Sunday, December 13, 2009

Forum di KTC

Semalam (12 Dis 2009) puluhan ribu rakyat Kelantan membanjiri bangunan KTC (Kelantan Trade Center) untuk mengikuti satu forum bertajuk “Islam di Malaysia-Realiti & Harapan”. Forum tersebut menampilkan empat orang ahli panel yang hebat-hebat semuanya terdiri daripada Yb Nik Amar (Exco Kerajaan Kelantan), Dr Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis), Datuk Nahqaie (Mantan YDP YADIM) & Ust Afendi (exco agama Pemuda UMNO) dengan dipengerusikan oleh Prof Agus (Pensyarah UKM).

Walaupun tajuk forum tersebut jelas berfokuskan kepada isu kedudukan Islam di Malaysia, namun banyak isu –isu lain yang turut dibincangkan oleh ahli panel, antaranya isu royalti minyak, isu doa Tok Guru, isu perpaduan PAS & UMNO, isu penahanan Dr Asri oleh JAIS dan banyak lagi. Yang pasti kehadiran Datuk Nahka’ie & Ust Afendi yang mewakili UMNO & BN dalam forum tersebut membuatkan majlis forum tak henti-henti dengan suara sorakan daripada hadirin rakyat Kelantan yang membanjiri KTC wada waktu itu. Pada pendapat Al, YB Nik Amar yang mewakili PAS & Pakatan Rakyat dalam forum tersebut telah melalukan peranannya dengan sangat baik, manakala kehadiran Dr Asri juga memeriahkan lagi suasana yang ada. Walaupun umum mengetahui yang beliau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, namun kebanyakan lontaran idea serta pandangan beliau pada malam semalam lebih memihak kepada PAS atau kerajaan Kelantan terutamanya dalam isu royalti minyak & isu doa Tok Guru.

Program yang pada mulanya berformatkan forum bertukar seperti program debat PAS & UMNO. Masing-masing pertahankan ideologi pihak masing-masing. Sewaktu sesi soal jawab dibuka, puluhan rakyat Kelantan yang hadir beratur untuk bertanyakan soalan. Rata-rata dilihat sebagai nak lepaskan geram mereka kepada kerajaan persekutuan yang selama ini terpendam. Akhirnya ahli panel yang mewakili UMNO & BN yang menjadi sasaran. Al teringat, ada salah seorang dari hadirin yang bertanyakan soalan kata:
“Malam ni kalau 10 markah penuh, PAS saya bagi 10, UMNO kosong” di sambut dengan sorakan dari ribuan rakyat Kelantan yang hadir.

Ada juga yang sinis menyindir Ust Afendi & Nahka’ie, katanya:
“Ust Afendi & Nahka’ie bercakap macam budak tadika, tak tahu gapo dio kecek…”

Ternyata, Exco Biro Agama UMNO & Bekas YDP YADIM itu cukup tertekan dengan sindiran seumpama itu, sehingga Datuk Nahka’ie dalam ucapan penggulungannya mengeluh dengan katanya:
“Malam ni kalau nak kira, kita tak dapat apa-apapun, bukan forum ilmiyah, tapi majlis untuk gelak ketawa”

Kalau sesiapa yang tak hadir forum tersebut, Al syorkan agar membeli VCD rakamannya. Terlalu banyak perkara menarik untuk disaksikan dalam forum tersebut. Bukan selalu wakil pimpinan PAS & UMNO dapat duduk berforum di atas satu pentas. Namun apa yang pasti kemeriahan forum yang dirakamkan dalam VCD tentunya tak sama dengan kemeriahan sebenar ketika forum berlangsung. Apa tidaknya dari mula sampai tamat forum, tak henti-henti suara rakyat Kelantan yang menyokong kepimpinan Tok Guru Nik Aziz bersorak lebih-lebih lagi apabila Nahka’ie & Ust Afendi bercakap. Suara sorakan dari beberapa kerat pemuda UMNO yang berbaju kemeja putih semalam tenggelam dalam sorakan puluhan ribu rakyat marhain yang menyokong Kerajaan Kelantan.

Wallah’alam.

-al-
Ahad,13/12/09,2300,Rumah Sewa Masjid Lundang.

Saturday, December 12, 2009

Catatan hidupku... (Sabtu, 12 Disember 2009) - Surat Kursus Induksi & BTN

Tengah hari tadi Al terima surat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, surat jemputan untuk menghadiri kursus induksi & kursus Biro Tata Negara (BTN). Kursus yang akan diadakan pada 26-31 Disember, di Hotel Olympic Sport, Kuala Lumpur. Sebagaimana polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan pada waktu ini, kedua-dua kursus tersebut wajib dihadiri sebelum dapat memulakan kerja dalam perkhidmatan awam. Walaubagaimanapun tempat untuk kami menjalani housemanship tak diberitahu lagi, mungkin akan diberitahu masa kursus tu nanti.

Sejak petang tadi, Al dapat banyak SMS daripada sahabat-sahabat group 5.5, rata-rata bertanyakan dah terima ke belum surat berkenaan, ada jugadi kalangan kami yang suratnya belum sampai. Al di maklumkan yang kami semua dikehendaki menghadiri kursus berkenaan pada hari & tempat yang sama.

Dalam hati sekarang, rasa gembira ada rasa takutpun ada. Gembira bila memikirkan tak lama lagi Al akan mula bekerja untuk berbakti pada agama, bangsa & negara setelah lebih lima tahun belajar di fakulti perubatan. Perasaan takut pula terasa apabila memikirkan yang tak lama lagi Al akan memasuki dunia HO yang sangat stress. Dunia realiti bukan lagi fantasi, dunia realistic bukan lagi ritorik. HO itu maksudnya house officer, tapi ada juga yang kata, HO itu maksudnya hamba orang.

Teringat kata-kata abang Khazran yang lebih mesra dengan panggilan abe Ye seorang senior Al ketika di USM, katanya:
“Waktu HO nanti, anta kena bersedia untuk kena marah oleh semua orang, daripada attendan, stafnurse, MO, sehinggalah specialist. Anta sabar je la…”

Begitu juga kata sahabat Al, Sobri :
"Nanti bila dah jadi HO, anta akan selalu kena marah walaupun kesalahan tu bukan anta yang buat"

Macam tu realiti betapa peritnya kehidupan yang mesti ku lalui selepas ini. Takut sangat bila terfikir tentangnya.

Sebelum ni Al juga sempat berbual-bual dengan abang Najib, seorang senior Al yang juga mantan presiden Persatuan Sains Perubatan USMKK, pesannya:
“Nanti bila anta jadi HO, anta kena kerja smart, jangan jadi macam robot, buat kerja kena sistematik & berstrategi, barulah anta tak rasa penat sangat”

Abang Najib juga ada pesan:
“Waktu HO nanti, knowledge kadang-kadang tak penting sangat, yang lebih penting attitude, biasanya orang tak marah sangat kalau tak tahu teori, tapi orang akan marah kalau ada masalah attitude”

InsyaAllah Al akan ingat pesanan abang Najib tu.

Ya Allah, bantulah aku dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Jadikanlah aku seorang doktor yang dapat melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi & bertanggungjawab. Jadikanlah aku seorang doktor contoh & janganlah hendaknya aku menjadi fitnah kepada agamaMu lantaran kerana aku tak dapat laksanakan tanggungjawabku sebaiknya. Rahmatilah daku, berkatilah hidupku...

Firman Allah Ta'ala:
"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
al-Insyirah : 5-6


Sabtu, 12 Disember 2009, 2205, Rumah Sewa Masjid Lundang

Tuesday, December 8, 2009

Kembali ke dunia cyber...

Dah lama sangat rasanya Al tak menulis. Rasa kaku bila nak mulakan semula. Ramai juga sahabat-sahabat yang bertanya, kenapa blog dibiarkan begitu sahaja.

InsyaAllah rasanya sudah tiba masanya untuk Al kembali semula ke alam cyber. Semoga mendapat sokongan dan dorongan dari sahabat-sahabat semua.

