Friday, November 28, 2008

Bersolat ditepi lelaki pelik lagi memelikkan...

“Allahu’akbar” aku bertakbir untuk memulakan solat sebaik sahaja ust Sobri, imam solat jumaah pada hari ni bertakbir.

Aku bersyukur kerana hari ni ana berkesempatan untuk berada di saf paling hadapan, betul-betul di belakang imam walaupun aku sampai agak lewat sikit hari ke masjid Kubang Kerian.
Sebaik sahaja Ust Sobri memulakan bacaan al-Fatihah, tiba-tiba aku terasa semacam ada orang menolak bahu kiriku dari belakang, seolah-olah ingin memintak ruang untuk berada disisiku disaf itu.

“Apahal dia ni?” aku berbicara dalam hati, tak mungkin dia tolak aku sebab nak masuk saf depan memandangkan saf pada waktu itu dah rapat sangat.

Tolakannya agak kuat menyebabkan aku terpaksa memberi laluan kepadanya dengan berganjak sedikit kekanan. Terkejut aku dibuatnya, lelaki muda berbaju merah itu bukan nak masuk saf, tapi dia terus menuju ke ust sobri yang pada ketika itu sedang membaca surah al-Fatihah.

Lagi terkejut bila aku perasan yang lelaki tersebut membawa keris bersama-samanya. Keris berkenaan lalu dibuka sarungnya lantas lelaki pelik tu letakkannya betul-betul ditempat sujud imam. Diletakkanya keris itu melintang bersama-sama dengan sarungnya diatas sejadah putih imam.

"Sungguhnya pelik kelakuan lelaki ni" Aku kehairanan.

Ust Sobri yang pada awalnya membaca dengan nada yang perlahan sebagaimana biasa, tiba-tiba meninggikan suara bacaannya. Belum pernah rasanya aku mendengar ust membaca al-Qur’an dengan nada setinggi itu.

Kadar denyutan jantungku mula tachycardic, aku dapat rasakan palpitation. Apa tidaknya, selepas sahaja diletakkannya keris dihadapan ust, lelaki muda yang tinggi lampai itu cuba untuk masuk ke saf dan memulaka solatnya betul-betul di sebelah kiriku.

Masalah besar ni, apa lagi agaknya dia nak buat lepas ni?” Aku mula berfikir tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Solatku dah tak khusyuk lagi bila memikirkan tindakan pelik lelaki berkenaan.

Lepas ust baca al-Fatihah, ust memulakan bacaan surah al-Jumaah. Aku mula membaca surah al-Fatihah, tapi agak terganggu dengan suara bacaan al-Fatihah si lelaki tadi. Dia membacanya dengan kuat. Mungkin jemaah yang berada di saf ke lima di belakang juga mendengarnya tantaran bacaannya begitu kuat. Aku yakin, Ust Sobri yang berada dihadapan juga terganggu.

Selepas membaca al-Fatihah, si lelaki tadi bertakbir dengan suara yang kuat beberpa kali sebelum membaca satu bacaan pelik yang aku tak faham, yang pasti bacaan tu bukan dari bahasa arab, bunyinya macam bahasa siam.

Perasaan takut dalam hati hanya Allah yang tahu. Aku takut kalau-kalau lepas solat nanti dia terus menuju mengambil keris tadi lalu serangnya mana-mana ahli jemaah ataupun diapa-apakan ust sobri sendiri. Aku yakin, ketakutan itu juga dikongsi oleh semua yang menyedari kehadiran lelaki pelik tu.

Entah kenapa surah al-Jumaah yang dibaca ust hari ni ku rasakan lebih pendek berbanding biasa. Lepas ust takbir untuk ruku’ dia mengikutinya, begitu juga i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud sehinggalah bangun untuk rakaat kedua. Dia mengikut sahaja, Cuma bacaannya untuk setiap rukun itu dibacanya dengan suara yang kuat dan adakalanya melebihi 3 kali.

Rakaat kedua berlalu tampa sebarang perkara pelik dilakukannya. Sehinggalah ust sobri berpaling ke kanan dan kiri untuk memberi salam. Sejurus selepas memberi salam, ust terus mengambil keris yang berada dihadapannya, dimasukkan keris ke dalam sarungya. Lelaki pelik itu kelihatannya nak bangun untuk mengambil kembali keris kepunyuaannya itu , namun ust bertindak meletakkan keris terbabit dibawah tempahnya duduk, dan ust terus berzikir. Lelaki pelik tu duduk kembali, kelihatan semacam tak senang duduk.

