Tuesday, July 22, 2008

Allah Jadikan Semua Penyakit Ada Ubatnya!

InsyaAllah jika ada kelapangan, setiap minggu Al akan cuba untuk mengambil petikan nas samaada ayat al-Qur'an atau hadis-hadis yang sahih untuk sama-sama kita hafal, faham & seterusnya aplikasikan dalam kehidupan kita. Al tak punyai autoriti untuk mensyarahkan nas kerana Al bukan ahlinya. Lagipun ia perlu dilakukan dengan penuh amanah & mengikut disiplin-disiplin ilmunya. Walaubagaimanapun insyaAllah sama-sama kita buat rujukan, apa pandangan para mufassiriin dalam mentafsir ayat al-Qur'an tersebut, apa pandangan para muhaddisin dalam menjelaskan maksud hadis-hadis yang nak kita perbincangkan.


Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah Ta'ala untuk menjadi para pendakwah yang baik mengikut spesifikasi bidang kita sebagai profesional kesihatan, insyaAllah.

Pada hari ni Al nak kongsi dengan sahabat akan satu hadis yang sahih riwayat imam Bukhari dalam Kitab Sahihnya (Bahagian Perubatan). Hadis pertama dalam bahagian berkenaan. Hadis ini cukup straight forward dan sangat baik untuk sama-sama kita hafal. Kerana ia memberi suatu harapan kepada kita untuk kita terus mencari rawatan kepada setiap penyakit yang belum diketahui ubatnya. Ia juga sesuai dalam proses komunikasi kita dengan para pesakit.


Daripada Abi Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
"Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawar untuknya"

al - Banyak lagi penyakit yang kita masih tak tahu apa ubat atau rawatannya. Tanggungjawab kita semua sebagai doktor muslim untuk mencarinya!. Wallahu'alam.


Selasa I 22 Julai 2008 I R308


Monday, July 21, 2008

Al's Figure - Murmur Made Easy

Berikut adalah gambar rajah yang Al buat bagi memudahkan kita ingat jenis (types) dan penyebab (causes) murmur. Al ringkaskan daripada Talley O'Connor. Semoga ada munafaatnya untuk Al dan sahabat-sahabat semua. Ingat ! - Murmur Made Easy!


al - Sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan (al-Insyirah)
Isnin I 21 Julai 2008 I R308




Friday, July 18, 2008

Kedai Burger Seri Paduka

Tadi selepas masa Al balik oncall, Sobri - sahabat Al satu posting - ajak Al pergi makan burger dekat kedai burger Seri Paduka. Kenapa dipanggil Burger Seri Paduka?. Mungkin sebab kedudukannya berhampiran dengan Istana Negeri (Kubang Kerian) tak jauh daripada kampus kita. Pada mulanya Al tak tahu apa yang special sangat dengan kedai burger tu kalau banding denga tempat-tempat lain. Katanya ramai sahabat-sahabat final year yang lain selalu beli burger kat situ.

Bila sampai ke kedai tu kami tempah la burger special. Ya, memang special kedai tu, daripada mula kami sampai sana sampailah kami pulang, kedai bruger tu tak putus-putus orang yang datang. Ramainya orang macam kedai Kak Wook. Rasa burgernya pun boleh tahan juga.

Pada pendapat Al, kedai burger tu ada potensi yang besar. Kalau kena caranya, kedai tu boleh dikembangkan macam kedai KFC @ EFC dan lain-lain. Pasarannya boleh diperluaskan. Pesanan Al kepada sahabat-sahabat semua, bantulah saudara-saudara kita dalam perniagaannya!

al- Al tak ada kepentingan dalam menulis perkara ini.

Sabtu I 19 Julai 2008 I 1.00ptg

Thursday, July 17, 2008

Siswa/i Dilarang Memasuki Wad NICU!

"Semua pelajar dilarang masuk ke NICU sampai hari ahad" itulah arahan Dr Noraida kepada kami yang oncall pada pagi tadi di wad tersebut. Bila Al tanya kenapa, doktor kata,
"Sebab sekarang NICU ada infection & mungkin you all la yang bawak masuk infection tu".

Sedih sangat sebab tak dapat masuk NICU. Kenapa hari ni, kenapa tak esok ke lusa ke?. Time Al Oncall, time tu la NICU kena infection. itu la akibatnya, bila disuruh basuh tangan sebelum betul-betul sebelum masuk NICU, ada yang ambil sambil lewa arahan tu (bukan kita la tapi orang lain). Sekarang ni tengok apa yang dah berlaku, kan semua orang dah susah?.

Kepada sahabat-sahabat yang akan posting di NICU nanti, Al nak pesan, pastikan semua arahan dipatuhi ketika memasuki wad NICU. Masuk kena basuh tangan betul-betul, jangan pegang baby sebelum sapu bactol @ desmanol pada tangan & basuh tangan selepas pegang baby, satu lagi, tak payah nak pakai smat2 dalam NICU (pakai tai apatah lagi paklai white coat). Semua tu source of infection!.

al- Prevention is much more better then cure!.

Jumaat I 18 Julai 2008 I R308

Penubuhan Sekteriat Akademik PSP

Setelah tertangguh sekian lama, alhamdulillah petang tadi pihak PSP telah mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan wakil semua batch bagi mendapatkan pandangan serta cadangan dalam rangka untuk kita tingkatkan prestasi akademik dikalangan siswa/i PPSP. Mesyuarat yang dihadiri oleh YDP, Saudara Zaim (Exco Akademik), Saudara Syidi (Exco R&D) serta semua wakil year berfokuskan untuk mencari punca kenapa ramai di kalangan siswa/i PPSP gagal dalam profesioanal 1 & 2 yang lalu serta menyusun strategi bagaimana prestasi tersebut dapat dipertingkatkan.

Hasil mesyuarat.

Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khusus yang dikenali sebagai Sekteriat Akademik PSP yang dibentuk dibawah biro akademik PSP. Jawatankuasa yang terdiri daripada semua wakil year yang berfungsi untuk menyusun plan tindakan bagi mencapai sasaran untuk mengurangkan jumlah siswa/i PPSP yang gagal dalam peperiksaan. Dalam mesyuarat tersebut, banyak cadangan serta idea telah disenaraikan untuk sekretariat tersebut laksanakan dibawah kapasitinya sebagai jawatankuasa khusus Persatuan Sains Perubatan. Kita akan cuba buat rundingan dengan pihak Persatuan Sains Pergigian untuk bersama-sama dengan PSP untuk menggerakkan sekretariat tersebut.

Sebarang cadangan atau persoalan berkenaan dengan kretariat ini bolehlah terus disalurkan kepada Exco Akademik PSP (saudara Zaim Asneil M5 - 0126638376) atau pengerusi Sekretariat Akademik PSP (Saudara Haizam M4 - 019-99322604).

Kerjasama daripada semua siswa/i diucapkan jazakumullakhairal jaza'.

-al-
Yang diPertua
Persatuan Sains Perubatan
0179743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com

Monday, July 14, 2008

Pemilihan MPDMN - Apa Komen Pihak MPP?

Keputusan survey sehingga jam 2.30 petang, 15 Julai 2008 yang dibuat dalam blog Al berkenaan dengan tuntutan MPP supaya pemilihan Hicom MPDMN dibuat secara demokrasi menunjukkan sebanyak 91 % siswa/i USM bersetuju, hanya 2 % tidak bersetuju manakala 6 % berkecuali.

Umum mengetahui yang beberapa hari sahaja lagi pemilihan Hicom tersebut akan dilakukan. Namun ramai yang tertanya-tanya kenapa cadangan daripada pihak MPP tidak direalisasikan?. Mungkin ramai dikalanagan siswa/i beranggapan yang sistem temuduga akan terdedah kepada unsur-unsur kronisma, ketidakadilan dan sebagainya. Keputusan survey menunjukkan yang ramai siswa/i menyokong pihak MPP dalam isu ini. Pelunag harus dibuka seluas-luasnya untuk siswa/i menilai siapa yang layak untuk menduduki kerusi tersebut kerana ia melibatkan kebajikan merka.

Apa komen Yb-Yb kita agaknya?. Apakah mereka akan berdiam diri sedangkan ramai yang menyokong cadangan mereka itu?...Sama-sama kita tunggu dan lihat.

al- Al tak menyebelahi mana-mana pihak!

Selasa I 15 Julai 2008 I R308

Ceramah Kaunseling...

Alhamdulillah, tadi Al bersama-sama dua orang sahabat lagi, Hanif dan Nazihah diberi amanah oleh staffnurse wad 1 Timur Belakang (1TB) untuk memberi ceramah kaunseling berkenaan susu ibu kepada ibu pesakit yang berada di wad berkenaan. Ini kali kedua kami bagi ceramah tajuk tersebut. Kali pertama adalah bila kami posting peadiatrik masa year 4. Kali ni menarik sikit sebab Al jadi pengerusi. Bila jadi pengerusi ni banyak benda la yang Al cakap. Lagipun, Al suka sebenarnya jadi penceramah yang tak bertauliah ni.

