Wednesday, April 30, 2008

Ada apa dengan tahi hidung?


Keratan akhbar ni Al ambil daripada satu egroup yang ahlinya adalah doktor-doktor. Al cuba cari dalam arkib Utusan Malaysia dan Berita Harian tapi tak jumpa la pula berita ni. So, tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Teringat pula masa kecil-kecil dulu, ada yang bagitahu Al kalau kita terluka, kita boleh gunakan "tahi hidung" untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka tersebut. Tak tahulah daripada mana teori ni di ambil. Mungkin ia melalui pengalaman yang diperolehi oleh orang-orang tua kita. Ternyata bila Al baca keratan akhbar ni baru Al rasa ada kebenarannya.

Terlalu banyak rahsia Allah Ta'ala yang masih kita tak ketahui. sesuatu yang langsung tak terlintas difikiran kita, tapi disisi Allah tiada yang tersembunyi. Sesungguhnya ilmu kita sangat sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu Alah Ta'ala.

4JJl ghoyatuna

-al-
6.00 petang
30 April 2008
R308

Monday, April 28, 2008

Apa yang paling penting?

Semalam masa teaching dengan Doktor Falil (Pusat Genom), Doktor ajukan satu soalan kepada kami. "Apakah komponen pada stethoscope yang paling penting?"

Ada dikalangan kami kata "Diaphragmnya"
Ada dikalangan kami kata "Bell lah yang penting"
Ada pula yang kata "Tiubnya"
Tak kurang juga ada yang berpendapat "Lubang yang kita dengar yang paling penting"

Nak tahu apa jawapan Doktor?

"Semua itu penting tapi ada yang lebih penting daipada itu, sesuatu yang terletak diantara dua lubang stethoscope"

Teringat kata-kata Prof Jefri Malim "Kalaulah sekiranya manusia hidup untuk 1 juta tahun lagi, belum tentu manusia dapat cipta otak"

p/s : Hebatnya ciptaan Allah Ta'ala.

Menanti azan zohor
-al-
2.10 petang
29 April 2008
R308 Nurani Putera

Saturday, April 26, 2008

Jika kamu ingin melihat...


*Inilah gambaran kepada apa yang berlaku setiap kali imam membaca khutbah. gambar ini diambil di Masjid Pasir Pekan. Masjid kampung al.

Jika kamu ingin melihat orang sakit
Pergilah ke wad
Jika kamu ingin melihat orang stress
Pergilah ke tempat exam
Jika kamu ingin ke melihat orang main
Pergilah ke kompleks sukan
Jika kamu ingin melihat orang TIDUR
Pergilah ke MASJID
(terutama waktu imam membaca khutbah)


p/s: Kita perlu lakukan sesuatu!

"4JJl ghoyatuna"



-al-
1.25
27 April 2008
R308 Desasiswa Nurani Putera

Friday, April 25, 2008

Akhi, akanku sentiasa merinduimu...

Dulu, ana terpaksa menerima pemergian akhi Fadhli. Hari ini sekali lagi ana terpaksa menerima satu hakikat, hakikat pemergian akhi Ridhwan. Kedua-duanya mempunyai banyak persamaan. Mereka pernah bergelar pimpinan kampus, mereka pimpinan yang bagi ana sangat berkarisma. Akhi Fadhli dengan MPPnya, akhi Ridhwan dengan PSKnya. Kedua-duanya sahabat yang ana kagumi.

Kepada akhi Fadhli,
Masihkah akhi ingat akan kerja-kerja yang kita pernah lakukan bersama dulu? Masihkah anta ingat akan senjata biologi yang pernah kita cipta? senjata yang ana sendiri terpaksa jadi bahan ujinya? Masihkah anta ingat akan OT, operasi yang kita pernah lakukan bersama. Kebanyakan operasi yang kita lakukan bersama sangat tinggi risikonya. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

Ya, semua orang tak faham apa yang ana maksudkan, kerana hanya ana dan anta dan beberapa sahabat lain sahaja yang tahu. Ingatlah, apa yang kita lakukan hanyalah kerana satu tujuan, untuk mencapai redha Tuhan.

Akhi, masihkah anta ingat saat-saat kita bersama ke kuliah Tok Guru Nik Aziz? Ketahuilah akhi, ana masih ingat akan kata-kata anta. Anta pernah kata, "Nanti kalau dah kerja, tentu kita sibuk. masa tu, ana tentunya tak sempat lagi nak hadiri kuliah tok guru dengan anta". Ana kata, "kenapa tidak? nanti bila anta dah kerja walaupun jauh daipada Kelantan, anta boleh naik flight setiap hari jumaat untuk hadiri kuliah Tok Guru ni, kita jumpa disini setiap jumaat ". Ana ingat lagi yang anta tersenyum mendengar kata-kata ana tu. Senyuman yang sangat-sangat ana rindukan.
Akhi sudah lama ana tak dengar kabar berita daripada anta? kemana anta menghilang? berkali-kali mesej ana dihantar, anta tak pernah reply. Kemana anta menghilang akhi? Ana bertanyakan akhi Ridhwan tentang anta kalau-kalau dia tahu dimana anta, malangnya diapun kata anta tak dapat dihubungi. Akhi, di mana anta? Kenapa tinggalkan ana tampa sebarang berita? Apa masalahnya akhi? Apakah ana melukakan hati anta. Jika ya, maafkanlah ana akhi.
Kepada akhi Ridhwan,

