Friday, April 22, 2011

Sebuah Kisah Pengajaran...

Ada sebuah kisah,


Seorang bapa dan anaknya ingin keluar bersiar dengan seekor unta kepunyaan mereka. Si anak menyuruh bapanya menaiki unta kerana merasakan perlu menghormati bapanya yang lebih tua. Jadi si anaknya berjalan beriringan dengan unta yang membawa bapanya.


Dipertengahan jalan, ada seorang menegur, “Kesian anak ini berjalan. Seharusnya si anak yang kecil ini menunggang unta. Beliau tentu keletihan”.


Si bapa yang merasa bersalah, lantas turun menyuruh anaknya pula menaiki unta itu sambil beliau pula jalan beriringan dengan unta itu.


Di pertengahan jalan berikutnya, ada seorang datang menegur, “Kesian bapamu yang tua ini dibiarkan berjalan. Seharusnya bapa mu yang tua ini menunggang unta. Beliau tentu tidak larat”


Si anak pula merasa bersalah lantas memberitahu bapanya, “Macam mana ni bapak?”


Bapanya lantas berkata, “Takpelah, kita berdua naik unta ini” Anaknya bersetuju.


Di pertengahan jalan berikutnya, ada seorang lagi datang menegur, “Ish..ish..ish…kesian unta korang naik berdua diatasnya”


Bapa dan anak tadi pun turun dan mereka berdua sepakat untuk berjalan bersama-sama dengan mengiringi unta tanpa menaikinya.


Dipertengahan jalan seterusnya, ada seorang lagi datang menegur,
“Ish..ish…ish….apa gunanya unta kalau tak dinaiki”


Bapa tadi kemudian memberitahu anaknya, “Lihatlah anakku, walau setiap apa tindakan kita, sudah tentu ada orang yang tidak bersetuju”