Saturday, September 13, 2008
Terima Kasih Mr...
Friday, September 12, 2008
Terawih atau Oncall?...
"Antara solat terawih dan oncall, yang mana perlu diutamakan?"
Erm...Al tak pasti sama ada pertanyaannya itu merupakan pertanyaan untuk mendapatkan kepastian atau pertanyaan sebagai sindiran kepada Al yang waktu itu pergi oncall lewat sikit sebab Al solat terawih dulu hari tu. Bukan Al sorang, ramai lagi sahabat-sahabat lain yang datang lambat, itupun yang datang, ada jugak yang langsung tak datang. Tak tahu macam mana nak jawab. Kalau Al kata oncall itu lebih penting, macam terkena pada diri sendiri pulak. Kalau Al kata solat terawih lebih penting, memang tak logik sebab solat terawih itu hanya sunat, tapi oncall itu suatu kewajipan.
Untuk pengetahuan sahabat, actualy, bukan niat di hati untuk pergi lewat malam tu. Al jadi imam solat terawih kat surau Nurani malam tu, itu jadi lambat pergi oncall. Lepas solat terawih, Al terus bersegera ke wad. Selepas malam tu, Al dah tak solat terawih melainkan selepas balik daripada oncall.
Solat terawih tak boleh dijadikan alasan untuk datang lewat apatah lagi untuk tak pergi langsung oncall. Ummat Islam perlulah memahami keutamaan (aulawiyyat). Janganlah disebabkan nak kejar yang sunat, terabai pula yang wajib. Bayangkan kalau non-Muslim lihat kita datang lewat, mereka tak tahu yang kita solat terawih. Agak-agaknya apa yang diorang akan kata?. Tentunya ia sedikit sebanyak menjadi fitnah kepada Islam, sedangkan pada hakikatnya Islam tak ajar kita semua berbuat demikian. Agama kita pentingkan keutamaan dalam amalan, yang wajib perlu didahulukan, barulah dituruti dengan yang sunat. Itu sebabnya Yusof Qaradhowi menulis buku bertajuk Fiqh Aulawiyyat untuk menjelaskan persoalan keutamaan dalam amalan. Wallahua'lam...
P/s : kepada sahabat Al yang tegur Al tu, jazakillah atas teguran yang menusuk kalbu itu. Sangat-sangat Al hargai.
Sabtu / 13 Sept 2008 / R308, Nurani Putera USMkk
Monday, September 8, 2008
MSFT - Dari Fantasi ke Realiti...
Medical Student Fasilitator Team atau singkatannya MSFT, itulah nama yang telah kami (hicom PSP sesi 2007/08) persetujui bersama sewaktu kami berbincang berkenaan dengan nama yang sesuai untuk kumpulan fesilitator yang akan kami tubuhkan.Teringat akan saat bagaimana MSFT bermula. Ketika itu dilontarkan suatu cadangan supaya sama-sama difikirkan macam mana kita nak gunakan kelebihan kita sebagai 'medical student' untuk faedah siswa/i perubatan khususnya dan kepada masyarakat umumnya.
Teringat lagi saat dimana aku makan tengah hari bersama abg Epu (Dr Saiful, Master Student, Jabatan Pendidikan Perubatan) di kafeteria PPSP. Sambil makan, aku cuba bincang dan minta pandangan abg Saiful berkenaan dengan perkara tersebut. Pada fikiranku abg Saiful adalah orang yang sangat tepat untuk aku bincang berkenaan dengan perkara tersebut memandangkan abg Saiful mempunyai banyak pengalaman berkenaan dengan aktiviti siswa/i PPSP. Abg Saiful antara figure penting yang memulakan Big Sib. walaupun perbincangan kami waktu itu tidaklah lama tetapi itulah sebenarnya saat bermulanya idea penubuhan satu kumpulan fasilitator. Idea tersebut sangat bernilai pada pandanganku.
Daripada saat itu aku terus berfikir dan berfikir, bagaimana mungkin aku boleh kembangkan idea tersebut. Islam mengajarku untuk sentiasa berbincang dalam mencari penyelesaian terbaik dalam apa jua perkara. Oleh itu aku bawa berbincang idea tersebut dengan sahabat karibku, akhi Muhaimin yang juga merupakan NYDP 1 Persatuan Sains Perubatan ketika itu. Ternyata akhi Muhaimin sangat berminat dan memberikan satu sokongan yang sangat baik. Apa tidaknya, dia tentunya suka bila bercakap berkenaan fasilitator kerana dia seorang yang cukup terlatih dalam aspeks fasilitator. Apa yang aku tahu, dia seoarang yang sangat aktif dan terlibat dengan banyak program motivasi terutamanya kepada pelajar sekolah menengah, jadual program terutama program luar kampus Muhaimin mengalahkan jadualku.Selain akhi Muhaimin, aku juga mendapatkan pandangan serta cadangan daripada sahabat-sahabat lain. Antaranya akhi Syidi (exco R&D PSP) & ukhti Syazana Rifham (SU1 PSP). Tidak dilupakan juga sahabat hicom serta exco -exco PSP yang lain (maaf kiranya aku lupa nama kalian). Melihat kepada penubuhannya yang masih baru, kami telah berbincang dan bersetuju untuk meletakkan team tersebut dibawah pemantauan exco R&D, akhi Roshidi. Kami melantik akhi Fazli (medic 2nd year) untuk menjadi pengarah pertama team tersebut. Waktu itu alhamdulillah akhi Fazli
menerima dengan hati yang terbuka walaupun pada pandanganku, bukan senang untuk seseorang itu bersetuju untuk mengendalikan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh siswa/i yang lain. Pada pandanganku, Fazli adalah orang yang paling sesuai.Setelah aku jelaskan secara terperinci tentang team tersebut kepada fazli, aku meminta Fazli laksanakan tugasan yang pertama iaitu merangka membuat kertas kerja cadangan penubuhan team tersebut. Kami merancang untuk merealisasikan idea penubuhan team tersebut melalui beberapa fasa iaitu :
Fasa 1 - Menjalankan survey di sekolah-sekolah menengah sekitar Kota Bharu
Fasa 2 - Melatih ahli team berkenaan dengan ilmu fasilitator
Fasa 3 - Mulakan operasi
Selepas idea penubuhannya nampak semakin jelas, kami bawa perkara tersebut dalam mesyuarat hicom serta exco PSP untuk dibentangkan. Masih jelas dalam ingatanku, saat dimama akhi Fazli membentangkan cadangan penubuhan team tersebut dalam bentuk power poin di bilik tutorial 19. Semua hicom serta exco PSP waktu itu mendengar dengan penuh teliti. Alhamdulillah, semua menunjukkan reaksi positif apabila perkara tersebut dibentangkan. Asalnya nama team tersebut adalah PSP fasilitator team(PFT), tapi kami telah mengubahnya kepada Medical Student Fasilitato Team untuk "mengangtarabangsakan" nama team tersebut.
