Tuesday, October 28, 2008

Sejenak Bersama Tok Guru (sambungan)

Sambungan...
Aku bergegas untuk ke bilik seminar jabatan Psikiatrik di tingkat lima. Sampai di sana, aku bertemu dengan kawan-kawanku yang sedang duduk di luar bilik seminar.

"Siapa nak ikut saya pergi jumpa menteri besar kelantan lepas kelas nanti?" Aku bertanya beberapa orang kawanku kalau-kalau ada yang mahu ikut.

"Siapa?... Nik Aziz?..dia masuk wad ke?" Tanya Vikinesan seorang kawanku berbangsa india dengan terpinga-pinga.

"Ya..dia dekat wad 2 Timur Depan sekarang ni" Jawabku.

"Boleh ke kita pergi melawat dia?" Dia ingin mendapatkan kepastian. Viki tidak biasa dengan Menteri Besar Kelantan. Selama ini dia hanya mendengar tentang oTok Guru melalui media masa yang sentiasa memutar belitkan berita untuk kepentingan phak tertentu. Dia mungkin belum mengenali siapa sebenarnya Tok Guru sebagaimana kebanyakan rakyat negeri Kelantan mengenali beliau.

"Saya baru je balik dari jumpa dia kat bilik dia tadi, bilik 3 wad eksekutif" Jawabku dengan selamba.

Walaupun kelihatan Viki semacam tak percaya, tapi tiba-tiba dia mengengsyorkan agar aku ajak semua kawan-kawan kesana lepas kelas nanti, itu memberi gambaran yang dia punya keyakinan untuk aku membawa mereka bertemu denga Menteri Besar negeriku nanti.

Sebelum kelas bermula, aku membuat pengumuman memberitahu akan hal tersebut. Ramai yang memberi respon positif. Kelas bermula agak lewat sedikit daripada yang dijadualkan disebabkan ada masalah teknikal. Dr Zarina terpaksa menggabungkan dengan kelas kami (tahun lima) dengan kelas tahun empat, mungkin disebabkan jadual yang bertindan antara jadual kami dan jadual tahun empat.

Seperti biasa, kelas klinikal psikiatrik tak lama, pukul 3.30 mula, habis pukul 4.30 ptg. Aku sebenarnya lupa yang aku dan beberapa orang lagi kawanku kena jumpa Dr Zarina (supervisor kami) lepas kelas untuk bincang berkenaan dengan akademik sepanjang posting psikiatrik. Tapi alhamdulillah, rancangan awal untuk jumpa Tok Guru tak tergendala di sebabkan Dr Zarina tak sempat jumpa kami lepas kelas tu, mungkin Dr ada urusan lain. Katanya lain kali kami boleh jumpa dia.

Apa lagi, kesempatan yang ada tak akan aku lepaskan. Aku terus mengajak kawan-kawanku yang pada waktu itu masih berada dalam department untuk turun melawat YAB Menteri Besar Kelantan. Sampai di pindu wad eksekutif, aku minta supaya mereka tunggu di luar wad sementara aku jumpa SU sulit Tok Guru untuk bertanyakan samaada kami boleh jumpa tok guru atau tidak.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusanku pada hari itu. Tok Guru sudi untuk jumpa kami walaupun waktu tu sudah sebenarnya dah agak lewat dan sepatutnya tok guru berehat sahaja setelah penat melayani tetamu yang hadir sejak awal pagi lagi. Pada pandanganku Tok Guru tak pernah ada masa untuk betul-betul berehat. Perkataan rehat seakan-akan tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Apa tidaknya di siang hari beliau sebagai Menteri Besar menguruskan hal ehwal berkenaan dengan pentadbiran kerajaan di Kota Darul Naim, malamnya pula sebagai beliau sebagai seorang ulamak yang mengajar ilmu agama kepada rakyatnya. Hampir setiap malam, jika tak mengajar kuliah di masjid-masjid, beliau akan ada ceramah di sana sini. Cukup padat jadual hidupnya.

"Sekarang ada orang tengah melawat Tok Guru, adik minta kawan-kawan adik tu tunggu kejap ya" Kata SU sulit Tok Guru.

"Ya, insyaAllah" jawabku.

Setelah aku beritahu yang Tok Guru sudi untuk jumpa kami semua, kawan-kawanku kelihatan ceria. Mungkin inilah kali pertama dan terakhir mereka berkesempatan untuk bersama Tok Guru Menteri Besar Kerajaan Islam Negeri Kelantan.

"Maaf ya, saya cuma nak ingatkan yang Tok Guru tak salam dengan perempuan" aku mengingatkan kawan-kawanku yang mungkin tak biasa dengan Tok Guru terumatanya kawan-kawanku yang belum Islam.

Setelah hampir 10 minit kami menunggu, semua pelawat yang sebelum itu jumpa Tok Guru keluar & kami dipanggil untuk masuk ke dalam bilik Tok Guru. Tok Guru menyambut kami dengan penuh ceria. Aku duduk diatas karpet bersama beberapa orang kawanku sementara yang lain duduk di atas kerusi-kerusi yang ada.