Ana mengenali akhi sejak Matrik. Bagi ana, akhi tentunya berbeza dengan sahabat-sahabat yang lain kerana anta adalah hasil tarbiah Sekolah Agama Falahiyyah. Akhi, ana tak pernah bagi tahu anta yang ana pernah di "reject" Falahiyyah suatu ketika dahulu. Maklumlah keputusan UPSR ana tak sehebat anta. Ana merajuk, terus ke Maahad. Walaupun ana tak pernah menyesal di menjadi siswa Maahad, malah rasa bangga denganya.

Akhi, kadang-kadang ana rasa cemburu melihat keakraban sahabat-sahabat Falahiyyah. Selalu juga ana bergurau dengan mengatakan yang Falahiyyah adalah assobiyyah. Ketahuilah ia hanya gurauan. Ana kagum ukhuwwah yang dibina Falahiyyah. Walaupun Maahad juga tak dinafikan hebatnya dari konteks tarbiyyah.

Akhi, masa di Matrik, ana cukup kagum dengan anta. Anta pimpinan Kolej Matrikulasi Perak. Masa di USM, anta juga seorang pimpinan. Mungkin anta dilahirkan untuk memimpin. Ana cukup kagum dengan anta. Bukan memuji, tapi ia suatu realiti. Walaupun kita selalu bertikam lidah sewaktu mesyuarat, ketahuilah ana suka cara anta berfikir. Anta selalu berfikir kritis dan proaktif.

Akhi, sekarang kita terpaksa berpisah. Ana doakan anta selamat dunia akhirat. Doakan kejayaan ana juga akhi. Ana minta maaf kiranya sepanjang perkenalan kita, pernah ana mengguris hati anta. Akhi, ana mungkin tak pernah lafazkan kata-kata ini pada anta. Mungkin disebabkan ana malu dan segan. Tapi ana tak dapat sembunyikan hakikat yang ada dalam diri ana.

"ANA SAYANGKAN ANTA"
Ana akan sentiasa rindukan kenangan kita bersama. Ketahuilah akhi. Semasa ana menulis, ana tak dapat tahan sebak didada. Ana teringat kenangan ana bersama anta dan akhi Fadhli. Ana rindu sangat pada antuma. Akhi, ingat pesan ana, jangan lupa akan tarbiah, jangan lupa akan usrah. Walau dimanapun anta berada, laksanakan tugas dakwah kerana itu tanggungjawab kita pada ummah.

Akhi, ana doakan agar kita dipertemukan kembali di syurga nanti.

p/s: ana sayangkan anta.

"4JJl ghoyatuna"

"Menjalin Ukhuwaah, Membina Daulah"

Menanti subuh
-al-
4.05 pagi
26 April 2008
R308, Desasiswa Nurani Putra

Thursday, April 24, 2008

Can water cure fever?

If you are a doctor or medical student, of course you will answer "yes" for this question. Have you heard about tepid sponging?. Tepid sponging is a procedure done (use water) to the patient especially who suffer from high grade fever. Actually this procedure is rutinely done at HUSM especialy at paediatric ward (6 Selatan). Do you know that our prophet (may Allah bless him) has mentioned about it more than 1400 years ago?
Narrated by A'isyah r.a, the Prophet s.a.w said :
"Fever is from the heat of Hell, so abate fever with water"
-Hadith sahih riwayat Bukhari, Book of Medicine, Chapter Fever is from Heat of Hell.
P/s: Esok ward mula tutup, macam mana nak pergi ward ni?

-al-

4.15 petang
24 April 2008
R308

Wednesday, April 23, 2008

Siapa Mereka?

Kenalkah sahabat-sahabat siapa mereka? Dan dari manakah mereka datang?
Kalau nak tahu inilah ahli kumpulan Power Rangers cawangan Malaysia. Mereka sebenarnya ramai, tapi tak tahu kemana menghiulangnya ahli kumpulan mereka yang lain. Mereka datang dari plenet Jupiter untuk misi menyelamatkan manusia di bumi.

Gurau je..sebenarnya ni la gambar adik-adik usrah Al kat kampung. Usrah generasi baru. Adik-adik usrah generasi lama dah tersebar keseluruh pelusuk dunia (sambung study, kerja dll). Walaupun sekarang ni Al tak buat usrah secara formal dengan generasi baru ni, tapi sekurang-kurangnya Al buat secara santai je. Kadang-kadang bila balik rumah (waktu petang), Al akan cuba cari di mana mereka sedang bermain. Kadang-kadang bila jumpa diorang lepak kat tepi sungai Kelantan, Al bagi la tazkirah sikit mengikut kesuaian keadaan mereka. Kadang-kadang Al ajak diaorang solat asar berjemaah kat surau.