Bermula dengan sekadar lontaran idea, MSFT akhirnya diterjemahkan dalam bentuk realiti. Mungkin ramai yang masih kabur berkenaan dengan masa depan MSFT dan mungkin ada juga yang masih tidak menyedari akan kewujudan team ini. Walaupun aku tak sempat untuk bersama-sama ahli kumpulan tersebut menggerakkannya, secara peribadi aku melihat masa depan yang cukup cerah untuk team ini. Tentunya ramai tertanya-tanya kenapa pengarah pertamanya dilantik bukan dari kalangan hicom serta exco PSP. Jawapan kepada persoalan ini adalah, untuk memastikan kesinambungan team tersebut diteruskan walaupun kepimpinan PSP bertukar. Hicom serta exco PSP akan silih berganti bila tiba masanya, namun MSFT akan terus di pimpin oleh pengarah serta jawatankuasa penajanya sehinggalah MSFT yang waktu itu baru mula bertatih dapat berjalan serta berlari dengan baik.
Sekarang pada pandanganku, MSFT dah agak establish. Dengan adanya timb. pengarah MSFT, saudara Naim (jacknaim) yang juga seorang yang kritikal dalam berfikir, Aizat (bendahari 1 PSP), Alif Ridwan, Jazimah dan sahabat-sahabat mereka yang lain (maaf aku lupa nama-nama kalian), aku yakin MSFT akan terus relevan dalam dunia mahasiswa di kampus kita sampai bila-bila.
Beberapa hari lagi, kami para hicom serta exco PSP 2007/08 akan menyerahkan tugasan kepada mereka yang akan menggantikan kepimpinan PSP untuk sesi seterusnya. Aku yakin yang pimpinan PSP yang baru akan dapat melakukan banyak perubahan kepada lanskap kepimpinan PSP. Namun jauh disudut hatiku, inginku menyampaikan pesanan serta harapanku kepada mereka. Pesanan agar kewujudan MSFT ini tetap diteruskan sehingga ke akhirnya.
Teringat akan kata-kata seorang sahabatku...
"Suatu hari nanti jika ditanya apa yang kita dah tinggalkan untuk kepentingan siswa/i PPSP sepanjang kita berada dalam kepimpinan PSP, sekurang-kurangnya kita boleh katakan..kami tinggalkan MSFT untuk mereka semua!"
-al- Alangkah indahnya jika aku masih muda remaja di waktu MSFT berada dikemuncaknya. Namun hakikatnya aku telah 'tua' dan akan tinggakan kampus yang aku sayangi ini bila tiba masanya!...
"Rialisasikan Fantasi, Seindah Imejinasi"
Jumaat / 1 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera
“A sedia untuk terima...”
Hadirnya tanpa kusedari
Ya Allah
p/s : ana suka dengar lagu ni
Sunday, September 7, 2008
Belajar menjahit...
Rupa-rupanya tak susah untuk jadi surgeon. semudah tukang jahit je. Just kidding....
p/s : Terfikir pula untuk jadi surgeon atu hari nanti. Ya Allah kuatkan fizikal, mental & spiritualku untuk terus berusaha...
Ahad / 7 Sept 2008 / R308 Nurani Putera, USMKK
Thursday, September 4, 2008
Ramai di kalangan kita yang tak tahu...
Dulu Al pernah cerita kepada seorang sahabat betapa sayangnya rakyat Kelantan kepada menteri besar mereka. Bila Al cerita yang Al sendiri pernah beberapa kali bertemu dengan tok guru secara personal untuk mendapatkan pandangannya tentangsesuatu masalah agama, dia seolah-olah merasa hairan, sedangkan ia suatu perkara biasa bagi rakyat kelantan. Al kata, kalau nak jumpa Menteri Besar Kelantan ni tak susah, setiap hari lepas solat asar kalau tok guru tak ada urusan lain, kita boleh jumpa dia di Masjid Pulau Melaka (masjid depan rumah Tok Guru) lebih kurang 3km je daripada USM. Rumah Tok Gurupun tak macam rumah menteri besar yang lain. Rumahnya kecil je macam rumah orang-orang kampung. Tak berpagar. Anytime kalau ada urusan boleh terus kerumahnya.
Tapi sayangnya, jika ditanya kepada siswa/i USM (termasuk mereka yang dari Kelantan sendiri), ramai dikalangan mereka tidak tahu akan hal ini. Seolah-olah mereka semua berada dalam satu penjara yang menghalang mereka mengetahui apa yang berlaku diluar pagar universiti. Ramai dikalangan mereka yang tak tahupun (apatah lagi nak pergi) yang Tok Guru sentiasa bagi kuliah setiap pagi Jumaat di Kota Bharu. Kuliah agama bukan kuliah politik.
Sesuatu perlu dilakukan!
-al- Sayangnya Al pada Tok Guru
Jumaat / 5 Sept 2008 / 308 Nurani Putera
Tahniah kepada semua warga USM
Alhamdulillah, bila dengar berita yang USM telah berjaya dipilih sebagai universiti apex, semua warga USM melahirkan rasa syukur. Tahniah keada semua pihak yang berusaha kepada kejayaan itu.Al tertarik dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khalid Ibrahim berkenaan dengan USM sebagai universiti apex. katanya:
"dalam tempoh itu, USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020."
Begitu besar harapan yang diberikan kepada USM, universiti yang kita semua cintai ini. Harap-harapnya segala yang di impikan akan menjadi kenyataan.
Semalam bila Al posting di HRPZ II, seoarang sahabat Al bergurau, katanya:
"Bila dah jadi universiti apex ni, agaknya lepas ni makin ramai la student medic yang fail. Sebelum jadi univesiti apexpun ramai yang fail, apatah lagi dah jadi universiti apex"
Kami hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu.
-al- Sayang sangat pada Universiti ni.
Jumaat / 5 Sept 2008 / R308 Nurani Putera USM
Monday, September 1, 2008
Jaundice nya Air di Kampus Kita...
Tahu tak sahabat-sahabat, itulah punca kenapa warna white coat siswa/i perubatan USM kebanyakannya tidak lagi boleh diklasifikasikan sebagai 'white'. Kerana airnya bukan lagi 'white' sebagaimana yang sepatutnya.