"Tok Guru, mereka ni semua sahabat-sahabat ana satu kelas, diaorang datang nak melawat Tok Guru" Aku mulakan bicara.

"Ya, terima kasih" Jawab Tok Guru

"Tok Guru nampak sihat sikit sekarang" aku teruskan bicara sementara kawan-kawanku masih dalam culture shock setelah berada di hadapan seorang Menteri Besar Kelantan yang kelihatannya sangat bersederhana.

"Alhamdulillah, bila buat fisio, rasa ringan dah kurang sikit. Semalam rasa berat tapi bila dah buat fisio macam yang anta tengok tadi, sekarang ni rasa ringan sikit" Jawabnya dalam loghat Kelantan.

"Doktor ada bagitahu bila Tok Guru boleh balik?" Tanyaku lagi.

"Tak pasti lagi, Dr kata mungkin esok atau lusa" Jelasnya sambil tersenyum.

Masihku ingat yang dalam sepanjang majlis itu, hanya aku seorang sahaja yang berbicara. Kawan-kawanku termasuk yang berbangsa cinese semuanya diam seribu bahasa. Daripada raut wajah mereka, nampaknya mereka seolah-olah masih lagi dalam keadaan tak percaya yang mereka sekarang bersama dengan Menteri Besar Kelantan.

Terlalu banyak input yang kami dapat sepanjang kami bersamanya. Tok Guru banyak menceritakan kepada kami tentang kerajaan negeri Kelantan & menekankan konsep amanah dalam pentadbiran. Sebelum ini mungkin kawan-kawanku yang hadir waktu itu hanya tahu tentang perkara-perkara yang negatif sahaja tentang kerajaan negeri Kelantan tapi waktu itu mereka mendengar sendiri dari Menteri Besarnya.

Setelah hampir 20 minit kami bersama beliau, tiba-tiba SU politik Tok Guru masuk dan menyatakan yang Dr Halim serta doktor-doktor satu team ingin melihat Tok Guru.

"Laa, doktor nak round ke?" bisik hatiku.

"Oklah tok guru, kami mintak diri dulu ya..erm..sebelum tu, boleh tak Tok Guru bagi sedikit nasihat kepada kami semua?". Aku meminta supaya Tok Guru memberikan sedikit pesanan sebelum berpisah.

Dengan ringkas, Tok Guru berpesan agar kami jadi manusia yang bertakwa kepada Allah. Katanya lagi, segala nikmat yang diberikan olehNya bukan percuma, semuanya akan dipersoalkan. Umur yang diberikan, kemana dihabiskan. Harta yang diamanahkan, kemana dibelanjakan. Jasad yang kurniakan, apa yang usahakan. Tenaga yang dibekalkan, apa yang dilakukan. Itu antara intipati pesanan Tok Guru kepada kami.

Selepas itu kami meminta diri untuk memberi laluan kepada Dr Halim dan teamnya melawat Tok Guru.

"Arifin..ambil gambar dengan Tok Guru!" Seorang kawanku mengingatkan aku yang dah terlupa tentangnya.

"Tok Guru, boleh tak kalau kami nak ambil gambar bersama Tok Guru?" aku meminta izin Tok Guru

"InsyAllah xde masalah" jawab Tok Guru.

Aku berikan kameraku kepada Abg Ali (jurufoto Tok Guru) yang pada waktu itu tak bawak kameranya bersama. Tok Guru berada diatas kerusi, kami semua berdiri dibelakangnya.

"Abang pastikan tak bergerak ya" Aku ingatkan abg Mat Ali yang kamerekaku sensitif kepada getaran.

"InsyAllah" jawabnya yang mungkin tak biasa dengan kamera murah seperti kamera kepunyaanku.

Setelah gambar diambil, Abg Ali minta supaya diberinya soft copy gambar yang diambil untuk simpanannya sebagai juru foto Tok Guru. Setelah semuanya selesai, kami meminta diri daripada Tok Guru. Setelah bersalam-salaman dengan Tok Guru kami semua melangkah kaki kami keluar daripada bilik Tok Guru.

"Tok Guru, kami semua ni tahun akhir, nanti kami nak exam akhir bulan 4 tahun depan. Tok Guru doakan kami ya..." Aku mengambil kesempatan.

"InsyAllah" Jawab Tok Guru.

"Terima kasih Tok Guru, insyaAllah kalau ada masa lagi, ana datang melawat Tok Guru lagi esok insyAllah" Itulah kata-kata terakhir yang aku ucapkan kepada Tok Guru. Aku teringin untuk sekali lagi menemani Tok Guru untuk ke bilik fisio pada esok hari.

Bersambung...

Ahad / 2 November 2008 / 8.00 malam / R308, Nurani Putera, USM The Apex University

Sunday, October 26, 2008

Patutkah Utusan Diboikot?

Hari ni, muka surat depan Utusan Malaysia terpampang satu gambar seorang lelaki yang matanya ditutup dengan kain putih. Tajuk laporan tersebut adalah "Taliban cungkil mata petani dituduh perisik kerajaan". Cukup kecewa dengan sikap tidak profesional akhbar yang kononnya mendakwa dirinya akhbar no. satu negara.