Sebenarnya kami diberi beberapa keping poster untuk dijadikan alat bantuan bagi memudahkan ibu-ibu berkenaan faham berkenaan topik yang dibincangkan. Banyak tajuk yang di cover. Kebaikan susu ibu kepada ibu dan bayi. Cara penyusuan yang betul dan banyak lagi. Apa yang menariknya dan Al nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua adalah antara poster-poster yang dibekalkan, terdapat satu poster yang bercerita tentang ayat al-Qur'an yang menyebut tentang penyusuan ibu. Kebetulan Al hafal ayat tu. Apa lagi Al pun bagilah syarahan tajuk penysuan ibu tu diselitkan dengan dalil daripada al-Qur'an. Inilah ayat yang Al maksudkan :


"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. al-Baqarah 233

Subhanallah, hebatnya ayat Allah Ta'ala ni. Apa yang disebutkan sama dengan apa yang di kaji manusia. Dalam banyak-banyak poster yang dibekalkan juga, ada satu poster yang menceritakan polisi penyusuan ibu di Malaysia. Polisi tersebut menyebut, susu ibu seharusnya diberikan tampa makanan yang lain sehingga bayi berumur 6 tahun. Selepas 6 bulan barulah kita boleh mulakan makanan selain susu ibu. Tapi susu ibu harus diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Ramai dikalangan kita yang berada dalam bidang perubatanpun tak tahu tentang ayat al-Qur'an ni. Begitu juga dengan ayat-ayat yang lain. Al cadangkan, kepada sahabat-shabat yang belajar bidang perubatan terutamanya, untuk kita hafal ayat al-Qur'an & hadis-hadis yang sahih berkenaan dengan perubatan. Dalam Kitab Sahih Bukhari contohnya terdapat satu bab yang khusus untuk perubatan (Kitabu al-Tib). Apa yang disebut & diamalkan oleh Rasulullah berkenaan dengan bidang ini dikumpulkan oleh Imam Bukhari dalam bab berkenaan. Klau kita hafal & study sikit ayat-ayat al-qur'an & hadis-hadis berkenaan, nanti insyaAllah mudah untuk kita nak berdakwah dijalan Allah bila berada dalam masyarakat.

Bagi Al, kitalah sepatutnya yang mahir mensyarahkan dalil-dalil berkenaan dengan perubatan ini. Kalau nak biarkan ustaz-ustazah yang syarah, manalah mereka tahu semua bukti saintifk. Itu yang menyebabkan banyak ayat-ayat al-Qur'an mahupun hadis-hadis disalah tafsirkan sebab itu bukan bidang mereka. Kita seharusnya yang mahir menghuraikannya. Itulah yang sering disebutkan oleh Ust Marzuk, timbalan pengarah Hospital (Unit Hal Ehwal Agama).

Sesungguhnya Islam agama yang benar disisi Allah. Islam adalah 'Evidence-based Relegion'. Bukan agama yang dicipta manusia. Tetapi agama wahyu daripada Allah Ta'ala. Tentunya kita mempunyai kelebihan kerana tak mungkin ia terdedah dengan kesilapan apabila ia datang daripada Tuhan pencipta alam.

Wallahu'alam.

al- Tak sabar untuk Al jadi seorang ayah...seronok sangat main dengan anak-anak.

Friday, July 11, 2008

Menulis Menggunakan 'Sistem Al'

TULISAN SISTEM AL

Pengenalan
Sistem ini Al cipta ketika Al belajar di Sekolah Maahad Muhammadi.
Nama Sistem adalah berdasarkan nama orang yang menciptanya (jangan marah!). Sistem Al pada awalnya digunakan untuk tujuan menjimatkan ruangan untuk menulis(maklumlah pelajar sekolah arab kena banyak menulis masa tu) sebab setiap huruf vokal dibuang dan diganti dengan baris. Harap sahabat-sahabat dapat mengambil munafaat daripadanya. Jika ada persoalan, Al sentiasa terbuka untuk berkongsi insyaAllah.

Apakah itu Tulisan Sistem Al?
•Kaedah yang digunakan untuk menulis dengan menggabungkan huruf-huruf (alphabet) daripada bahasa melayu dengan sistem baris daripada bahasa arab.

Kaedah :
Kaedah 1 - Setiap huruf vokal digantikan dengan baris.


Kaedah 2 - Huruf vokal yang berada di awal perkataan dikekalkan. Contohnya seperti berikut :

Kaedah 3 - Untuk kes huruf vokal yang berturut-turut, huruf vokal pertama diganti dengan baris, huruf yang seterusnya dikekalkan. Contohnya :

Kaedah 4 - Simbol untuk nombor dalam Sistem Al adalah mengikut no dalam bahasa arab seperti berikut :
Contoh Tulisan tangan dengan menggunakan Sistem Al.
Terjemahan al-Qur'an surah al-Asr, ayat 1-3.


(klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas)
Wallahu'alam.

al - Maha Engkau, sesungguhnya aku tidak punya ilmu sedikitpun melainkan apa yang Engkau berikan kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Jumaat I 11 Julai 2008 I R308

Thursday, July 10, 2008

Kafe Harmoni - Kafe Baru Kita?

Mungkin tak ramai di kalangan kita semua menyedari akan kewujudan Kafe Harmoni yang terletak di belakang bangunan Pusat Pengajian Sains perubatan. Untuk makluman, Kafe tersebut masih berada dalam proses pengubahsuaian. Tak pasti apa tujuannya pihak universiti membuat perubahan ini.

Sebagaimana kebanyakan kita telah maklum, isu untuk memindahkan Kafe PPSP yang sekarang ini berada di tingkat 2 bangunan pusat pengajian tersebut telah lama diperkatakan. Namun kita hanya tak pasti bila peralihan tersebut akan berlaku. Apa-apapun, sama-sama kita doakan agar lokasi Kafe yang baru tersebut tidak akan membebankan siswa/i terutamanya siswa/i PPSP untuk turun makan di kafe tersebut.

Al berkata : Harap harga makanan tak dinaikkan oleh pihak kafe setelah berpindah ke tempat yang baru.

Khamis I 11 Julai 2008 I r308

Wednesday, July 9, 2008

Surat Kepada BHEPP -Aduan Berhubung Isu Penginapan

Rujukan : PSP07/08.YDP.Surat/08
Tarikh : 10 Jun 2008


Assalaamualaikum,

Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Kampus Kesihatan,
Univesiti Sains Malaysia.


Tuan,
Aduan Berhubung Isu Penempatan

Merujuk kepada perkara diatas, pihak Persatuan Sains Perubatan ingin menyampaikan beberapa aduan yang telah kami terima daripada ahli kami berhubung masalah penginapan untuk pertimbangan pihak tuan.

2. Pihak persatuan sedar akan usaha pihak HEP untuk memastikajn kebajikan warga kampus dijaga semaksimum mungkin. Namun begitu, pihak persatuan telah menerima banyak aduan daripada warga kampus terutama daripada siswa/i perubatan berhubung dengan isu penempatan.

3. Berikut adalah masalah/aduan yang dikenal pasti:

a) Tidak mengikut sistem merit secara sepenuhnya
i) Terdapat segelintir pelajar yang tidak berpuas hati kerana diberikan penempatan di UPPU kerana mereka mempunyai markah merit yang tinggi

b) Status siswa/i mengulang tahun 1
i) Walaupun sebelum ini pihak pengurusan universiti telah mengesahkan yang mereka akan dikira sebagai tahun 1 yang baru dari sudut mendapat jaminan untuk menginap di desa (sebagaimana tuntuatan PSP dalam memorendum yang dihantar sebelum ini), namun apa yang menyedihkan ada di antara mereka tidak diterima untuk tinggal di dalam kampus

c) Tidak dimaklumkan lebih awal kepada mereka yang tidak mendapat tempat di desa untuk memastikan mereka betul-betul bersedia sebelum mereka datang ke kampus. Maklumat daripada lamanweb healthycampus tidak tepat. Ada yang mendakwa sebelum ini nama mereka diterima untuk menginap didesa, tetapi sekarang mereka terpaksa berada di luar

d) Tiada transperensi (ketelusan) dalam pemilihan desasiswa. Ada dikalangan ahli kami yang melahirkan rasa kurang senang apabila pihak pengurusan universiti tidak mengeluarkan maklumat lengkap berhubung merit semua siswa/i.
e) Masalah khusus desa UPPU
i) Tiada privasi. Katil-katil hanya dibatasi dengan dinding setinggi lebih kurang 1 meter sahaja
ii) Masih belum siap sepenuhnya. Kerja-kerja pembaikan desa UPPU sedikit sebanyak mengganggu keselesaan siswa/i yang menginap di sana selain masalah keselamatan barang-barang mereka yang tidak terjamin dengan kehadiran pekerja-pekerja berkenaan.
iii) Masalah ruangan yang sempit.
iv) Faktor keselamatan. Keselamatan dari sudut harta benda mahupun keselamatan diri mereka sendir.
v) Keselesaan untuk belajar
Masalah bising kerana berdekatan dengan jalan raya. Siswa mengadu tidak dapat belajar dan tidur lena kerana terdapat mat-mat rempit merempit hingga ke pagi.
Bilik study yang tidak selesa. Antara lainnya kerana sistem pengudaraannya yang kurang baik.
vi) Tiada tempat untuk solat. Mereka yang tiggal di UPPU terpaksa berjalan jauh mengambil risiko untuk melintas jalan untuk ke Masjid Hospital setiap kali ingin menunaikan solat.

f) Siswa/i perubatan tahun 4 dan 5 ditempatkan di bilik 4 orang. Belum pernah dalam sejarah kampus sejahtera perkara ini berlaku. Keselesaan siswa/i fasa klinikal perlu diutamakan kerana ia merupakan fasa yang kritikal yang memerlukan tumpuan sepenuhnya kepada akademik

Dengan ini, kami mengharapkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kebajikan siswa/i kami dapat dipelihara sebaik yang mungkin.

Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahulukan dengan lafaz jazakallahu khairal jaza’.

“Kami Memimpin”

“Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”


Yang benar,


____________________

(Muhd Al-Aarifin bin Ismail)
Yang di Pertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Univerisiti Sains Malaysia.
0179743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com

Sk : Fail SU1

Sunday, July 6, 2008

Isu Penginapan...Apa Masalahnya?

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalaamualaikum..

Disana-sini ramai siswa/i bercakap berkenaan dengan isu desasiswa. Kebanyakannya melahirkan rasa kurang senang dengan apa yang berlaku. Walaupun kita yakin pihak HEP & Desa telah sedaya berusaha untuk memberi keselesaan kepada kita semua, namun disana timbul juga pelbagai masalah yang mungkin tak dapat dielakkan.

Final year ada yang tak puas hati sebab terpaksa duduk bilik 4 orang walaupun sepanjang sejarah USMKK, rasanya tak pernah final year duduk bilik 4 orang. Itu tak dikira lagi yang langsung tak dapat desa (dalam kampus mahupun desa UPPU).

Semalam pihak PSP & MPP telah mengadakan lawatan ke UPPU untuk melihat sendiri keadaan penginapan disana. Rata-rata penghuni disana melahirkan rasa kurang senang dengan penempatan yang disediakan. Terlalu banyak masalah. Dari sudut keselamatannya sehinggalah masalah keselesaan untuk study. Mereka kebanyakannya membuat keputusan unttuk mencari rumah sewa sendiri.

Pihak MPP, PSP mahupun persatuan2 lain ingin mendapat feedback daripada sahabat2 semua. Kalau ada apa-apa masalah yang timbul berkenaan dengan isu desasiswa ini. Kita nak kumpulkan masalah tersebut & insyaAllah kita akan cuba minta penjelasan pihak HEP @ desa selepas ini. Kerjasama dari semua sahabat-sahabiah kami dahulukan dengan ucapan jazakumullah khairal jaza'.

Berikut adalah gambar-gambar desa UPPU yang saya ambil tengah hari tadi.


Inilah desa UPPU (ten-ten)




masalah bising kerana berdekatan dengan jalan raya. Siswa mengadu tak dapat study dan tidur lena kerana terdapat mat-mat rempit merempit hingga ke pagi.








Bilik yang langsung tiada privasi. Katil-katil hanya dibatasi dengan dinding setinggi lebih kurang 1 meter sahaja.




Inilah ruangan yang diperuntukkan bagi setiap siswa yang menginap disana.




Pantri alhamdulillah rasanya takde masalah.




Tandas - Semuanya tandas duduk (tiada tandas cangkung)








Berdekatan dengan kawasan pembinaan.




Bilik study yang tidak selesa. Sistem pengudaraan yang kurang baik.




Tuesday, July 1, 2008

Bagaimana?

Bismillahirahmaanirrahiim...
Assalaamualaikum...

Kepada semua sahabat, pihak PSP sekarang dalam perancangan untuk menyusun tindakan yang konstruktif dalam usaha mengingkatkan prestasi akademik siswa/i PPSP terutamanya siswa/i tahun satu yang dilihat semakin merosot kebelakangan ini.

Banyak spekulasi yang kita dengar tentang punca kenapa perkara ini berlaku. Ada yang mengaitkannya dengan sistem kurikulum yang baru, ada juga yang mengaitkannya dengan masalah sikap siswa/i itu sendiri dan banyak lagi teori yang kita dengar disana-sini. Apa-apapun, pihak PSP akan mengadakan sedikit kajian untuk mencari punca sebenar kenapa perkara ini berlaku. Kajian yang akan dilakukan oleh biro R&D tersebut insyaAllah akan merangkumi segala aspek yang berkaitan. Hasil daripada kajian berkenaan, insyaAllah akan kita gunakan bagi merangka plan tindakan untuk meningkatkan kembali prestasi akademik siswa/i PPSP.

Kita telah meminta pandangan daripada TDA serta doktor-doktor yang berkaitan berkenaan dengan apa yang mungkin kita boleh lakukan. InsyaAllah kita akan terjemahkn dalam bentuk tindakan selepas sesi baru bermula. Pihak PSP masih mengalu-alukan sebarang cadangan daripada sahabat-sahabat semua, apa yang boleh kita sama-sama lakukan bagi memastikan jumlah kegagalan ini dapat dikurangkan seminima yang mungkin. Cadangan serta pandangan dari sahabat-sahabat sekalian sangat-sangat kita hargai. Wallahu'alam.

"4JJl ghoyatuna"

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara"

-al-

selasa I 1 Julai 2008 I R308 I Cuti

Monday, June 30, 2008

Ini Peranan Doktor-doktor Muslimat Kita...


Semalam Al beli satu buku bertajuk 'Petunjuk al-Qur'an dan as-Sunnah Berkenaan dengan Haid Istihaadah dan Nifas' karangan Shaikh al-'Utsaimin (meninggal pada tahun 1421 H). Buku setebal 86 muka surat. Walaupun masalah haid, istihadah & nifas merupakan masalah yang khusus bagi muslimat, tapi sebagai seorang doktor, kita seharusnya memahami isu ini kerana ia berkait rapat dengan masalah perubatan. Lagipun sebagai seorang muslim (lelaki), tentunya tak boleh lari dari persoalan ini kerana kita akan berkahwin dengan seorang insan bernama muslimat. Oleh yang demikian, nak tak nak, isu ini perlulah ambil tahu walaupun secara superficial sahaja.

Al tak nak ulas panjang berkenaan dengan isi kandungan buku berkenaan, cuma secara peribadi Al dapat rasakan yang kadang-kadang ulasan dalam buku berkenaan ada yang tidak sesuai dengan kajian sains semasa. Bukan Nas yang sahih terdapat didalamnya yang Al pertikaikan, tapi penafsiran kepada nas itu yang mungkin kurang tepat. Mungkin kerana ia dikarang oleh ulamak atau diterjemahkan oleh penterjemah yang kurang terdedah dengan Sains Perubatan, oleh yang demikian tafsiran-tafsiran atau terjemahan-terjemahan nas adalah berdasarkan pengatahuannya yang cukup terbatas.

Satu contoh yang boleh Al kemukakan disini adalah bagaimana penjelasan berkenaan dengan nutrisi yang diterima bayi. Katanya, dalam perut (zat makanan) melalui darah ibu sampai ke dalam janin melalui pusatnya dan lantas memasuki urat-urat sarafnya. Semua doktor-doktor tentunya akan merasakan kenyataan ini suatu kenyataan yang pelik.

Satu lagi contoh, katanya "umur seorang wanita yang pada kebiasaannya bermula haid ialah antara dua belas hingga lima puluh tahun". Walaupun ia mungkin disebabkan silap taip (typing error) pengarang atau penyunting , namun mungkin juga ianya disengajakan kerana kenyataan itu diulang sebanyak dua kali dalam muka surat yang berbeza.

Sebenarnya, dari dulu lagi Al tercari-cari buku yang mengupas isu haid, istihadah & nifas menurut nas-nas yang sahih & dilihat dari perspektif sains perubatan semasa. Kenapa isu-isu melibatkan muslimat ini dikuasai oleh muslimin?. Di mana doktor-doktor muslimat kita? Di mana ustazah-ustazah kita?. Muslimin, walaupun setinggi manapun ilmu yang ada pada mereka, tapi kita kena akui yang muslimin tak pernah datang haid, istiadah apatah lagi nifas. Tapi kenapa mereka yang banyak bercakap berkenaan denganya?. Kenapa, kenapa & kenapa?

-al- Sesuatu mesti dilakukan oleh doktor-doktor muslimat semua.

Selasa I 1 Julai 2008 I R308 I Cuti

HUSM bertukar wajah!