Disana terdapat beberapa persoalan timbul yang perlukan penjelasan daripada kita semua :
1- Apa punca perkara ini berlaku?
2- Apakah air tersebut masih selamat diminum?
3- Apakah tindakan pihak bertanggungjawab untuk menangani maslaah ini?
4- Apa pula peranan kita semua?
5- Apakah ia risk factor untuk siswa/i perubatan mendapat jaundice?
-al- Jimat duit, tak perlu beli air teh.
Isnin / 1 Ogos 2008 / 308
Friday, August 29, 2008
Ada apa dengan selipar?...
Secara peribadi, Al sendiri dah berapa kali selipar dicuri ketika solat Jumaat. Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang. Memalukan agama Islam je. Sesungguhnya Islam tak ajar ummatnya mencuri, bahkan Islam menentang keras jenayah mencuri. Tapi sikap segelintir ummat Islam yang suka melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu sedikit sebanyak menyebabkan imej Islam tercemar pada pandangan non-Muslim. Sesuatu mesti dilakukan.
TIPS untuk mengelakkan daripada selipar dicuri..
Al nak berkongsi beberapa tips dengan sahabat-sahabat bagaimana nak pastikan selipar kita tak diambil orang ketika kita ke masjid.
1- Jangan pakai selipar terlalu mahal & terlalu murah.
Kalau terlalu mahal, kemungkinan untuk dicuri tinggi kerana nilai selipar itu sendiri. Kalau terlalu murah juga berkemungkinan untuk hilang samada dicuri oleh pencuri pencuri secondari (orang yang seliparnya dicuri moleh pencuri sebenar) atau orang pinjam untuk ke tandas.
2- Jangan pakai selipar yang typical (selipar yang biasa jemaah pakai).
Selipar yang typical berkemungkinan diambil oleh orang yang membawa selipar dari jenis yang sama (tapi mungkin lebih buruk). Mungkin sebab tertukar, mungkin juga sebab sengaja ditukar. Contoh selipar yang typical adalah selipar jepun atau selipar murah yang dibeli di Maidin.
3- Letakkan selipar sebelah kanan berjauhan dengan selipar sebelah kiri (sembunyikan dari pandangan pencuri antara selipar sebelah kanan & selipar kiri).
Tips ini sangat berkesan & selepas Al amalkan tips ni, selipar Al tak pernah lagi hilang. Dengan teori bahawa, orang tak akan ambil selipar yang hanya ada sebelah. Oleh yang demikian, cuba elakkan daripada meletakkan selipar kita secara berpasanag-pasangan.
4- Basahkan selipar sebelum naik ke masjid.
Biasanya orang tak suka pakai selipar yang basah. oleh yang demikian, antara cara-cara yang berkesan adalah membasahkan selipar kepunyaan kita. InsyaAllah bila dah habis solat jumaat tu selipar kita akan kembali kering. Cuma tips ni hanya sesuai untuk selipar yang tidak mempunyai alahan kepada air.
Wallahua'lam ...
-al- Kembalilah kepada Islam yang sebenar.
Sabtu / 30 Ogos 2008 / R308, USMkk
Tuesday, August 26, 2008
Doktor & Makanan Segera
Bila dah masuk ke fakulti perubatan, pesanan itu seakan-akan dilupakan. Maklumlah, kita dah besar panjang, lagipun kita sendiri belajar ilmu perubatan dan selama ini kita tak pernah pula diajar oleh para pensyarah tentang bahayanya makan makanan segera.
Hakikatnya, jika diperhatikan, ramai siswa/i perubatan sendiri makan makanan segera hampir setiap minggu. Ada yang lebih dahsyat, makanan segera dijadikan hidangan makan malamnya setiap hari. Persoalannya kenapa? Ada beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebab kenapa perkara ini berlaku, antaranya :
1- Nak jimat, makan makanan segera jauh lebih jimat jika dibandingkan dengan makan nasi.
2- Sedap. Sesetengah mee segera sangat dimininati oleh sesetengah siswa/i disebabkan kelazatannya.
3- Malas atau tak sempat keluar bilik/asrama. Ni juga salah satu faktor penting kenapa sesetengah siswa/i perubatan menjadikan makanan segera sebagai pengganti makanan ruji.
4- Ketagihan. Unsur-unsur ketagihan juga mungkin menjadi penyebab kenapa mereka suka sangat makan makanan segera.
5- Dan lain-lain...
P/s :Bayangkan sahabat-sahabat, suatu masa nanti ada doktor pakar makanan segera. Ada isteri doktor yang juga seorang doktor menghidangkan kepada keluarganya makanan segera untuk makan malam. Wallahua'lam..
Rabu / 26 Ogos 2008 / R308, Nurani Putera, USMKK
Monday, August 25, 2008
Disaat Jantungku Tachycardic...
"Takpe, jangan panik" kataku dalam hati pada diri sendiri. Aku kena tenang, fikir secara analitikal. Ya, sekarang aku yakin yang sekarang ni rakaat keempat, So, sekarang tak perlu bangun, terus duduk tahiyyat akhir. Incase kalau ada makmum yang dibelakang kelihatan nak bangun daripada sujud atau mereka sebut subhanallah, aku akan untuk bangun kerana itu menandakan yang aku silap.
Ya, aku akan teruskan dengan keputusanku, sekarang ni dah rakaat ke empat. Tak perasan pula kat belakang ada makmum yang cuba untuk bangun berdiri daripada sujud. "Sekarang dah yakin yang memang benar sekarang dirakaat keempat" Hatiku terus berbicara. Selepas salam diucapkan kiri dan kanan, aku berpaling melihat makmum, mungkin ada yang ingin menegurku kalau aku solat tak cukup rakaat. Tapi masing-masing buat macam tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun hatiku rasa kurang selesa dengan keadaan itu, tapi aku tidak menghiraukannya dan aku terus berzikir.
Lebih kurang seminit selepas itu, kedengaran makmum (foreigner) dibelakang berbual-bual sesama mereka. Lantas aku berpaling kepada mereka.
"You have not completed all 4 rakaah" Ujarnya
"Are you sure" terusku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Yes, I'm sure" tegasnya.
"Kita sambung satu rakaat lagi" al bagitahu semua makmum yang sedang berzikir dibelakang. Semua ikut bagi menyambung satu lagi rakaat, rupa-rupanya merekapun sebenarnya ragu-ragu dengan bilangan rakaat solat waktu tu. Cuma mungkin disebabkan mereka tak yakin, mereka ikut je apa yang aku buat. Selesai satu rakaat, sebelum salam, aku sejud sahwi & semua ikut.