"Seorang petani yang dituduh sebagai perisik kerajaan dan tentera antarabangsa telah dicungkil matanya oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai pejuang Taliban"

Begitu mudah pihak Utusan menjustifikasikan tindakannya menfitnah Taliban dengan hanya menggunakan perkataan "dipercayai". Jika diperhatikan dalam laporan tersebut tiada langsung bukti yang boleh mengaitkan Taliban dengan perbuatan itu. Semuanya sangkaan jahat semata-mata. Apakah pihak Utusan yang tidak bertanggungjawab itu dapat memberi kepastian yang perbuatan itu bukan perbuatan musuh-musuh Islam yang ingin mencemarkan maruah agama ini?. Apakah disana tiada lagi laporan-laporan yang benar-benar mempunyai kredibiliti?. Di mana letakknya etika kewartawanan pihak Utuan?.

Teringat akan firman Allah Ta'ala :
"Jika datang kepadamu seorang yang fasiq membawa berita, maka selidikilah."

Ummat Islam di Iraq yang saban hari dibunuh oleh Amerika (juga puak-puak Syiah) tiada siapa yang peduli. Ummat Islam di Palastin yang dihalau daripada tempat asal mereka oleh zionis, tiada pula yang simpati. Begitu juga nasib ummat Islam yang menderita akibat perbuatan kuffar seluruh dunia. Tiada pula Utusan buat laporan.

Kita dengar yang ada pihak nampaknya bersuara ingin membela akhbar Utusan yang kini diboikot terutamanya oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat. Katanya Utusan perlu dipertahankan kerana ia lambang kekuatan orang melayu. Kekuatan orang melayu konon, apa ada pada Melayu kalau Islam itu dihina? Ingat Umar al-Khattab pernah berkata:

"Kita aalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam..."


Mulianya kita adalah kerana kita adalah ummat Islam, bukan kerana kita adalah Melayu!..Tiada bezanya kita orang Melayu dengan Cina juga India. Apa yang membezakan kita adalah nilai taqwa disisiNya. Itulah yang selalu Tuan Guru Menteri Besar Kelantan ingatkan.

-al- Patutkah Utusan Melayu diboikot?...fikir-fikirkan.

Selasa / 27 Okt 2008 / 2.30 ptg / R308, Nurani Putera USM, The Apex Uni

SEMINAR PEMURNIAN AKIDAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2008

Tarikh : 18 Zulkaedah 1428H / 16 November 2008M (Ahad)
Tempat : Balai Islam Lundang, KB
Anjuran : Jabatan Usuluddin, Kolej Islam Antarabangsa Sultan IsmailPetra (KIAS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NegeriKelantan (JHEAIK)


Perasmian :
YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
(Menteri Besar, Kerajaan Islam Negeri Kelantan)



Pembentang kertas kerja :

1. Maulana Haji Mohd Asri bin Yusof (Pengetua Darul Kautsar)
Tajuk : Bahaya Syi'ah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak, Ummah dan Negara.
2. Dr Johari bin Mat (Ketua Eksekutif KIAS)
Tajuk : Ajaran-ajaran Sesat di Malaysia dan Pengaruhnya Terhadap Akidah Islam
3. Dr Zakaria @ Mahmood bin Daud (Timbalan Ketua Eksekutif KIAS)
Tajuk : Prinsip-prinsip Aqidah Al-Sunnah wal Jama'ah : Suatu Pengenalan
4. Ustaz Mohd Aizam bin Mas'ud (JAKIM)
Tajuk : Ajaran Syi'ah dan Pengaruhnya Di Malaysia dan Kelantan


Bayaran :
Individu (RM30) Pelajar (RM20)

Untuk penyertaan sila hubungi :
Ustaz Tuan Mohd Sapuan (0136353463) atau Ustaz Wazi Othman (0139791151)

Friday, October 24, 2008

Majlis Jamuan Raya Universiti Apex Dicemari?

Sumber : http://healthcampus.blogspot.com/

Kubang kerian, 12 Oktober 2008- Majlis Jamuan Raya anjuran bersama semua persatuan USM kampus Kesihatan dan kerjasama bersama BHEP berlansung dengan membawa pelbagai komentar daripada hadirin. Program dilansungkan di Dewan Utama bermula pada pukul 8.30 malam dihadiri tetamu jemputan antaranya wakil dari HEP En. Hafiz Assad, Dr. Wan Nudri selaku wakil dari Pusat Islam USMKK, dan Tuan Haji Yusof selaku Penggawa baru desasiswa nurani.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP MPDMN juga merangkap pengarah program diikuti persembahan tarian oleh pelajar-pelajar USM. Program dihangatkan lagi dengan kehadiran persembahan teater yang sekaligus membawa pelbagai polemik dan cetusan rasa dikalangan hadirin. Seterusnya, program diakhiri dengan persembahan band juga daripada kalangan pelajar USM.