Suka sangat bila balik kampung. Kalau jumpa diaorang, mesti diaorang akan bagi salam atau sekurang-kurangnya tegur Al. Kalau ada masa, Al bawak diaorang jalan-jalan pusing kampung dengan motosikal EX5 Al tu. Biasalah budak-budak, bila dapat naik moto je mesti seronok. Gambar ni diambil di hulu sungai Kelantan minggu lepas. 4 orang je, yang lain tak boleh bawak sebab moto Al kecil je. Al bawak diaorang pergi ke hujung kampung, hulu sungai Kelantan. Kalau dilihat background gambar, yang warna putih kat belakang diaorang tu adalah jambatan Sungai Kelantan.

Al doakan supaya semua adik-adik usrah Al ni akan menjadi salah seorang pejuang kepada agama Allah di muka bumi suatu hari nanti. Semoga mereka dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara tercinta. InsyaAllah.

-al-
12.30 am
24 April 2008
R308 Desasiswa Nurani

Tuesday, April 22, 2008

Yb Alif vs Yb Halimi - Satu Nasihat




Baru-baru ini Al terkejut apabila ada sahabat memberitahu tentang "pergaduhan" antara dua orang Yb kita di kampus kesihatan ini. Al tak pasti kenapa mereka bergaduh. Sebenarnya perbezaan pendapat di kalangan mereka dah lama Al tahu, cuma baru-baru ni Al dapat tahu yang ia dah jadi semakin serius.

Perang antara mereka semakin jelas apabila semua warga kampus boleh akses kepada blog kedua-dua Yb berkenaan. Pandangan & kritikan daripada kedua-dua Yb kita ni boleh dilihat secara langsung melalui blog mereka. Mereka saling pertahankan hujjah masing -masing yang seolah-olah enggan mengalah.

Al tak pasti siapa yang memulakannya dan apa punca masalah sebenarnya. Al tak menyebelahi mana-mana pihak, cuma Al ingin berpesan supaya mereka berdua masing-masing berfikir dengan matang sebagai seorang pimpinan. Apa guna kita sesama bangsa dan agama bergaduh, saling tuduh menuduh dan saling jatuh menjatuh?. Kenapa satu atau dua perbezaan pandangan, kita perbesar-besarkan sedangkan disana kita punyai banyak persamaan yang boleh kita satukan.

Secara peribadi Al cukup kagum dengan mereka berdua, Yb Alif dan Yb Halimi, begitu juga dengan Yb Sobri dab Yb Syaz. Kehadiran mereka dalam barisan kepimpinan universiti terutamanya dalam MPP, sedikit sebanyak mengubah lanskap politik kampus. Kalau dulu orang tak pandang MPP, ada yang kata MPP tak buat kerja, ada yang kata pilihanraya kampus hanya main-main sahaja. Namun ia ternyata berbeza, sekarang k-politik kampus semakin mendapat perhatian ekoran perjuangan mereka yang tidak kenal erti kesusahan. Tampa menafikan sumbangan MPP sebelumnya, MPP sesi ini nampaknya mempunyai kelebihan dalam konteks memberi sumbangan kepada siswa/i USMKK. Dengan kata lain, MPP sesi kali ini lebih menyerlah berbanding sebelumnya. Banyak program yang mereka laksanakan dan banyak juga isu kebajikan yang mereka perjuangkan.



Yb Alif ada sumbangan, Yb Halimi juga ada sumbangan begitu juga dengan Yb2 lain. Tak perlu dinilai siapa yang lebih siapa dan yang kurang, kerana Yb2 berkerja dalam satu pasukan. Jika terdapat sebarang perbezaan pandangan, jangan sesekali ada unsur jatuh menjatuhkan. Bukankah Rasul mengajar kita supaya selalu berbincang untuk selesaikan sebarang pertikaian?



Ingatlah akan firman Allah Ta'ala:

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan dengan cara BERMENYUARAT sesama mereka, dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami beri kepadanya” (As-Syuara: 38).

Al nasihatkan kepada Yb Alif dan Yb Halimi, ikutlah sunnah dalam apa jua keadaan. Rasulullah bila ada masalah, baginda selalu berbincang dengan para sahabat untuk cari penyelesaian walaupun dalam apa jua situasi termasuklah ketika berperang. Sebagai pimpinan kampus, tentunya kita diajar untuk memisahkan kepentingan peribadi dan kepentingan awam. Jauhkan dari sifat dendam dan bersangka buruk sesama kita. Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w :
"Orang Islam adalah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lain daripada (kejahatan)lidahnya mahupun (kejahatan) tangannya..." - Hadis Riwayat Bukhari

Al mungkin tidak layak menegur Yb2 berdua kerana Al sendiri menyedari yang Yb2 jauh lebih hebat daripada Al, namun kita harus ingat kepada satu Hadis Rasulullah :
"Agama itu nasihat..."