Aku confuse samaada tindakanku tu betul atau tidak, sebab keadaan tu tak pernah berlaku kepada diriku sebelum ni. Selepas solat ba'diyyah, Al terus mesej ustaz Marzuk, Ust Nasim & Ust Kamaruzzaman untuk mendapatkan penjelasan sama ada solatku serta makmum tadi sah atau tidak. Lagipun dah lama betul aku tinggalkan feqah dah lupa apa yang perluku lakukan jika perkara seumpama itu berlaku.
"Ok betul" reply ustaz Marzuk.
"Ya (sah)" jawab ustaz Nasim pula
"Betul, sah solat anta & makmum" Itu jawapan daripada ust Kamaruzzaman.
Alhamdulillah, syukur padanya. Tindakanku itu betul. Banyak pengajaran yang aku dapat daripadanya. Semoga ia tidak lagi berulang dimasa-maa yang akan datang. Wallahu'alam.
p/s : Moral of the story - Make sure, concentrate (khusyuk & khudu') in every solah. Don't let our brain thinking other things while we are praying!
Selasa / 26 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera USMKK
Sunday, August 24, 2008
Ancaman Syiah Kepada Aqidah Siswa/i USMKK!
Kalau dulu bila disebut perkataan Syiah, ramai dikalangan kita yang berpandangan yang ia sebahagian daripada ummat Islam. Tapi sekarang mungkin tidak lagi, setelah munculnya tokoh-tokoh aliran Sunnah dalam negara kita, kebatilah Syiah telah dibongkarkan satu persatu. Nama-nama seperti Maulana Asri Yusof, Dr Asri Zainul Abidin, Ust Harun Taib dan ramai lagi, telah menggugat kedudukan mereka yang agak "selesa" selama ini.
Banyak seminar-seminar dianjurkan disana-sini bagi memberi penerangan tentang bahayanya aqidah Syiah kepada ummat Islam. Sebahagian mereka mengkafirkan para sahabat, sebahagian mereka meletakkan imam-imam mereka melebihi kelebihan para Rasul. Di negara-negara yang dikuasi mereka, mereka telah menganiayai ummat Islam aliran Sunni. Mereka menyeksa dan ada yang membunuh golongan Sunni yang tidak selairan dengan mereka. Itulah hakikatnya apa yang berlaku di bumi Iraq sekarang.
Dalam cbox Al juga bari-baru ni ada juga yang cuba memasukkan doktrinasi Syiah. Al tak pasti samaada Al perlu terus membiarkan mereka melakukan sesuka hati mereka ataupun Al perlu menyekatnya mereka daripada terus mengelirukan ummat Islam terutamanya warga USMKK. Berhujjah dengan mereka bukanlah semudah apa yang disangka. Jika kita berbahas dengan orang Kristian kita boleh menggunakan kitab Bible mereka untuk membuktikan kebenaran, kerana mereka menganggap Bible itu benar, begitu juga dengan agama yang lain. Namun berbeza dengan Syiah, mereka tidak mengiktiraf kesahihan kitab utama rujukan mereka sendiri (al-Kafi dll). Begitu juga, mereka diajar untuk memegang prinsip taqiyyah (berbohong untuk menyembunyikan hakikat sebenar didalam hati mereka) membuatkan perbincangan secara ilmiyyah dengan mereka adalah suatu yang sangat sukar.
Ruangan cbox sangat terhad. Oleh yang demikian, Al harap perbincangan tentang Syiah ini boleh dipanjangkan dalam ruangan komen artikel ini. Kepada sahabat-sahabat semua, dalamilah ilmu aqidah Islam yang sebenar sedalam-dalamnya untuk memastikan yang kita tidak akan terpengaruh dengan mana-mana dakyah mereka yang sesat lagi menyesatkan. Kalau selama ini kita diajar untuk mengaplikasikan "Evidence Based" dalam ilmu perubatan, kenapa tidak kita aplikasikan perkara yang sama dalam menilai kesahihan sesuatu aqidah?...Sama-sama kita beraqidah dengan aqidah yang sejahtera bersumberkan dalil-dalil yang sahih.
Semoga Allah memberi taufiq & hidayah kepada kita semua untuk terus berada dalam petunjukNya. Wallahua'lam.
"Evidence Based Aqidah!"
p/s - Kuatkan kefahaman kita tentang bahaya Syiah kepada aqidah Ummah!
Isnin / 24 Ogos 2008 / R308, Nurani Putera USM
Monday, August 18, 2008
Kecurian Dalam Kampus USMKK - Apa Penyelesaiannya?
Al tak boleh bayangkan macam mana sahabat Al yang kuat study tu nak teruskan perjalanan hidupnya dikampus ni tanpa laptopnya. Sungguh kejam perbuatan si pencuri durjana!
Sahabat-sahabat, ketahuilah yang semua ini takkan berakhir sehinggalah hukum had (hudud) yang ditetapkan Allah Ta'ala dilaksakan di negara tercinta ini. Potong tangan mereka yang mencuri, hanya itu balasan yang setimpal untuk mereka dan hanya itu sahajalah jalan penyelesaiannya.
Mungkin ada yang terfikir, hukuman ini kejam. Tapi sahabat-sahabatku sekalian, Allah yang menciptakan kita semua. Sebagai pencipta, tentulah Dia lebih memahami akan kebaikan & keburukan untuk apa yang dicipta. Kita tak akan rasa betapa adilnya hukuman Allah itu sehinggalah harta benda kita sendiri yang dicuri mereka. Al yakin, jika ditanya mereka yang laptop atau motosikal mereka dicuri, mereka mesti bersetuju dengan hukuman potong tangan yang disyariatkan oleh Islam ini.
Firman Allah Ta'ala :
"Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." al-Maaidah : 38
Pesnan buat si pencuri...
Jangan ingat yang anda akan terlepas selama-lamanya. Jika tidak di dunia, pasti di akhirat sana kamu akan merana. Serahkah kembali harta saudara seagama & bertaubatlah sebelum dibakar api yang panas menyala.
-al- Ya Allah tabahkanlah hati sahabat-sahabatku yang kehilangan laptop mereka. Sesungguhnya kami memahami yang hati mereka dalam kerisauan.
Rabu / 2.35 pagi / R308 Nurani Putera USMkk
Keutamaan yang tidak diutamakan
"Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"
Itulah ayat yang tertulis pada baner berkenaan.