Siru 'ala barakatillah

"Evidence based Islam"

-al-
Rabu/091209/0941/Masjid Murni USM

Sunday, August 30, 2009

Petunjuk Sunnah Ketika Menguap & Bersin

Sedarkah kita selama ini di dalam kita menguap dan bersin, sebenarnya di sana Islam telah ada suatu garis petunjuk yang perlu kita ambil tahu mengenainya?

Berkenaan dengan menguap, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahukan kepada kita bahawa ia adalah dari Syaitan. Maka, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap, maka hendaklah kita menahannya atau jika tidak mampu menahannya, hendaklah kita menutupnya (menutup mulut ketika menguap). Bukan sahaja sekadar menutup dan menahan diri dari menguap (dengan sedaya upaya), tetapi hendaklah juga kita mengelak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):
Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)

Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)

Manakala berkenaan dengan bersin pula, ia adalah suatu yang disukai oleh Allah, yang mana berbeza dengan perbuatan menguap tadi yang ianya adalah dibenci oleh Allah. Apabila seseorang itu bersin, maka dengan itu hendaklah dia memanjatkan pujian kepada Allah, dan kepada saudaranya yang mendengar saudaranya yang bersin itu, maka hendaklah dia mendoakannya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)

Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):
“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)

Dalam hadis yang lain, dinyatakan bahawa orang yang bersin yang mendengar saudaranya mendoakannya, maka dia boleh juga mengucapkan (selain di atas), يَغْفِرُاللهُ لَنَا وَلَكُمْ
“Semoga Allah mengampuni diri kami dan kamu.” (Hadis Riwayat at-Thabrani. Lihat di dalam Shahih al-Jami’ oleh Syaikh al-Albani)

Atau, di dalam sebuah atsar dijelaskan, dari Nafi radhiyallahu ‘anhu:
“Apabila Ibnu Umar (radhiyallahu ‘anhu) bersin dan seseorang mengucapkan:“يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya), maka dia (Ibnu Umar) mengucapkan:
“يَرْحَمُنَ اللهُ وَ يَغْفِرْ لَنَا وَلَكُمْ” (Semoga Allah memberi rahmat ke atas diri kami dan kamu)”. (Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththa’, 54/5)

Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya):
“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin).” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)

Sumber : http://fiqh-sunnah.blogspot.com


Sekadar perkongsian teknik untuk meneruskan perasaan ingin bersin yang tiba-tiba terhenti...
Pernahkah sahabat-sahabat semua rasa kecewa kerana perasaan ingin bersin tiba-tiba terhenti?.
Di sini Al cuma nak kongsi satu teknik yang biasa digunakan untuk mengatasi masalah ini. Apa yang perlu dilakukan?...Bila rasa nak bersin itu tiba-tiba terhenti, cepat-cepat dongakkan kepala & pandang pada sesuatu yang bercahaya terang, contohnya kearah langit atau awan yang cerah(jangan tengok matahari, nanti rosak mata) atau boleh juga tengok lampu cahaya berpendaflor (lampu cahaya putih) kat siling rumah...InsyaAllah teknik ni 99% berkesan. Kalau tak percaya insyaAllah boleh cuba bila sampai masanya...

*Al's refleks!

Tuesday, July 7, 2009

Luahan Hati Seorang Raja...


"Kenapa rakyat di bumi suka sangat samakan beta dengan UMNO...apa salah beta?"

Mungkin itulah luahan hati DYMM Tuanku Ayah Pin al-Hajj, seorang yang suatu ketika dahulu pernah mendakwa dirinya mempunyai kerajaan di langit. Kesian sungguh, tak pasal-pasal nama baginda kini kembali disebut-sebut oleh manusia di bumi walaupun sekarang ni mungkin baginda sedang beristirehat sahaja di langit tampa berbuat apa-apa.

Pesanan kepada semua rakyat jelata, tak usahlah disamakan Ayah Pin dengan UMNO. Biarlah dia tenang mentadbir 'kerajaannya' tampa diganggu oleh kita semua.

Kepada Tuanku Ayah Pin, kalau nak mencemar duli datang ke bumi, jangan lupa singgah kat bulan. Mana laa tahu takut berubah hati nak bersama-sama rakyat di sana.

P/s: Semoga Ayah Pin kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Hamba yang hina
-al-

Rabu / 8 Julai 2009 / 11.00 pg / R127 Nurani Putera

Tuesday, June 30, 2009

Kenapa Masjid Kita Tidak Mesra Muslimat?...

Walaupun sekarang minggu exam posting, tapi sempat juga aku meluangkan masa bersama-sama isteri tercinta menghadiri kulih Maulana Asri. Malam ini adalah malam kedua aku bersama-samanya berkesempatan menghadiri kuliah syarahan kitab sunnan Abu Daud oleh Maulana Asri setelah kami diijab-kabulkan.

Minggu lepas aku menemani isteriku ketika mendengar kuliah Maulana, kami berdua duduk dalam bangunan di mana terletaknya dewan solat muslimat. Sedangkan Maulana Asri pada waktu itu berada di bangunan yang lain. Sesiapa yang pernah solat di masjid berkenaan tentunya menyedari yang bangunan di mana terletaknya dewan solat muslimat & dewan solat muslimin terpisah dengan sebatang jalan. Dalam hati, aku sebenarnya bimbang untuk meninggalkan dia keseorangan dengan keadaan dewan solat muslimat yang agak gelap & sunyi. Di sana sound system juga punya masalah kerana agak perlahan jika dibandingkan dengan sound system di dewan solat muslimin.

Dia juga meminati kuliah Maulana

Aku tahu dia juga suka mendengar kuliah Maulana Asri. Namun barangkali disebabkan dia tidak biasa mendengar kuliah Maulana secara live menyebabkan dia sukar memahami kuliah berkenaan disebabkan masalah sound system. Aku yang berada di sisinya terkadang terpaksa menjelaskan kepadanya apa yang kurang difahaminya.

Pengalaman satu malam berada di tempat solat muslimat sedikit sebanyak mengajarku erti kepayahan. Apa tidaknya, kalau nak dibandingkan dengan tempat muslimin, sangat jauh bezanya. Pintu dewan solat muslimat ditutup, lampu serta kipas tiada yang dibiarkan terbuka, sound yang kurang jelas & banyak lagi masalah mungkin dihadapi pihak muslimat.

Bukan niat dihati ingin menyalahkan pihak pengurusan masjid atas apa yang berlaku. Barangkali mereka sendiri tidak menyedari kepayahan dipihak muslimat untuk sama-sama menuntut ilmu lantaran tiadanya maklum-balas yang sampai kepada mereka. Lagipun waktu kuliah maulana tidak sama dengan kuliah-kuliah yang lain (selepas solat isyak). Oleh itu pantauan mungkin kurang dilakukan.

Minggu ini sekali lagi kami ke kuliah Maulana Asri. Aku mengajaknya untuk sama-sama duduk di dalam dewan solat muslimin. Ternyata banyak perbezaannya. Sejam setengah maulana mensyarahkan kitab Sunan Abu Daud terasa sekejap sahaja. Mungkin kerana terlalu selesa. Apa tidaknya, dengan lampu yang terang menyala, aircord yang sejuk tak terkata, sound system yang jelas suaranya, semuanya membuatkan semua yang hadir selesa sampai ada yang terlena.

Kenapa Masjid Kita Tidak Mesra Muslimat?
Terkadang aku sedih bila memikirkan tentang nasib muslimat terutamanya bila bercakap soal institusi masjid. Seakan-akan wujudnya diskriminasi terhadap mereka bilamana mereka hadir ke masjid. Maafkan daku kiranya ayat ini cukup keras untuk diterima. Hakikat yang perlu diterima adalah kita sebenarnya telah gagal untuk menarik minat muda-mudi ke masjid. Bukan sahaja kerana faktor penarik yang lemah, tapi juga kerana 'faktor penolak' yang terlalu kuat. Barangkali itulah sebabnya mereka lebih suka untuk lepak di supermarket-supermarket daripada solat di masjid-masjid.

Malangnya bila mengenangkan ada yang berkata "anak perempuan tak perlu la ke masjid kerana boleh menimbulkan fitnah" sedangkan mereka langsung tidak melihat yang keluarnya anak mereka ke kota itu lebih menimbulkan fitnah.

