Thursday, March 27, 2008

Istana Putera yang Kehabisan Air...


Bayangkan sahabat-sahabat, selama 4 tahun kita berada di USM ni, tak pernahpun insiden tak ada air berlaku di desa-desa. Pendek kata tiada istilah tak ada air terutamanya bagi penghuni Nurani Putera. Mungkin disebabkan namanya Putera, so pihak desa ambil berat sikit untuk menjaga kepentingan semua "putera" di dalamnya.

Namun sekarang "putera" tinggal "putera". Tak tahu kenapa selalu sangat tak ada air di bilik air terutamanya di tingkat paling atas (aras bilik Al). Kalau dulu tak pernah pergi kelas tampa mandi, tapi sekarang ni dah berapa kali tak mandi bila pergi kelas. (jangan bagi tahu group Al ya!). Bayangkan seorang putera pergi kelas tak mandi. Tak ke kelakar!.

Tapi setiap kejadian Al yakin tentunya ada hikmah disebaliknya. Kadang-kadang bersyukur juga pada Tuhan. Kita ni selalu sangat hidup mewah-mewah, kadang-kadang kita kena jugak di uji. Kena belajar hidup susah. Nanti bila dah keluar jadi doktor, insyaAllah kita lebih menjiwai perasaan pesakit-pesakit kita yang susah.

Lagipun kesusahan selalunya mengajar kita erti kesyukuran. Bila tak ada air, baru la kita rasa betapa nikmatnya ada air. Betul kata kumpulan nasyid The Zikr (Raihan lama):

Apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah didalam genggaman


Kesimpulannya, marilah kita bersyukur kepada Allah Ta'ala walau apa yang ditakdirkanNya kepada kita.

-al-
28 Mac 2008
1.05pg
Bilik 308
Nurani Putera
Universiti Sains Malaysia

Monday, March 24, 2008

HATI-HATI, KITA SEDANG DIPERHATI


Dulu masa Al 1st year, kampus USM Kubang Kerian sangat aman. Semua penghuni desa rasa selamat walau dimana mereka berada. Al masih ingat bila malam-malam, mesti ada orang jual nasi atau keropok di desa-desa. Mereka yang jual tu tionggal je ditempat-tempat yang mereka suka. Tak perlukan casher, masing-masing amanah, ambil barang mesti bayar. Tiada kes-kes kecurian di laporkan. Semua berasa aman.

Namun sejak kebelakangan ni rasa keselesaan tu semakin lama semakin bertukar kepada ketakutan. Banyak kes-kes kecurian dilaporkan dalam kampus ni. Kecurain moto, kecurian laptop dan banyak lagi. Seorang kawan Al tu, dah dua kali motonya dicuri. Kecian betul. Tak tahu siapa yang bertanggungjawab sebenarnya.

Keadaan kurang selamat ini menyebabkan pihak keselamatan terpaksa mengetatkan kawalan terutamanya kawalan dipintu-pintu masuk USM. Subhanallah, walaupun kes-kes kecurian semakin hari semakin kurang, namun rasa kurang selesa masih wujud. Kenapa?. sebab dimana-mana ada CCTV. Tapi Al yakin selagi kita tak kembali kepada hukum Allah Ta'la, kita akan tetap rasa kurang selamat.

-al-

Friday, March 21, 2008

Mari berkenalan dengan kawan-kawan Al


Gambar ni di ambil masa kami hadir ke satu program bebeapa tahun lepas. Gambar ni cukup special bagi Al. Kenapa? itu tak boleh bagitahu, biarlah ia menjadi rahsia diri ini selama-lamanya.

Mereka semua orang-orang yang hebat di kampus.

Yang paling kiri tu namanya Azzudin, satu posting dengan Al. Azzudin ni orang tarbiah. tapi keistimewaannya, bidang siasahpun dia mahir. Tanya je apa-apa soalan berkaitan dengan siasah negara insyaAllah dia boleh jawab. Apa taknya, boleh dikatakan hari-hari baca harakah online samapai Al yang specialize dalam bidang siasahpun kalah. Selain daripada tu, Azzudin ni minat sangat bola, buktinya? tengok dalam gambar tu baju apa yang dia pakai?, jesi bola kan?. Din penyokong kuat Mancester United. Kalau minggu ni musim exam, malam ni ada perlawanan bola, sanggup dia datang daripada Desa Murni ke Nurani berjaga malam semata-mata nak tengok pasukan dia beraksi. Apa-apapun selamat maju jaya Al ucapkan kepada Azzudin.