Lantas erlintas di fikiran..
Pertama
Mungkin itulah ucapan Salam Aidilfitri yang pertama di Kota Bharu Bandaraya Islam pada tahun ini.
Kedua
Kenapa Aidilfitri yang sehari itu diutamakan, sedangkan Ramadhan selama sebulan itu seakan-akan dilupakan?
Ketiga
Apakah ucapan meminta maaf itu ikhlas datangnya daripada pihak mereka atau ada sotong disebalik mee?
Mungkin kita boleh syorkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu supaya sediakan satu anugerah kepada hotel berkenaan atas kejayaan premisnya mengucapkan Salam Aidilfitri yang pertama sekali di Kota Bharu Bandaraya Islam ini.
"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)..." al-Baqaarah : 185-al- Sesungguhnya Ramadhan al-Mubaarak itulah seharusnya diberikan keutamaan!
Selasa / 18 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera, USMkk
Saturday, August 16, 2008
Amalan Khusus Malam Nisfu Sya'ban - Sahih atau Palsu?
Apakah ia suatu sunnah?
Al bukanlah orang yang layak memberi hukum sama ada sunnah atau tidak, namun sehingga kini tiada satu nas sahihpun yang Al ketemui selama membaca tulisan-tulisan pakar-pakar yang fakih dalam ilmuan Islam.
Kalau ada yang mesej atau call Al untuk bertanyakan pendapat berkenaan dengan amalan khusus yang dilakukan pada malam nisfu Sya'ban dengan beri'tiqad ia mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu, terus terang Al katakan yang ianya adalah suatu amalan yang tidak punyai asas dalam agama. Atau dengan bahasa yang kasar, ia suatu amalan Bid'ah yang perlu kita hindari.
Mungkin ia suatu pandangan yang agak keras, namun bukankah kita diajar supaya berkata benar walaupun ia suatu yang pahit?
Apa kata Yusof al-Qaradawi berkenaan dengan masalah ini?
"Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah".
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Wallahu'alam!...
-al- Evidence based Islam
Sabtu / 16 Ogos 2008 / R308 USMkk
Friday, August 15, 2008
Matanya buta, tapi hatinya siapa yang tahu?
Selepas selesai berwuduk, aku kerjakan solat sunat sebelum subuh. Selepas bilal iqamat, aku jadi imam untuk solat fardu subuh pada hari itu. Walaupun pagi itu pagi Jumaat, aku tak baca surah as-Sajadah atas beberapa sebab. Pertama kerana aku tahu yang ia hanya sunat dan bukan wajib, kedua, sebab aku dah lama tak mengulang hafalan surah berkenaan. Aku takut kalau-kalau aku lupa & tersilap baca. Tak pasti kenapa hari ini tak sama dengan hari yang lain. Walaupun jika dihitung dari segi jangka waktu aku rehat semalam, sangat-sangatlah tak mencukupi. Yang pasti hari ini hari Jumaat, aku takkan biarkan hari ini berlalu dengan begitu sahaja. Agenda utama hari ini adalah ke Kuliah Tok Guru Nik Aziz!.
Bila selesai solat subuh, aku membaca al-Qur'an, mengulang beberapa ayat yang dah ku hafal. Selesai membaca qur'an. Aku balik ke bilik, untuk layari internet, objektif utama adalah untuk membaca berita Utusan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku diluar sana. Selain itu Harakah Daily pun aku layari, walaupun aku tahu Harakah Daily biasanya takde berita yang update di awal-awal pagi. Masa yang terluang aku cuba layari TVPAS.com, kalau-kalau ada berita berkenaan degan muktamay PAS di Perak atau setidak-tidaknya mendengar kulaih ustaz-ustaz dalam koleksi tazkirah TV berkenaan.
"Anta nak pergi tak kuliah Tok Guru Pagi ni?" tanyaku kepada rakan sebilik, akhi Hanafi.
"La, hari ni mana ada kuliah, kan Tok Guru pergi Perak, Hadir Muktamar di sana" Jawabnya.
"Ye tak ye jugak, ana tak terfikir pulak yang sekarang ni tengah muktamar" Balas ku kebingungan.
Perasaan dalam hati sedih sangat, sebab dah lama aku tak pergi kuliah Tok Guru. Tok Guru Menteri Besar Kelantan yang aku sayangi.
"Takpelah, lain kali kalau ada masa aku pergi" hatiku cuba memujuk diri sendiri.
Pagi itu aku ambil keputusan untuk balik ke rumah. Rindu rasanya kepada keluarga tercinta. Perjalanan 15 pulang ke rumah tidak aku sia-siakan. Suara bacaan al-Qur'an Sheikh Syuraim Imam Masjidil Haram jadi teman dalam perjalanan. 15 minit mengikut tempo Sheikh Shuraim dah berapa muka surat al-Qur'an dapat ku dengar. Semoga ada munafaat untuknya dunia akhirat.
Bertemu dengan Abang Din
Sebaik sahaja melepasi jambatan Sultan Ismail Petra, aku terserempak dengan seorang pemuda. Kesian sunnguh aku melihat akan nasibnya, matanya buta. Dengan hanya menggunakan tongkat yang ada pada tangannya dia cuba untuk melintas jalan. Kereta bergerak tak putus-putus. Tiada siapa berhenti untuk memberi bantuan. Sebagai seorang muslim, tentunya hatiku tidak senang melihat saudara seagama dalam kesusahan. Itulah yang diajar baginda Rasul tercinta.
Aku masih punyai banyak masa. InsyaAllah aku akan bantu apa yang termampu. Waktu itu abang tu berdiri betul-betul di tengah jalan. Walapun bahaya, aku mesti mengambil risiko tersebut asalkan aku dapat bantu dia. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Aku bertanya kepadanya
"Abang nak pergi kemana"?
"Nak seberang jalan, abang nak balik rumah dik" jawabnya. Melihat mukanya menyebabkan hatiku sayu.
"Rumah abang kat mana?" tanyaku lagi.
"Kampung Pohon Tanjung" jawabnya.
Memikirkan masa untuk solat Jumaat masih lama lagi, aku mengajaknya naik moto aku supaya bolehku hantar dia balik rumah.
Dalam perjalanan, aku sempat berbual-buat dengannya. Dia perkenalkan dirinya sebagai Zul Khairuddin. "Saya panggil abang Din ye"
"Ya" jawabnya
"Boleh saya tahu, mata abang tak nampak sejak bila lagi?" aku cuba mengelak daripada menggunakan perkataan buta untuk pastikan hatinya tidak tersinggung.
