seorang kakitangan universiti yang bersimpati dengan kami yang selama ini berusaha untuk menubuhkan Persatuan khusus untuk mahasiswa Islam di kampus kesihatan ini. Oleh itu kalau lepas ni ada yang masih nak memperjuangkannya, jangan sesekali guna perkataan PMI, mungkin lebih sesuai jika namanya PMIH (persatuan Mahasiswa Islam Hadhari) baru senang dlulusakan.

Dalam sms yang lain, beliau menyarankan supaya kami meminta pendapat mereka yang telah lama yang mempunyai banyak pengalaman berbanding kami dalam selok belok universiti apex ini. Jazakallah Al ucapkan kepada beliau yang menunjukkan keperihatinan kepada perjuangan ini. Semoga Allah merahmati beliau.

Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi, walaupun PMI kemungkinan besar tidak diluluskan, Al tetap nak ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang bersama-sama dalam memperjuangkan hak mahasiswa/i muslim di kampus ini. Walaupun pada mata manusia kita mungkin dilihat sebagai tidak berjaya, namun hakikatnya disisi Allah siapa yang tahu?.

Kita tidak seharusnya berputus asa, Nabi Allah Nuh a.s berdakwah selama beratus-ratus tahun, namun yang mengikutnya hanya sedikit cuma. Apalah sangat mehnah dan tribulasi yang selama ini kita tempuhi jika nak dibandingkan dengan Nabi Nuh a.s. Apalah sangat kata-kata sindiran sesetengah pihak kepada kita jika dibandingkan dengan Rasulullah yang dikatakan gila dikala membela agama?

Kepada sahabat-sahabat yang terlibat secara langsung serta tidak langsung sekali lagi Al ucapkan tahniah kepada semua. Kepada tenaga penggerak utama, saudara Huzaifah (medic 3), Yb Alif (medic 3), Fadhli (Medic 2), Razi (medic 2), Niza Kasim (Nursing 3) dan Azimah (Nursing 3) dan semua sahabat yang terlibat (maafkan, Al lupa). Yakinilah yang pengalaman adik-adik semua menempuhi perjuangan ini tak akan dilupakan sampai bila-bila.

Walaupun PMI tak diluluskan, Islam mesti digerakkan walaupun kita tak punya platfom secara rasmi. Kita masih punya Pusat Islam, walaupun bergerak dibawah Pusat Islam tak memberi kelebihan kepada kita semua jika dilihat dari sudut mata merit, namun mata merit di sisi Allah pastinya ada jika kita ikhlas dalam memperuangkan agamaNya. Wallahu'alam.

-al- Menanti mata merit di Mahsyar!

Isnin / 22 Ogos 2008 / 18.10 / R308, Nurani Putera.

Saturday, September 20, 2008

Penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam USMKK

Tahniah kita ucapkan kepada semua rakan siswa/i yang selama bertungkus-lumus untuk menubuhkan Persatuan Mahasiswa Islam di USM Kampus Kesihatan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua siswa/i tak kira bangsa atau agama, senior atau junior, yang turut serta memberi sokongan kepada usaha ini iaitu dengan menurunkan tandatangan dalam atas referendum yang disediakan pihak jawatankuasa penggerak. Walapun kita yakin yang di sana pastinya akan terdapat ribuan rintangan yang pastinya menghalang, namun yakinlah sahabat-sahabat yang Allah bersama-sama kita jika kita berada dipihak yang benar. Semoga usaha kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Jalla wa 'Ala.

Sahabat-sahabat, dah tiba masanya untuk kita lakukan satu anjakan paradigma, mengubah perspeksi masyarakat kampus kita ke arah lebih cakna kepada agamanya. Walaupun usaha ini telah lama diusahakan oleh generasi terawal, namun ketahuilah yang inilah masanya yang paling sesuai untuk kita sama-sama terjemahkan ia ke bentuk realiti bukan lagi fantasi.

Siru 'ala barakatillah...

"Bersama ke Arah Mahasiswa Sejahtera"

-al- Alangkah indahnya jika aku masih muda remaja. Inginku membantu mereka semua membela agama. Namun apakan daya aku sudah 'tua' tak bermaya dan aku akan tinggalkan kampus ini bila tiba masanya...

Ahad / 21 Sept 2008 / 1.37am / R308 Nurani USMkk


Thursday, September 18, 2008

Qaryah Ramadhan

Sekali lagi kita perlu rasa bertuah kerana kita berada di negeri pimpina ulama'. Dengan adanya Qaryah Ramadhan (perkampungan Ramadhan) yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri di perkarangan stadium negeri sedikit sebanyak memeriahkan lagi suasana Ramadhan al-Mubaarak di Bandaraya Islam pada tahun ini.