Begitu juga dengan firman Allah Ta'ala:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya memberi peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman"

Wallahu'lam

"4JJl ghoyatuna"

P/s: Al minta maaf sekiranya tulisan ini mengguris hati mana-mana pihak. Ketahuilah, Al tiada kepentingan dalam menulis. Apa yang Al mahukan adalah kesatuan dalam ummat Islam. Al teringat akan wasiat kesepuluh Hassan al-Banna "sesungguhnya kerja yang kita perlua lakukan adalah jauh lebih banyak daipada masa yang kita ada". Al sayangkan Yb2 semua.


-al-
2.10 petang,
Rabu, 23 Aptil 2008
R308, Desa Siswa Nurani Putera.

Monday, April 21, 2008

Kisah Kucing USM yang Misteri...

Kepada mana-mana sahabat yang tinggal di Nurani, tentunya anda perasan akan seekor kucing yang berwarna putih dan kelabu. Saya namakan dia dengan nama kucing misteri. Kenapa? kerana kucing itu menyimpan seribu satu persoalan. Tahu tak dimana rumah kucing tu? Kalau tak silap rumahnya adalah "susur gajah" daripada Nurani Putera ke PPSG. Sebabnya selalu sangat tengok dia di situ Kalau sahabat semua nak jumpa dengan dia, tengah hari biasanya dia akan berehat di bawah susur gajah tu. Kalau balik kelas tengah hari biasanya kucing itu akan menanti kita semua di pertengahan susur gajah berrkanaan.

Tak tahu kenapa kucing ni pelik berbanding dengan kucing-kucing lain. Hari tu masa jemaah tengah solat kat Nurani Putera, kucing misteri tu tiba-tiba masuk surau. Dengan lemah lembut dia berjalan merentasi jemaah yang tengah solat. Daripada saf paling belakang dia masuk ke saf depan, masa tu saya terkejut sangat sebab tiba-tiba kucing tu berhenti dan duduk berehat betul-betul kat depan saya. Masa tu saya jadi imam. Dalam hati dah takut dah, bukan apa, takut kalau-kalau kucing tu terkam saya masa nak sujud.


Daripada ruku', i'tidal, lepas tu masa nak sujud, saya tutup mata. Takut kalau diapa-apakan oleh kucing tu. Tiba-tiba waktu tengah sujud, terasa macam apa sesuatu sentuh kepala. Kucing tu nak bermesra dengan saya rupanya. Nasib baik masa tu dah rakaat terakhir. Kalau tak, entah apa lagi yang dia akan buat. Yang peliknya lagi, lepas je saya bagi salam, kucing tu tiba-tiba beredar.


Dalam hati saya terfikir. Agaknya kucing ni faham apa yang kita tengah buat masa tu. Sujud menyambah Tuhan pencipta alam. Tuhan kita, juga Tuhan kucing misteri tu. Subhanallah. Beruntungnya jadi kucing tu. Tak perlu nak fikirkan masa depannya di dunia apatah lagi di akhirat. Bila meninggal dunia, maka tamatlah segala-galanya. Tak akan dihisab di Mahsyar di hadapan Ilahi. Tak tahulah apa nasibnya akan diri saya sendiri. Semoga Allah ampunkan dosa saya dan semua kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


"4JJl ghoyatuna"


-al-


21 April 2008

10.20 malam

R308, Nurani Putera.



Saturday, April 19, 2008

Ukhuwwah Fillah

Rasa sayu sangat bila berada dalam majlis perpisahan dengan abang-abang final year. Empat tahun kita bersama, kenangan suka-duka,pahit manis dilalui bersama. Terlalu banyak ingatan masih segar dalam fikiran. Sedih sangat bila mengenangkan yang semua akanmeninggalkanku. Walaupun majlis tu di hiasi dengan gelak-tawa sertagurauan, namun tak siapa tahu isi hati ini yang kesedihan.

Abang-abangku, ketahuilah diri ini menyayangimu. Andai kata disanaada pilihan, akanku pinta untuk aku lalui kembali kenangan yangpernah kita lalui bersama. Tapi apakan daya, hidup mesti diteruskankarana ia suatu ketetapan. Ketahuilah yang diri ini akan sentiasa merindui kalian. Walau di timur, barat, utara atau selatan, dimana sahaja dirimu ditempatkan, akanku sentiasa merindui kalian.

Dalam ruang yang terbatas ini, izinkan daku memohon seribu kemaafan andai ada sebarang kesilapan yang pernah aku lakukan sepanjang kitaberkenalan. Juga inginku berpesan, pastikan istiqamah dalamperjuangan. Ingatlah lima tahun kita bertahan dalam suasana tarbiahIslam, pastikan ia tak hilang bila berhadapan dengan cabaran. Akudoakan kejayaan kalian, dunia dan akhirat sentiasa dalam kebahagian.

Al sayangkan antum semua!

p/s: al minta maaf sebab tak dapat masukkan gambar kita malam tu atas sebab2 yang ana yakin semua sedia maklum. Kerana S&H!

"4JJl ghoyatuna"


-al-

Wednesday, April 16, 2008

Apa yang anda tahu tentang Kawasaki?

