Thursday, October 14, 2010

Ikhlaskan niat hanya kerana Allah

Hari ini Al & rakan-rakan dijemput untuk menghadiri program orientasi anjuran Unit Pengurusan Sumber Manusia. Emm, dah setahun kerja, hari ini baru sempat menghadirkan diri ke program ni. Sebelum ni Al tak hadir disebabkan surat jemputan Al tak terima, katanya surat tu ada, cuma terlekat kat ketua jabatan, tak sampai ke tangan Al & rakan-rakan seangkatan.

Banyak sangat perkara yang Al dapat sepanjang menghadiri taklimat selama sehari tu. Yang paling menarik adalah ucapan dari Ust Marzuk yang mengurupakan timbalan pengarah bahagian Hal Ehwal Islam Hospital. Ustaz terangkan tentang konsep Hospital Mesra Ibadah yang menjadi antara agenda penting hospital yang telah diatur oleh pihak pentadbiran hospital sejak dari dulu lagi.

Ucapan daripada Ust itu seakan memberikan satu suntikan yang baru untuk Al & rakan-rakan bagi meneruskan perjuangan sebagai seorang pegawai perubatan siswazah yang sangat mencabar ini. Benar kata Ust, kita seharusnya menjadikan segala pekerjaan yang kita lakukan itu sebagai suatu bentuk ibadah iaitu dengan membetulkan niat serta bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja-kerja kita. Barulah hati kita akan sentiasa tenang.

Alangkah indahnya jika peringatan yang diberikan ustaz itu dapat kita laksanakan dalam kehidpan seharian kita semua. Pastinya stress yang dihadapi kita semua ditempat kerja akan dapat dikurangkan. Bekerja dengan penuh dedikasi & ikhlas kerana Allah Ta'ala, pastinya hati kita akan tenang. kerana janjiNya adalah pasti. Allah telah berfirman :

"...Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang" ar-Ra'd : 28






.