Mungkin ada di antara kita yang belum pernah solat di Qaryah Ramadhan. Untuk makluman kepada semua, sambutan setiap malam adalah di luar jangka. Melimpah sehingga kjeluar khemah. Ada yang terpaksa pulang begitu sahaja disebabkan tak ada ruang untuk solat. Terpaksalah pihak MPKB-BRI menambahkan lagi kemah diluar khemah utama. Maklumlah rakyat Kelantan tentunya tak mahu lepaskan peluang untuk solat terawih berimamkan imam daripada Mesir. Apa yang lebih menarik, setiap malam akan ada sesi tazkirah antara selepas rakaat ke-4. Tazkirah yang biasanya menyentuh soal tafsir ayat-ayat terpilih. Pentazkirah yang dijemput biasanya bukan calangcalang orangnya. Semalam Ust Nik Amar (salah seorang axco kerajaan negeri) bagi tazkirrah. Tazkirah ust semalam sangat-sangat menyentuh perasaan.


Untuk makluman sahabat-sahabat, Al adalah salah seorang dari anggota Amilin (sukarelawan MPKB Bandaraya Islam). Sempena bulan Ramadhan ni, Al dan beberapa orang sahabat lagi dalam team A bertugas setiap malam isnin & khamis di khemah tersebut. Kalau tak ada oncall atau takde komitmen lain, insyaAllah Al akan pergi ke sana untuk membantu apa yang perlu. Kalau sesiapa nak menyertai pasukan Amilin bagitahu Al, nanti Al cuba uruskan. Tapi mungkin tak sempat untuk jadi sukarelawan qaryah Ramadhan kali ni.


-al- Ya Allah, Engkau kekalkanlah kerajaan Islam Negeri Kelantan ini selama-lamanya. Amin ya Rabbal a'lamin.

Jumaat / 19 Sept 2008 / R308 Nurani Putera

Wednesday, September 17, 2008

HUSM - Hospital Mesra AQIDAH?


Gambar notis ni Al ambil dalam bilik kaunseling Wad 2 Intan. Walaupun mungkin pada pandangan kita notis ini cukup ringkas, tapi maksud disebaliknya sangat penting untuk difahami serta amalkan. Cuba kita bayangkan betapa indahnya suasana Islam di wad-wd kiranya perkara ini dipraktikkan oleh semua warga hospital termasuk siswa/i perubatan & kejururawatan. Semua doktor (muslim) bila jumpa pesakit, diucapkan Assalaamualaikum. Semua stafnurse sebelum memulakan sebarang procedur kepada pesakit, dimulakannya dengan ucapan Bismillahirrahmaanirrahiim. Semua siswa/i Perubatan sebelum tinggalkan pesakit, di doakan kesejahtaraan mereka. Alangkah indahnya suasana iman ini jika kita semua lakukan di Hospital yang kita sayangi ini.

Diriwayatkan dalam satu hadis sahih riwayat Imam Bukhari, satu hari Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat baginda, apakah amalan yang terbaik.

Rasulullah menjawab :

"Kamu beri makan dan kamu mengucapkan salam kepada orang kamu kenal mahupun orang yang kamu tak kenal"

Kita seharusnya rasa bangga kerana Hospital USM merupakan Hospital Mesra Ibadah yang sangat menekankan soal pengisian kerohanian kepada para pesakitnya. Siapa tak kenal Ust Marzuk, Timb Pengarah Hospital bahagian Hal Ehwal Agama Islam. Beliau adalah orang yang penting dalam memperjuangkan Hospital Mesra Ibadah ini.

Sebenarnya kalau diperhatikan, banyak lagi perkara yang dilakukan oleh pihak Hospital Pentadbiran Hospital sebagai pengisian kepada Hospital Mesra Ibadah ini. Antaranya jika kita perhatikan di wad-wad pihak hospital kita sediakan:

-Air untuk berwudu' (dalam bentuk semburan)

-Debu untuk tayammum (dalam bentuk paket)

-Buku panduan solat pesakit

-Poster kaifiyat solat pesakit

-Skrip doa kepada pesakit ditampal di setiap katil

-Tempat untuk solat di wad-wad

-Tazkirah kepada pesakit di wad (disampaikan oleh ust marzuk sendiri)

-Bacaan doa setiap pagi

-Azan dikumandangkan setiap aktu solat di wad-wad.