Sejak sekolah menengah lagi, selalu juga aku diminta untukmenjadi imam di masjid-masjid. walaupun aku bukan ustaz, namun mungkin kerana mereka melihat aku sebagai seorang lepasan sekolah agama, itu sebabnya mereka menyuruhku untuk menjadi imam. Sepanjang pengalaman aku menjadi imam aku sebenarnya masih gagal memahami kesukaran di pihak muslimat sehinggalah aku mengahwini salah seorang daripada mereka. Kadang-kadang mereka sukar mengikut imam untuk solat berjemaah kerana mereka tidak dapat lihat pergerakan imam dihadapan disebabkan dinding yang menghalang, ditambah lagi dengan suara imam yang terlalu perlahan. Kadang-kadang mereka sukar menyalin pakaian lantaran tiadanya penghadang. Banyak lagi contoh lain yang rasanya tak perlulah ku catatkan.

Mereka juga perlukan pembelaan
Sejak kebelakang ini ramai yang bercakap tentang Sisters In Islam (SIS). Ramai yang mengecam mereka apabila mereka mengeluarkan kritikan atau pandangan yang nampaknya bertentangan dengan kebiasaan. Apa yang menariknya, mereka mendakwa mereka pertubuhan yang membela wanita Islam. Pertubuhan mereka mendapat perhatian mungkin kerana mereka yang benar-benar terkedepan dalam menyuarakan pandangan.

Hakikatnya mereka tidak akan menjadi suatu aliran penting dalam wacana pemikiran kiranya di sana ada alternatif yang menjalankan peranan.

Kerana Allah
-al-
Muhd Al-Aarifin Ismail
Final Year
School of Medical Sciences
University ScienceMalaysia

Rabu/ 1 Julai 2009 / 2.50 pagi / RP

Saturday, June 20, 2009

Kerajaan Perpaduan, Apa Pendirian Kita?


Ramai juga sahabat-sahabat yang bertanyakan pendapat Al berkenaan dengan isu UG (unity goverment). ramai dikalangan mereka melahirkan rasa sedih mereka apabila mereka melihat pimpinan saling bercanggah pandangan tentang idea penubuhan UG tersebut. Mungkin kerana mereka bimbang kalau-kalau isu ini menjadi permulaan kepada sebuah kehancuran. Kehancuran kepada sebuah pergerakan Islam yang telah mereka perjuangkan sejak zaman berzaman.

Namun maaf dipinta, Al merasakan yang Al tak layak memberi sebarang ulasan terhadap isu ini lantaran kerana sudah terlalu lama Al meninggalkan dunia politik (kepartian). Bukan kerana bencikan politik, tapi kerana takut dengan fitnah yang ada bersamanya.


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu dari syaitan & politik"


Itulah petikan doa seorang ulamak terkenal (maaf, Al lupa namanya) berkenaan dengan fitnah dunia politik. Usah dibicarakan soal kebenaran kata-katanya itu, cukuplah dengan kita mengambil pengajaran apa yang positif darinya.


Berbalik kepada soal UG yang sedang hangat diperkatakan. Al dah cuba memahami hakikat sebenar disebalik isu ini, walaubagaimanapun sehingga sekarang Al masih gagal memahaminya.

Pesanan khusus buat sahabat-sahabat yang dikasihi, Apabila kita berada dalam situasi sebegini, jangan cepat kita membuat sebarang pendirian. Ketahuilah,mengambil sesuatu pendirian terhadap sesuatu perkara tampa terlebih dahulu memahami hakikat sebenar disebaliknya merupakan sesuatu yang sangat bahaya. Selalu juga Al berpesan kepada rakan-rakan juga teman-teman,pesanan berkenaan dengan firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 36, maksudnya :

“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati kamu semuanya akan dipersoalkan".


Oleh itu pesanan Al kepadat rakan-rakan juga teman-teman seperjuangan, berhentilah dari terus berbicara tentang sesuatu perkara yang kita tidak tahu menahu hakikat sebenar disebaliknya. berhentilah dari terus label-melabel, salah-menyalahkan, aptah lagi fitnah-menfitnah. Serahlah kepada pimpinan untuk menyelesaikan konfliks yang sedang berlaku. Yakinlah yang mereka semua mampu menyelesaikannya.

Berlepas dirilah kita semua dari terlibat dengan sebarang fitnah yang melanda. Berdoalah kepadaNya agar Allah Ta'ala merahmati kita semua & pimpinan seluruhnya.

Wallahu'alam.

Kerana Allah
-al-


Ahad / 21 Jun 2009 / 1.30 pg / RP


Monday, June 15, 2009

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul



P/s: Al memohon ribuan kemaafan kerana terpaksa membuang entry gambar-gambar majlis perkahwinan Al yang telah dipostkan dalam blog ni beberapa hari yang lepas.Tindakan ini terpaksa Al lakukan bagi menghormati permintaan isteri tersayang. Harap sahabat-sahabat semua memahami. Semoga Allah merahmati kita semua.

Ahad / 15 Jun 2009 / 10.10 malam / Kafe Nurani,USM Kampus Kesihatan

Tuesday, May 5, 2009

...Setelah Allah & Rasul



Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikum

Dengan penuh rasa kesyukuran, dengan ini Al ingin memaklumkan kepada semua sahabat berkenaan dengan perkahwinan antara Al (Muhd Al-Aarifin Ismail) & tunang Al (Ukhti Noraini bt Mat Yunus) pada 30 Mei 2009. Oleh yang demikian Al ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke kenduri kesyukuran sempena perkahwinan ini. Kehadiran sahabat-sahabat semua sangat-sangat dialukan. Walaubagaimanapun Al minta supaya kepada sahabat-sahabat yang nak hadir tapi belum mendapat kad jemputan, harap maklumkan terlebih dahulu kepada Al (0145182931) atau ukhti Aini (0199726949) untuk memastikan makanan cukup tersedia. Kepada sahabat-sahabat yang tak sampai kad kepadanya, Al minta maaf banyak-banyak, mungkin kerana terlupa, mungkin juga kerana kesuntukan masa.

Berikut adalah maklumat berkenaan dengan Majlis.

Majlis rumah Noraini
Tarikh: 30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 12 tgh - 6ptg
Tempat : Machang (rujuk peta di bawah)

Majlis di rumah Al
Tarikh : 1 Jun 2009 (Isnin)
Masa : 12 tgh - 6 ptg
Tempat : Kg Pasir Pekan (rujuk peta di bawah)


Peta ke rumah Al

Peta kerumah Noraini

Khamis / 21 Mei 2009 / 2.30 ptg / CAI Lab PPSP, USM The Apex University

Tuesday, April 28, 2009

Rokok & Lembu...


"Mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu..."

Itulah antara petikan kata-kata Tuan Guru Menteri Besar negeri Kelantan dalam satu kuliahnya beberapa minggu yang lepas. Al tertarik sangat apabila membaca laporan akhbar yang menyebut tentangnya. Namun ia adalah suatu yang tidak menghairankan kerana sudah lama Al dapat mengagak yang Tok Guru akan mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Dan Al tak rasa Tok Guru akan berhenti disitu sahaja, lepas ni kita tunggu kenyataan yang lebih jelas daripada beliau tentang isu rokok.

Jika sesiapa yang mengikuti siri kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru pastinya akan dapat menyelami isi hati Tuan Guru yang sejak dari dulu lagi cukup anti kepada rokok. Cuma rasanya tak semua dapat memahaminya kerana sebelum ini Tok Guru hanya berkias sahaja.

Dakwah perlu beransur-ansur
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan dah lama (sejak tahun 1995) menfatwakan yang rokok adalah haram, namum Tok Guru tidak tergesa-gesa untuk memaksa rakyatnya berhenti merokok. Tok Guru benar-benar memahami sunnah dalam berdakwah. Biar lambat asalkan ummat dapat menerima & memahami mesej dakwah ini dengan baik.

Tentunya kita semua masih ingat bagaimana pendekatan yang digunakan oleh al-Qur’an dalam usaha untuk memastikan (mengharamkan) mesyarakat Islam pada waktu itu meninggalkan tabiat meminum arak yang telah sekian lama sebati dengan masyrakat arab jahiliyyah pada waktu itu.
Terlebih dahulu diturunkan ayat berikut :


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan...”

