Sunday, November 14, 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikum
Salam satu aqidah


Kertas kerja kasar kempen dakwah fardiyyah (simple) berkenaan dengan isu merokok.

Pendahuluan
Selalu sangat kita lihat terdapat insan diluar sana yang menonjolkan imej mereka sebagai Islamik (pakai kupiah/songkok) serta mendakwa diri mereka pendokong atau penyokong gerakan Islam, namun mereka masih lagi dibelenggu tabiat merokok. Walaubagaimanapun, mungkin bukan salah mereka, barangkali mereka melakukannya tanpa mereka mengetahui yang merokok itu pada hakikatnya adalah haram disisi Islam (rujuk keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1995).

Alhamdulillah, hasil cetusan idea daripada Allah Ta'ala, ana sekarang sedang menjalankan satu strategi dakwah fardiyah yang cukup simple & kalau boleh ana mengejak semua sahabat untuk melakukan perkara yang sama. Semoga kita semua terlepas daripada tanggungjawab daripada menyedarkan ummah tentang haramnya merokok.

Objektif dakwah
Menyedarkan kumpulan sasaran tentang hukum merokok & seterusnya mencetuskan kazaman yang mendalam dalam diri mereka untuk berusaha agar bebas daripada tabiat merokok.

Kumpulan sasaran
Berfokuskan kepada mereka yang mempunyai kesedaran Islam tetapi masih merokok (secara luarannya dinilai melalui pemakaian kupiah/songkok atau mendakwa diri mereka penyokong gerakan Islam)

Tenaga Kerja
Semua dikalangan kita para profesioanal kesihatan & sesiapa sahaja yang berminat. Bergerak secara fardiyyah.

Strategi
Menyebarkan "Surat Peringatan" kepada kumpulan sasaran yang sedang merokok dikhalayak. bila mana terserempak dengan mereka bila-bila masa & di mana jua. Tak perlu berkata-kata, tak perlu bercerita, sekadar bagi surat sahaja.

ANALISIS SWOT (strenght)
Sebagai professional kesihatan yang punya sedikit tempat dalam pemikiran masyarakat, kita punya sedikit kelebihan untuk memberikan peringatan kepada kumpulan sasaran tentang isu merokok yang berkait rapat dengan hukum syariat.

SURAT
Template surat yang dimaksudkan itu ana masukkankan dalam entry blog ana. Boleh copy & pastekan. Untuk "yang benar" kat bawah tu boleh lah tukar kpd nama antum/na semua sendiri.Print lepas tu photostat sebanyak mungkin. Bila jumpa je kumpulan sasaran, terus bagi pada mereka. Tak perlu berkata-kata walau sepatah kata. InsyaAllah bila mereka baca, mereka pasti memahaminya. Tak perlu takut, mereka akan berterima kasih kepada kita, kalau tak didunia, insyaAllah di akhirat sana.

Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua. Wallahu'alam.

"Transforming Our Ummah for a Sustainable Tomorrow"

"Membangun Bersama Islam"


-al-

AbulHaafiz
(Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail)
MD (USM)
Hospital Universiti Sains Malaysia
www.al-aarifin.blogspot.com
al_aarifin@yahoo.com

Tuesday, November 9, 2010

Templet Surat Dakwah Fardiyyah

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikum


Kepada tuan yang dirahmati,
Semoga sentiasa dalam keredhaanNya.


Tuan,

PERINGATAN BERKENAAN DENGAN HUKUM MEROKOK

Adalah diingatkan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 pada bersidang pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa:

“Amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam”.

Huraian : Majoriti ulama mengharamkan perbuatan merokok kerana merokok boleh memudaratkan kesihatan selain dari melakukan pembaziran yang jelas haram disisi Islam. Hanya mereka yang mempunyai kepentingan akan berpendapat bahawa merokok adalah dibolehkan.

Berhentilah merokok mulai sekarang agar anda tidak menyesal di hari kemudian.