Bila sebut Kawasaki kebanyakan kita tentunya akan terbayangkan sayarikat Kawasaki yang terkenal dengan kecanggihan teknologi permotorannya.
Pernahkah sahabat-sahabat dengar apa itu penyakit Kawasaki? Rasanya kalau sesiapa yang pernah posting peadiateric, sekurang-kurangnya pernah dengar penyakit ni walaupun mungkin tak pernah jumpa pesakit yang mengidap penyakit tersebut. Semalam dekat wad 6S ada seorang pesakit, yang telah didiagnos sebagai Kawasaki disease. Al sempat ambil history ringkas daripada mak dia.
Apakah itu Kawasaki disease?
Kawasaki disease ni adalah penyakit yang biasa ditemui di negara Jepun. Menurut sumber, ianya mula di "describe" kan oleh Dr. Tomisaku Kawasaki seorang doktor daripada Jepun pada tahun 1967.
Apa yang tak kena dengan penyakit ni?
Sebab kenapa Kawasaki disease ini berlaku tak diketahui sehingga sekarang. Ada yang kata sebab jankitan kuman, ada yang kata masalahnya pada sistem pertahanan badah (immune system), kesimpulannya sebab penyakit ni tiada siapa yang tahu kecuali Allah Ta'ala.
Macam mana nak tahu yang seseorang tu mengidap penyakit "jenama" Kawasaki ni?
1- Pesakit tu mesti demam sekurang-kurangnya 5 hari.
2- Memenuhi sekurang-kurangnya 4 daripada 5 kreteria berikut:
-Bengkaknya nodus limpa
-Keradangan (merah & sakit) konjantiva (mata putih).
-Lidah straberi (straberi tongue), bibir merekah dan keradangan lapisan mukosa mulut.
-Kulit yang radang (merah & sakit)
-Kulit (terutamanya di jari tangan dan kaki) yang merekah.
Pesakit yang ada kat wad 6S sekarang tu memenuhi semua kreteria yang disebutkan diatas. Cukup tipikal "history"nya.
Macam mana dengan rawatannya?
Ingat dua perkara:
1-IVIg
2-Aspirin
Rawatan ini yang diberikan kepada adik tu. InsyaAllah kita sama-sama doakan supaya Allah Ta'ala sembuhkan adik tu. Wallahua'lam.
"4JJl ghoyatuna"
-al-
16 April 2008
12.57 pagi
R308, Desasiswa Nurani Putera
.

Tuesday, April 15, 2008

Apabila Doktor Jumpa Doktor Gigi...



Tadi alhamdulillah saya jumpa sahabat saya akhi Umar Kamali (pelajar Pergigian tahun 5). jumpa dia untuk dapatkan rawatan untuk gigi yang berlubang. Takut juga bila jumpa doktor gigi ni. Dengan suasana yang menakutkan, alat-alat gerudi yang bunyinya macam kapal korek, dengan lampu macam bilik pembedahan, dengan benda-benda tajam macam nak bunuh orang. Semunya membuatkan kita rasa takut bila jumpa doktor gigi. Satu lagi "fear factor" yang menyebabkan ramai orang takut jumpa doktor gigi adalah faktor bius. Walaupun bius bertujuan untuk membuatkan kita kebas, suntikan jarum bius itu sendiri yang sebenarnya menyebabkan kesakitan.

Lama juga kat atas kerusi doktor gigi tu. Alhamdulillah selesa, cuma masalahnya bila berada atas kerusi tu rasa macam berada di kawasan pedalam di serawak pulak. Apa tidaknya, lampu yang sepatutnya berfungsi, tiba-tiba pulak buat hal. Terpaksalah guna lampu suluh. Yang kelakarnya, patient yang kena pegang lampu suluh tu untuk doktor. bayangkan, sepanjang procedur saya pegang lampu suluh untuk akhi umar. Takpe, kecil je perkara tu. Cuma titambah lagi dengan sucker (penyedut air liur) yang tak berfungsi. Alahai banyaknya masalah. Lepas tu yang malangnya gerudi pulak tak berfungsi dengan baik. Tak tahu la sebab tumpul ke apa ke, yang penting tampalan gigi tu tak dapat di perbetulkan dengan baik. Kena jumpa balik akhi Umar petang esok.

Apa-apapun saya bersyukur kepada Allah Ta'ala sebab sepanjang procedur tu takde sakit sikitpun kecuali rasa sengal-senagl je, itupun sebab gigi saya yang mungkin sensatif.

Kepada akhi umar, saya ucapkan jazakallahukahiral jaza'. Jasa baik akhi tak akan saya lupakan samapai bila-bila insyaAllah.

"4JJl ghoyatuna"

-al-
15 April 2008
2.00 petang
R308, Desasiswa Nurani Putera


.

Ada apa dengan meeting?...

Kalau nak di kira dari segi jumlah, rasanyanya dah beratus kali al terlibat dengan meeting. Samaada sebagai ahli kepada meeting mahupun pengerusi kepada meeting itu sendiri. Banyak sangat yang al belajar sewaktu meeting. Belajar bagaimana berfikiran terbuka, berlapang dada dalam menerima pandangan atau kritikan dan banyak lagi.