"Sejak kecil lagi, Dr pakar kata masalah dengan saraf. Kalau masalah pada manik, doktor kata boleh tukar yang baru, tapi masalahnya adalah pada saraf" Jelasnya kepada aku. Dia tak tahu yang dalam masa setahun lagi aku akan jadi seorang doktor (insyaAllah bi iznillah). Rasanya tak perlulah untukku jelaskan siapa diriku kepadanya kerana aku yakin tiada yang boleh aku bantu untuk mengembalikan penglihatannya semua.
"Abang daripada mana tadi?"
"Daripada tempat kuliah Tok Guru katanya, tapi Tok Guru tak mengajar hari ni" katanya.
"Subhanallah, tabahnya hati abang Din" hatiku berbicara.
"Ya, hari ni ada Muktamar di Perak, itu sebabnya Tok Guru tak mengajar hari ni" Jelasku kepadanya.
"Ooo, patut la Tok Guru tak mengajar hari ni, pergi Muktamar rupanya" sahutnya.
Aku terus bawak moto ku menuju ke kampung abang Din, Kampung Pohon Tanjung. Jauh juga jaraknya daripada tempat aku ambil dia tadi.
"Selalu ke abang Din pergi Kuliah Tok Guru?" soalku lagi.
"Tiap-tiap minggu abang pergi" jawabnya.
"Subhanallah, tabahnya hati abang Din ni, matanya buta, tapi dia istiqamah dengan apa yang dilakukannya. Aku yang matanya celik ni pun jarang-jarang pergi kuliah Tok Guru"
Ingin saje aku menangis diwaktu itu, jauhnya diriku disisi Allah berbanding abang Din.
Bila dah sampai di satu persimpangan, aku bertanya arah mana rumahnya. Jawabnya "sebelah kiri, depan tu je, rumah kayu buruk tu"
Sekali lagi hatiku tersentuh dengan kata-katanya. Ya, itulah rumahnya, tak perlu aku jelaskan betapa da'ifnya rumah abang Din.
"Abang tumpang rumah adik ipar abang" jelasnya.
Aku turunkan dia betul-betul depan rumah kayu tersebut. Sebelum abang Din melangkah masuk ke rumahnya, aku cuba dapatkan beberapa keping duit seringgit yang ada dalam jubah yang aku pakai. Aku yakin yang aku ada masukkan beberapa keping duit kertas dalam poket tu seselum aku keluar bilik tadi. Tapi tak tahu kemana menghilang duit-duit tu, yang tinggal hanya satu ringgit. Mungkin bukan rezeki abang Din.
Aku terpaksa mintak diri dulu sebab aku kena balik rumah untuk breakfast sebelum pergi solat Jumaat.
"Terima kasih dik" itulah lafaz terakhir yang aku dengar daripada abang Din.
Aku doakan semoga abang sentiasa dalam rahmat Allah Ta'ala hendaknya. Biarlah dia buta didunia, tapi di akhirat dia tergolong dikalangan orang-orang yang berjaya. Doa itu untuk diriku juga, insan yang Allah masih berikan nikmat penglihatan.
-al- Allah Matlamat Kita!...
Jumaat / 15 Ogos 2008 / R308, DN Putera, USMKK
Wednesday, August 13, 2008
Doa Yang Sahih Sebelum Salam!
Kali ni Al nak kongsi dengan semua sahabat satu hadis yang sahih berkenaan dengan doa sebelum kita ucapkan salam setiap kali kita solat. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya. Al mintak maaf sebab terpaksa letakkan gambar yang diambil daripada kitab tersebut (dengan kamera) sebab takde perisian alphabet arab untuk ditaip secara manual.
Maksudnya :
Imam Bukhari meletakkan hadis ini dibawah bab 'Berdoa Sebelum Salam', perbahasan kenapa sebelum salam itu rasanya tak perlu untuk Al terangkan disini. Wallahua'lam.
'Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat'
-al- Hadis ni adalah hadis yang sahih. Jadikanlah ia suatu amalan kita sebelum kita lafazkan salam setiap kali kita solat. Al harap ada munafaat bagi sahabat-sahabat semua.
Rabu / 13 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera USM
Tuesday, August 12, 2008
Seminar Pemikiran & Perjuangan Hassan al-Banna
Seminar Pemikiran & Perjuangan Hassan al-BannaTarikh : 23 Ogos 008 (Sabtu)
Tempat : Hotel Raudah, Kota Bharu
Anjuran
-Jawatan Kuasa Pembangunan Insan, Belia dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan
-Jemaah Islah Malaysia, Cawangan Kelantan
Maklumat lanjut sila hubungi : 09-7472938 / 0129341053
Berkerjasama!
Seronok sangat tengok satu cerita kanak-kanak setiap hari 2.30-3.00 petang di TV9. Wonderpets, itulah tajuknya. Walaupun cerita kanak-kanak, tapi Al suka sangat tengok cerita tu, tak tahu kenapa. Mungkin sebab Al suka akan mesej cerita iaitu 'berkerjasama' dan itulah yang didoktrinkan dalam pemikiran anak-anak apabila mereka menonton cerita tersebut.Jalan ceritanya lebih kurang sama sahaja bagi setiap episod. Tiga ekor haiwan peliharaan iaitu arnab, kura-kura dan anak itik yang dipanggil wonderpets tinggal di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Mereka akan menerima panggilan telifon apabila ada haiwan di luar sana yang dalam kesusahan. Mereka akan keluar dari tempat tinggal mereka untuk menyelamatkan haiwan tersebut. Setiap kali mereka mereka bekerja untuk membantu mereka yang dalam kesusahan, Wonderpets menekankan konsep berkerjasama. Sangat jelas mesejnya iaitu berkerjasama.
Dulu Al pelik kenapa anak saudara Al (muhammad Rahimi), suka sangat nyanyi lagu 'wonderpets'. Daripada mana dia belajar Al tak tahu. Dia sekolah Mawaddah (tadika agama), biasanya lagu-lagu yang diajar juga berunsurkan kerohanian. Bila tengaok cerita Wonderpets tu barulah Al tahu yang dia belajar daripada TV9 rupanya. Sebab minat sangat cerita tu, terus hafal lagu cerita tu. Apa-apapun bagi Al, lagu ni memang bagus untuk diajar di pusat asuhan kanak-kanak, mesej 'berkerjasama' yang ada didalamnya sangat baik untuk dipupuk dalam jiwa anak-anak kita.
