Apakah mereka suatu KEKUATAN yang boleh membantu gerakan Islam yang lain dalam perjuangan, atau ia suatu KELEMAHAN yang akan menyusahkan, atau ia satu PELUANG yang boleh digunakan, atau apakah mereka suatu ANCAMAN yang boleh menghancurkan?
Firman Allah : ( Al-Isra’ : 36)
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولا
ً
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
3 comments:
kekuatan HT yang perlu diambil peluang adalah sikapnya yang secara terus (direct) melaung2kan perjuangan mengembalian khalifah dan permusuhan dengan barat/ demokrasi. Ramai yang boleh didekatkan kearah berjuang dalam gerakan dengan semangat ini.
Kelemahan HT adalah seruannya banyak berbentuk retorik dan permainan kata/ istilah. Contoh dalam artikel ini saya merasakan penulis tidak paham apa itu tsaqafah; dan memusuhi tsaqafah barat bukanlah suatu tindakan berhikmah. Menolah fikrah atau iqtiqad barat iyer la... Demokrasi, dimusuhi sebegitu rupa tapi unsur2 demokrasi itu ada tak dalam Islam? pemilihan secara undi itu ada tak dibincang dalam kitab2 feqh, Ini perlu diperhalusi.
HT menjadi ancaman apabila berpendapat Demokrasi adalah musuh. tetapi ancaman ini berserta dengan retorik2 istilah HT adalah satu peluang kepada aktivis Islam bagaimana untuk terangkan Feqh Daulah Islamiyah; seperti mana Tok Guru menggunakan peluang Demokrasi dan penyertaan dalam PR untuk menerangkan Feqh Daulah Islamiyah secara isian dan terasnya melalui Jenama Negara Berkebajikan.
Sekian pendapat.
Mungkin kita tidak begitu jelas, atau mungkin terlalu memihak sesuatu gerakan hanya kerana kita melihat mereka telah begitu lama dalam memperjuangkan Islam, ataupun mungkin agak kurang jelas bagaimana sebenarnya untuk bergerak dalam menyampaikan dakwah Islam. Sebenarnya bukanlah tolok ukur suatu gerakan samada merupakan opportunity, weakness ataupun threaten kepada yang lain. yang menjadi tolok ukurnya ialah syara’ itu sendiri yang semestinya standard perbuatan bagi setiap gerakan dakwah. Apalah salahnya kalau kita melihat suatu perkara yang diperselisihkan itu secara mendalam dan apakah ia mengikut syara’. Janganlah kita menilai setiap perbuatan itu mengikut akal kita sendiri. Mungkin kalau ada kesempatan, saudara Al boleh berhubung dan berbincang dengan wakil Hizbut Tahrir di Kota Bharu bagi memperjelaskan lebih lanjut berkenaan kekeliruan dalam memahami sistem demokrasi.
Saudara boleh terus berhubung dengan saudara Abu Hamzah no. Telefon 0199836745
Mungkin saudara Hang Lekiu boleh perjelas sedikit berkenaan dengan tsaqafah pada fahaman Hang Lekiu. Mungkin ada sedikit kekeliruan saudara diantara fikrah dan tsaqafah.
Post a Comment