Kali ni ust tak berzikir panjang seperti biasa. Terus dibacanya doa, sambil diaminkan oleh makmum dibelakang. Lelaki tu turut mengangkat tangan, tetapi tak mengaminkannya. Terkadang tangannya dijatuhkan kepaha seolah-oleh menunjukkan tanda protesnya kepada ust.

“Apa agaknya nak dilakukan olehnya lepas ni?” Aku berbica di dalam hati.

Selepas habis membaca doa, ust terus bangun sambil berpaling kebelakang, mencari-cari siapa lelaki pelik tu. Lelaki berjambang, berbaju merah dan tinggi lampai itu terus menuju kehadapan. Ust menghalangnya daripada mengambil keris berkenaan. Bilal masjid kubang kerian bertindak pantas dengan mengambil keris tadi, lalu cepat-cepat dibawanya masuk ke bilik imam. Jemaah yang menyedari kehadiran lelaki pelik tu terus mengurumuninya.

“Bawak dia keluar” seorang ahli jemaah bersuara. Lalu dia terus dipegang dan dibawa oleh jemaah keluar daripada masjid.

Lelaki pelik tu tidak berkata apa-apa, mungkin dia menyedari yang dirinya tak mampu melawan.

Pada waktu itu aku berdiri tercengang, tak tahu apa yang patutku lakukan. Selepas lelaki tu dibawa keluar, ramai ahli jemaah menuju kearah ust mungkin untuk bertanyakan siapa lelaki pelik tadi dan apa yang berlaku sebenarnya.

Bila melihat ramai irang datang untuk bersalam-salaman dengan ust, aku menuju kearah ust. Tak sempat nak berbual dengan ust, aku terus berundur untuk menunaikan solat sunat ba’diyyah... TAMMAT

-al- Ya Allah aku bersyukur kepadaMu kerana tiada apa-apa yang tk diingin berlaku.

Jumaat / 28 Nov 2008 / 8.00 malam / R308 DN Putera, The Apex University.

Thursday, November 27, 2008

Tempat Solat Berjemaah Mahasiswa Universiti Apex Ditutup!


Sekarang surau Nurani Putera, telah ditutup bagi menjadikannya sebagai tempat penginapan pasukan tekwando daripada luar sempena kejohanan tekwando yang akan berlangsung nanti. Rata-rata mahasiswa yang ditemui melahirkan rasa kurang senang mereka kepada pihak pengurusan desa yang dianggap sebagai tidak profesional dan tidak menghiraukan sensitiviti siswa Islam apabila bertindak menutup surau berkenaan tampa memaklumkannya terlebih dahulu kepada semua penghuni .

Persoalan yang timbul...
1-Jika dilihat dari segi syariat, apa hukumnya tindakan pihak pengurusan desasiswa ini? apakah ia wajib, sunat, harus, makhruh ataupun haram?
2-Apakah patut pihak desa menutup surau yang selama ini menjadi tempat beribadah siswa-siswa yang menginap di Nurai Putera dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai tempat penginapan mereka yang bukan dari kampus ini?
3-Jika patutpun tindakan itu diambil, kenapa tindakan mengunci surau ini diambil tampa sebarang notis awal berkenaan dengannya?

Wallahu'alam.

Khamis / 27 Nov 2008 / 5.30 ptg / DN Putera / The Apex University

Monday, November 24, 2008

Menulis Menggunakan Sistem Al (republished)

TULISAN SISTEM AL Pengenalan Nama Sistem adalah berdasarkan nama orang yang menciptanya (jangan marah!). Sistem ni pada awalnya digunakan untuk tujuan menjimatkan ruangan untuk menulis waktu Al sekolah menengah dulu (maklumlah pelajar sekolah arab kena banyak menulis masa tu). Dengan menggunakan kaedah ni setiap huruf vokal dibuang dan diganti dengan baris. Harap sahabat-sahabat dapat mengambil munafaat daripadanya. Sekadar berkongsi dengan semua. Jika ada persoalan, Al sentiasa terbuka untuk berkongsi insyaAllah. Apakah itu Sistem Al? •Kaedah yang digunakan untuk menulis dengan menggabungkan huruf-huruf (alphabet) daripada bahasa melayu dengan sistem baris daripada bahasa arab. Kaedah : Kaedah 1 - Setiap huruf vokal digantikan dengan baris.












