Sunday, November 14, 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikum
Salam satu aqidah


Kertas kerja kasar kempen dakwah fardiyyah (simple) berkenaan dengan isu merokok.

Pendahuluan
Selalu sangat kita lihat terdapat insan diluar sana yang menonjolkan imej mereka sebagai Islamik (pakai kupiah/songkok) serta mendakwa diri mereka pendokong atau penyokong gerakan Islam, namun mereka masih lagi dibelenggu tabiat merokok. Walaubagaimanapun, mungkin bukan salah mereka, barangkali mereka melakukannya tanpa mereka mengetahui yang merokok itu pada hakikatnya adalah haram disisi Islam (rujuk keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1995).

Alhamdulillah, hasil cetusan idea daripada Allah Ta'ala, ana sekarang sedang menjalankan satu strategi dakwah fardiyah yang cukup simple & kalau boleh ana mengejak semua sahabat untuk melakukan perkara yang sama. Semoga kita semua terlepas daripada tanggungjawab daripada menyedarkan ummah tentang haramnya merokok.

Objektif dakwah
Menyedarkan kumpulan sasaran tentang hukum merokok & seterusnya mencetuskan kazaman yang mendalam dalam diri mereka untuk berusaha agar bebas daripada tabiat merokok.

Kumpulan sasaran
Berfokuskan kepada mereka yang mempunyai kesedaran Islam tetapi masih merokok (secara luarannya dinilai melalui pemakaian kupiah/songkok atau mendakwa diri mereka penyokong gerakan Islam)

Tenaga Kerja
Semua dikalangan kita para profesioanal kesihatan & sesiapa sahaja yang berminat. Bergerak secara fardiyyah.

Strategi
Menyebarkan "Surat Peringatan" kepada kumpulan sasaran yang sedang merokok dikhalayak. bila mana terserempak dengan mereka bila-bila masa & di mana jua. Tak perlu berkata-kata, tak perlu bercerita, sekadar bagi surat sahaja.

ANALISIS SWOT (strenght)
Sebagai professional kesihatan yang punya sedikit tempat dalam pemikiran masyarakat, kita punya sedikit kelebihan untuk memberikan peringatan kepada kumpulan sasaran tentang isu merokok yang berkait rapat dengan hukum syariat.

SURAT
Template surat yang dimaksudkan itu ana masukkankan dalam entry blog ana. Boleh copy & pastekan. Untuk "yang benar" kat bawah tu boleh lah tukar kpd nama antum/na semua sendiri.Print lepas tu photostat sebanyak mungkin. Bila jumpa je kumpulan sasaran, terus bagi pada mereka. Tak perlu berkata-kata walau sepatah kata. InsyaAllah bila mereka baca, mereka pasti memahaminya. Tak perlu takut, mereka akan berterima kasih kepada kita, kalau tak didunia, insyaAllah di akhirat sana.

Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua. Wallahu'alam.

"Transforming Our Ummah for a Sustainable Tomorrow"

"Membangun Bersama Islam"


-al-

AbulHaafiz
(Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail)
MD (USM)
Hospital Universiti Sains Malaysia
www.al-aarifin.blogspot.com
al_aarifin@yahoo.com

Tuesday, November 9, 2010

Templet Surat Dakwah Fardiyyah

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikum


Kepada tuan yang dirahmati,
Semoga sentiasa dalam keredhaanNya.


Tuan,

PERINGATAN BERKENAAN DENGAN HUKUM MEROKOK

Adalah diingatkan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 pada bersidang pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa:

“Amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam”.

Huraian : Majoriti ulama mengharamkan perbuatan merokok kerana merokok boleh memudaratkan kesihatan selain dari melakukan pembaziran yang jelas haram disisi Islam. Hanya mereka yang mempunyai kepentingan akan berpendapat bahawa merokok adalah dibolehkan.

Berhentilah merokok mulai sekarang agar anda tidak menyesal di hari kemudian.


“Transforming Ummah for a Sustainable Tomorrow”

“Membangun Bersama Islam”



Yang benar,


______________________

(Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail)
MD (USM)
Hospital Universiti Sains Malaysia
16150, Kubang Kerian, Kelantan.

www.al-aarifin.blogspot.com
al_aarifin@yahoo.com