Selain itu juga, seminar-seminar yang berkaitan dengan Ibadah Pesakit juga sering diadakan di Kampus Kesihatan ini. semuanya bermatlamat untuk mendedahkan kepada doktor=doktor, siswa/i dan masyarakat kampus keseluruhannya tentang kefahaman untuk menerapkan nilai Islam yang sempurna ini kedalam diri setiap pesakit. Semoga usaha yang dilakukan oleh pihak Hospital di ganjari disisi Allah Ta'ala dengan ganjaran berlipat kali ganda.

-al- Kepada Ust Marzuk, Al cadangkan supaya pihak hospital lancarkan kempen Hospital Mesra AQIDAH. Kita perlu betulkan aqidah sebahagian pesakit kita yang terlalu bergantung kepada doktor melebihi pergantungannya kepada Allah Ta'ala...

Selasa / 17 Sept 2008 / R308 Nurani Putera

Saturday, September 13, 2008

Terima Kasih Mr...

"Everyting under the sun!..."

Itulah kata-kata yang sering diungkapkan oleh Mr. Tar (Dr Tarmizi) pakar bedah am dan kanak-kanak HRPZ 2, ketika beliau mengajar kami waktu kami satu group posting di sana. Sedih pula rasa dihati untuk meninggalkan wad anggerik, wad 29 & 30 HRPZ 2. Tentunya kawan-kawan satu posting mengakui banyak perkara yang kami belajar dari Mr Tar.

Jazakallah, jutaan terima kasih juga Al ucapkan Mr Tar yang telah sedikit sebanyak mengubah persepsi Al kepada "surgery". Kalau selama ini Al tak berminat untuk jadi surgeon, Mr Tar mungkin telah mengubah persepsi itu.

p/s: Kepada Mr Tar, suatu hari nanti kalau Mr terdengar disana ada seorang surgeon yang namanya Mr Al...Waktu itu ingatlah al-Aarifin ye...insyaAllah.
Khamis / 11 Sept 2008 / R308, Nurani Putera USM

Friday, September 12, 2008

Terawih atau Oncall?...

Baru-baru ni seorang sahabat satu posting tanya Al,
"Antara solat terawih dan oncall, yang mana perlu diutamakan?"

Erm...Al tak pasti sama ada pertanyaannya itu merupakan pertanyaan untuk mendapatkan kepastian atau pertanyaan sebagai sindiran kepada Al yang waktu itu pergi oncall lewat sikit sebab Al solat terawih dulu hari tu. Bukan Al sorang, ramai lagi sahabat-sahabat lain yang datang lambat, itupun yang datang, ada jugak yang langsung tak datang. Tak tahu macam mana nak jawab. Kalau Al kata oncall itu lebih penting, macam terkena pada diri sendiri pulak. Kalau Al kata solat terawih lebih penting, memang tak logik sebab solat terawih itu hanya sunat, tapi oncall itu suatu kewajipan.

Untuk pengetahuan sahabat, actualy, bukan niat di hati untuk pergi lewat malam tu. Al jadi imam solat terawih kat surau Nurani malam tu, itu jadi lambat pergi oncall. Lepas solat terawih, Al terus bersegera ke wad. Selepas malam tu, Al dah tak solat terawih melainkan selepas balik daripada oncall.

Solat terawih tak boleh dijadikan alasan untuk datang lewat apatah lagi untuk tak pergi langsung oncall. Ummat Islam perlulah memahami keutamaan (aulawiyyat). Janganlah disebabkan nak kejar yang sunat, terabai pula yang wajib. Bayangkan kalau non-Muslim lihat kita datang lewat, mereka tak tahu yang kita solat terawih. Agak-agaknya apa yang diorang akan kata?. Tentunya ia sedikit sebanyak menjadi fitnah kepada Islam, sedangkan pada hakikatnya Islam tak ajar kita semua berbuat demikian. Agama kita pentingkan keutamaan dalam amalan, yang wajib perlu didahulukan, barulah dituruti dengan yang sunat. Itu sebabnya Yusof Qaradhowi menulis buku bertajuk Fiqh Aulawiyyat untuk menjelaskan persoalan keutamaan dalam amalan. Wallahua'lam...

P/s : kepada sahabat Al yang tegur Al tu, jazakillah atas teguran yang menusuk kalbu itu. Sangat-sangat Al hargai.