Kaedah 2 - Huruf vokal yang berada di awal perkataan dikekalkan. Contohnya seperti berikut :











Kaedah 3 - Untuk kes huruf vokal yang berturut-turut, huruf vokal pertama diganti dengan baris, huruf yang seterusnya dikekalkan. Contohnya :











Kaedah 4 - Simbol untuk nombor dalam Sistem Al adalah mengikut no dalam bahasa arab seperti berikut :





















Contoh Tulisan tangan dengan menggunakan Sistem Al. Terjemahan al-Qur'an surah al-Asr, ayat 1-3.













(klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas)

Wallahu'alam. Maha Suci Engkau Yang Allah, sesungguhnya aku tidak punya ilmu sedikitpun melainkan apa yang Engkau berikan kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Jumaat / 11 Julai 2008 / R308, DN Putera, USM The Apex University

Wednesday, November 19, 2008

Inginku mengenali dirimu

Rahmat Addullah...
Siapa sebenar dirimu? Masihku teringat akan saat ketika diriku bersama rakan-rakanku ke Acheh suatu masa dahulu, sebelum kepulangan kami ke tanah air, ada seorang teman di sana menghadiahkan daku sebuah buku. "Pilar-pilar Asasi" tajuknya.

Seperti biasa, aku cukup suka bila aku dihadiahkan buku. Dengan buku aku mengenal siapa diriku, dengannya juga aku mengenal siapa Tuhanku. Namun aku keliru, cukup keliru pada waktu itu, kenapa dia menghadiahkan daku buku karanganmu. Sedangkan aku tidak pernah kenal siapa dirimu.

Rahmat Addullah...
Semalam aku ke al-ahkam.net, di sana ada hebahan tentang satu filem. "Sang Murabbi, Mencari Spirit Yang Hilang" itu tajuknya. Di sana di masukkan banner yang punya wajahmu. Aku terus teringat akan buku yang dihadiahkan yang masih tersimpan di atas rak bukuku. Memang benar sangkaanku, dikaulah yang dimaksudkan sang murabbi itu.



Rahmat Addullah...
Inginku mengenali siapa dirimu...

Khamis / 19 Nov 2008 / 2.05 pg / R308, DN Putera, USM The Apex University

Sunday, November 16, 2008

Buku Manual Dakwah Untuk Profesional Kesihatan Islam

Dalam keadaan stress terutamanya bila berhadapan dengan musim exam, biasanya waktu-waktu seumpama inilah idea datang mencurah-curah. Idea yang kadang-kadang sangat hebat. Oleh yang demikian perlu diambil kesempatan ini untuk menggunakan idea-idea tersebut sebaiknya.

Untuk kali ini Al terfikir nak buat satu projek peribadi jangka panjang. Apa yang Al maksudkan adalah mengarang buku. Buku yang berkisar tentang dakwah khusus untuk semua profesional kesihatan.

Buku Manual Dakwah Untuk Profesional Kesihatan Islam

Sasaran?
Untuk diri sendiri & jika sesuai boleh juga di kongsi bersama dengan semua yang individu yang terlibat secara langsung dengan pesakit samaada doktor, jururawat, fisioterapis, siswa/i perubatan, siswa/i jururawat dan sebagainya.

Rasional?
1-Waktu sakit adalah antara waktu yang paling berkesan untuk berdakwah. Oleh itu, kita kena gunakan sepenuhnya peluang ini untuk berdakwah, mengajak mereka kembali kepada Allah Ta’ala.
2-Menyedarkan golongan sasaran tentang kewajipan, kepentingan, kelebihan berdakwah (bukan secara khusus berbincang tentang fiqh perubatan)
3-Membetulkan para pesakit khususnya dari konteks aqidah dan ibadah.
4- Dan sebagainya

Manhaj penulisan?
Bersumberkan nas-nas al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih. Merujuk kepada ulasan atau pandangan para ulama yang tsiqah lagi muktabar.

Kandungan?
Antara isi kandungan buku tersebut adalah sebagaimana berikut
1- Kewajiban berdakwah bagi profesional kesihatan.
2- Kelebihan serta peluang profesional kesihatan sebagai pendakwah berkesan.
3- Motivasi daripada Allah dan Rasul berkenaan dengan pesakit.
(himpunan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis untuk dihafal oleh profesioanal kesihatan sebagai bekalan untuk berdakwah kepada para pesakit)
4- Himpunan doa-doa berkaitan dengan pesakit yang disebut dalam al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih.
5-Dan lain-lain lagi.

Tempoh siap?
Sebagaimana yang Al bagitahu, ia adalah projek peribadi berskala jangka panjang. InsyaAllah kita akan buat sikit-sikit bila ada kesempatan.