Al pun sampai terhafal lagunya...ini antara lirik yang sering diulang-ulang Wonderpets
wander pets (2x) dah berjaya
membantu anak ****** yangkesusahn
kami tak besar dan kami tak kuat,
bila berkerjsama semua jadi mudah.
yeee..wonderpets!....
Dalam kehidupan kita seharian juga, kita perlu mengaplikasikan konsep berkerjasama dalam setiap tindakan. Begitu juga dalam konteks dakwah, berkerjasama sangat penting dalam memastikan gerak kerja berjalan lancar dan mencapai impak maksimum. Dan perlu kita ingat yang Allah Ta'ala suka orang-orang yang berkerja bersama-sama atau dengan kata lain berkerja secara berjemaah dalam gerak kerja Islam. Itu sebabnya Allah Ta'ala berfirman dalam surah al-Saf ayat 4 :
"Sesunggunya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang kukuh"
Wallahu'alam
-al- Al takde apa-apa saham dalam TV9
Selasa / 12 Ogos / R308 Nurani Putera
Thursday, August 7, 2008
Berakhirnya Sebuah Episod...
5 ogos 2008 (Selasa), itulah tarikh yang Al nanti-nantikan selama ini. Hari di mana Al tidak lagi memegang amanah secara rasmi dalam Persatuan Sains Perubatan. Kenangan suka dan duka yang telah lalui bersama selama setahun kami berada dalam kepimpinan persatuan ini tentunya tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Ucapan terima kasih juga Al ucapkan kepada Prof Abd Aziz (dekan PPSP), Prof Madya Abd Rahman Noor (TDA) serta kakitangan Pejabat Akademik PPSP yang banyak memberi sokongan serta bantuan kepada pihak PSP selama ini. Begitu juga kepada Dr Wan Hazabah (penasihat PSP), kepada En Hafiz, En. Zul serta staf-staf HEP yang lain atas sokongan, cadangan, nasihat dan sebagainya yang diberikan kepada pimpina PSP sidang yang lepas. Semoga hubungan yang akrab antara pimpinan PSP dengan pihak pejabat akademik, pihak HEP terus dipelihara untuk sesi-sesi seterusnya.
"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap dikalangan kamu akan di persoalkan tentang apa yang dipimpin"
Jumaat / 8 Ogos 2008 / R308, Nurani USMKK
Sunday, August 3, 2008
Terima Kasih Kepada Semua Sahabatku...
Mungkin itulah saat terakhir kita bersama sebelum kita semua meletak jawatan dalam AGM Selasa ni (5 Ogos). Al akan sentiasa merindui kalian semua. Al ucapkan jazakumullah khairal jaza', terima kasih atas kerjasama sahabat-sahabat dalam menggerakkan PSP selama ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
-al- Al akan sentiasa rindukan PSP
Isnin / 4 Ogos 2008 / R308
Friday, August 1, 2008
Terima Kasih Kepada abg Lan dan kak Han
Dah lama betul tak pakai serban bila turun solat di surau. Walaupun ulamak khilaf tentang hukum memakai serban ada yang kata sunat, ada yang kata harus sahaja, tapi apa yang pasti masyarakat melihat serban adalah salah satu simbul seseorang itu berlatar-belakangkan Islam atau dengan kata lain, orang yang 'alim dalam agama. Sudah tentu Al bukan orangnya, ilmu agama sangatlah cetek.
Apa-apapun sekali lagi Al ucapkan jazakumallah khairal jaza' kepada abg LAn dan Kak Han atas hadiah tersebut. InsyaAllah Al akan pakai serban tu bila ada maa yang sesuai.
Thursday, July 31, 2008
MSFT - Dari Imaginasi kepada Realiti

Teringat lagi saat dimana aku makan tengah hari bersama abg Saiful (Master Student, Jabatan Pendidikan Perubatan) di kafeteria PPSP, sambil makan, aku cuba bincang dan minta pandangan abg Saiful berkenaan dengan perkara tersebut. Pada fikiranku abg Saiful adalah orang yang sangat tepat untuk aku bincang berkenaan dengan perkara tersebut memandangkan abg Saiful mempunyai banyak pengalaman berkenaan dengan aktiviti siswa/i PPSP. Abg Saiful antara figure penting yang memulakan Big Sib. walaupun perbincangan kami waktu itu tidaklah lama tetapi itulah sebenarnya saat bermulanya idea penubuhan satu kumpulan fasilitator. Idea tersebut sangat bernilai pada pandanganku. Daripada saat itu aku terus berfikir dan berfikir, bagaimana mungkin aku boleh kembangkan idea tersebut. Islam mengajarku untuk sentiasa berbincang dalam mencari penyelesaian terbaik dalam apa jua perkara. Oleh itu aku bawa berbincang idea tersebut dengan sahabat karibku, akhi Muhaimin yang juga merupakan NYDP 1 Persatuan Sains Perubatan ketika itu. Ternyata akhi Muhaimin sangat berminat dan memberikan satu sokongan yang sangat baik. Apa tidaknya, dia tentunya suka bila bercakap berkenaan fasilitator kerana dia seorang yang cukup terlatih dalam aspeks fasilitator. Apa yang aku tahu, dia seoarang yang sangat aktif dan terlibat dengan banyak program motivasi terutamanya kepada pelajar sekolah menengah, jadual program terutama program luar kampus Muhaimin mengalahkan jadualku.
Selain akhi Muhaimin, aku juga mendapatkan pandangan serta cadangan
daripada sahabat-sahabat lain. Antaranya akhi Syidi (exco R&D PSP) & ukhti Syazana Rifham (SU1 PSP). Tidak dilupakan juga sahabat hicom serta exco -exco PSP yang lain (maaf kiranya aku lupakan kalian). Melihat kepada penubuhannya yang masih baru, kami telah berbincang dan bersetuju untuk meletakkan team tersebut dibawah pemantauan exco R&D. Kami melantik akhi Fazli (medic 2nd year) untuk menjadi pengarah pertama team tersebut. Waktu itu alhamdulillah akhi Fazli menerima dengan hati yang terbuka walaupun pada pandanganku, bukan senang untuk seseorang itu membuat keputusan untuk mengendalikan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh siswa/i yang lain. Pada pandanganku, Fazli adalah orang yang paling sesuai. Setelah aku jelaskan secara terperinci tentang team tersebut kepada fazli, aku meminta Fazli laksanakan tugasan yang pertama iaitu merangka membuat kertas kerja cadangan penubuhan team tersebut. Kami merancang untuk merealisasikan idea penubuhan team tersebut melalui beberapa fasa iaitu :
Selepas idea penubuhannya nampak semakin jelas, kami bawa perkara tersebut dalam mesyuarat hicom serta exco PSP untuk dibentangkan. Masih jelas dalam ingatanku, saat dimama akhi Fazli membentangkan cadangan penubuhan team tersebut dalam bentuk power poin di bilik tutorial 19. Semua hicom serta exco PSP waktu itu mendengar dengan penuh teliti. Alhamdulillah, semua menunjukkan reaksi positif apabila perkara tersebut dibentangkan. Asalnya nama team tersebut adalah PSP fasilitator team(PFT), tapi kami telah mengubahnya kepada Medical Student Fasilitato Team untuk "mengangtarabangsakan" nama team tersebut.