Mungkin nak kongsi pendapat dengan semua sahabat, secara peribadi al lebih prefer kalau meeting itu dihadiri oleh orang yang tak sependapat dengan al. Kalau dulu al selalu bercanggah pendapat dengan abg solah (bekas NYDP PSP). Takkan ada suatu meetingpun yang kedua-dua dikalangan kami ada dalamnya melainkan kami akan bertikam lidah mempertahankan pandangan masing-masing. Seronok sangat, meeting begitulah meeting yang efektif. Keputusannya akan bersifat kongkrit.

Sebaliknya, al cukup tak suka untuk hadir ke suatu meeting yang tiada unsur-unsur "kritikal thinking". Bila pengerusi bangkitkan sesuatu cadangan atau pandangan, semua ahli meeting bersetuju. dengan kata lain, semua ahli meeting itu bersifat "yes man".

Biasanya meeting tersebut akan membuahkan hasil yang kurang memuaskan. Keputusannya tidak persis.

Wallauhau'alm

"4JJl ghoyatuna"


-al-
15 April 2008
1.28 bilik R308
Nurani Putera
USMkk

Saturday, April 12, 2008

Pelik..tapi benar.



7 Eleven vs Kwik Stop
Ramai yang tahu Kwik Stop depan Hospital USM adalah milik orang Islam & 7E (7 eleven) tepi Bank BSN milik bukan Islam tapi yang peliknya ramai yang lebih prefer pergi 7 E berbanding Kwik Stop. Tak tahu kenapa. Kalau nak difikirkan, kedua-duanya menawarkan perkhidmatan 24 jam. kedua-duanya ada aircorn. Kedua-duanya menjual item yang lebih kurang sama.

Apa bezanya Kwik Stop dengan 7E yang menyebabkan ramai lebih cenderung ke 7E berbanding Kwik Stop?. Kalau nak kata 7E lebih murah, ia tidak benar sama sekali. Sebab Kwik Stop menawarkan harga yang sama bahkan ada sesetengah barang, harganya lebih murah berbanding 7E.

Saya teringat, masa jadi penemuduga untuk keahlian MSFT (Medical Student fasilitator Team) beberapa hari yang lepas. Bila saya ajukan soalan, kenapa siswa/i lebih "prefer" 7E berbanding Kwik Stop?. Antara jawapan yang diberi adalah kerana kedudukan Kwik Stop jauh sikit (daripada desa?) berbanding 7E.

KFC vs EFC
Ramai yang tahu EFC (Eddlee Fried Chicken) tepi Bilal milik orang Islam & KFC (Kentaki Fried Ciken) depan Pustaka Seri Intan milik bukan Islam, tapi yang peliknya ramai prefer pergi KFC berbanding EFC.

Sedih sangat bila memikirkan nasib saudara seagama.kalau sahabat-sahabat masih ingat, suatu masa dadulu EFC cukup sinonim dengan sebahagian siswa/i kampus kita, bila ada masa terluang, namun sekarang EFC semakin dilupakan. EFC yang dulunya selalu dikunjungi namun sekarang EFC seolah-olah membilang hari untuk "gulong tikar". Kalau dulu kita tengok EFC sentiasa dipenuhi pelanggan, tapi sekarang ia semakin hari semakin berkurang. Berbeza keadaannya dengan KFC yang baru je bertapak di Kubang Kerian namun ia mendapat sambutan yang sangat hebat. Tak putus-putus pelanggannya terutama dikalangan siswa/i USM.

Tak tahu kenapa ini boleh berlaku, mungkin kita terpaksa mengakui yang lokasi EFC jauh sikit berbanding KFC. Mungkin juga kita kena akui yang KFC lebih selesa berbanding EFC. KFC ada aircond EFC hanya ada kipas, KFC berbumbungkan konkrit, EFC hanya berbumbungkan langit. Namun apakah itu alasan yang boleh kita gunakan untuk kita menafikan hak saudara seagama kita?.

Bukan niat dihati untuk promosikan Kwik Stop ataupun EFC. Saya tak dibayar 1 sen pun untuk tulisan ni. tapi sekadar mengajak sahabat-sahabat semua untuk mendahulukan produk orang Islam berbanding produk bukan Islam. Orang Islam kena bersatu untuk sama-sama pertingkatkan ekonomi ummatnya. Bukannya kita tak boleh beli barang-barang yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam, tapi prioroti hendaklah diberikan kepada barangan orang Islam.

Utamakan barangan ummat Islam.

4JJl ghoyatuna"


-al-
9.39 malam
R308, Nurani Putera

Wednesday, April 9, 2008

Benarkah?...

Surat ini al dapat daripada satu website. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Jika ianya tidak benar, pihak UMNO seharusnya mengambil tindakan terhadap fitnah yang dilakukan, jika ianya benar pihak UMNO seharusnya meneliti kembali asas perjuangan mereka.

Sila ke:
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_pelbagai710.html

Tuesday, April 8, 2008

TUNTUTAN GANTI RUGI TERHADAP KEHILANGAN USB WIRELESS INTERNET

Berikut adalah surat yang saya hantar kepada pihak desasiswa. Saya herap pihak desa mempertimbangkan permohonan tersebut.