Juga diturunkan ayat :
“Mereka bertanya kamu tentang khamar (minuman yang memabukkan) dan judi, katakanlah : padanya itu terdapat dosa besar dan beberapa munafaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih dari munafaatnya...” al-Baqarah : 219

Akhirnya barulah diturunkan ayat yang jelas mengharamkan arak.


"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk ) berhala, dan mengundi nasib (dengan anak panah) adalah perbuatan syaitan. Oleh karena itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan..." al-Maidah: 90-91


Begitulah al-Qur’an mengajar kita untuk beransur-ansur dalam mengubah sikap manusia.
Al masih ingat akan ucapan Tok Guru di Padang Perdana, Kota Bharu beberapa bulan yang lalu. Dalam ucapan beliau, Tok Guru menyindir dengan penuh kiasan, sindiran kepada mereka berkopiah & berserban bersama-sama dalam perjuangan, tapi ada dikalangan mereka yang masih lagi tidak dapat meninggalkan tabiat merokok.

"Mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu..."

Itu kenyataan beliau yang terbaru berkenaan dengan rokok. Sama-sama kita kenyataan beliau yang seterusnya berkenaan dengan isu ini.


-al-menanti...

Rabu / 29 April 2009 / 1200 pg / R308, DN Putera USM The Apex University

Sunday, April 19, 2009

Surat Seorang Ibu

Semoga kita tidak lupa akan segala pengorbanan ibubapa kita semua.

P/s: Terima kasih kepada kekunang kerana bagi Al video pendek ni. Sangat menyehtuh perasaan.

Isnin / 20 April 2009 / 10.15pg / R308 DN Putera, USM The Apex University

Thursday, April 16, 2009

Semoga kita dapat contohinya


Manusia biasa, lakukan perkara luar biasa...

Dalam perjalanan ke kampus (dari rumah) semalam, sewaktu merentasi kompleks Balai Islam, Al terperasan akan seorang abang berbaju merah, penjual kueh pau ditepi jalan ni. Kelakuannya sangat Al kagumi. Sedang dia menunggu pelanggan, sempat lagi dia ingat pada penciptanya dengan membaca al-Qur'an. Semoga kita dapat contohi perbuatannya yang mulia ini, dimana sahaja kita berada, pasti al-Qur'an sentiasa di minda, insyaAllah.

p/s: Gambar ni diambil daripada belakang tampa disedari olehnya.

Jumaat / 17 April 2009 / 1.15 pg / R308, DN Putera USM, The Apex University

Wednesday, April 8, 2009

Terima kasih atas nasihatmu

Pernyataan seorang tabi'in kpd sufyan al-thawri:
"Wahai Abu Said, para sahabat telah pergi dengan mengenderai kuda pilihan, sedang kita pergi dengan mengenderai keldai".

Sufyan menjawab:
"Demi Allah, kita benar-benar akan dapat bergabung dengan mereka selama kita menempuh jalan yg sama dengan mereka, meskipun kenderaan yang kita tunggangi adalah keldai. Tetapi dengan syarat hendaknya kita tetap pada jalur, arah dan jalan yang sama seperti yg ditempuh oleh mereka"

Terima kasih sahabatku atas kata-kata yang sangat berguna ini. Aku sangat memahami maksud sebenar di sebalik kata-kata ini.

Alangkah baiknya kalau aku bersama-sama kalian sejak dari dulu. Bukan aku tidak mahu, tapi mungkin aku keliru, kerana sebelum ini aku pernah lalui jalan yang sama. Aku tahu jalan itu bukan mudah untuk dilalui. Kanan dan kiri ianya penuh dengan duri.

Alangkah baiknya kalau aku bersama-sama kalian sejak dari dulu.

-al-

Khamis / 9 April 2009 / 1.30 pg / R308, DN Putera USM The Apex University

Monday, April 6, 2009

Masih ramai lagi rupanya ghuraba' di zaman sekarang...

Beberapa hari ni, jiwaku agak terganggu dengan banyak persoalan yang merungsingkan hatiku. Semuanya berpunca daripada persoalan aqidah yang cukup asas, iaitu "di mana Allah?". Sebak di dada bila mengenangkan ada di kalangan ummat termasuk sahabat-sahabatku sendiri mengeluarkan jawapan yang pelbagai apabila menjawab persoalan ini. Ada yang kata Allah Ta'ala itu ada di mana-mana, ada yang cuba mentakwil maksud sebalik nas-nas tentang Allah itu di atas langit bersemayam di arash dan macam-macam lagi jawapan yang barangkali belum pernah ku dengari sebelum ini. Isu "di mana Allah" itu adalah isu asas yang sepatutnya diketahui oleh semua ummat Islam tak kira siapa mereka.

Kalau seorang hamba perempuan di zaman Rasulullah boleh jawab dengan tepat bila ditanya di mana Allah, apa lagi kita yang berpendidikan tinggi ini. Dalam bab ini, jelas sekali bahawa generasi salafussoleh memahami khakikat yang Allah itu di atas langit, bersemayam di arash sebagaimana dijelaskan dalam banyak ayat al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih.

Kepiluan hatiku terubat...
Tadi aku sempat solat asar di Masjid Pulau Melaka (masjid Tok Guru Nik Aziz). Hajat di hati ingin bertemu dengan Tok Guru untuk bertanyakan beliau berkenaan dengan masalah ini. Barangkali hatiku boleh terubat dengan pandangan serta nasihat Tok Guru yang telahku anggap sebagai mentorku selama ini. Namun apa yang menyedihkan, aku tak berjaya berjumpa dengannya hari ni. Tok Guru sekarang berada di Perak atas urusan pilihanraya agaknya.

Selepas solat, aku sempat berborak dengan 2 orang adik yang belajar di sekolah Tok Guru (Maahad Darul Anuar). Umur mereka masih muda barang kali baru ditingkatan 2 atau 3. Selepas bertakruf secara ringkas, aku bertanya mereka :
"Adik, kalau adik ditanya, di mana Allah, apa yang adik akan jawab?" Soalku kepada mereka berdua.

Salah seorang daripada mereka lantas mengangkat tangan dengan menunjukkan ke arah siling masjid, kemudian dia menjawab "Allah berada di atas (langit)"

"Kalau ada orang mendakwa yang Allah itu berada di mana-mana, adik setuju tak?" Aku terus mengujinya.

Sambil tangannya memegang poket seluarnya disebelah kanannya, dia menjawab tampa ragu-ragu "Saya tak setuju, sebab kalau Allah berada di mana-mana maksudnya Allah juga berada dalam poket seluar saya ni"

"Ya, betul tu dik kalau Allah itu berada di mana-mana maksudnya Allah juga berada di dalam tandas betul tak?" Sambungku menandakan aku berpuas hati dengan jawapannya. Mereka berdua mengangguk tanda setuju. Dalam fikiranku aku tertanya kenapa dia tunjuk kearah poketnya &kenapa tidak ke arah lain. Mungkin sebelum ni, gurunya yang telah mengajar tentang persoalan yang sama telah menggunakan analogi sebegitu. Aku hanya mengagak.

"Dalam ayat al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih jelas menceritakan yang Allah itu berada di langit bersemayam di arash & para sahabat-sahabat, tabi'in serta tabi' tabi'in menerimanya tampa banyak soal. Itulah aqidah imam-imam mazhab yang di sepakati oleh mereka yang terkemudian tentang kesarjanaan ilmu yang ada pada mereka" Aku membuat kesimpulan tentang apa yang diperbincangkan kemudian aku meminta izin untuk mengundur diri.

Mengenangkan apa yang berlaku, teringat aku akan kisah seorang hamba perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam apabila Rasulullah bertanyakan soalan yang sama kepadanya "Di manakah Allah?". Sambil menunjuk tangannya ke atas, dia itu lantas menjawab "Allah itu di atas langit".

Alhamdulillah, aku sepatutnya tidak lagi bersedih kerana kini aku tahu yang sebenarnya masih ramai ghuraba' di zaman sekarang. "Ya Allah, engkau masukkanlah aku, mak ayahku, kaum kerabatku, guru-guruku serta sahabat-sahabatku dalam golongan ghuraba' itu ya Allah".