Sedarkah sahabat-sahabat yang kini Hospital Universiti kita sedang di renovate kan?. Kalau dulu bangunan lapan tingkat Hospital berkenaan hijau warnanya, tapi sekarang secara perlahan-lahan ia telah berubah kepada warna unggu, iaitu warna rasmi Universiti Sains Malaysia. InsyaAllah dengan perubahan yang dilakukan ini akan sedikit sebanyak meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan Hospital Mesra Ibadah pertama dinegara kita ini untuk munafaat kepada para pesakit.

-al- Sayang sangat kt Hospital ni...

Selasa I 1 Julai 2008 I R308 I cuti

Sunday, June 22, 2008

Pengalaman Ngeri yang Melucukan!...

Beberapa hari yang lepas Al buat usrah dengan adik-adik Al di kampung. Usrah kali ni terpaksa dimulakan lewat sikit disebabkan Al terperangkap dalam hujan selepas Al pergi ke Kota Bharu lepas isya' malam tu. Pukul 11 baru start usrah. Seperti biasa Usrah dimulakan dengan membaca al-Qur'an. Kali ni Al bincang dengan adik-adik berkenaan dengan surah al-Asr.

Selepas selesai bincang surah al-Asr, Al tak tahu apa nak baut lepas tu. Sebab Usrah kali ni dibuat secara ad-hoc. Bukan Al plan, tapi adik-adik minta supaya Usrah dibuat. Biasanya Al sempat plan apa nak buat dalam Usrah, tapi kali ni tak fikirkan pulak nak buat apa sebab sebelum ni Al fokuskan untuk exam remedial je.

Idea!

Tiba-tiba terdetik dalam fikiran untuk mengedarkan risalah kepada orang-orang Cina yang tinggal di perumahan berdekatan dengan kampung Al. Cadangan yang bagus, nanti boleh la suruh adik-adik kayuh basikal hantar risalah tu ke setiap rumah orang Cina nanti. Cuma masalahnya, Al takde sebarang risalah nak suruh adik-adik edarkan. Terlintas di fikiran, "Apa kata kalau Al suruh adik-adik yang tulis risalah tu". Kesannya mungkin lagi efektif dari sudut psikologi orang-orang Cina tu nanti. Al pun rangka ayat-ayat yang nak ditulis atas kertas A4 . kemudian Al minta adik-adik tiru & buat salinan sekurang-kurangnya 4 helai untuk setiap orang mengikut kretiviti masing-masing. Ini antara risalah yang dihasilkan oleh adik-adik usrah Al.

Apa macam?...ada unsur-unsur mat rempit tak?

Bila dah selesai, Al breafing apa langkah seterusnya. Ada yang pada mulanya tak nak ikut sebab takut. Tak tahulah apa yang ditakutinya. Biasalah budak-budak. Tapi lepas dipujuk rakan-rakan yang lain, semuanya setuju nak ikut. Modus operandi kali ni adalah dengan berbasikal. Letakkan 1 risalah dalam satu peti surat rumah-rumah Cina tu nanti. Asalnya Al plan Al nak naik moto je, sebab malam tu gelap sangat, lagipun lampu suluh tak bawak. Tapi rancangan tu tak jadi. Al kena berbasikal bersama-sama adik-adik semua.

Tapi masalahnya Al takde basikal.

"Tak pe, basikal ayah saya ada" kata salah seorang anak usrah Al.

Al minta dia pergi ambil. Rasanya itulah kali pertama Al naik Basikal tua dalam hidup ni.

Operasi bermula!

Jam menunjukkan pukul 12.0 malam, bila semua dah sedia, kami memulakan perjalanan menuju perumahan Cina tersebut. Jauh juga perjalanannya. Menysuri kegelapan, mengharungi kesunyian. Adik-adik semua tinggalkan Al dibelakang. Mungkin sebab diaorang takut bila berada diposisi belakang agaknya.

Sampai di rumah Cina yang pertama, Al minta supaya anak usrah Al yang pertama letakkan risalah tersebut dalam peti suratnya. Kemudian kami bergerak ke rumah seterusnya. Perkara yang sama dibuat. Teringat akan sejarah bagaimana tentera Jepun menyerang tanah Melayu suartu ketika dahulu dengan berbasikal. Macam lebih kurang pergerakan kami malam tu. Macam komando la pulak.

Dikejar Anjing.

Setelah banyak rumah kami tempur. Al tanya kepada adik-adik berapa lagi risalah yang tinggal?. Banyak lagi rupanya, sebab kebanyakan mereka bukannya buat 4 salinan je, banyak yang diorang buat rupanya. Ada yang sampai 8 salinan. So, risalah banyak lagi. Operasi perlu diteruskan untuk pasti semuanya habis malam tu.

Al tanya anak-anak usrah Al, "kat mana lagi ada rumah Cina?. Kata mereka "disana" sambil mereka menunjukkan ke arah satu lorong yang sempit dan gelap tidak berlampu. "Ya, kita teruskan" kata Al. Dengan perlahan lahan kami kayuh basikal merentasi kegelapan lorong tersebut. Dari jauh kami mendengar suara anjing yang menyalak. "takpe, anjing-anjing tu tak boleh buat apa-apa kat kita sebab anjing-anjing tu dikurang dalam pagar rumahnya". Al cuba menenangkan hati walaupun pada waktu tu heart rate dah meningkat.

Di hadapan sana ada cahaya lampu. Kami menuju ke cahaya tersebut. Tiba-tida anak usrah Al yang berada paling hadapan menjerit "Anjing!...anjing!..lari...lari..." sambil dia berpatah balik menuju kebelakang. Al tak tahu apa yang berlaku. Waktu tu keadaan sungguh mencemaskan. Mulanya ingat dia hanya bergurau je. Tapi rupa-rupanya betul. Tiba-tiba sahaja anjing tu berada dihadapan Al. Masalah besar ni. Al tak boleh nak pusing basikal Al sebab nak bagi laluan kepada adik-adik yang berada didepan untuk bergerak ke belakang tambah lagi dengan jalan yang sempit basikal Al pulak besar.

"Apa aku nak buat ni?" keluh Al dalam hati.

Al pun angkat tayar depan basikal tu, buat pusing 180 darjah. Cepat-cepat Al kayuh basikal tu menjahui anjing tadi. Syukur alhamdulillah anjing tu tak kejar Al. Dia hanya menunggu di tempat cahaya tadi je sambil menyalak-nyalak. Al pun menuju ke tempat adik-adik semua berkumpul. Sambil menarik nafas lega, kami semua ketawa sambil melahirkan rasa syukur pada Allah Ta'ala.

Operasi diteruskan.

Risalah masih banyak, kawasan rumah Cina tadi dah tak boleh pergi sebab ada anjing tadi.

"Ada lagi tak perumahan Cina yang lain?" Tanya Al kepada adik-adik yang lebih mengetahui selok belok kampung Al.

"Ada" kata mereka" Perumahan SBJ".

"Kita bergerak ke sana sekarang" Al memberi arahan.

Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Kami menuju ke Perumahan SBJ, di sana kata mereka banyak rumah Cina.

Bila sampai disana, Al arahkan semua bergerak seperti biasa. Memang benar kata mereka, banyak rumah Cina di Perumahan SBJ tu. Sampai tak cukup risalah yang kami buat. "Alangkah baiknya kalau kita buat lagi banyak tadi" kata salah seorang anak usrah Al.

"Takpe lah, insyaAllah lain kali kita buat lagi" jawab Al.

Operasi tamat

Bila semuanya selesai, kami memulakan perjalanan untuk pulang ke Masjid. Kami balik ikut jalan yang melalui rumah Dato' Ibrahim Ali di Wakaf Bharu. Sebelum meneruskan perjalanan, kami sempat ambil gambar kami semua di hadapan pintu masuk Istana Dato' Paduka Ibrahim Ali (lihat gambar diatas). Gambar tersebut tentunya menyimpan seribu satu kenangan yang tak ternilai kepada kami semua.

Bila dah habis bergambar, kami pulang ikut jalan raya dengan penuh hati-hati. Maklumlah waktu tu dah pukul 1 pagi. Apa-apapun boleh jadi kalau tak berhati-hati.

Bila sampai Masjid, kami terus tidur kerana kepenatan. Subuh keesokan harinya seperti biasa kami bangun untuk berqiamullail. Setelah selesai solat subuh, kami semuan pulang ke rumah masing-masing dengan penuh kepuasan.

-al- Seronoknya cuti kali ni...

Isnin I 23 Jun 08 I R308 I Cuti

Surat daripada DIRIKU kepada DIRIKU..

Semalam waktu al tengah buat kerja sikit, Al terperasan satu surat yang Al taip pada malam Al exam Pro 2 dulu (masa tahun 3). Surat tu Al tulis ditujukn kepada diri Al sendiri (pada masa hadapan). Teringat semula suasana malam yang Al tulis surat tu, esoknya Al & sahabat-sahabat exam klinikal. Perasaan takut dalam hati tak boleh bayangkan dengan perkataan. Ingat lagi yang malam tu dengan keadaan menangis Al hantar mesej kepada adik-adik tahun 2 supaya mereka study betul-betul untuk pro-2, jangan jadi macam Al tak prepare betul-betul terutamanya untuk exam klinikal.

