Wednesday, July 13, 2011

Laporan Berita Terbaik Berkaitan Dengan Perhimpunan BERSIH 2.0

Peniaga KL Rugi RM 40 Billion gara-gara BERSIH

July 9, 2011 354 Comments

Peniaga KL Rugi RM 40 Billion gara-gara BERSIH


Kuala Lumpur, 10 Julai – Para peniaga di sekitar Kuala Lumpur hari ini mendakwa mereka kerugian hampir mencecah RM 40 billion gara-gara perhimpunan haram BERSIH semalam.


Makcik Ros, seorang peniaga karipap mendakwa beliau kerugian kira-kira RM 56.89 juta selepas perniagaan terpaksa ditutup bagi mengelakkan bertembung oleh peserta perhimpunan haram BERSIH.


”Selalunya Makcik buka jam 8 pagi dekat Central Market, tutup jam 12 tengah hari dengan jualan purata RM 30 juta hari biasa, dan RM 50 juta hari minggu”, kata Makcik Ros dengan nada kecewa kepada wartawan PemudaGombak.com.


Manakala seorang penjaja aiskrim, En Din Yasin, merungut jualannya merosot mendadak daripada RM 7 billion setiap hari, tetapi semalam hanya RM 68.90 sahaja.


Selalunya pada hujung minggu ramai kanak-kanak akan membeli aiskrim miliknya, tapi semalam ia berkurangan.


”Saya amat marah kepada BERSIH”, kata En Din Yasin dengan nada tegas.



“Selalunya jualan kami mencecah RM 37 juta sehari, tapi hari ini terpaksa makan sendiri sahaja…”, kata Kak Ros dan Pak Jib ketika membuat sidang media selepas BERSIH.


Peniaga cendol, Pak Jib pula hampir sama ceritanya, beliau menganggarkan kerugian yang dialami semalam kira-kira RM 65 juta untuk cendol biasa, RM 38 untuk cendol special serta RM 96 untuk cendol aiskrim.


”Semalam saya tidak berani untuk membuka gerai cendol saya di Puduraya”, kata Pak Jib kesedihan.


Sementara itu, Persatuan Peniaga Roti Canai Kuala Lumpur (PERCOKAI) Encik Ebrehem Alikatak berkata, setakat laporan yang diperoleh lewat petang semalam, anggaran kerugian penjaja-penjaja roti canai seluruh Kuala Lumpur dianggarkan RM 28 billion.


”Ia adalah anggaran sahaja untuk roti canai biasa, dan tidak termasuk roti telur, roti sardin, roti tirai, roti pelempang dan lain-lain”, kata Encik Ebrehem Alikatak sambil menepuk meja dan menjegilkan mata ke arah wartawan PemudaGombak.com


LIKE FB PemudaGombak.com

Thursday, June 30, 2011

"Allah" Perkataan Pertama Yang Pandai Disebut Al-Haafiz Anakku


video


Ya Allah, Engkau peliharakanlah anakku Muhammad Al-Haafiz.
Jadikanlah dia diantara insan yang vsentiasa mendapat petunjuk dari Mu.
Jadikanlah dia seorang pewaris dari pewaris
para Rasul yang sentiasa berjuang menegakkan agamaMu


Amin ya Rabbal 'Alamiin..

Friday, June 24, 2011

HT- Strength, Weakness, Opportunity or Threaten?

Risalah dua muka surat di bawah adalah risalah terbaru yang dikeluarkan oleh HT (Hizbut Tahrir). Risalah ini setiap minggu ketika solat Jumaat diedarkan di Masjid Kubang Kerian. Al membacanya hampir setiap edisi kalau Al solat di Masjid Kubang Kerian. Apa yang Al perasan, semakin hari semakin menyerlah apa yang mereka perjuangkan & semakin nampak ketidaksehaluan mereka dengan gerakan Islam yang menggunakan demokrasi sebagai kaedah untuk menegakkan Islam.

Apakah mereka suatu KEKUATAN yang boleh membantu gerakan Islam yang lain dalam perjuangan, atau ia suatu KELEMAHAN yang akan menyusahkan, atau ia satu PELUANG yang boleh digunakan, atau apakah mereka suatu ANCAMAN yang boleh menghancurkan?

Firman Allah : ( Al-Isra’ : 36)



وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولا
ً


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.






P/s: Jangan membuat spekulasi sebelum meneliti..

Sunday, June 5, 2011

Ada apa dengan X-Ray...

Suatu masa, pernah Al merawati seorang wanita dalam lingkungan 40-an. Katanya, dia kemalangan akibat brek keretanya yang tiba-tiba tak berfungsi dengan baik. Datang dengan keadaan kepalanya berdarah. Ketika merawatinya, Al buat x-ray kepalanya, nak lihat kalau-kalau ada tulang kepala yang patah atau ada bendasing dalam kepalanya.