-al-

http://www.al-aarifin.blogspot.com/

Sabtu / 4 April 2008 / 6.00 ptg / R308, DN Putera

Thursday, April 2, 2009

Aku sedih...

Aku sedih...
Bila aku katakan yang Allah itu diatas langit, bersemayam arash sebagaimana yang disebutkan sendiri oleh Allah Jalla wa 'ala didalam kitabNya, mereka kata aku berfahaman mujassimah yang sesat.

Aku sedih...
Bila aku contohi Rasulullah yang tidak menjadikan amalan kebiasaan baginda berwirid & berdoa ramai-ramai selepas solat, mereka kata aku pengikut Wahabi yang menyeleweng.

Aku sedih...
Bila aku katakan yang Rasulullah tidak pernah menyuruh kita menyambut kelahiran baginda, mereka kata aku pengikut Salafi yang tergelincir.

Aku sedih...
Bila aku berpendapat yang hujjah Imam Mazhab lain lebih kuat berbanding dengan hujjah Imam Mazhab kita dalam bab sunatnya doa qunut ketika solat subuh, mereka katakan aku tidak berakhlak dengan Imam as-Syafie.

Aku sedih...
Bila aku katakan yang sahabat-sahabat Rasulullah tak pernah mengadakan majlis tahlil selepas kematian, mereka mengherdik aku & megatakan yang aku tak layak bercakap isu agama kerana aku bukan ust.

Aku sedih...
Banyak lagi perkara yang menyedihkan yang aku terpaksa tempuhi selama ini.

Aku sedih...
Sedih bukan kerana kecewa dengan tuduhan-tuduhan mereka. Tetapi aku sedih kerana aku gagal memberikan kefahaman kepada mereka sebagaimana Rasulullah memberi kefahaman kepada para sahabat baginda. Kenapa, kenapa & kenapa aku gagal?...di mana silapnya?

Ya Allah...
Aku yang tahu Rasulmu pernah berpesan:
"...hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku & sunnah para khulafa' ar-raasyidiin yang diberi hidayah, gigitlah ia dengan gigi geraham kamu"

Sehingga sekarang, aku dapat rasakan yang aku masih gagal untuk mengajak mereka agar sama-sama menghayati pesanan Rasulmu itu.

Ya Allah...
Aku tahu yang RasulMu pernah bersabda:

"Islam bermula dengan ganjil dan akan kembali ganjil...'
Ya Allah...hanya satu yang kupinta dariMu,
Engkau masukkanlah aku, mak ayahku , kaum kerabatku, guru-guruku & sahabat-sahabatku dalam golongan mereka yang RasulMu sifatkan sebagai ganjil itu ya Allah. Aku teringin sangat melihat mereka faham sebelum aku meninggalkan dunia yang fana ini ya Allah. Kabulkanlah permohonanku ini. Hanya Engkau yang mampu membuka hati-hati mereka. Aku memohon agar Engkau pertemukan kami semua di dalam syurgamu.

Amin ya Rabbal 'alamiin...

Jumaat / 3 April 2009 / 1200 pg / R308, DN Putera, USM The Apex Univesity.

Wednesday, April 1, 2009

Selamat Datang Ke Dunia Blogger...

Selamat datang ke dunia blogger diucapkan kepada YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Kehadiran Tok guru ke dunia blogger ini sedikit sebanyak membuatkan Al terasa teruja untuk kembali bersama dengan blogger yang lain. Dunia berubah dakwah juga harus berubah, itulah Islam. Semoga usaha Tok Guru ini dicontohi oleh para ulamak Islam yang lain. Syabas ana ucapkan buat Tok Guru.
Blog Tok Guru- www.blogtokguru.com
Khamis / 2 April 2009 /2.30 ptg ?r308 Dn Putera, USM The Apex University

Tuesday, March 31, 2009

Maafkan ana Tok Guru, terima kasih buat Abu Anas Madani

Buat Tok Guru yang disayangi...
Pertama-tamanya ana nak ucapkan selamat datang kepada Tok Guru ke dunia blogger. Semoga kehadiran Tok Guru bersama-sama di alam maya ini akan merancakkan lagi usaha dakwah kepada ummah. Besar harapan kami rakyat Malaysia untuk melihat blog Tok Guru sentiasa di update.

Tok Guru...
Ana sebenarnya nak minta maaf sebab ana tak dapat laksanakan permintaan Tok Guru untuk ana bacakan buku yang Tok Guru bagi kat ana hari tu bersama-sama dengan ahli jemaah setiap kali selepas solat asar sebagaimana yang ana dijanjikan dulu. Ana bukan tak mahu buatapa yang Tok Guru arahkan, tapi selepas ana meneliti huraian pengarang berkenaan dengan tajuk itu (sunnah selepas solat), kelihatannya banyak yang tidak mengikut disiplin ilmu yang di terima pakai oleh para ulamak.

Benar tajuknya "Amalan Sunnah Selepas Solat", tapi pada hemat ana, pengarang bukan bertujuaan ingin mnegajak pembacanya agar ittiba' sunnah, tapi lebih kepada membela apa yang selama ini menjadi amalan masyarakat kita walaupun ada antaranya tidak mengikut apa yang sebenarnya diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita melalui nas-nas yang sahih. Ana yakin kalau Tok Guru benar-benar membaca isi kandungannya, kemungkinan besar Tok Guru juga akan bersetuju dengan ana.

Tok Guru...
Ana sebenarnya tahu apa maksud sebenar disebalik pesanan Tok Guru hari tu-sebarkan apa yang sebenarnya sunnah kepada masyarakat. InsyaAllah ana akan cuba untuk mempelajari apa yang sebenarnya yang menjadi sunnah selepas solat berdasarkan nas-nas yang sahih mengikut apa yang difahami oleh ulamak-ulamak yang muktabar. Nanti bila ana dah betul-betul faham, insyaAllah ana akan sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Ana harap, apa yang ana buat ni dapat membayar balik apa yang ana janjikan dulu.
Tok Guru...

Baru-baru ni Abu Anas Madani (Dr. Abdul Basit-Pondok Sungai Durian) datang ke kampus ana. Lepas bagi kuliah, Abu Anas ada edarkan satu risalah berkenaan dengan zikir-zikir selepas solat yang warid daripada Rasulullah s.a.w. Bagus sangat risalah tu. Semua zikir-zikir yang dicatatkan dalam risalah tu diambil dari nas-nas yang sahih & kebanyakannya ada disebut dalam Kitab Sifat Solat Nabi karangan al-Albani. Ana masukkan risalah tu kat bawah ni kalau-kalau Tok Guru nak tengok.

Sebenarnya sebelum ni ana ada tunjukkan buku yang Tok Guru bagi kat ana tu kepada Abu Anas. Dia kata, dia kenal pengarang buku tu. Dan sebelum ni dia pernah tegur kesilapan pengarang buku tu kerana ia kelihatan bersifat provokasi. Banyak huraian pengarang di dalam buku tersebut kelihatannya bukan untuk mengajak ummat supaya ittiba' sunnah tapi lebih kepada untuk membela apa yang selama ini menjadi amalan masyarakat di tanah air. Ana dapat rasakan (wallahu'alam) yang risalah yang dikeluarkan itupun sebenarnya adalah jawapan kepada buku yang ditulis tu.

Edisi kedua buku tu dah dikeluarkan dengan rupa yang agak berlainan. Ana perasan yang dalam buku edisi yang baru tu Tok Guru ada bagi kata-kata aluan. Sebenarnya, hari tu Abu Anas ada pesan kat ana agar jumpa Tok Guru untuk pastikan yang Tok Guru benar-benar meneliti semula buku itu sebelum Tok Guru menulis kata-kata aluan Tok Guru untuk dimasukkan dalam buku tersebut sebagaimana yang diminta oleh pengarang. Ana minta maaf sebab tak sempat nak jumpa Tok Guru masa tu. Semoga Allah memberi kita semua petunjuk dari sisinya.
Wallahu'alam.