Bermula dengan sekadar lontaran idea, MSFT akhirnya diterjemahkan dalam bentuk realiti. Mungkin ramai yang masih kabur berkenaan dengan masa depan MSFT dan mungkin ada juga yang masih tidak menyedari akan kewujudan team ini. . Walaupun aku bukan ahli kumpulan tersebut, namun secara peribadi aku melihat masa depan yang cukup cerah untuk team ini. Tentunya ramai tertanya-tanya kenapa pengarah pertamanya dilantik bukan dari kalangan hicom serta exco PSP. Jawapan kepada persoalan ini adalah, untuk memastikan kesinambungan team tersebut diteruskan walaupun kepimpinan PSP bertukar. Hicom serta exco PSP akan silih berganti bila tiba masanya, namun MSFT akan terus di pimpin oleh pengarah serta jawatankuasa penajanya sehinggalah MSFT yang waktu itu baru mula bertatih dapat berjalan serta berlari dengan baik.
Beberapa hari lagi, kami para hicom serta exco PSP 2007/08 akan menyerahkan tugasan kepada mereka yang akan menggantikan kepimpinan PSP untuk sesi seterusnya. Aku yakin yang pimpinan PSP yang baru akan dapat melakukan banyak perubahan kepada lanskap kepimpinan PSP. Namun jauh disudut hatiku, inginku menyampaikan pesanan serta harapanku kepada mereka. Pesanan agar kewujudan MSFT ini tetap diteruskan sehingga ke akhirnya.
-al- Alangkah baiknya jika aku masih muda remaja di waktu MSFT berada di kemuncaknya. Namun hakikatnya aku telah 'tua' dan akan meninggalkan kampus ini bila tiba masanya!
Jumaat / 1 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera
Sunday, July 27, 2008
Lawatan Siswa/i Perubatan UKM ke USM
Friday, July 25, 2008
Apakah Kita Rasa Selesa Tinggal di Desasiswa Sekarang? - Fikir dulu!

Tuesday, July 22, 2008
Allah Jadikan Semua Penyakit Ada Ubatnya!
InsyaAllah jika ada kelapangan, setiap minggu Al akan cuba untuk mengambil petikan nas samaada ayat al-Qur'an atau hadis-hadis yang sahih untuk sama-sama kita hafal, faham & seterusnya aplikasikan dalam kehidupan kita. Al tak punyai autoriti untuk mensyarahkan nas kerana Al bukan ahlinya. Lagipun ia perlu dilakukan dengan penuh amanah & mengikut disiplin-disiplin ilmunya. Walaubagaimanapun insyaAllah sama-sama kita buat rujukan, apa pandangan para mufassiriin dalam mentafsir ayat al-Qur'an tersebut, apa pandangan para muhaddisin dalam menjelaskan maksud hadis-hadis yang nak kita perbincangkan.
"Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawar untuknya"al - Banyak lagi penyakit yang kita masih tak tahu apa ubat atau rawatannya. Tanggungjawab kita semua sebagai doktor muslim untuk mencarinya!. Wallahu'alam.
Selasa I 22 Julai 2008 I R308
Monday, July 21, 2008
Al's Figure - Murmur Made Easy

al - Sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan (al-Insyirah)
Saturday, July 19, 2008
Friday, July 18, 2008
Kedai Burger Seri Paduka
Tadi selepas masa Al balik oncall, Sobri - sahabat Al satu posting - ajak Al pergi makan burger dekat kedai burger Seri Paduka. Kenapa dipanggil Burger Seri Paduka?. Mungkin sebab kedudukannya berhampiran dengan Istana Negeri (Kubang Kerian) tak jauh daripada kampus kita. Pada mulanya Al tak tahu apa yang special sangat dengan kedai burger tu kalau banding denga tempat-tempat lain. Katanya ramai sahabat-sahabat final year yang lain selalu beli burger kat situ.
Bila sampai ke kedai tu kami tempah la burger special. Ya, memang special kedai tu, daripada mula kami sampai sana sampailah kami pulang, kedai bruger tu tak putus-putus orang yang datang. Ramainya orang macam kedai Kak Wook. Rasa burgernya pun boleh tahan juga.
Pada pendapat Al, kedai burger tu ada potensi yang besar. Kalau kena caranya, kedai tu boleh dikembangkan macam kedai KFC @ EFC dan lain-lain. Pasarannya boleh diperluaskan. Pesanan Al kepada sahabat-sahabat semua, bantulah saudara-saudara kita dalam perniagaannya!
al- Al tak ada kepentingan dalam menulis perkara ini.
Sabtu I 19 Julai 2008 I 1.00ptgThursday, July 17, 2008
Siswa/i Dilarang Memasuki Wad NICU!
"Sebab sekarang NICU ada infection & mungkin you all la yang bawak masuk infection tu".
Sedih sangat sebab tak dapat masuk NICU. Kenapa hari ni, kenapa tak esok ke lusa ke?. Time Al Oncall, time tu la NICU kena infection. itu la akibatnya, bila disuruh basuh tangan sebelum betul-betul sebelum masuk NICU, ada yang ambil sambil lewa arahan tu (bukan kita la tapi orang lain). Sekarang ni tengok apa yang dah berlaku, kan semua orang dah susah?.
Kepada sahabat-sahabat yang akan posting di NICU nanti, Al nak pesan, pastikan semua arahan dipatuhi ketika memasuki wad NICU. Masuk kena basuh tangan betul-betul, jangan pegang baby sebelum sapu bactol @ desmanol pada tangan & basuh tangan selepas pegang baby, satu lagi, tak payah nak pakai smat2 dalam NICU (pakai tai apatah lagi paklai white coat). Semua tu source of infection!.
al- Prevention is much more better then cure!.
Jumaat I 18 Julai 2008 I R308