Sehubungan dengan persembahan teater yang sedikit sebanyak menampakkan unsur kurang sihat dengan aksi porno yang dilakonkan, memudarkan kemeriahan majlis. Ramai dikalangan hadirin wanita tidak mengendahkan atucara majlis dengan beramai-ramai mengerumuni tempat makanan disediakan sebelum tamatnya persembahan teater.

Majlis dilihat sebagai satu landskap penilaian masyarakat kampus terhadap trend baru yang dibawa Persatuan-Persatuan dengan mengenengahkan unsur keterlaluan yang tidak sepatutnya ditayangkan dihadapan umum. Program sedikit sebanyak mencemarkan nama Pusat Islam USMKK dengan kehadiran Timbalan Pengarahnya yang seharusnya membendung gejala sebegini menular di dalam kampus.

Melihat kepada reaksi dan pandangan hadirin yang hadir, memberikan gambaran negatif terhadap penganjur program. Namun, majlis masih dilihat sebagai mampu mengeratkan hubungan dikalangan warga kampus. Diharap kekurangan yang terdapat pada malis tidak diulangi terutamanya dalam penganjuran Program ’Batle Of D Band’ akan datang..

Wednesday, October 22, 2008

Sejenak Bersama Tok Guru...


"Nik Aziz Berehat di HUSM", itulah tajuk berita dalam Utusan Online yang aku baca pada hari Selasa yang lepas yang membuatkan hatiku terdetik untuk pergi melawat Tok Guru. Walaupun Tok Guru dah masuk hari Sabtu lagi, tapi seperti biasa, biasanya Tok Guru tak hebah-hebahkan kepada umum, sehinggalah dia betul-betul bersedia untuk menerima lawatan daripada orang luar.

Jam pada dekstopku menunjukkan pukul 12.30 tgh hari. Terusku bagitahu rakan-rakan chat melalui YM,

"sesiapa yang nak ikut Al pergi melawat Tok Guru, Jom kita g pukul 2.30 nanti"
Mesej yang ringkas, namun mendapat respon daripada ramai sahabat. Ada yang nak ikut, ada juga yang hanya minta dikirimkan salam saja kerana kesibukan jadual akademik mereka petang nanti.

"Ya, masih sempat untuk aku jumpa dan bertanyakan SU Politik Tok Guru kalau-kalau aku boleh melawat Tok Guru di wad pukul 2.30 petang nanti". Hatiku berbicara dengan penuh harapan.

Lantas aku memakai white coat yang tersangkut dalam almariku. Aku terus menuju kesana dengan keadaan tergesa-gesa.

"Tok Guru masih kat dalam ke?" aku bertanya kepada seorang stafnurse yang berada diluar Wad Eksekutif.

"Ya, nak jumpa dia ke?" Dia bertanya dengan muka yang ceria
"Erm..ya" Jawabku.

"Adik masuk la, tekan loceng tu, nanti orang kat dalam buka pintu tu ataupun masuk ikut pintu tepi sana. Pintu tu sentiasa terbuka"

"oh, ye ke?..Terima kasih kak" aku terus meminta diri dan menuju ke pintu tepi wad tersebut memandangkan aku segan nak tekan loceng pintu depan.
Jam menunjukkan pukul 1.05 tengah hari. Daripada luar bilik, aku dapat lihat tok guru kat dalam biliknya (bilik 3), bersama-sama dengan pembantunya melalui tingkap. Mereka sedang solat. Yang pastinya solat sunat, sebab pergerakan solat pembantu Tok Guru tak ikut pergerakan Tok Guru ketika solat.
Terus ku menuju ke pantri wad untuk mencari sumber air, untuk aku mengambil wuduk. Selesai aku wuduk, aku ditegur beberapa orang staffnurse. Sambil mereka senyum tanda mereka pelik dengan gelagatku mereka menyapa,
"adik ambil wuduk kat mana?, kenapa tak ambil wuduk kt surau depan tu?"

Jawabku "Saya ambil wuduk kat pantri, tak tahu pulak ada surau kat depan tu"
"Kak, dekat mana ada sejadah?...saya nak solat dengan Tok Guru"

"Adik ambil kat dalam surau depan tu" Jawab mereka dengan penuh mesra.

Terus ku bergegas mengambil sejadah dan menuju ke bilik Tok Guru. Dalam perjananan kesana, aku terserempak dengan Anuar Bakri (setiausaha Politik Tok Guru). Dengan perlahan-lahan, pintu bilik dibuka, aku tak nak kalau-kalau konsentrasi Tok Guru yang sedang solat itu terganggu. Setelah selesai solat sunat, pembantu Tok Guru bangun untuk menghamparkan sejadah untuk aku & Anuar Bakri.

Setelah iqamah, Tok Guru mengimami Solat Zohor berkenaan. Indahnya saat-saat itu tidak dapatku gambarkan. Ya benar, aku akui sebagai seorang rakyat Kelantan, aku dah biasa solat dibelakang Tok Guru, tapi hari tu sangat berbeza. Sangat berbeza, tapi aku tak tahu macam aman nak gambarkan perbezaannya.