"Evidence based Islam"

-al-

Muhd Al-Aarifin Ismail
Pelajar Perubatan Tahun 5
Universiti Sains Malaysia
Kampus Kesihatan, Kubang Kerian
0145182931


Buku yang Tok Guru bagi kat ana hari tu

Risalah yang Abu Anas Madani edarkan

Rabu / 1 April 2009 / 12.55 tengah hari / R308 DN Putera USM, The Apex University

Zikir-zikir Yang Sahih Selepas Solat


Sunday, March 1, 2009

Terima kasih duhai sahabat...

Sejak kebelakangan ni banyak sangat yang timbul. Tak tahu la kenapa. Kadang-kadang masalah yang ada tak selesai, timbul pula masalah yang lain. Di kesempatan ini Al nak ucapkan jazakallah khairal jaza' kepada sahabat yang megutuskan email yang penuh bermakna ini. Walaupun pada hakikatnya Al tak tahu siapa diri disebalik email tersebut, namun jutaan terima kasih Al ucapkan atas nasihatmu yang cukup bermakna ini...InsyaAllah Al cuba amalkan apa yang dinasihatkan.

---

Ah...terlalu sukar memberi maaf. bahkan lebih sukar dari meminta maaf. masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yg membara. masih terngiang-ngiang segala kata. masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. wajah org1 yg bersalah itu terasa begitu menjengkelkan. memberi maaf pd mrk bererti menggadaikan harga diri. ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dgn harga yg cukup rendah? dan cukup sakit apabila mengenangkan 'musuh2 itu tersenyum dgn kemenangan.

namun itu hanya bisikan 'hati besarku'. yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. ttp jauh didalam diri... ada suara lain yg bergetar. 'hati kecil' yang tidak jemu2 mengingatkan. suara tulus yg mendamaikn gelombang jiwa. bisik telus yg meredakan amukan rasa. maafkan, lupakan... cintai, sayangi...berperang dgn mereka bererti berperang dgn diri sendiri. begitu bisik hati kecil selalu.

pada sebuah persimpangan rasa tibe2 hati disapa dgn sebuah FIRMAN
'tolaklah kajahatn dengan kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah2 saudara' begitulah teladan rasulullah.

wahai diri, api jangan dilawan dgn api. nnt bakarnya akan membakar diri sendiri.
menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi didalam diri. semakin besar dendam semakin sakit hati yg menanggungnya. musuh-musuhmu terus ketawa, sedangkan kau sendiri meneguk bisa. kenalpasti musuh sebenarmu. jgn musuh kau jdkan saudara, saudara kau jdkan musuh. perangi bisikan2 jahat itu...

musim2 terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. pengalaman lampau membuktikan bhw permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. pabila 'fatamorgana' itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga dr sebelumnya. apakah akan kuterjah perangakap itu berkali2? oh, tidak..mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yg sama dua kali. begitu maksud SABDA.. jesteru? - cukup sekali!

biarlah musuh itu ketawa sepuas2nya. beban rasa ini biarlah aku letakka. tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yg pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci.
bermusuh dengan orang lain sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. kata bijak pandai 'apa yg kita berikan akan kita terima kembali'

ah, betapa leganya sekarang... benarlah bhw kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. pahit. sakit. tetapi bila dilakasanakan akan terasa kemanisannya. sedangkan kejahatan itu tampak mudah, indah, manis.- namun pabila dilakukan pasti ada kekesalan kepahitan dan keresahan. ketika ini terasa benar apa yg selalu didengar dlm tazkirah-yg punya tabsyir dan inzar - bhw dosa itu sesuatu yg meresahkan. Dendam PERMUSUHAN itu dosa. MEMAAFKAN, menjalin semula ikatan itu pahala.menjemput syurga yg fana sebelum dtg syurga yg baqa'

kini hatiku tertanya tanya lagi..... siapakah aku, yg begitu sukar memaafkan? TUAN? TUHAN? aku hanyalah hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf. Maha Pengampun, siapa aku yg kecil dan kerdil ini untuk terus berdendam? Ya Allah, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja atau kekadang..... aku 'terlanjur' menumpang hak-Mu....

sekadar ingin berkongsi.... kerana kau saudaraku

Wednesday, February 11, 2009

Disebalik lafaz "Aku terima nikahnya..."


"Aku Terima Nikahnya...Walaupun hanya 3 perkataan, tapi ia memberi maksud yang sangat besar"

Macam tu la lebih kurang kata-kata Ust Fadhli dalam Forum Nikah Awal anjuran MPP yang lepas. Kata-kata yang sehingga sekarang "menghantui" diri ini. Betapa besarnya nilai lafaz yang akan diungkapkan diri ini suatu hari nanti.

Apakah diriku telah bersedia untuk memikul amanah ini?...Ya Allah, aku mohon petunjuk dariMu.

Khamis / 12 Feb 2008 / 5.30pg / R 308, DN Putera, USM, The Apex Uni

Thursday, February 5, 2009

Adik tak nak minum milo...

Petang tadi waktu Al balik rumah kebetulan Kak Na (kakak sulong Al) dan suaminya ada kat rumah, mungkin baru balik dari sekolah tempat dia mengajar agaknya.

Sebelum dia pulang ke rumahnya di Kampung Kutan, Al sempat berbual-bual dengan dia. Dalam masa berbual-bual tu, tiba-tiba dia kata :

"Rahimi sekarang ni dah tak minum air milo, hari tu Kak Na buat air milo dia tak minum sampai kesudah"

"Dia kata ayah chik (Al) bagitahu dia milo tu yahudi punya"
Sambungnya lagi.

Al tersenyum je mendengarnya. Walaupun umurnya baru enam tahun tapi dia dah faham apa itu erti boikot yahudi. Tak sangka dia betul-betul pegang pesan Al padanya sebelum ni.

Buat adik Rahimi yang dikasihi... ayah chik doakan suatu hari nanti Allah Ta'ala pilih adik dan abang Ridhuan (abangnya) untuk jadi antara pejuang Islam yang hebat. Nanti kalau ada peluang, boleh pergi ke Palestin untuk berjuang bersama saudara-saudara kita disana insyaAllah. Masa tu ayah chik mungkin dah tua.


Jumaat / 6 Feb 2009 / 2.30am / R 308 DN Putera, USM The Apex University.

Thursday, January 29, 2009

Anak-anakku yang comel...

Dari kiri
Najwa, Ridwan, Ayah Chik (Al), Nabil, Rahimi



Jumaat / 29 Jan 2008 / 2.45 pg / R308, DN Putera, USM The Apex University

Wednesday, January 28, 2009

Pengalaman Ngeri yang Melucukan!... (republished)

Beberapa hari yang lepas Al buat usrah dengan adik-adik Al di kampung. Usrah kali ni terpaksa dimulakan lewat sikit disebabkan Al terperangkap dalam hujan selepas Al pergi ke Kota Bharu lepas isya' malam tu. Pukul 11 baru start usrah. Seperti biasa Usrah dimulakan dengan membaca al-Qur'an. Kali ni Al bincang dengan adik-adik berkenaan dengan surah al-Asr.

Selepas selesai bincang surah al-Asr, Al tak tahu apa nak baut lepas tu. Sebab Usrah kali ni dibuat secara ad-hoc. Bukan Al plan, tapi adik-adik minta supaya Usrah dibuat. Biasanya Al sempat plan apa nak buat dalam Usrah, tapi kali ni tak fikirkan pulak nak buat apa sebab sebelum ni Al fokuskan untuk exam remedial je.
Idea!

Tiba-tiba terdetik dalam fikiran untuk mengedarkan risalah kepada orang-orang Cina yang tinggal di perumahan berdekatan dengan kampung Al. Cadangan yang bagus, nanti boleh la suruh adik-adik kayuh basikal hantar risalah tu ke setiap rumah orang Cina nanti. Cuma masalahnya, Al takde sebarang risalah nak suruh adik-adik edarkan. Terlintas di fikiran, "Apa kata kalau Al suruh adik-adik yang tulis risalah tu". Kesannya mungkin lagi efektif dari sudut psikologi orang-orang Cina tu nanti. Al pun rangka ayat-ayat yang nak ditulis atas kertas A4 . kemudian Al minta adik-adik tiru & buat salinan sekurang-kurangnya 4 helai untuk setiap orang mengikut kretiviti masing-masing. Ini antara risalah yang dihasilkan oleh adik-adik usrah Al.
Apa macam?...ada unsur-unsur mat rempit tak?
Bila dah selesai, Al breafing apa langkah seterusnya. Ada yang pada mulanya tak nak ikut sebab takut. Tak tahulah apa yang ditakutinya. Biasalah budak-budak. Tapi lepas dipujuk rakan-rakan yang lain, semuanya setuju nak ikut. Modus operandi kali ni adalah dengan berbasikal. Letakkan 1 risalah dalam satu peti surat rumah-rumah Cina tu nanti. Asalnya Al plan Al nak naik moto je, sebab malam tu gelap sangat, lagipun lampu suluh tak bawak. Tapi rancangan tu tak jadi. Al kena berbasikal bersama-sama adik-adik semua. Tapi masalahnya Al takde basikal.