Sebenarnya dah banyak surat yang Al tulis untuk diri Al sendiri pada masa hadapan. Surat tersebut kebanyakannya ditulis sewaktu Al dalam keadaan penuh getir, tertekan, kesedihan dan sebagainya. Pernah satu kali Al tulis surat waktu Al camping di satu Kem waktu Al masuk pengakap dulu. Waktu tu Al tingkatan 2. Surat tu Al tanam di tepi tapak khemah Al dalam tin milo. Dalam surat tu, Al ada nyatakan harapan berkenaan dengan Pentarafan Pengakap Raja. Bertahun berlalu, harapan untuk menjadi seorang pengakap Raja tercapai waktu Al tingkatan 6. Sehingga sekarang, surat tersebut masih lagi tertanam di kem tersebut. Tak tahu masih ada lagi atau tidak disana. Biarlah ia terus bersemadi selama-lamanya disana.

Al- Surat-surat untuk masa depan tu mengingatkan semula Al akan waktu-waktu yang "terrible" tu.


Daripada dirimu Al-aarifin
Isnin 14 Mei 2007
2.11pm
Di bilik R108

Akhi, apa khabar anta sekarang?...harap-harap sihat
ana tak pasti apa yang sedang anta buat sekarang, tapi yang pentingnya ana nak ceritakan keadaan anta waktu ana menulis surat ni.

Tadi ana exam MEQ, soalannya susah sangat. Rasanya MEQ tadi adalah MEQ yang paling susah sejak kita exam fasa 2. Ana tak pasti macam mana resultnya nanti

Akhi, Lebih kurang 8 jam lagi ana akan exam OSPE, Alhamdulillah tadi Sobri dapatkan *****, Ana tak tahu apalah yang ana buat selama dua tahun ni. Kenapa tak tumpu study betul-betul. Akhi, tentunya anta ingat lagi yang anta takut sangat dengan exam klinikal esok. Kalau anta nak tahu ana sekrang ni hanya mampu berdoa kepada Allah apa yang akan terjadi nanti.

Akhi, tentu anta dah tahu apa result PRO2 kan? Ana tak tahu apa nak cakap kat anta. Kalau anta lulus, Alhamdulillah, tapi akhi, anta jangan sesekali lupa yang segala-galanya daripada Allah. Kita hanya mampu berusaha tapi Allha yang tentukannya.

Tentu seronokkan bila dah lepas klinikal? nak sangat ana tahu macam mana anta hadapi klinikal. Kes apa anta?..ana harap sangat kalau ianya kes senang bagi kita.

Akhi, kalau anta Berjaya, jangan sesekali anta lupakan Allah, jangan nak kufuri nikmat yang Allah bagi. Anta Berjaya bukan sebab anta pandai sangat, tapi segala-galanya daripada Allah. anta kena sentiasa ingat yang anta selalu berdoa dengan bersungguh untuk lulus dalam exam Pro2 ni. Sampai menangis-nangis depan Allah.

Ingatlah yang exam pro ni hanya exam yang kecil je. Klinikal yang anta takutka-takutkan dulu hanya ujian yang kecik je. Anta takut sangat dengan examiner. Akhi di padang mahsyar nanti examinernya bukannya doctor tapi Allah Ta’ala. Di sana nanti examnya akan di buat di hadapan semua manusia. Disaksiakan oleh malaikat-malaikat. Insaflah anta, selalah bersyukur kepada Allah. Dia yang berkuasa atas selagala-gala perkara.

Ana rasa setakat ni je nasihat ana kat nat, doakan kejayaan ana.

Thursday, June 19, 2008

Alhamdulillah...Sama-sama kita teruskan perjuangan di tahun 5.


Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya. Hari Khamis yang lepas keputusan exam remedial keluar, untuk posting orthiopedic, Al dan sahabat-sahabat semuanya lulus. Pagi Khamis kami exam, petang tu terus keluar result. Asalnya takut juga nak tengok result, sebab Dr Ismail (penyelaras posting) kata markah lulus untuk MCQ adalah 65 %. Tinggi tu. Tapi Alhamdulillah semuanya lulus. Tak tahu la markah sebenar kami sampai tak 65% tu. Apa-apapun terima kasih Al ucapkan kepada Dr Ismail dan Doktor-doktor jabatan orthipedic kerana memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami berada dalam posting tersebut. Tak lupa juga Doktor Eskandar (supervisor Al) sebab banyak memberi tunjuk ajar dan motivasi kepada Al. Jazakallah Dr.

al- Perjuangan belum selesai!

Ahad I 22 Jun 08 I R308 I cuti











Wednesday, June 18, 2008

Surat Kepada Pengarah Kampus

Prof Dato’ Dr Mafauzi Mohamed
Pengarah Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia

Tuan,
Memohon Untuk Mendapatkan Senarai Nama Ahli PSP yang Tidak Mendapat Tempat di Desasiswa.

Merujuk kepada perkara diatas, pihak Persatuan Sains Perubatan(PSP) ingin memohon kepada pihak universiti untuk mendapatkan senarai akhir nama-nama ahli kami yang tidak dapat tempat di desasiswa untuk sesi 2008/09.

2. Dalam mesyuarat bersama-sama dengan pihak BHEPP & Penggawa Desasiswa yang lepas, BPHEEP telah bersetuju menngeluarkan nama-nama pelajar yang tidak mendapat tempat di desa untuk semester hadapan selepas tarikh 13 Jun 2008 (tarikh senarai nama diserahkan kepada pihak bendahari untuk urusan yuran desasiswa). Walaubagaimanapun sehingga kini pihak BHEPP enggan memberikan senarai tersebut kepada kami tanpa sebarang alasan yang konkrit.

3. Pihak persatuan memerlukan senarai tersebut untuk memastikan kebajikan mereka yang tidak mendapat tempat didesa dipelihara. Antaranya memberi peringatan kepada ahli PSP yang berkenaan sebelum sesi baru bermula. Ini penting begi memastikan mereka benar-benar bersedia terutama dari sudut penginapan sebelum mereka datang semula ke kampus.

4. Dengan itu kami benar-benar berharap agar pihak tuan menimbangkan permohonan kami untuk mendapatkan senarai akhir nama-nama ahli PSP yang tidak mendapat tempat di desasiswa supaya mereka lebih bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran semester depan.

Kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

“Kami Memimpin”

“Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”



Yang benar


__________________
Muhd Al-Aarifin bin Ismail
Yang Di Pertua
Persatuan Sains perubatan
Universiti Sains malaysia
017-9743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin@yahoo.com

Wacana Perdana

Makluman tentang program Wacana Perdana yang diadakan sempena 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat:

Tarikh : 17 Jamadil Akhir 1429 H, 21 Jun 2008M (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balai Islam, Lundang, Kota Bharu Kelantan

Penceramah/ forumer :
Yb Saifuddin Nasution
SS Dr Asri Zainul Abidin
Dr Abd Aziz Bari

Wallahu'alam

-al-

Rabu I 18 Jun 2008 I R308 I Remedial

Tuesday, June 17, 2008

Case Discussion - Fracture of Distal Tibia

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Tadi al OC (on call), alhamdulillah ada banyak kes yang datang ke A&E. Antaranya kes multiple fracture & fracture of iliac bone. Tapi sekadar nak kongsi dengan sahabat-sahabat, kes yang al folow daripada patient masuk sampai patient prepare untuk masuk ke ward

14/m/boy
Datang dengan komplain sakit di bahagian buku lali kanan (right ankle joint) selepas terjatuh ketika main bola.

How to aproach this patient?
  1. Full history
  2. PE
  3. Set IV line
  4. FBC, BUSE & GSH
  5. X-ray
  6. POP
  7. Plan for internal fixation

This is the an X-ray of right ankle joint (lateral & AP view)
Comment : fracture of distal tibia & fibula. (salter haris type 2 @ Pilon fracture?) & fracture of distal fibula.

Management
This patient was plan to for internal fixation (intramedulary nail/ screw/ plate). Before that, CMR (closed manual reduction) was done & he was put on full lenght POP to hold the fracture until the operation done.

How to do full lenght POP?


Antara perkara yang diperlukan sebelum POP dilakukan
Set IV - Petidine 1 mg/kg , midazolam (dormicum) 0.1 mg/kg, normal saline.
POP
Cardiac monitoring


Inilah gambar full lenght POP selepas dah siap.

Soalan2 yang Dr tanya.
What is the content of POP?
In Full lenght POP, how many degree the ankle & knee joint must be flex? and why?

Wallahu'alam.

al-Seronok sangat oncall malam ni!