Beberapa ketika setelah selesai solat, kami diberitahu yang wakil-wakil rakyat pembangkang (UMNO) nak melawat Tok Guru. Tak lama selepas itu, mereka yang diiringi oleh beberapa orang kenamaan universiti termasuk Dr Zaidun (pengarah hospital) serta wakil-wakil media sampai & terus masuk ke bilik tok Guru.

"Awak incharge Tok Guru ke?" Tanya Dr Zaidun kepadaku.

"Bukan, saya datang melawat je" Aku terus menjawab tampa berfikir panjang. Aku cuba mengelak daripada ditanya apa masalah Tok Guru. Mungkin itu jawapan yang paling selamat.
Beberapa minit selepas itu, aku dipanggil oleh salah seorang stafnurse wad 2TD untuk keluar daripada wad.

"Adik keluar laa dulu ye, akak takut jadi apa-apa je. Tadi Dr Zaidun dah pelik kenapa adik ada kat dalam"

Memahami mesej stafnurse tu, aku terus mengangguk tanda setuju dengannya. Tampa berfikir panjang, aku meminta supaya stafnurse berkenaan ambil beg yang ku tinggalkan atas kerusi dalam bilik Tok Guru. Bukan soal takut di black list, tapi kita diajar untuk berhati-hati. Semua dah tahu yang namaku bukan sahaja di black list, tapi dah di green listkan. Kenapa?..Wallahu'alam.

Peninggalanku hanya untuk seketika sahaja, pukul 2.15 aku kembali semula kebilik Tok Guru. Waktu tu ada beberapa orang sedang melawat Tok termasuk ahli keluarganya sendiri. Aku terus menuju kearah mereka, lalu bersalam-salaman dengan semua yang ada. Mereka melayan mesra diriku seolah-olah aku doktor yang merawat tok guru. Walaupun mereka menyedari yang aku hanyalah seorang siswa kerana waktu itu aku memakai kot putih dengan tag nama yang tertera no 5 (tahun 5)
Setelah lama masa berlalu, mereka semua meminta izin untuk mengundur diri. Mungkin mereka punya urusan lain yang perlu diselesaikan.
Bila mereka semua keluar dari bilik Tok Guru, tinggallah kami bertiga (Tok Guru, setiausaha sulitnya dan diriku).

"Aku mesti ambil peluang ni..." Hatiku berbicara.
Ya, mungkin inilah satu-satunya kesempatan yang ada untuk berbicara dengan Tok Guru. Namun malang nasibku, belum aku membuka bicara, seorang attendan berbaju biru dengan menolak satu kerusi roda tiba-tiba masuk ke bilik Tok Guru.

"Nak pergi fisio ke?", Tanya Tok Guru.

"Ya" Jawab atendan berkenaan
Aku melihat jam pada handphoneku, jam menunjukkan pukul 2.40.

"Kelas start pukul 3.30, insyaAllah masih sempat" Sekali lagi hatiku berbicara.

"Boleh ke kalau saya nak ikut?"
Aku meminta izin untuk ikut serta ke tempat fisio. Katanya
"Takde masalah". Mungkin itu kata-kata yang membuatkan hatiku kembali gembira.

Lantas, aku cuba membantu Tok Guru bangun dari tempat duduknya ke kerusi roda. Setelah semuanya dah bersedia, kami bergerak menuju ke bilik rawatan fisioterapi yang lokasinya dipindahkan buat mementara waktu ke tingkat bawah hospital (bersebelahan dengan bilik mayat).

Kagum dengan tok guru
Tiada bodyguard, tiada polis yang mengawal, itulah Tok Guru. Aku tahu, mungkin ada yang melahirkan rasa pelik apabilaku ceritakan yang Menteri Besar kami apabila nak kemana-mana tak perlukan pengawal keselamatan peribadi, yang aku tahu, itulah Nik Aziz, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Semua rakyat kagum kepadanya tak kira kawan mahupun lawan. Bagi Tok Guru, cukuplah Allah sebagai pelindung.
Kami berempat -melainkan Tok Guru- berjalan melalui kaki lima bangunan Hospital menuju ke lif bersebelahan dengan pintu masuk ke wad 2 Intan (wad bedah). Pakcik dan makcik yang sedang berekat dikaki lima berkenaan tersenyum apabila mereka melihat Tok Guru berkerusi roda merentasi mereka.

Setelah kami berada ditingkat bawah, menuju ke bilik fisio, aku terserempak dengan dua orang siswi rakan sekelasku. Mungkin diaorang dalam perjanan ke kelas.

"Kelas pukul 3.30 ptg kan?" Aku cuba mengalihkan perhatiannya yang sedang teruja melihat Tok Guru yang penuh denga kesederhanaan.

"Ya...3.30" jawab mereka kehairanan.

Setelah pintu bilik fisio dibuka, kami lihat didalamnya ramai sangat pesakit yang sedang menunggu untuk rawatan. Kami terus menuju ke bilik sebelah kiri pintu berkenaan menuju ke bilik fisio. Disana en. Syaiful dengan mesra membawa Tok Guru ke salah satu katil didalamnya untuk dimulakan rawatan.