Sabtu / 13 Sept 2008 / R308, Nurani Putera USMkk

Monday, September 8, 2008

MSFT - Dari Fantasi ke Realiti...

Medical Student Fasilitator Team atau singkatannya MSFT, itulah nama yang telah kami (hicom PSP sesi 2007/08) persetujui bersama sewaktu kami berbincang berkenaan dengan nama yang sesuai untuk kumpulan fesilitator yang akan kami tubuhkan.

Teringat akan saat bagaimana MSFT bermula. Ketika itu dilontarkan suatu cadangan supaya sama-sama difikirkan macam mana kita nak gunakan kelebihan kita sebagai 'medical student' untuk faedah siswa/i perubatan khususnya dan kepada masyarakat umumnya.

Teringat lagi saat dimana aku makan tengah hari bersama abg Epu (Dr Saiful, Master Student, Jabatan Pendidikan Perubatan) di kafeteria PPSP. Sambil makan, aku cuba bincang dan minta pandangan abg Saiful berkenaan dengan perkara tersebut. Pada fikiranku abg Saiful adalah orang yang sangat tepat untuk aku bincang berkenaan dengan perkara tersebut memandangkan abg Saiful mempunyai banyak pengalaman berkenaan dengan aktiviti siswa/i PPSP. Abg Saiful antara figure penting yang memulakan Big Sib. walaupun perbincangan kami waktu itu tidaklah lama tetapi itulah sebenarnya saat bermulanya idea penubuhan satu kumpulan fasilitator. Idea tersebut sangat bernilai pada pandanganku.

Daripada saat itu aku terus berfikir dan berfikir, bagaimana mungkin aku boleh kembangkan idea tersebut. Islam mengajarku untuk sentiasa berbincang dalam mencari penyelesaian terbaik dalam apa jua perkara. Oleh itu aku bawa berbincang idea tersebut dengan sahabat karibku, akhi Muhaimin yang juga merupakan NYDP 1 Persatuan Sains Perubatan ketika itu. Ternyata akhi Muhaimin sangat berminat dan memberikan satu sokongan yang sangat baik. Apa tidaknya, dia tentunya suka bila bercakap berkenaan fasilitator kerana dia seorang yang cukup terlatih dalam aspeks fasilitator. Apa yang aku tahu, dia seoarang yang sangat aktif dan terlibat dengan banyak program motivasi terutamanya kepada pelajar sekolah menengah, jadual program terutama program luar kampus Muhaimin mengalahkan jadualku.

Selain akhi Muhaimin, aku juga mendapatkan pandangan serta cadangan daripada sahabat-sahabat lain. Antaranya akhi Syidi (exco R&D PSP) & ukhti Syazana Rifham (SU1 PSP). Tidak dilupakan juga sahabat hicom serta exco -exco PSP yang lain (maaf kiranya aku lupa nama kalian). Melihat kepada penubuhannya yang masih baru, kami telah berbincang dan bersetuju untuk meletakkan team tersebut dibawah pemantauan exco R&D, akhi Roshidi. Kami melantik akhi Fazli (medic 2nd year) untuk menjadi pengarah pertama team tersebut. Waktu itu alhamdulillah akhi Fazli menerima dengan hati yang terbuka walaupun pada pandanganku, bukan senang untuk seseorang itu bersetuju untuk mengendalikan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh siswa/i yang lain. Pada pandanganku, Fazli adalah orang yang paling sesuai.

Setelah aku jelaskan secara terperinci tentang team tersebut kepada fazli, aku meminta Fazli laksanakan tugasan yang pertama iaitu merangka membuat kertas kerja cadangan penubuhan team tersebut. Kami merancang untuk merealisasikan idea penubuhan team tersebut melalui beberapa fasa iaitu :

Fasa 1 - Menjalankan survey di sekolah-sekolah menengah sekitar Kota Bharu
Fasa 2 - Melatih ahli team berkenaan dengan ilmu fasilitator
Fasa 3 - Mulakan operasi

Selepas idea penubuhannya nampak semakin jelas, kami bawa perkara tersebut dalam mesyuarat hicom serta exco PSP untuk dibentangkan. Masih jelas dalam ingatanku, saat dimama akhi Fazli membentangkan cadangan penubuhan team tersebut dalam bentuk power poin di bilik tutorial 19. Semua hicom serta exco PSP waktu itu mendengar dengan penuh teliti. Alhamdulillah, semua menunjukkan reaksi positif apabila perkara tersebut dibentangkan. Asalnya nama team tersebut adalah PSP fasilitator team(PFT), tapi kami telah mengubahnya kepada Medical Student Fasilitato Team untuk "mengangtarabangsakan" nama team tersebut.