"Tak po, guno basikal ayoh kito" kata salah seorang anak usrah Al dalam dialek kelantan.
Al minta dia pergi ambil. Rasanya itulah kali pertama Al naik Basikal tua dalam hidup ni.

Operasi bermula!

Jam menunjukkan pukul 12.0 malam, bila semua dah sedia, kami memulakan perjalanan menuju perumahan Cina tersebut. Jauh juga perjalanannya. Menysuri kegelapan, mengharungi kesunyian. Adik-adik semua tinggalkan Al dibelakang. Mungkin sebab diaorang takut bila berada diposisi belakang agaknya.

Sampai di rumah Cina yang pertama, Al minta supaya anak usrah Al yang pertama letakkan risalah tersebut dalam peti suratnya. Kemudian kami bergerak ke rumah seterusnya. Perkara yang sama dibuat. Teringat akan sejarah bagaimana tentera Jepun menyerang tanah Melayu suartu ketika dahulu dengan berbasikal. Macam lebih kurang pergerakan kami malam tu. Macam komando la pulak.
Dikejar Anjing.

Setelah banyak rumah kami tempur. Al tanya kepada adik-adik berapa lagi risalah yang tinggal?. Banyak lagi rupanya, sebab kebanyakan mereka bukannya buat 4 salinan je, banyak yang diorang buat rupanya. Ada yang sampai 8 salinan. So, risalah banyak lagi. Operasi perlu diteruskan untuk pasti semuanya habis malam tu.

Al tanya anak-anak usrah Al, "kat mana lagi ada rumah Cina?".
Kata mereka "disana" sambil mereka menunjukkan ke arah satu lorong yang sempit dan gelap tidak berlampu. "Ya, kita teruskan" kata Al. Dengan perlahan lahan kami kayuh basikal merentasi kegelapan lorong tersebut. Dari jauh kami mendengar suara anjing yang menyalak. "takpe, anjing-anjing tu tak boleh buat apa-apa kat kita sebab anjing-anjing tu dikurang dalam pagar rumahnya". Al cuba menenangkan hati walaupun pada waktu tu heart rate dah meningkat.

Di hadapan sana ada cahaya lampu. Kami menuju ke cahaya tersebut. Tiba-tida anak usrah Al yang berada paling hadapan menjerit "Anjing!...anjing!..lari...lari..." sambil dia berpatah balik menuju kebelakang. Al tak tahu apa yang berlaku. Waktu tu keadaan sungguh mencemaskan. Mulanya ingat dia hanya bergurau je. Tapi rupa-rupanya betul. Tiba-tiba sahaja anjing tu berada dihadapan Al. Masalah besar ni. Al tak boleh nak pusing basikal Al sebab nak bagi laluan kepada adik-adik yang berada didepan untuk bergerak ke belakang tambah lagi dengan jalan yang sempit basikal Al pulak besar.

"Apa aku nak buat ni?" keluh Al dalam hati.

Al pun angkat tayar depan basikal tu, buat pusing 180 darjah. Cepat-cepat Al kayuh basikal tu menjahui anjing tadi. Syukur alhamdulillah anjing tu tak kejar Al. Dia hanya menunggu di tempat cahaya tadi je sambil menyalak-nyalak. Al pun menuju ke tempat adik-adik semua berkumpul. Sambil menarik nafas lega, kami semua ketawa sambil melahirkan rasa syukur pada Allah Ta'ala.
Operasi diteruskan.

Risalah masih banyak, kawasan rumah Cina tadi dah tak boleh pergi sebab ada anjing tadi.
"Ada lagi tak perumahan Cina yang lain?" Tanya Al kepada adik-adik yang lebih mengetahui selok belok kampung Al.
"Ada" kata mereka "Perumahan SBJ".

"Kita bergerak ke sana sekarang" Al memberi arahan.

Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Kami menuju ke Perumahan SBJ, di sana kata mereka banyak rumah Cina.

Bila sampai disana, Al arahkan semua bergerak seperti biasa. Memang benar kata mereka, banyak rumah Cina di Perumahan SBJ tu. Sampai tak cukup risalah yang kami buat. "Alangkah baiknya kalau kita buat lagi banyak tadi" kata salah seorang anak usrah Al.
"Takpe lah, insyaAllah lain kali kita buat lagi" jawab Al.

Operasi tamat

Bila semuanya selesai, kami memulakan perjalanan untuk pulang ke Masjid. Kami balik ikut jalan yang melalui rumah Dato' Ibrahim Ali di Wakaf Bharu. Sebelum meneruskan perjalanan, kami sempat ambil gambar kami semua di hadapan pintu masuk Istana Dato' Paduka Ibrahim Ali (lihat gambar diatas). Gambar tersebut tentunya menyimpan seribu satu kenangan yang tak ternilai kepada kami semua.

Bila dah habis bergambar, kami pulang ikut jalan raya dengan penuh hati-hati. Maklumlah waktu tu dah pukul 1 pagi. Apa-apapun boleh jadi kalau tak berhati-hati.
Bila sampai Masjid, kami terus tidur kerana kepenatan. Subuh keesokan harinya seperti biasa kami bangun untuk berqiamullail. Setelah selesai solat subuh, kami semuan pulang ke rumah masing-masing dengan penuh kepuasan.

-al- Seronoknya cuti kali ni...

Isnin I 23 Jun 08 I R308 I Cuti

Tuesday, January 27, 2009

Pulau, Ketam & Kenangan...

Gambar yang memberi seribu satu makna

Selasa / 27 Jan 2008 / 6.20 ptg / R308, DN Putera, USM The Apex University

Kalah juga Al akhirnya...


Empat tahun berturut-turut Al menang pertandingan menulis khat di USMKK sejak tahu satu sehinggalah tahun 4, tapi tahun ni Al tak menang, tak tahu kenapa, sedih betul.

Dulu seaktu di sekolah menengah, Al pernah menjadi pengerusi Persatuan Seni Khat. Bukan nk bangga, tapi waktu tu Al antara orang yang mahir dalam dunia khat ni selain mentor Al dalam seni khat iaitu saudara Abdul Hayyi.

Tahun ni Al kalah, tak pe tahun ni tak menang bukan sebab apa, sebabnya di sana ada unsur-unsur kronisma. Itu sebabnya Syafiq anak buah Al tu menang. (hehe, abg bergurau je Syafiq, jangan marah ye. Bg abg, Syafiq memang layak bergelar juara tahun ni).

Apa-apapun tahniah abg Al ucapkan kepada adik Syafiq. Kemenangan Syafiq tahun ni sebenarnya memberi erti yang cukup besar bagi diri abg Al sendiri. Teruskan usahamu wahai adikku. Abg rindukan saat kita bersama suatu ketika dahulu.

p/s: Aku Seorang Pencinta Peni Khat

Selasa / 27 Jan 2008 / 6.00 ptg / R308 DN Putera, USM The Apex University

Saturday, January 17, 2009

Maafkan aku wahai teman...

Maafkan aku wahai teman...

Ketahuilah yang aku tak berniat untuk melukakan hatimu
Tidak terlintas pada fikiranku untuk menguris hatimu
Namun kadang-kadang dek kepenatan
juga tekanan yang memanjang
Terkadang aku hilang pertimbangan

Maafkan aku wahai teman...
Aku cuba bawa dirimu ke suatu sudut untuk diperhatikan
Aku mahu mereka mengenalimu dengan penuh keselesaan
Tapi aku fikir dirimu tak sabar inginkan perubahan
Itu sebab aku tegur, bukan apa, sekadar peringatan

Maafkan aku wahai teman...
Teringat pesan guruku
Kita yang baru kenal Islam
Jangan sesekali musnahkan dakwah
Dakwah para ulamak yang telah lama memulakan.