Harapan?
Hanya satu tujuan, untuk menjadikan diri Al sendiri sebagai salah seorang profesioanal kesihatan yang sedar akan tanggungjawabnya berdakwah serta mempunyai kemahiran berdakwah kepada ummah.

p/s; Idea, pandangan serta kritikan membina sangat-sangat Al harapkan untuk memastikan apa yang akan dilakukan ini membuahkan hasil yang baik untuk Islam.

"Allah Matlamatku...bukan harta, takhta juga wanita!"

Isnin / 17 November 2008 / 2.00 pg / R308, Nurani Putera, USM The Apex University

Friday, November 14, 2008

Nikah Tunai Yang Masih Tak Tertunai!...

Forum Nikah Tunai yang di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ni sangat bermunafaat bagi Al & sesiapa sahaja yang hadir. Kak Tah (YB Mumtaz) dan Ust Hasrizal merupakan ahli panel yang sangat baik dalam mengupas persoalan berkenaan dengan isu alam kekeluargaan.

Sebagai seorang peguam, Kak Tah sememangnya petah bercakap. Kak Tah, senior Al di Maahad dulu merupakan figure yang sangat sesuai untuk bercakap soal alam perkahwinan. Pengalamannya dalam berkeluarga sangat memberi munafaat kepada hadirin yang hadir malam tu.

Ust Hasrizal?...Seorang tokoh yang Al sangat minat. Gelaran "Ust Cinta" yang diberikan kepada memang sesuai dengan orangnya. Walaupun Al sedar, kebanyakan poin yang disebut dalam forum berkenaan merupakan poin yang sama dengan apa yang beliau tulis dalam bukunya "Aku Terima Nikahnya", tapi tak dinafikan banyak juga pengajaran yang Al dapat daripada beliau
malam tu. Terima kasih Ust...

Bersama Ust Hasrizal (Saifulislam.com)

P/s: Menanti saat diijab kabulkan!...

Sabtu / 15 November 2008 / 3.00 ptg / R308, Nurani Putera, USM, The Apex University

Saturday, November 8, 2008

Bagaimana caranya?...

Pernahkah anda rasa kebas pada bahagian kaki anda setelah lama duduk bersila? Tentunya ia perkara biasa yang dialami oleh jemaah (muslimin) pada waktu khatib membaca khutbah (terutamanya yang baca teks khutbah panjang lebar) atau ketika menunggu kehadiran Sultan di Masjid Sultan Ismail Petra (yang biasanya datang lambat kerana selalu ada urusan penting?)

Bagaimana caranya untuk menghilangkannya?

Ubah cara duduk daripada kedudukan bersila kepada kedudukan tahiyyat akhir!

Kenapa?...Kerana Allah lebih mengetahui anatomi manusia berbanding manusia itu sendiri!

p/s: Betapa jahilnya kita disisiNya...

Ahad / 9 November 2008 / 7.25 pg / R308, Nurani Putera, USM The Apex University

Wednesday, November 5, 2008

Antara Cinta dan Cita-cita

Benar kata Tok Guru Nik Aziz, ummat Islam kena sedar yang kita semua sentiasa menghadapi "pilihanraya". Daripada mula kita buka mata diwaktu pagi, sampailah kita pejamkannya di waktu malam, sepanjang masa setiap ketika kita sentiasa berdepan dengan situasi yang memerlukan kita membuat pilihan. Kadang-kadang membuat pilihan tidak semudah yang disangkakan. Pro & Cons perlu difikirkan menurut neraca dipertimbangkan.

Bila dah final year ni, ramai yang tanya. "Nanti nak buat HO kat mana?".

Persoalan yang dilontarkan itu bukan senang untuk diberi jawapan. Kalau dulu dengan yakin bolehku katakan yang Sabah atau Serawak jadi pilihan. Tapi sekarang bukan sesenang itu untukku membuat keputusan, perlu fikirkan juga tentang insan yang tersayang.

Khamis / 6 Nov 2008 / 10.00pg / R308, Nurani Putera, USM The Apex University

Monday, November 3, 2008

Kafe Nurani Jadi Sarang Maksiat?...

Terkejut bila diperhatikan keadaan Kafe Nurani sekarang. Setelah lama kafe berkenaan tak beroperasi, sekarang kafe tersebut menjadi sarang untuk pasangan-pasangan yang bukan mahram duduk berdua-duaan tampa segan silu terutamanya pada waktu petang.

P/s: Sesuatu harus dilakukan!

Selasa / 3 Okt 2008 / 0130 am / R308, Nurani Putera, USM The Apex University