Bermula dengan sekadar lontaran idea, MSFT akhirnya diterjemahkan dalam bentuk realiti. Mungkin ramai yang masih kabur berkenaan dengan masa depan MSFT dan mungkin ada juga yang masih tidak menyedari akan kewujudan team ini. Walaupun aku tak sempat untuk bersama-sama ahli kumpulan tersebut menggerakkannya, secara peribadi aku melihat masa depan yang cukup cerah untuk team ini. Tentunya ramai tertanya-tanya kenapa pengarah pertamanya dilantik bukan dari kalangan hicom serta exco PSP. Jawapan kepada persoalan ini adalah, untuk memastikan kesinambungan team tersebut diteruskan walaupun kepimpinan PSP bertukar. Hicom serta exco PSP akan silih berganti bila tiba masanya, namun MSFT akan terus di pimpin oleh pengarah serta jawatankuasa penajanya sehinggalah MSFT yang waktu itu baru mula bertatih dapat berjalan serta berlari dengan baik.

Sekarang pada pandanganku, MSFT dah agak establish. Dengan adanya timb. pengarah MSFT, saudara Naim (jacknaim) yang juga seorang yang kritikal dalam berfikir, Aizat (bendahari 1 PSP), Alif Ridwan, Jazimah dan sahabat-sahabat mereka yang lain (maaf aku lupa nama-nama kalian), aku yakin MSFT akan terus relevan dalam dunia mahasiswa di kampus kita sampai bila-bila.

Beberapa hari lagi, kami para hicom serta exco PSP 2007/08 akan menyerahkan tugasan kepada mereka yang akan menggantikan kepimpinan PSP untuk sesi seterusnya. Aku yakin yang pimpinan PSP yang baru akan dapat melakukan banyak perubahan kepada lanskap kepimpinan PSP. Namun jauh disudut hatiku, inginku menyampaikan pesanan serta harapanku kepada mereka. Pesanan agar kewujudan MSFT ini tetap diteruskan sehingga ke akhirnya.

Teringat akan kata-kata seorang sahabatku...
"Suatu hari nanti jika ditanya apa yang kita dah tinggalkan untuk kepentingan siswa/i PPSP sepanjang kita berada dalam kepimpinan PSP, sekurang-kurangnya kita boleh katakan..kami tinggalkan MSFT untuk mereka semua!"

-al- Alangkah indahnya jika aku masih muda remaja di waktu MSFT berada dikemuncaknya. Namun hakikatnya aku telah 'tua' dan akan tinggakan kampus yang aku sayangi ini bila tiba masanya!...

"Rialisasikan Fantasi, Seindah Imejinasi"

Jumaat / 1 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera

“A sedia untuk terima...”

Permata Yang Dicari (De Hearty)

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempatku bergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

p/s : ana suka dengar lagu ni


Isnin / 8 Sept 2008 / 7.30pg

Sunday, September 7, 2008

Belajar menjahit...

Seronoknya, hari ni kami satu group posting belajar menjahit. Doktor Maya ajar beberapa kaedah menjahit yang kami akan guna waktu kerja nanti. Simple interrupted, continuous, mattress (horizontal & verticle) & sub-cuticular method. Banyak kan?...banyak lagi method cara menjahid sebnarnya, tapi basically itu je yang penting yang kami perlu tahu. Nanti boleh la jahit sendiri baju raya. Tapi masalahnya ia bukanlah untuk kerja-kerja menjahit baju, tapi menjahit tubuh manusia.

Rupa-rupanya tak susah untuk jadi surgeon. semudah tukang jahit je. Just kidding....

p/s : Terfikir pula untuk jadi surgeon atu hari nanti. Ya Allah kuatkan fizikal, mental & spiritualku untuk terus berusaha...

Ahad / 7 Sept 2008 / R308 Nurani Putera, USMKK

Thursday, September 4, 2008

Ramai di kalangan kita yang tak tahu...

Beberapa minggu yang lepas, Al dan berberapa orang sahabat lagi berkesempatan menghadiri kuliah tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan di Medan Ilmu di Kota Bharu. Kuliah yang diadakan setiap pagi Jumaat 9.30pg-10.30pg. Seperti biasa, beribu-ribu rakyat Kelantan tak kira tua muda, tak kira lelaki atau wanita, tak kita bangsa atau agama, semuanya datang untuk mendengar kuliah dari menteri besar mereka.