ﺒﺴﻢ ﺍﻠﻠﻪ ﺍﻠﺮﺤﻤﻦ ﺍﻠﺮﺤﻴﻢ

ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻟﻴﻜﻢ ﻭﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﻪ ﻭﺒﺮﻜﺎﺘﻪ

Tarikh : 1 Rabi’ul Akhir 1429 (8 April 2008)

Muhd Al-Aarifin bin Ismail
Pelajar tahun 4,
Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia.


Dr. Rushdan Hj. Ismail
Pengawa
Desasiswa Murni Nurani,
Universiti Sains Malaysia
16150, Kubang kerian,
Kelantan.

Tuan,

TUNTUTAN GANTI RUGI TERHADAP KEHILANGAN USB INTERNET

Berhubung dengan perkara diatas saya Muhd Al-Aarifin Ismail, penghuni desasiswa Nurani Putera ingin membuat permohonan tuntutan ganti rugi terhadap kehilangan USB wireless internet kepunyaan saya.

2. Pada 7 April 2008 (Isnin) pihak desa telah melakukan operasi pemotongan wayar internet (yang dibuat tampa kebenaran pihak desa). Walaupun operasi pemotongan wayar tersebut tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada semua penghuni desa Nurani Putera, namun secara peribadi saya setuju dengan tindakan pihak desasiswa tersebut memandangkan ramai yang telah membuat sambungan wayar tampa kebenaran yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran sistem wireless PPKT. Walaubagaimanapun saya sangat dukacita apabila wayar USB (termasuk USB) kepunyaan saya turut dipotong & dibuang.

3. Saya kurang pasti kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah menjadi suatu kesalahan apabila saya meletakkan USB tersebut diluar bilik saya walaupun ianya bertujuan untuk mempertingkatkan penerimaan signal wireless yang tidak dapat diterima dalam bilik saya. Untuk pengetahuan pihak tuan, ini adalah kali kedua kejadian USB saya hilang. Kali pertama saya kurang pasti siapa yang bertanggungjawab. Kehilangan USB kali ini sangat member tekanan kepada saya. Mungkin pada pandangan pihak tuan, nilai USB itu tidaklah mahal, namun sebagai seorang siswa yang hanya bergantung kepada biasiswa kerajaan, tentunya perkara ini sangat memberikan tekanan kepada saya untuk mendapatkan USB wireless yang baru. Kehilangan USB wireless ini juga sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran saya apabila saya tidak dapat lagi melayari internet untuk tujuan tersebut.

4. Oleh yang demikian, saya meminta jasa tuan untuk membayar ganti rugi akibat kecuaian yang mungkin tidak disengajakan oleh pihak tuan. Anggaran kerugian adalah bernilai RM 120.00.

5. Sekali lagi saya ingin memohon kerjasama pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala kerjasama yang diberikan, saya dahului dengan ucapan jazakallaahukhairal jaza’.

“4JJl ghoyatuna”



Yang benar



_______________________

Muhd Al-Aarifin bin Ismail
Pelajar tahun 4 (79798)
Pusat Pengajian Sains Perubatan
UniversitI Sains Malaysia
017-9743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com

Saturday, April 5, 2008

Welcome to the Hell...

Itulah antara kata-kata yang Al dengar daripada sahabat-sahabat satu posting ketika sesi breifing posting peadiatric oleh kolonel (penyelaras posting) khamis lepas. Takutnya bila melangkah kaki memasuki posting yang dikatakan "killer" oleh kebanyakan sahabat.

Tak tahulah apa nasib yang akan menimpa diri ini. Nak tak nak kita kena hadapinya dengan penuh tabah. Kalau orang lain boleh, tak kan kita tak boleh. InsyaAllah, untuk posting ni Al akan cuba guna formula al-Mukminun. Al nak cuba kembalikan semangat kita sewaktu dimatrik dulu. Semoga Allah memberkatinya.

Formula al-Mukminun:
1-Beriman
2-Solat dengan khusyuk
3-Tunaikan zakat bila sampai masanya
4-Tinggalkan perkara-perkara yang lagha & sia-sia
5-Hindari segala perbuatan kearah zina
6-Tunaikan semua amanah yang dipertanggungjawabkan
7-Jaga solat

-al-
2.27am
6 April 2008
R308, Desasiswa Nurai Putra

Wednesday, April 2, 2008

Sesi Klinikal 3rd year

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah, semalam (2 April 2008)
seperti biasa kita buat sesi klinikal dengan adik-adik 3rd year.
Kali ni special sikit sebab moderatornya adalah Yb Sobri & saudara
akhir, figure-figure akademik yang tak asing lagi dalam batch 4th
year (harap Yb tak marah ye). Lebih kurang 25 orang 3rd year
muslimin yang hadir. Kali ni kita topik yang di cover adalah History
Taking & PE O&G.