Selasa I 17 Jun 06 I R308 I Remedial







Sunday, June 15, 2008

Handphone Baru Al

Sebagaimana kebanyakan sahabat semua maklum, handphone Al dah hilang minggu lepas. Oleh yang demikian, Al dah beli handphone baru sekarang, Sony Aricsson, cyber-shot K800i.

Kenapa Sony? Tak tahu lah kenapa, asalnya terlintas jugak nak beli Nokia sebab Nokia banyak kelebihannay. Selain tahan lasak, ia juga banyak function & mesra pengguna. Tapi bila mengenangkan saudara-saudara Islam di Palestin, Al rasa tak patut beli Nokia. Nokia sebuah syarikat yang dikatakan membantu Yahudi yang membunuh ummat Islam diPalestin setiap hari.
Walaubagaimanapun untuk pengetahuan semua, Al masih lagi menggunakan no Maxis yang lama (0179743297). Al terpaksa guna Maxis atas sebab-sebab tertentu.
Kepada sesiapa yang ingin hantar mesej kepada Al, pastikan tulis nama di hujung mesej berkenaan. Al kehilangan simkad lama bersma-sama dengan no kalian semua. Harap maklum.
Wallahu'alam.
p/s - semoga hp ni jadi salah satu aset Al untuk berdakwah diri & manusia yg lain ke jalan Allah.
Penatnya remedial!
-al-
Isnin I 16 Jun 08 I R308 I Remedial

Thursday, June 12, 2008

Apabila Profesor Menyonteng!


Haa, inilah hasil contengan Profesor Imran Department Orthopedic. Tangan Al yang jadi mangsa masa Prof Imran bagi penjelasan kepada master student sebelum mereka buat operation kepada tangan seorang pesakit di ward 4s. Pesakit tu mengalami fracture dekat bahagian sendi lengan (wrist joint). Dakwat pen tu menunjukkan macam mana sepatutnya mereka approach untuk operation berkenaan.

Al - Terima kasih Prof, Al bangga tangan Al diconteng oleh Prof.

Sabtu I 14 Jun 2008 I R308 I Remedial

Wednesday, June 11, 2008

Ucapan Takziah

Innalillahi wa inna ilaihi raa ji'uun.
Sesungguhnya kita datang daripada Allah & kita akan kembali kepadaNya.

Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga Amin, ex-USM (batch baru grad) atas kembalinya beliau ke rahmatullah.

Allahyarham terlibat dalam kemalangan di Gua Musang sewaktu dalam perjalanan ke kem BTN. Selain beliau, seorang sahabat kita lagi yang bersama-samanya, akhi aziman mengalami kecederaan (patang tulang femur kirinya) & Al dimaklumkan yang sekarang ni dia berada di Hospital Universiti Sains Malaysia.

Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham Amin dicucuri rahmat dan di tempatkan ditempat orang-orang yang soleh di sisi Allah Ta'ala. Amin yaa Rabbal 'Alamiin

-al-

Khamis I 12 Jun 2008 I R308

Tuesday, June 10, 2008

Aduan Berhubung Masalah Yang Timbul ketika Peserta Karnival POS Malaysia Menginap di Desasiswa

Rujukan : PSP07/08.YDP.Surat/07
Tarikh : 10 Jun 2008


Bismillahirrahmaanirrahiim,
Assalaamualaikum,

Kepada
Dr Rushdan Ismail
Penggawa,
Desasiswa Murni Nurani.

Tuan,
Aduan Berhubung Masalah Yang Timbul ketika Peserta Karnival POS Malaysia Menginap di Desasiswa

Sebagaimana yang sedia maklum, pada 7-9 Jun 2008 yang lalu, Pos Malaysia telah mengadakan karnival sukan yang bertempat di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia. Untuk pengetahun pihak tuan, secara peribadinya saya menerima banyak aduan daripada siswa/i berhubung dengan beberapa isu yang berkait rapat dengan kedatangan peserta karnival tersebut. Masalah-masalah ini seharusnya mendapat perhatian serius daripada pihak tuan supaya ia tidak lagi berlaku untuk masa yang akan datang.

Berikut adalah antara masalah yang dibangkitkan berhubung dengan perkara yang disebutkan diatas:

1- Siswa/i yang menginap di Nurani terpaksa berpindah ke Murni. Perkara ini telah mewujudkan perasaan kurang senang di kalangan pihak siswa/i yang selama ini menginap di desa Nurani. Kami berharap pihak tuan dapatlah memberi penjelasan yang sewajar terhadap perpindahan kami ke Murni kerana telah timbul rasa kurang selesa berikutan dengan pemindahan tersebut. Kami juga berharap pihak desa dapatlah secara berterusan menjaga kebajikan kami warga desa berbanding pihak luar yang bukannya penghuni tetap didesa kita.

2- Masalah keselamatan terutama kepada pelajar siswi. Saya menerima beberapa aduan daripada siswa/i. Antaranya ada yang melahirkan rasa dukacita apabila terdapat lelaki yang mendakwa dirinya sebagai exco penginapan program berkenaan masuk ke DM1 (desa yang dihuni siswi), membuka pintu-pintu bilik tanpa memberi apa-apa peringatan diberikan terlebih dahulu. Selain itu, terdapat sekumpulan peserta karnival tersebut (lelaki) telah masuk ke desa tersebut hanya untuk menonton perlawanan bola sepak pada waktu malam. Kemungkinan besar perkara ini berlaku disebabkan oleh DM 3 yang dihuni mereka tiada kemudahan Astro, justeru itu mereka ke DM 1 untuk menonton perlawanan tersebut. Walhal DM4 (dihuni pelajar siswa) sendiri sudah ada kemudahan astro, kenapa mereka tidak kesana?

3- Masalah percampuran antara lelaki & perempuan. Saya kurang pasti apa alasan pihak desa yang telah membenarkan peserta karnival tersebut yang berlainan jantina untuk menginap di desa yang sama terutamanya di Blok B. Masalah ini selain berkait dengan isu keselamatan, ia juga sesuatu yang di larang oleh agama kerana akan mengundang kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya dalam desasiswa kita. Saya mendapat maklumat daripada seorang siswi yang menginap di Blok B, katanya, sewaktu peserta karnival tersebut tinggal di blok tersebut, mereka terpaksa berkongsi tandas dengan peserta karnival (lelaki). Saya tidak dapat bayangkan bagaimana perkara seumpama ini boleh berlaku. Teringat akan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “...dan janganlah kamu mendekati zina”, Seharusnya ayat ini dijadikan panduan dalam kita mengambil sebarang keputusan yang berkait rapat dengan hubungan lelaki dan perempuan.

4- Masalah kecurian. Untuk makluman pihak tuan, terdapat kes barang-barang siswa/i telah hilang. Seperti biasa siswa/i yang balik bercuti menyimpan barang-barang mereka di bilik stor atau pantri. Namun disebabkan ada stor atau pantri yang tidak dikunci, kehilangan barang telah berlaku. Perkara ini berlaku sewaktu peserta karnival Pos sedang menginap di desa.

5- Masalah bunyi bising. Untuk makluman pihak tuan, Peserta karnival tersebut telah membuat bising yang menyebabkan ramai siswa/i tidak dapat memberi tumpuan sewaktu belajar terutama kepada siswa/i PPSP yang sedang remedial atau elektif & siswa/i PPSG yang sudah memulakan sesi akademik mereka.

6- Masalah kekotoran. Kehadiran mereka di desa juga menyebabkan desa menjadi kotor dengan sampah sarap di merata tempat. Ramai dikalangan mereka yang merokok menyebabkan tandas menjadi kotor dengan habuk dan putung rokok serta menyebabkan bau yang amat kurang menyenangkan. Perkara ini tentunya menimbulkan rasa kurang selesa dikalangan siswa/i yang selama telah menjaga kebersihan di desasiswa.

7- Fasiliti dalam desa dirosakkan. Untuk pengetahuan pihak tuan, terdapat banyak kerosakan dikesan sepanjang mereka menginap di desasiswa. Pintu tandas, paip air dan banyak lagi. Selain menyebabkan kerugian ia juga akan menjejaskan keselesaan siswa/i yang akan masuk semula kampus tidak lama lagi.

Oleh yang demikian, saya meminta jasa baik pihak tuan untuk mempertimbangkan beberapa perkara berikut:

1- Tidak lagi membenarkan pihak luar menginap di desasiswa Murni, Nurani atau mana-mana desa dalam kampus kecuali untuk program-program yang diuruskan oleh pihak siswa/i sendiri. Ini bagi memastikan masalah-masalah yang disebutkan diatas tidak berulang lagi.