“Transforming Ummah for a Sustainable Tomorrow”

“Membangun Bersama Islam”



Yang benar,


______________________

(Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail)
MD (USM)
Hospital Universiti Sains Malaysia
16150, Kubang Kerian, Kelantan.

www.al-aarifin.blogspot.com
al_aarifin@yahoo.com

Thursday, October 14, 2010

Ikhlaskan niat hanya kerana Allah

Hari ini Al & rakan-rakan dijemput untuk menghadiri program orientasi anjuran Unit Pengurusan Sumber Manusia. Emm, dah setahun kerja, hari ini baru sempat menghadirkan diri ke program ni. Sebelum ni Al tak hadir disebabkan surat jemputan Al tak terima, katanya surat tu ada, cuma terlekat kat ketua jabatan, tak sampai ke tangan Al & rakan-rakan seangkatan.

Banyak sangat perkara yang Al dapat sepanjang menghadiri taklimat selama sehari tu. Yang paling menarik adalah ucapan dari Ust Marzuk yang mengurupakan timbalan pengarah bahagian Hal Ehwal Islam Hospital. Ustaz terangkan tentang konsep Hospital Mesra Ibadah yang menjadi antara agenda penting hospital yang telah diatur oleh pihak pentadbiran hospital sejak dari dulu lagi.

Ucapan daripada Ust itu seakan memberikan satu suntikan yang baru untuk Al & rakan-rakan bagi meneruskan perjuangan sebagai seorang pegawai perubatan siswazah yang sangat mencabar ini. Benar kata Ust, kita seharusnya menjadikan segala pekerjaan yang kita lakukan itu sebagai suatu bentuk ibadah iaitu dengan membetulkan niat serta bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja-kerja kita. Barulah hati kita akan sentiasa tenang.

Alangkah indahnya jika peringatan yang diberikan ustaz itu dapat kita laksanakan dalam kehidpan seharian kita semua. Pastinya stress yang dihadapi kita semua ditempat kerja akan dapat dikurangkan. Bekerja dengan penuh dedikasi & ikhlas kerana Allah Ta'ala, pastinya hati kita akan tenang. kerana janjiNya adalah pasti. Allah telah berfirman :

"...Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang" ar-Ra'd : 28






.

Sunday, April 4, 2010

Selamat Datang...

Selamat datang Al ucapkan kepada ahli usrah Al yang baru...

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikum..Salam 1 Aqidah

Alhamdulillah segala puji hanya bagiNya, tepat pukul 1.20pg 3/4/10 semalam, anak pertama ana telah dilahirkan dengan selamat. Baby boy, 2.9kg...Jazakillah, jutaan terima kasih yang tak terhinggal Al ucapkan kepada zaujah tercinta yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan anak kami ini. Semoga Allah memberkatimu.

Tak dilupakan juga kepada sahabat2 yang sentiasa mendoaakan serta yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Khusus buat adik-adik final year, walaupun exam final antum semua akan bermula esok hari, sempat lagi kalian hadir melawat zaujah ana, terharu sangat, jazakumullahu khairal jaza’. Semoga Allah membantu memudahkan antum/na semua dalam menempuhi exam final nanti, insyaAllah.

Doakan agar anak yang baru dilahirkan ini kelak akan menjadi insan yang akan meneruskan perjuangan Rasul tercinta. Hidup & matinya hanya kerana Allah.

P/s: Sekarang ni tengah fikir nak bagi nama kat anak, kepada sahabat-sahabat yang ada cadangan, bagi tahu ana ya..mungkin esok dah nak pegi daftar kelahiran.

“Evidence Based Islam!”

Friday, January 1, 2010

Kami Sedia Membantu

Bangsa Yang Sihat Aset Negara
Kualiti Hidup Dipelihara
Berpasukan Berganding Tangan
Pertingkatkan Taraf Kesihatan

Secara Profesional, Khidmat Diberi
Kecemerlangan, Matlamat Kami
Dimana Pun Jua, Disetiap Waktu
Kami Sedia Membantu

Kami Penyayang Pada Semua
Bagi Kami Tiada Beza
Bertanggungjawab Amalan Kita
Kesihatan Dan Maruah Dijaga

Secara Profesional, Khidmat Diberi
Kecemerlangan, Matlamat Kami
Dimana Pun Jua, Disetiap Waktu*
Kami Sedia Membantu*

Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Habsah Hassan