"Boleh saya masuk sekali?" Aku meminta izin daripada en. Syaiful.

"Ok..." jawabnya.

Setelah Tok Guru berbaring diatas katil, aku membantu en. Syaiful menutup tirai untuk menjaga privasi Tok Guru. Di dalamnya hanya tinggal kami bertiga, aku, Tok Guru & en. Syaiful. Su sulit Tok Guru & atendan tunggu di luar.

Gel disapu di bahagian belakang lutut kiri Tok Guru sebelum rawatan ultrasound dimulakan. Masa di set kan selama enam minit.

"Apa sebenarnya masalah Tok Guru ni abg Syaiful"?
Sambil menggerakkan-gerakkan alat ultrasound dibelakang lutut (popliteal area) Tok Guru, en. Syaiful menjawab,

"Tok Guru ada sebaceous cyst" jawabnya ringkas.

"Semalam besar & agak keras, tapi hari ni dah kecil & lembut sikit, ada improvement" sambungnya lagi.

Selesai membuat rawatan ultrasound, en. syaiful teruskan dengan eksesais sendi lutut sambil berbaring dengan di letakkan pemberat dihujung kedua-dua belah kaki. Berat jugak pemberat tu. Kalau aku buat eksesais nipun rasanya boleh letargik jugak ni. Walaubagaimanapun tok guru masih mampu melakukannya hampir 60 kali. Kuat lagi Tok Guru nampaknya.

Setelah selesai dilakukan eksesais lutut secara berbaring, en. Syaiful meminta Tok Guru lakukan sambil duduk pula. Ketika nak bangun daripada berbaring, Tok Guru mengadu pening kepala. Pada pandanganku, mungkin ia disebabkan Tok Guru bangun dengan cepat daripada keadaan berbaring ke keadaan duduk menyebabkan darah mengalir ke otak berkurangan. Itu sebabnya Tok Guru rasa pening-pening. Rasanya kejap lagi insyaAllah hilang rasa pening kepala Tok Guru tu.
En. Syaiful mengajar teknik bagaimana nak meningkatkan kadar pengaliran darah ke otak.

"Tok Guru buat macam ni" Katanya sambil caranya kepada Tok Guru. Kepada digerakkan ke belakang. Mungkin sukar untuk ku jelaskan bagaimana. Setelah rasa pening hilang, tok guru memulakan eksesais lutut sambil duduk.

Beberapa minit berlalu, tiba-tiba Tok Guru bersuara,

"Ada apa bising-bising tu, adalah masalah ke?" Tanya Tok Guru dengan gaya kiasan untuk meminta kami melihat kalau-kalau ada apa-apa masalah diluar sana.

"Ya, memang bising diluar sana, suara wanita ketawa", bisik hatiku.

En. Syaiful terus keluar untuk melihatnya & masuk kembali setelah beberapa ketika berlalu. Keadaan yang agak bising itu berubah menjadi tenang.

"Mungkin tadi diaorang tak tahu yang tok guru ada kat dalam ni agaknya" Bisikku lagi didalam hati.

Setelah rawatan dibilik fisioterapi selesai, kami bergerak kembali ke wad eksekutif. Jam pada hand phone ku menunjukkan pukul 3.50 petang. lagi 15 mint kelas nak mula.

"insyaAllah sempat lagi" aku tenangkan hatiku yang gelisah takut kalau-kalau tak sempat.

Sampai di wad berkenaan, Tok Guru disambut oleh beberapa orang tetamu yang sedang menunggu setia. Antaranya adalah seorang pensyarahku yang namanya terpaksa ku rahsiakan. Lebih kurang 10 minit kemudian, aku meminta diri daripada Tok Guru.

"Tok guru, ana mintak diri dulu, ada kelas"

Sambil tersenyum tok guru menjawab

"Ya..ya..terima kasih banyak"

" esok insyaAllah kalau sempat ana datang lagi" jawabku dengan hati yang penuh kegembiraan.
Bersambung...

Khamis / 23 Oct 2008 / 6.00 ptg / R308, Nurani Putera USM, The Apex Uni.

Tuesday, October 21, 2008

Kenangan Bersama Tok Guru Menteri Besar

Kenangan Bersama

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Menteri Besar

Kerajaan Negeri Kelantan

Selasa, 21 October 2008
Wad Eksekutif (2 TD)
Hospital Universiti Sains Malaysia
(The Apex University)

Pesanan Tok Guru kepada kami antara lainnya...
Jadilah manusia yang bertakwa kepada Allah. Segala nikmat yang diberikan olehNya bukan percuma. Ketahuilah yang semuanya akan dipersoalkan.
  • Umur yang diberikan, kemana dihabiskan,
  • Harta yang diamanahkan, kemana dibelanjakan,
  • Jasad yang kurniakan, apa yang usahakan,
  • Tenaga yang dibekalkan, apa yang dilakukan.
"Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan didunia itu)"
at-Takaathur : 8

p/s : Al sayang sangat kat Tok Guru...