2- Jika pihak desa terpaksa memberikan penginapan terhadap mana-mana pihak atas alasan-alasan yang tertentu, maka kami berharap , slogan “kampus sejahtera” diutamakan dengan memastikan perlaksanaan seperti dibawah :
· Batas-batas agama tidak diketepikan. Pastikan penghuni lelaki dan wanita di asingkan dengan apa juga cara sekalipun. Perkara ini wajib ditekankan bukan hanya kepada siswa/i bahkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menginap didesa.
· Kebajikan siswa/i mestilah diutamakan melebihi kebajikan pihak luar yang datang menetap. Walaupun mungkin mereka membayar kepada pihak desa dengan bayaran yang lebih tinggi berbanding jumlah yang dibayar siswa/i, namun hakikatnya desa ini dibina bukan untuk mereka atau dengan kata lain bukan untuk tujuan perniagaan, tapi untuk kemudahan siswa/i universiti. Janganlah siswa/i diminta keluar hanya kerana ingin memberi kepuasan kepada pihak luar yang tiada kena mengena dengan perkembangan intelektual universiti kita.
· Pastikan segala fasiliti tidak dirosakkan. Segala kerosakan mesti ditanggung oleh pihak mereka. Ini penting bagi memastikan fasiliti yang ada di desa akan terus dapat dinikmati oleh siswa/i yang akan kembali apabila mereka semua datang nanti. Tetapkan syarat-syarat yang ketat untuk mereka tinggal disini. Kebajikan siswa/i seharusnya tidak dikompromi untuk kepentingan mana-mana pihak.
· Pastikan keselamatan siswa/i dan barang-barang simpanan mereka dijaga rapi. Bilik-bilik stor atau pantri yang menyimpan barang-barang siswa/i hendaklah dikunci sebelum kemasukan mereka. Bagi memastikan keselamatan siswa/i lebih terjamin, pastikan semua CCTV diaktifkan sepanjang masa. Apa yang dapat diperhatikan di desa-desa sekarang, banyak CCTV yang tidak berfungsi. Sebagaimana yang sedia maklum, kos untuk menyediakan CCTV sangat tinggi. Oleh yang demikian, ia seharusnya digunakan dengan semaksimum yang mungkin bagi memastikan keselamatan siswa/i dipelihara.
· Selain itu, pihak luar yang datang menginap hendaklah diberi kefahaman ataupun penerangan yang sejelasnya berkenaan dengan kawasan-kawasan desa yang tidak sepatutnya mereka lewati mahupun kunjungi terutamanya apabila ianya berkaitan dengan privasi dan keselamatan warga desa ini agar kes-kes seperti dimaklumkan diatas tidak lagi berlaku seterusnya. Contohnya, kawasan larangan bagi lelaki adalah desasiswa yang dihuni siswi.

3- Selain itu, diharap pihak tuan dapat memastikan setiap kerosakan yang telah dilakukan oleh peserta karnival Pos tempoh hari dibaiki dengan kadar yang segera sebelum bermulanya sesi semester yang baru, 2008/2009.

4- Berkenaan dengan isu kebersihan desasiswa, kebersihan desasiswa hendaklah dijaga senantiasa, tambahan lagi apabila kedatangan pihak luar yang kadang-kadang tidak menghargai desa ini.

Umum mengetahui yang pembinaan desa bukan untuk tujuan perniagaan atau keuntungan. Ia dibina untuk dihuni siswa/i kampus sejahtera ini. Oleh yang demikian, seharusnya faktor keuntungan tidak langsung di pandang oleh pihak desa dalam menentukan status permohonan untuk menginap di desasiswa kampus kita dari mana-mana pihak luar. Apatah lagi dengan mengetepikan kepentingan siswa/i sendiri. Walaubagaimanapun kita tidaklah menghalang pihak tuan membenarkan pihak luar untuk datang menginap di desa terutamanya sewaktu siswa/i sedang bercuti, namun langkah-langkah yang melibatkan keselamatan, kebajikan & halal haram harus diutamakan sebagaimana yang diterangkan diatas.

Saya juga berharap agar pihak desa dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan perkara-perkara yang tidak diingini sebagaimana yang disebutkan tidak lagi berulang buat masa yang akan datang. Segala kerjasama daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jazakallahu khairal jaza’.

“Kami Memimpin”
“Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”

Yang benar


____________________

(Muhd Al-Aarifin bin Ismail)
Yang di Pertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Univerisiti Sains Malaysia.
0179743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com


Sk;
Pengarah Kampus
Prof Dato’ Dr Mafauzy Mohamed

Monday, June 9, 2008

Bagaimana nak minjimatkan minyak motor (Teknik Al)


Berikut adalah beberapa teknik yang saya namakan Teknik Al (sesuai dengan nama orang yang memperkenalkannya) bagi menjimatkan penggunaan minyak. Teknik Al adalah merupakan teknik "evidenve-based" iaitu mengikut teori fizik & biologi. Harap teknik ini boleh di munafaatkan oleh kita semua untuk menjimatkan minyak. InsyaAllah ia dapat membantu mengurangkan kos minyak kita dalam rangka untuk kita lakukan kerja-kerja Islam.

Bebelum memandu
1- Isi minyak di waktu pagi, sebelum matahari panaskan bumi (seeloknya sebelum pukul 8 pagi). Ia memberi kelebihan dari segi kuantiti sebab minyak pada waktu tersebut ketumpatannya lebiyh tinggi berbanding pada waktu tengah hari atau petang.
2- Kurangkan kekerapan mengisi minyak. Maksudnya, kalau nak isi minyak, pastikan isi penuh tangki. Ini bagi mengurangkan jumlah minyak yang hilang akibat proses pengewapan sewaktu kita mengisi minyak dengan mengurangkan jumlah masa penutup tangki minyak yang dibuka.
3- Kepada motosikal yang mempunyai besi penghalang dalam tangki minyaknya (biasanya moto EX5 ada), kalau boleh buang besi tersebut. Ini juga bagi mengurangkan jumlah minyak yang terwap keudara sebelum memasuki tangki minyak.
4- Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta/ motosikal yang panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Jangan panaskan enjen melebihi 30 saat, ia bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak. Maklumat ini diperolehi daripada persatuan pengguna pulau pinang
sewaktu memandu
1- Elakkan tekan minyak dengan kuat kecuali jika perlu. Sepanjang perjalanan , tekan minyak sekadar yang diperlukan.
2- Tekan klas (bagi kereta) atau gear (untuk motosikal-tekan separuh) sewaktu minyak kereta atau motor itu tidak di tekan. Biar kereta atau motor bergerak laju tampa ada daya geseran dalam enjen. Ini jelas akan menjimatkan minyak. Awas - Pastikan keselamatan dijaga, kerana ia akan bergerak lebih laju.
2- Jangan tekan minyak kecuali bila perlu. Contoh keadaan, jika sekiranya kereta/ motor kita sedang bergerak menuju ke trafic light "merah", tekan minyak dengan kadar yang seminimum yang boleh, targetnya biar kereka berhenti sendiri secara perlahan-lahan tampa kita tekan brek dengan kuat. Oleh itu, kalau dah nampak lampu kt depan merah, jangan bazirkan penggunaan minyak dengan menekan minyak dengan kuat. Awas - Lalukan teknik ini jika sekiranya tiada kereta dibelakng yang mengikuti kereta kita.
3- Kurangkan penggunaan brek seminimum yang boleh. Bila kereta dah bergerak laju, jangan tekan brek kecuali bila perlu. Apa yang kita perhatikan, perkara ini biasa berlaku kepada pemandu muslimat. Ia disebabkan mereka terlalu mengambil langkah untuk berhati-hati.
4- Bila nak naik bukit, dapatkan momentum yang tinggi dengan menggunakan gear 4/5 ketika berada dibawah bukit lagi. Kurangkan penggunaan gear 1/2, guna jika perlu sahaja kerana gear rendah lebih banyak menggunakan minyak.
5- Kalau boleh, rancang perjalanan terlebih dahulu. Jalan yang lebih dekat, tak jam & rata mestilah diutamakan.
6- Bila berhenti, matikan enjen terutama bila menunggu seseoarang. Kalau lampu trafic light baru je merah & ia memakan masa yang lama untuk hijau, disyorkan supaya dimatikan dahulu enjen buat seketika sebelum lampu hijau. tapi teknik ini masih kontroversi, hehehe. Ataupun kalau line clear, jangan berhenti terus di trafic light walaupun merah. Risikonya tanggung sendiri ya!.
7-Cara yang paling berkesan untuk menjimatkan penggunaan minyak kereta adalah dengan menukar kereta kepada basikal. Tapi mengikut perkiraan, kosnya agak sama sebab bila kayuh basikan tenaga yang lebih dipelukan. Kalau nakkan tenaga kita kena makan nasi. Nasi di tanak daripada beras. Beraspun sekarang dah naik Oleh itu kos untuk berbasikalpun dah naik sekarang. hehehe....
Wallahu'alam.
Mengntuk study bab fracture!
-al-
Selasa I 10 Jun 2008 I R308



Friday, June 6, 2008

Menariknya Ikaln NST...

Beberapa hari yang lepas bila tengok TV, tertarik sangat dengan satu iklan, iklan daripada NST. Bila diteliti betul-betul iklan tu, seakan-akan tarafnya sama macam iklan-iklan Petronas. Setiap aspeks dijaga rapi supaya ia nampak 'real'.