Yang berbaju hijau muda tu namanya Sobri. Ops silap, sekarang ni kita kena panggil dia Yb Sobri sebab dia adalah wakil Rakyat kami di sini. Dia menang kerusi umum, tapi tak boleh jadi YDP kat kampus ni sebab bertanding atas tiket "pembangkang". Takpe la Yb, itulah lumrah sebagai seorang pejuang. Yang specialnya tentang Yb kita ni, dia tak pernah fail walaupun sekali. Hebat bukan? itu sebabnya dia boleh jadi Yb, sebabnya antara syarat boleh masuk bertanding PRK, seseorang tu tak boleh fail exam walaupun sekali. Yb Sobri selalu bagi semangat kepada Al berkenaan dengan akademik. Waktu Al putus asa, dia yang banyak bagi sokongan. Terima Kasih Yb.

Ha, yang berbaju hitam tu namanya Muhaimin nama panggilan "Muha". Kecil-kecil cili api. NYDP I Persatuan Sains Perubatan. Seorang yang terkenal dengan "designer" dan pakai IT di kampus. Kalau ada sebarang urusan berkataitan design @ IT, kita kena jumpa dia, minta pandangan. Kerja-kerja akhi Muha ni dah sampai ke peringkat internasional. Itu yang Al bangga dengan dia ni. Selamat maju jaya akhi.

Las but not lis, Ketua year kami namanya Tg Azimin (Kerabat di raja ni) orang panggil dia jimmy. Dia tinggal kat Lundang, seorang yang paling hebat dikalangan kami dari sudut akademik. Cukup komited dengan study. memang layak dia jadi ketua year kami. Al doakan supaya Jimmy terus sukses dalam bidangnya. Bila dah jadi profesor nanti, jangan lupa kami semua ye akhi.

Itulah sedikit sebanyak cerita tentang sahabat-sahabat Al. Al sayangkan mereka semua.

-al-
22 Mac 2008
08.20 am
Nurani Putera, R308

Thursday, March 20, 2008

Bersama adik-adikku...

Gambar ni sangat special bagi Al. Susah sangat nak ambil gambar bersama-sama adik-adik di kampung Al ni. Mereka selalunya sibuk dengan kegiatan mereka masing-masing. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, adik yang sedang makan aiscream kat depan tu, ayahnya cukup terkenal dengan kegarangannya. Sebenarnya Al ada kenangan "manis" dengan ayah adik tu. Kengangan yang pastinya Al takkan lupa sampai bila-bila.

Satu hari Al bersama-sama dengan kawan-kawan nak main bola di satu padang di kg Al. Masa sampai di padang bola tu, macam biasa kami terlebih dulu akan panjat pokok "khiyat" sambil tunggu kawan-kawan yang lain. Masa kami sedang berada di atas pokok tu, kami terkejut bila ada suara yang kuat kedengaran "jangan lari!". Punya la terkejut, bila tengok ayah kepada adik kita tu datang dengan marah-marah menuju kearah kami. Dia suruh Al dan kawan-kawan turun daripada pokok & beri amaran supaya jangan lari. Dengan rasa penuh "anxiety" kami pun turun. "Subhanallah, apa dah jadi ni?" keluh Al dalam hati. Nak lari tak boleh sebab kat belakang tu semak samun.

"Bakpo mung dok ngenak anok aku?" kata pakcik tu (dalam bahasa kelate). "mano ado..." salah seorang daripada kami menjawab". Aduh, habis semua kawan-kawan Al kena tampar hari tu termasuk Al sendiri. "Siapa la buat hal dengan anak dia ni" keluh salah-seorang dari kami. Lepas tampar kami semua, pakcik tu beri amaran supaya tak ganggu lagi anak dia.

Dalam hati masa tu, punya la geram kat anak dia yang kaki mengadu tu. Al dapat tahu yang salah seorang daripada kami buat hal dengan anak dia sebelum ni. "Jaga la kau, bila bapak kau dah mati nanti, aku akan balas dendam" Al mengeluh dalam hati. Begitu la kisah antara kisah suka duka Al masa kecil.

Sekarang ni bila semua dah besar, masing-masing buat hal sendiri, ayah adik kita tu pun dah banyak berubah. Anak diapun (yang bongsu) Al selalu tegur. Dah takde perasaan dendam dalam hati sekarang bila mengenangkan dakwah yang perlu kita laksanakan.

-al-

01.00am
21 Mac 2008