Selasa / 21 Okt 2008 / 11.40 malam / R308, Nurani Putera

Saturday, October 18, 2008

Sahabat...


Sahabat...
Dulu ketikaku masih baru di kampus kesihatan
Aku buntu mencari teman
Untuk bersama-sama dalam perjuangan
Mengikut apa yang Rasulullah perintahkan

Sahabat..
Aku bersyukur kepada Tuhan
Kerana pertemukan daku dengan kalian
Yang salama ini banyak membari bantuan
Harta, tahta dan wanita bukan tujuan
Tapi "4JJl ghoyatuna" itu yang kita harapkan

Sahabat...
Perjuangan kita untuk mendaulatkan Islam
Bukan untuk kepentingan politik kepartian
Sebagaimana yang kita selalu difitnahkan
Walaupun kita di ancam & di halang
Namun kita tetap dengan perjuangan

Sahabat...
Masihku ingat akan kenangan-kenangan
Berusrah, bertamrin juga bermukhayyam
Itu semua tak mungkin aku lupakan
Semoga ia kekal berpanjangan

Sahabat...
Masihkah dikau ingat akan satu arahan
Satu arahan yang pernah dikeluarkan
"Jangan makan kecuali dengan tangan teman"
Arahan ini memang menyeksakan
Tapi ia telah mengajar kita erti persahabatan
Juga erti pengorbanan

Sahabat...
Kini kita seolah-olah telah dipisahkan
Dipisahkan dengan satu perkataan
Perkataan yang sering menghantui para pejuang
Tak lain dan tak bukan - "kesibukan"

Sahabat...
Walaupun kita semua dipisahkan
Namun hati kita tetap bersama dalam perjuangan
Walau dimana kita di tempatkan
Pastikan "Ballighu 'anni walau aayah" di realisasikan
Hanya itu yang mampu ku pesan
Semoga kita semua di redhai Tuhan

-al- Ketahuilah, aku akan sentiasa merindui kalian....

Ahad / 19 Oct 2008 / 10.45 pagi / R308, Nurani Putera, USM The Apex Uni

Wednesday, October 15, 2008

Men Are From Mars, Women are From Venus - John Gray

Terima kasih kepada sahabat Al, akhi Ridhuan (PTPL) yang telah menghadiahkan Al buku Men Are From Mars, Women are From Venus. Buku yang Al memang tercari-cari selama ni. Dah lama sebenarnya Al nak beli buku ni, hari tu Al round satu Kota Bharu, tapi tak jumpa.


Buku yang sangat bagus.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, buku ni sangat bagus untuk di baca oleh mereka yang sudah berkeluarga mahupun yang sedang merancang untuk berkeluarga (macam Al, hehe). Pengarangnya -Jonh Gray- merupakan seorang pakai motivasi terkenal membawa pembaca mengenali bagaimana berbezanya kedua-dua gender lelaki & wanita. Dan perbezanaan itu sanbat penting untuk difahami untuk memastikan tidak berlakunya salah faham dalam rumah tangga.

Firman Allah Ta'ala
"Maka bertanyalah kepada ahli zikr (orang yang mahir dalam sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui"

John Gray adalah seorang yang mahir dalam bidang psikologi terutamanya psikologi kekeluargaan, jadi dia adalah antara orang yang perlu kita belajar ilmu psikologi ini.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, buku ni sangat penting untuk dibaca oleh semua sebelum kita berumah tangga, untuk memastikan kita saling faham-memahami perbezaan antara kita orang muslimin dengan si "dia" yang seorang muslimat. Bagusnya buku ni sehinggakan Ust Hasrizal (saifulislam.com) sendiri mengesyorkan kita semua untuk membacanya.

Kepada sesiapa yang nak pinjam, bagitahu Al. Tapi selepas Al habis baca la ye.

p/s- Terima kasih wan, ana suka sangat kalau orang hadiahkan Al buku...erm, bila agak-agaknya wan nak kawin?...nanti Al hadiahkan buku kat Wan.

Jumaat / 18 Okt 2008 / 8.00pagi / R308, DN Putera

Friday, October 10, 2008

Battle of the Bands 2, Should it be Battled and Banned?

Tahniah kepada pihak Majlis Penghuni Desasiswa Murni Nurani kerana sekali akan menganjurkan program bersifat hiburan kepada warga kampus sejahtera ini. Program yang cukup kontroversi yang telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak dalam kampus suatu ketika dahulu.

Battle of The Bands ke-2 yang akan diadakan pada 21 October 2008 (Selasa) nanti bakal menjadi suatu pentas untuk semua warga kampus yang "berjiwa seni" mengasah bakat yang terpendam dalam diri mereka.

Persoalan yang timbul...

1- Apakah program ini bertepatan dengan garis panduan syariat Islam? Apakah pihak penganjur dapat menjamin yang para penyanyinya tidak mendedahkan aurat (termasuk aurat suara wanita), juga ikhtilat dikalangan muslimin muslimat dijaga? Begitu juga aspek-aspek yang lain?...Jika "ya" jawapannya, insyaAllah tiada masalah untuk diteruskan & kita semua harus menyokongnya, jika "tidak" jawapannya, hentikanlah!