Mungkin ada yang belum tengok agaknya. Kisahnya lebih kurang macam ni. Ada sekumpulan pelajar yang nakal naik bas awam yang mungkin waktu itu dalam perjalanan pulang daripada sekolah. Mereka duduk di belakang sekali. Depan mereka ada 2 orang pelajar seorang Melayu & seorang lagi pelajar india. Waktu tu mereka temgah baca NST.

Menyedari yang mereka tengah baca NST, kawan-kawan mereka yang nakal itu mengejek-ngejek mereka, kata salah seoarang daripada pelajar nakal tadi "Dia baca surat kabar orang putih...kita orang Malaysia, bacalah surat kabar Malaysia" kata-katanya disambut gelak ketawa rakan-rakan yang lain.

Tiba-tiba, bas berhenti. Seorang pelancung wanita mat saleh tiba-tiba naik bas tu. Terus menuju ke bahagian tempat duduk belakang untuk bertanyakan pelajar sekolah tadi di mana national monumen. Pelajar-pelajar nakal tadi nampaknya kebingunan sebab tak faham apa yang di cakap oelh pelancung tadi.

"Mungkin dia tengah cari rumah mak maimun kot" kata seorang daripada mereka. "Takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah mak maimun" jawab yang lain. Dengan rasa penuh yakin salah seorang daripada mereka mengungkapkan satu skrip yang sangat kelakar, katanya "You go straight, don't belok-belok...don't belok-belok".

Melihat keadaan pelancung yang kebingunan sebab tak faham, pelajar Melayu yang sedang baca NST tadi menyampuk. Katanya "Miss, I can help you, if you wana go to National Monumen, you go straight and you'll find a sign board. Then follow the sign board". Sekarang pelancung tadi tersenyum sebab dah faham lantas mengucapkan terima kasih kepada pelajar tadi.

Dia kemudiannya berpaling kebelakang, mengadap wakan-kawan yang nakal tu. Katanya "Lain kali bacalah NST, nanti mudah dapat kerja".

Begitulah lebih kurang sinario yang digambarkan oleh iklan tersebut. Bagi saya, iklan ini banyak memberikan seribu satu pengajaran kepada kita semua. Hakikatnya, kita seharusnya mengusasai bahasa ini bukan semata-mata kerana peluang untuk mendapat kerja semata-mata. Jauh lebih penting daripada itu adalah untuk kita menyebar-luaskan dakwah islamiyyah. Mustahil untuk kita mengajak mereka kepada Islam sedangkan kita tidak menguasai bahasa mereka dengan baik.

Mungkin ada yang kurang setuju dengan tindakan kerajaan mewajibkan pembelajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Tentunya idea tersebut mempunyai pro & kontranya yang tersendiri. Semuanya telah dikaji & diteliti samaada oleh pihak kerjaan mahupun pihak pembangkang. Namun apa yang penting, kita seharusnya tidak menafikan kepentingan untuk kita sama-samamengusainya.

Wallaahu'alam..

p/s: InsyaAllah sekarang ni Al dah cuba untuk membiasankan diri untuk membaca NST, setiap hari. Semoga dipermudahkan.

Menanti zohor!

-al-
7 Jun 08 I 1.00pm I R308

Wednesday, June 4, 2008

Menanti saat 12.00am, 5 Jun 2008 - Minyak Naik!


Semalam Al sempat ronda-ronda Kota Bharu, tujuan utamanya adalah untuk isi minyak motor (penuhkan tangki). Bukan apa, selepas je dengar berita yang mengatakan minyak akan naik selepas pukul 12.00 malam Al buat keputusan untuk pergi isi minya cepat-cepat sebelum terlambat.
Terkejut juga raanya bila fikirkan yang sebenarnya bukan kita sorang je fikir macam tu, berpuluh-puluh ribu rakyat Kelantan yang lain pun fikir perkara yang sama. Menyebabkan jalan raya penuh sesak. Semua stesen minyak dipenuhi kerata & motosikal samapai tak bergerak disebabkan terlalu sesak.
Apa-apapun sebenarnya Al tak ada lah rasa risau sangat bila harga minyak naik. InsyaAllah berbekalkan duit JPA yang masih berbaki, rasanya masih mampu lagi untuk mengisi minyak walaupun harganya sekarang dah naik melambung. Sebanrnya apa yang Al lebih bimbangkan adalah rakyat yang miskin. Apalah nasib mereka nanti. Kehidupan mereka tentunya akan menjadi lebih susah selepas ni. Kesian mereka.
Satu lagi, Al bukan risau sangat bila memikirkan harga minyak sekarang. Apa yang Al lebih risaukan adalah masa depan. Al bukan memikirkan tentang harga minyak yang kemungkinan akan naik lagi, tapi jauh daripada itu lagi. Iaitu apabila simpanan minyak sudah habis. Al tertanya-tanya, sekarang ni kenapa semua orang tak fikir berkenaan dengan perkara itu?. Bayangkan sekarang ni ada kereta, kalau minyak naikpun kita masih boleh mampu menggerakkan kereta walauoun dengan harga minyak yang lebih tinggi. Bayangkan suatu hari nanti, bukan masalah harga yang difikirkan, masalahnya adalah minyak itu sendiri dah habis.
Kemanalah Al nak buang motor Al tu?...
Gambar
Kesesakan lalulintas ki Kota Bharu disebabkan semua nak ambil kesempatan untuk mengisi minyak penuh tangki sebelum harganya naik pukul 12 malam. Gambar di bawah tu adalah gambar motor Al. Tengak isi minyak.
-al-
5 Jun 2008 I 12.40 pm I R308

Beruntungnya anak-anak Kelantan...

Al baru terbaca satu berita yang dimuatkan dalam buletin terbitan Unit Penerangan Kerajaan Negeri Kalantan, berita berkenaan bantuan sebanyak RM 1000 yang akan diberikan kepada golongan belia Kelantan yang ingin berkahwin. Bila baca berita tu rasa tak sabar-sabar pulak rasanya nak kawin (just kidding).

Al rasa tindakan Kerajaan Kelantan ini harus dipuji walaupun semua maklum yang kerajaan Kelantan ni miskin. Tapi kebajikan rakyat tak diabaikan. Ni yang kita sayang sangat Kerajaan Kelantan ni.

Kalau sesiapa nak dapatkan peruntukan tersebut perlulah mendapat pengesahan dean sokongan daripada penghulu tempat masing-masing. Kalau nak minta tolong Al try adjustpun insyaAllah boleh dipertimbangkan. Lagipun Al suka sangat bantu orang lebih-lebih lagi dalam utusan perkahwinan ni.

P/s: Ya Allah, kurniakanlah kami isteri yang solehah, anak anak yang solihin dan solihat untuk membantu kami dalam menegakkan agamaMu. Amin ya rabbal 'alamin...

-al-

5 Jun 2008 I 12.05pm I R308

Tuesday, June 3, 2008

Isu Penginapan - Very Important and Very Urgent

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalaamualaikum...

Kepada semua sisw/i Perubatan USM Kubang Kerian,

Untuk pengetahun semua, pagi tadi kami pimpinan persatuan & MPP baru sahaja bermesyuarat dengan HEP. Agenda utama adalah berkaitan dengan isu penginapan. Terlalu banyak perkara yang dibincangkan, rasanya tak sempat untuk dibentangkan dalam blog ni, cuma apa yang paling penting yang memerlukan tindakan segera adalah kepada sesiapa yang GAGAL mendapat tempat didesa untuk sesi akan datang (setelah disemak dalam website healthycampus), sahabat2 semua masih mempunyai harapan. Apa yang perlu dibuat adalah hantar SURAT RAYUAN SECARA PERIBADI kepada pihak HEP dengan kadar yang segera. Kalau boleh serahkan bersama bukti-bukti (sama ada berbentuk sijil, surat sokongan dan sebagainya) jika perlu. Kalau takdepun tak apa, yang penting hantar dulu. Hantar kepada HEP SEBELUM @ PADA 9 Jun 2008. Senarai akhir akan dibuat sebelum ianya dihantar ke pihak bendahari pada 13 Jun 2008 (untuk urusan yuran & sebagainya).

Kalau perlukan sokongan pimpinan persatuan, bagitahu kami. InsyaAllah kalau perlu kami boleh buat surat sokongan menyatakan yang anda terlibat dengan mana2 program @ persatuandalam kampus, dapatkan pengesahan daripada penasihat persatuan (untuk dikepilkan sekali dengan surat rayuan anda).

Laporan penuh tentang apa yang dibincangkan dengan HEP & DESA pagi tadi insyaAllah akan saya tulis malam ni (jika ada kesempatan n jika difikirkan perlu). Apa yang penting sekarang, pastikan sahabat2 yang tak dapat menginap didesa tahu akan perkara ni. Sebar2kan!..

"4JJl ghoyatuna"

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara"

-al-
Persatuan Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia
0179743297
al_aarifin@...
www.al-aarifin.blogspot.com