Maafkan aku wahai teman...
Ketahuilah ramai yang telah memulakan
Ramai juga yang semangat macam kalian
Bertahun belajar di perantauan tentang apa itu Islam
Berdasarkan sunnah apatah lagi al-Qur’an
Balik ke tanah air mereka teruskan perjuangan
Tapi masalahnya ramai yang menentang
Bukan kerana tak mahukan kebenaran
Tapi kerana kita yang terkadang hilang pertimbangan
Akhirnya ramai yang semakin berjauhan
Itulah hasilnya bila tak sabar inginkan perubahan

Maafkan aku wahai teman...
Aku bukan tidak mengerti apa hasrat kalian
Jauh lagi menjadi penentang kepada kesyumulan Islam
Kalaulah begitu angapan diriku terhadap dirimu wahai teman
Akulah antara insan yang akan pastikan dirimu dibuang
Namun ketahuilah yang aku membela dirimu bila dipersoalkan
Kukatakan dirimu banyak berjasa untuk Islam
Terutamanya di kampus kita yang tersayang
Hasilnya mereka kekalkan statusmu walaupun ada yang keberatan

Maafkan aku wahai teman...
Aku marah bukan kerana benci
Tapi kerana sayang
Sayang akan hasrat dirimu yang cita-citanya menjulang
Pesanku buat kalian jangan hilangkan kepercayaan
Lepercayaan yang telah diberikan
Lebih-lebih lagi bila diberi peluang

Maafkan aku wahai teman...
Mungkin ramai yang tak faham apa yang aku maksudkan
Hanya yang berkenaan mampu mentafsirkan
Cukuplah hanya dirimu yang faham
Kerana itulah satu-satunya tujuan

Maafkan aku wahai teman...
Pesanku buat diri kalian, teruskanlah perjuangan
Tampa perlu menoleh kebelakang
Karenah mereka yang menentang tak usah dipedulikan
Teruskan perjuangan selagi hayat dikandung badan

Insan yang mengharapkan kemaafan
-al-

Sabtu / 17 Jan 08 / R308, DN Putera USM The Apex University

Friday, January 9, 2009

Selamatkan Palestin

Dulu semasa aku masih kecil aku bercita-cita untuk berjihad di bumi Palestin. Aku selalu menangis mengenangkan penderitaan saudara-saudaraku di bumi anbiya' itu. Semakin dewasa, cita-citaku itu nampaknya semakin pudar. Mungkin kerana penyakit "wahan" sebagaimana disifatkan Rasulullah kepada ummat akhir zaman semakin meresap dalam jiwaku ini.

Kenapa?..kenapa hatiku kini sekeras batu?..

Tadi aku solat di Masjid Telipot. Selepas solat jumaat, pihak Aman Palestin mengadakan satu sesi penerangan berkenaan dengan perkembangan terkini bumi Palestin. Dibentangkan kepada jemaah yang hadir berkenaan dengan keadaan saudara-saudara kita sana. Aku tak dapat tahan air mata dari terus mengalir bila mengenangkan penderitaan saudara-saudara seagamaku disiksa & dianiaya.

Gembira dengan janji Rasulullah
Apabila penceramah membaca satu hadis riwayat Muslim, hadis daripada baginda Rasulullah s.a.w. telah yang memberi jaminan yang suatu hari nanti ummat Islam akan mengalahkan yahudi laknatullah itu, hatiku kembali bersemangat. Bersemangat kerana aku sangat pasti akan janji-janji Rasulullah itu kerana baginda tak pernah berbohong.

Ya Allah, selamatkanlah para pejuang agamamu di Palestin. Engkau perkuatkanlah fizikal, mental juga spiritual agar mereka terus bangkit mempertahankan kesucian agamaMu. Amin Ya Rabbal 'Alamiin.

Jumaat / 9 Jan 2008 / 4.30 ptg / R308, Nurani Putera, USM The Apex University

Thursday, January 8, 2009

Pilihanraya Kampus Universiti Apex Kini Kembali

Berikut adalah timeline yang ditetapkan oleh pihak Urusetia Pilihanraya Kampus Universiti Sains Malaysia 2009:

Hari penamaan calon : 12 Jan 2008 (Ahad)
Hari mengundi : 15 Jan 2008 (Rabu)

Barangkali masih ramai di kalangan kita tidak menyedari yang kampus kita sekarang sedang berada dalam musim pilihanraya. Mungkin disebabkan kita asyik memikirkan urusan akademik, kita seolah-olah tidak mengendahkan tentang urusan memilih kepimpinan kampus yang baru.

Sekadar peringatan, sesungguhnya Islam sangat mementingkan urusan memilih kepimpinan. Kerana memahami hakikat inilah, selepas kewafatan Rasulullah r.a.w, sahabat-sahabat baginda yang ulung seperti Abu bakar & Umar r.a terlebih dahulu menyelesaikan urusan melibatkan kepimpinan (memilih pengganti rasulullah) sebelum jenazah baginda Rasulullah disemadikan.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab kita dengan turun mengundi pada hari yang telah ditetapkan. Pilihlah pemimpin yang paling bertaqwa di kalangan kita semua. Pemimpin yang adil & amanah kepada semua mahasiswa termasuk non-muslim.

"Kami Memimpin"

Jumaat / 9 Jan 2008 / 9.10 pg / R308, DN Putera USM The Apex University

Evidence Based Islam - itu pesan Tok Guru

"...tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu
adalah orang-orang yang benar"

Itulah petikan terjemahan al-Qur'an, ayat 111 surah al-Baqarah yang di ungkapkan Tok Guru Nik Aziz kepadaku suatu ketika dahulu apabila aku bertanyakan pendapat atau nasihat beliau berkenaan suatu masalah yang melibatkan perbezaan pendapat di kalangan ummah. Pesanan yang semestinya tak akan ku lupakan sampai bila-bila, insyaAllah. Terima kasih Tok Guru.

Evidence Based Islam!

Jumaat / 9 Jan 2008 / 8.38 / R 308, Nurani Putera, USM The Apex University

Kenangan yang tak akan ku dilupakan...

Hospital Besut & Klinik Kesihatan Kuala Besut dalam memori



Sebulan berada dalam posting district dirasakan terlalu singkat buat diriku. Terlalu banyak kenangan suka duka, pahit manis ketika berada di sana. Seronok sangat. Suasana tenang di sana sangat berbeza jika dibandingkan dengan di HUSM yang sentiasa berada dalam keadaan stress.



Oncall yang sangat bermunafaat, doktor-doktor yang sangat baik, stafnurse & medical assistant yang begitu mesra pelajar semuanya membuatkan kami seronok berada di sana. Semestinya kenangan-kenangan yang dilalui di sana takkan dilupakan sampai bila-bila.

Di kesempatan ini Al nak ucapkan jutaan terima kasih kepada :

  • Semua doktor-doktor di Hospital Besut & Klinik Kesihatan Kuala Besut khususnya Dr Darisah (FMS), Dr Zaliyati, Dr Hafizal, Dr Salikin, Dr Asmariza & Dr Hasmani yang banyak memberi tunjuk ajar secara langsung mahupun secara tidak langsung.
  • Tidak dilupakan juga kepada semua MA khususnya abg Hamzah, abg Saiful, abg Ismail dan lain-lain (tak ingat nama) kerana banyak memberi tunjuk ajar terutamanya semasa oncall di jabatan kecemasan.
  • Begitu juga kepada semua jururawat di Klinik Kesihatan Kuala Besut. Khsusnya kepada kak Na yang banyak membantu.
  • Dan akhirnya kepada semua group members Hospital Kuala Besut yang berdedikasi.
Sesungguhnya kenangan bersama ketika berada di sana terlalu sukar untuk di lupakan. Terima kasih sekali lagi buat semua.





Jumaat / 9 Jan 2008 / 8.15 pg / R308 Nurani Putera, USM The Apex University