2- Apakah objektif program tersebut? Apa signifikan program tersebut kepada nilai keintelektualan siswa/i Universiti Apex ini? Apakah ianya menyumbang kepada hasrat universiti untuk melahirkan graduan bertaraf dunia?

3- Tidak cukup lagikah program-program bersifat hiburan diluar sana sehingga ia terpaksa dianjurkan dalam kampus kita? Jika benar nak mengasah jiwa seni dalam diri, kenapa tidak ke Akademi Fantasia? kenapa tidak ke Malaysia Idol? kenapa tidak ke Gengs Starz dan banyak lagi? Apakah kita ingin melahirkan para profesional kesihatan yang hanyut dengan dunia hiburan yang tiada kesudahannya?

4- Kenapa begitu mudah pihak pentadbiran meluluskan program seumpama itu yang sebelum ini mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, sedangkan penubuhan PMI yang disokong hampir kesemua warga kampus termasuk non-muslim masih tidak diluluskan sehingga sekarang?

Walaupun saya yakin, tulisan ini akan mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, namun kita diajar untuk "Qulilhaq, walau kaana murrah" - berkata benar walaupun ia pahit.

Harap mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab!

"Allah Matlamat Kita"

"Transforming Higher Education For a Sustaniable Tomorrow"

"Kami Memimpin"

"Bersaing Diperingkat Dunia, Komitmen Kita"

p/s : Apakah pihak mereka sudah ketandusan idea untuk memberi sumbangan kepada warga kampus Universiti Apex ini? Kadang-kadang tidak berbuat apa-apa itu lebih baik daripada berbuat sesuatu tetapi menjurus kearah kerosakan!...Maaf jika tersilap kata, terkasar bahasa.
Wallahu'alam.

Sabtu / 11 Oct 2008 / 2.55petang / R308, Nurani Putera.

Tawar Diri Tanding Kerusi Presiden!

Dengan ini saya Muhd Al-Aarifin Ismail ingin menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan UMNO Mac tahun depan. Saya harap mendapat pencalonan yang mencukupi daripada bahagian UMNO yang menyokong perjuangan saya selama ini. Saya berjanji akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO setelah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

"Cemerlang, Gemilang & Terbilang"

yang benar
-al-

p/s : Apakah manusia lupa yang amanah itu akan menjadi suatu bebanan yang tidak tertanggung di akhirat kelak?

Saturday, October 4, 2008

Internet Addiction Disorder

Al masih ingat, beberapa bulan yang lepas Al dan Abe Chik (Muhaimin, NYDP1 PSP 07/08) ada jumpa Dr Fuad (Jabatan Pendidikan Perubatan) untuk meminta pendapat Dr berkenaan dengan masalah akademik adik-adik yang berada di fasa satu & fasa dua. Waktu tu Dr Saiful (bigsib) pun ada sama. Kami bincang apa yang boleh PSP lakukan untuk membantu siswa/i PPSP (terutamanya dikalangan adik-adik tahun satu & tahun tiga) untuk meningkatkan prestasi akademik mereka dalam exam pro 1 & pro 2.

Dr Fuad bagitahu, menurut pemerhatiannya, banyak faktor kenapa prestasi akademik siswa/i PSP makin menurun waktu tu. Al masih ingat, antara yang disebut Dr waktu tu adalah masalah ketagihan kepada internet atau istilah dalam bahasa medikalnya "internet addiction". Apakah benar pandangan Dr Fuad ni?..Wallahu'alam, hanya Allah yang tahu. Apa yang pasti, kalau diperhatikan sekarang ni, internet di kampus boleh dilayari di mana-mana. Semua siswa/i boleh melayari internet anytime & anywhere. Oleh yang demikian, rasanya tak mustahil perkara ni menjadi antara penyebabnya. Kalau tak sekarang, mungkin di masa akan datang.

Apa itu Internet Addiction?
Mungkin ini kali pertama sahabat-sahabat dengar berkenaan dengannya, Al pun sebenarnya tak tahu sangat berkenaan denganya. Cuma setahu Al, Internet Addiction adalah suatu penyakit baru yang telah dikenal pasti. Kini penyakit tersebut telah di klasifikasikan sebagai penyakit mental (prychiatric problem) dan ia telah dicadangkan oleh pakar-pakar psikiatrik untuk dimasukkan diagnosisnya ke dalam DSM-V.

Maklumat lanjut, boleh rujuk pakar-pakar psikiatrik kita di tingkat lima bangunan HUSM, the APEX university. Apakah PSP & PPSP harus merancang untuk melakukan prophylactic action daripada ia menjadi suatu kenyataan di masa hadapan? Wallahu'alam...

-al- Apakah kita salah seorang pengidapnya?..Na'uzubillah (minta Allah jauhkan)...

Ahad / 5 October 2008 / 3.30ptg / R308, DN putera, USMKK the Apex uni.