Rasa syukur sangat-sangat sebab bila ditanya 3rd year yang hadir,
rata-rata dikalangan mereka mengatakan yang mereka seronok & berpuas
hati dengan sesi klinikal semalam walaupun sesi semalam agak lama
(pukul satu baru habis). Apa yang menariknya, walaupun minggu depan
mereka study week untuk exam selanjar, tapi mereka tetap bersemangat
untuk teruskan teaching sebagaimana biasa pada masa & waktu yang
sama minggu depan. Terima kasih kepada Yb & saudara akhir atas
kerjasama yang diberikan.

InsyaAllah seperti yang dibincangkan, minggu depan kita akan cover
PE untuk Ortho (knee, hip & elbow examination) sesuai dengan exam
selanjar (empat?) yang juga cover blok Musculo. Rabu, 9.30-11.00
malam, Surau Nurani Putera (bawah). Harap dapat tepati masa.

"4JJl ghoyatuna"

"Kebajikan Terjaga Akademik Terpelihara"


p/s; Berikut adalah gambar-gambar yang diambil waktu sesi klinikal semalam.


Yb Sobri dan saudara Akhir sedang teaching adik-adik 3rd year.

-al-
3 April 2008
1.35am
Nurani Putera R308

Tuesday, April 1, 2008

Dimana Menghilang Semua Jentera Pilihanraya?...




Semalam alhamdulillah, ana sempat berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu Bandaraya Islam. Walaupun perayaan ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan pada tahu ini kurang persediaannya disebabkan kesan pilihanraya-12 yang lalu, namun suasana Kota Bharu Bandaraya Islam tidak kurang indahnya. Seperti tahun-tahun yang lalu, banyak lampu berwarna-warni ditepi-tepi jalan, pintu gerbang dan lain-lain lagi.

Namun dalam ke kemeriahan suasana di Bandaraya Inslam ini, ana cukup terkilan kerana masih ada insan-insan yang cuba mencemarkan suasana dengan kelakuan-kelakuan yang kurang sopan walaupun kemenangan Islam dinegeri ini telah dikekalkan. Kemeriahan malam sambutan hari keputraan sultan ini cuba diambil kesempatan oleh segolongan muda-mudi yang tidak bertanggungjawab. Ada yang keluar berdua-duaan lelaki perempuan bukan mahram, ada yang mendedahkan aurat ditempat awam tampa segan silu, ada yang menjadikan jalan raya sebagai litar untuk mereka berlumba haram dan lain-lain lagi.

Ana sempat ambil gambar untuk tunjuk kepada sahabat-sahabat semua bagaimana semakin menularnya masalah akhlak dalam masyarakat kita sakarang ini. Ini hanya sebahagian daripadanya. Banyak lagi yang mungkin ana tak sempat bertemu. Jika beginilah yang berlaku dalam bandaraya Islam. Bagaimana pula nasibnya dengan bandadaraya-bandaraya yang "kurang" Islamnya.

Rasa dihati mahu je ana tegur adik-adik kita ini. Apakan daya, iman ana tidak sekuat Umar, azam ana tidak seteguh Abu Bakar. Ana hanya mampu melahirkan rasa tidak setuju dalam hati walaupun dirikuu mengetahui yang ia adalah tanda diri ana punyai selemah-lemah iman.

Kadang-kadang ana tertanya-tanya, dimana pemuda-pemuda yang tak tidur malam ketika berkempen dalam pilihanraya yang lalu?. Di mana muslimat-muslimat yang berkerja tampa henti ketika berusaha mengekalkan kerajaan Islam ini pada pilihanraya yang lau?. Dimana Nisa'? dimana unit amal?.

Ana membayangkan betapa indahnya jika jentera pilihanraya yang lalu yang bermati-matian untuk mempertahankan ISlam dibumi Kelantan, turun bersama-sama menyelesaikan masalah ummat yang semakin membarah ini.

p/s: Al sayangkan negeri Kelantan Darul Islam ini.

"4JJl ghoyatuna"

"Membangun Bersama Islam & Iman"


-al-
1 April 2008
22.15pm
R308, Nurani Putera

Jalan-jalan Cari Lampu...

Hujan Lampu di Kota Bharu bandaraya islam

Dataran Ilmu, Kota Bharu Bandaraya Islam (Tempat Tok Guru Mengajar Tafsir, setiap Pagi Jumaat)

Dihadapan Pintu Masuk Kota Darul Naim

Bulatan Jam Kota Bharu Bandaraya Islam

Kota Darul Naim

Pintu Masuk Kota Darul Naim (Pusat Pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan)

Kota Bharu Bandaraya Islam

Kota Bharu Bandaraya Islam, pandangan daripada jambatan Sultan Ismail Perta


Jambatan Sultan Ismail Petra (dekat rumah saya)

Pintu Gerbang Hospital Raja Perempuan Zainab 2, HKB.

Bangunan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Balai Islam Lundan

Hospital Universiti Sains Malaysia

Pintu Gerbang Jalan Dato' Lundang

Pintu Gerbang Jalan Ke Airport

Pintu Gerbang dihadapan Open Universiti, Lundang


Pintu Gerbang di Lundang


Laluan ke Kediaman Sultan, Kubang Kerian