Di bawah ni adalah gambar x-ray AP & lateral kepalanya. Cuba teka apakah dia objek putih kecil & nipis yang banyak terdapat dalam gambar x-ray ini. Tentunya anda boleh mnekanya bukan? Kalau anda berada di tempat Al pada waktu itu, agak-agaknya apa tindakan anda?





P/s: Dalam gambar x-ray diatas Al dah buang maklumat tentang pesakit seperti nama, no pendaftaran dll bagi menjaga confidentiality pesakit berkenaan.

Tuesday, May 31, 2011

Fixie oh fixie...

Sebelum ni Al tertanya-tanya kenapa anak remaja sekarang ramai yang menaiki basikal yang berwarna warni. Sangat menarik perhatian orang yang melihatnya.

Semalam ada seorang pesakit datang ke Jab. Kecemasan HUSM, luka tercalar sana-sini. Katanya kerana terjatuh basikal. Dia kata dia naik basikal fixie.

Rupanya basikal yang kian menjadi fenomena di tanah air kita tu namanya fixie. Kenapa fixie? Entah lah, ada starfnurse kt A&E kata, namanya fixie sebab dia punya gear tu dah fix, fix dengan tayar katanya. Maksudnya kalau kita naik basikal tu, kaki kita akan sentiasa mengayuh mengikut pusingan roda tanpa henti.

Bahaya jugak kalau naik basikal macam tu kan?...

p/s: teringin juga nak miliki fixie ni, hmm..mungkin lain kali je.

-al-

Wednesday, May 11, 2011

Sultan Muhammad ke-V...Allahuakbar!

Teringat lagi saat ketika baginda masih bergelar Tengku Mahkota, selalu juga kita dapat melihat baginda dengan berjubah menghadiri majlis ilmu di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Begitulah tanda cintanya baginda kepada ilmu agama. Sanggup duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan jemaah yang hadir.

Kini baginda sudahpun bergelar Sultan, Sultan Muhammad ke-5. Namun diri baginda tetap sama. Sentiasa dengan perasan rendah dirinya. Sentiasa dekat dengan rakyat jelata. Semoga Allah merahmati Sultan Kelantan yang disanjungi rakyatnya.

P/s: InsyaAllah, Al yakin Tuanku akan sentiasa dihati kami semua.

Tuesday, May 10, 2011

Ketika diri diuji...

Rahmat Ujian


Mestica


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu



P/s: Sangat menyentuh jiwa bila mendengar lagu ni. Teringat kembali saat bersama rakan-rakan dahulu menyanyikan lagu ni ketika Minggu Penghayatan Islam.



-al-

Tuesday, May 3, 2011

Catatan Ngeri Di Jabatan Kecemasan...


“Ada patient kena tikam kat perut..Jom la kalau nak ikut..” Kata Dr. Huda (bukan nama sebenar) dengan cemas sambil menuju ke pintu keluar red zone menuju ke ambulance.



Tanpa berfikir panjang aku bergegas mengikut Dr. Huda. Lagipun waktu tu tak busy sangat, dengan kata lain takde yang sedang menanti di dalam juga yang sedang menunggu diluar sana untuk dipanggil masuk.



“Kat mana tempatnya Zam?...” Tanya Dr. Huda kepada abang Zamzuri, Pembantu Pengawai Perubatan yang turut serta dalam ambulance tersebut.



“Kat tepi sekolah Chica” Katanya.



Aku dimaklumkan pada waktu itu, dah ada satu team “ambulance call” sedang menunggu di tempat kejadian di ketuai oleh Dr Zakuan (registrar A&E yang bertugas). Mungkin disebabkan mereka tak dapat kawal keadaan, mereka minta bantuan satu pasukan lagi untuk pergi membantu. Katanya ada seorang lelaki ?PSY telah menikam dirinya sendiri.



Lima minit selepas itu kami sampai ke tempat yang dimaksudkan.



Setelah turun dari ambulance, dari jauh aku dapat lihat ramai orang yang sedang mengerumuni sesuatu dalam kawasan sebuah rumah. Dicelah-celah orang yang berdiri itu aku dapati ada seorang yang dibaringkan diatas stretcher.



Menyedari kehadiran kami, orang ramai membuka laluan. Kelihatan di sana Dr. Zakuan bersama-sama pasukannya sedang memegang tangan & kaki lelaki itu yang nampaknya agak restless. Seluruh abdomennya dibalut dengan gamgee disaluti plaster.



“Pegang kuat-kuat, sorang tolong dapatkan kain bandage, ikat dia di stretcher” Arah Dr. Huda kepada team kami.