Rasa beruntung sangat dihati bila mengenangkan kami di Kelantan mempunyai seorang Menteri Besar yang begitu hebat peribadinya seperti beliau. Seorang menteri besar yang sangat amanah dengan jawatannya. Seorang yang mudah didekati rakyat tak kira tua atau muda, Melayu, Cina atau India, semuanya dianggap sebagai rakyatnya yang perlu dibela. Kepimpinannya mencerminkan keadilan Islam yang sebenar bukan seperti yang dikhabarkan oleh mereka yang cemburu dengan keindahan agama ini.

Dulu Al pernah cerita kepada seorang sahabat betapa sayangnya rakyat Kelantan kepada menteri besar mereka. Bila Al cerita yang Al sendiri pernah beberapa kali bertemu dengan tok guru secara personal untuk mendapatkan pandangannya tentangsesuatu masalah agama, dia seolah-olah merasa hairan, sedangkan ia suatu perkara biasa bagi rakyat kelantan. Al kata, kalau nak jumpa Menteri Besar Kelantan ni tak susah, setiap hari lepas solat asar kalau tok guru tak ada urusan lain, kita boleh jumpa dia di Masjid Pulau Melaka (masjid depan rumah Tok Guru) lebih kurang 3km je daripada USM. Rumah Tok Gurupun tak macam rumah menteri besar yang lain. Rumahnya kecil je macam rumah orang-orang kampung. Tak berpagar. Anytime kalau ada urusan boleh terus kerumahnya.

Tapi sayangnya, jika ditanya kepada siswa/i USM (termasuk mereka yang dari Kelantan sendiri), ramai dikalangan mereka tidak tahu akan hal ini. Seolah-olah mereka semua berada dalam satu penjara yang menghalang mereka mengetahui apa yang berlaku diluar pagar universiti. Ramai dikalangan mereka yang tak tahupun (apatah lagi nak pergi) yang Tok Guru sentiasa bagi kuliah setiap pagi Jumaat di Kota Bharu. Kuliah agama bukan kuliah politik.

Sesuatu perlu dilakukan!

-al- Sayangnya Al pada Tok Guru

Jumaat / 5 Sept 2008 / 308 Nurani Putera

Tahniah kepada semua warga USM

Alhamdulillah, bila dengar berita yang USM telah berjaya dipilih sebagai universiti apex, semua warga USM melahirkan rasa syukur. Tahniah keada semua pihak yang berusaha kepada kejayaan itu.

Al tertarik dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khalid Ibrahim berkenaan dengan USM sebagai universiti apex. katanya:

"dalam tempoh itu, USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020."

Begitu besar harapan yang diberikan kepada USM, universiti yang kita semua cintai ini. Harap-harapnya segala yang di impikan akan menjadi kenyataan.

Semalam bila Al posting di HRPZ II, seoarang sahabat Al bergurau, katanya:

"Bila dah jadi universiti apex ni, agaknya lepas ni makin ramai la student medic yang fail. Sebelum jadi univesiti apexpun ramai yang fail, apatah lagi dah jadi universiti apex"

Kami hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu.

-al- Sayang sangat pada Universiti ni.

Jumaat / 5 Sept 2008 / R308 Nurani Putera USM

Monday, September 1, 2008

Jaundice nya Air di Kampus Kita...

Semakin hari semakin kuning air di kampus USM. Tak tahu lah apa punca perkara ni boleh berlaku. Kalau dilihat dari segi warnanya, rasa macam tak tergamak nak minum. Kalau nak buat air teh, rasanya dah tak perlu nak masukkan serbuk teh lagi, terus je masukkan gula, lepas tu kacau kemudian boleh terus minum. Warnanya sama dengan warna air teh yang dijual di kedai cotek.

Tahu tak sahabat-sahabat, itulah punca kenapa warna white coat siswa/i perubatan USM kebanyakannya tidak lagi boleh diklasifikasikan sebagai 'white'. Kerana airnya bukan lagi 'white' sebagaimana yang sepatutnya.

Disana terdapat beberapa persoalan timbul yang perlukan penjelasan daripada kita semua :
1- Apa punca perkara ini berlaku?
2- Apakah air tersebut masih selamat diminum?
3- Apakah tindakan pihak bertanggungjawab untuk menangani maslaah ini?
4- Apa pula peranan kita semua?
5- Apakah ia risk factor untuk siswa/i perubatan mendapat jaundice?

-al- Jimat duit, tak perlu beli air teh.

Isnin / 1 Ogos 2008 / 308