“Arifin tolong infom A&E, minta prepare red zone, prepare sedation terus” Arah Dr. Huda khusus kepadaku.



Tanpa berlengah, aku dapatkan handsetku dan call red zone A&E. Maklumkan kepada staff nurse untuk prepare. Maklumat diterima.



“Ok, jom tolak patient masuk ambulance, kita tak boleh delay lama-lama” Arah Dr. Huda lagi.



Sampai di A&E, ramai yang sedang menunggu. Daripada staff nurse hinggalah senior consultant A&E. Dari stretcher, pesakit tu dipindahkan ke salah satu bed di red zone.



“Arifin prepare branula hijau, set line...”



“Sorang tolong prepare haloperidol 10mg”



“Staff nurse tolong kat tangan & kaki dia”



“Sedate patient...Prepare fentanyl 100mcg”


Banyaknya arahan Dr. Kamil (salah seorang specialist) yang ada kat red zone masa tu.



“Cover with Rocephine 2gm, Flagyl 500mg” Tambahnya lagi.



Beberapa minit kemudian



“Somebody call surgery...Arifin tolong refer surgery...minta datang sekarang” Dr. Huda arahkan.



Sambil bertanyakan brief history berkaitan dengan pesakit daripada Dr. Zakuan, aku terus menuju ke kaunter redzone, untuk refer MO surgery yang oncall hari ni.



“Dr Aminbursa is it?...”



“Yes...” Jawabnya yang merupakan seorang foreigner.



“I’m Al-Aarifin from red zone A&E...I got one patient to refer to you urgently, patient 30 year old malay gentleman, alleged self stabbing of left side of his abdomen. Sustain stabbing wound injury with bowel content outside..currently patient in red zone...can you please come here urgently?..jelasku ringkas.



“Ok..I’m going there now..” Jawabnya.



Kembali ke bed patient, Dr. Huda arahkan untuk prepare for intubation.



“Dr. Huda..let me try intubate this patient...” Aku meminta izin daripada Dr. Huda.



“Ok...no problem”



“Staff nurse prepare etomhudate 10mg, scoline 100mg, Tracium 25mg” Arah Dr. Kamil.



Setelah semuanya bersedia, patient dah well sedated, aku mula intubate patient. Alhamdulillah vocal cordnya sangat jelas bila dimasukkan laryngoscope ke dalam mulutnya. Mudah untuk aku masukkan ETT dalam trachea patient tu.



Beberapa minit kemudian, MO surgery sampai. Abdomen patient yang berbalut dengan gamgee dibuka untuk dilihat oleh Dr. Aminbursa.



“Hmmm...gengrenous already...” Katanya setelah melihat usus yang terkeluar dari perut pesakit berkenaan sebahagiannya kelihatan sudah hitam disebabkan aliran darah yang kurang ke bahagian usus yang terkeluar itu.



Entah kenapa, Dr. Aminbursa tiba-tiba keluar dari red zone.



“Dia nak ke mana?...” Tanya Dr. Huda.



“Mungkin nak panggil registrar dia kot...” Ada seseorang mencelah.



Beberapa minit kemudian, bukan sahaja registrar surgery yang datang. Dr Ilias Sani (surgeon) sendiri pun turun sama. Teringat masa aku posting surgery dulu, Dr. Ilias masih lagi registrar, aku sangat agak rapat dengannya, orang yang sangat mesra, jarang sangat marah-marah kat housemen macam sebahagian registrar atau MO yang lain.



Sementara menunggu OT panggil, mereka ambil alih pesakit. Sementara menunggu bilik bedah panggil, usus yang terkeluar dibersihkan sebelum di masukkan kembali secara perlahan-lahan ke dalam abdomennya.



Rupa-rupanya luka di perutnya tak lah besar sangat, lebih kurang 7cm je.



“Actualy, small wound is more dangerous compared to large wound, because it can leads to strangulation then finally gangrenous” kata Dr. Aziz.



Walaubagaimanapun sepanjang berada di red zone semua vital signs stable. BP, PR & SPO2 semuanya dalam keadaan normal. Setelah keadaan dah stable aku menarik nafas lega. MO shift petang telah bersedia mengambil kes tersebut (Passover) untuk meneruskan rawatan kepada pesakit berkenaan.



Jam menunjukkan pukul 4 petang. Agak lewat, isteriku sedang menunggu di quarters, dah berjanji dengannya untuk pulang ke kampung setelah habis kerja hari ni. Aku terus menuju ke bilik mengambil beg ku.



“Saya balik dulu ye Dr. Huda...” Dr. Huda yang pada waktu itu sedang berada dalam red zone. “Ok..thank arifin...” Jawabnya.



Seperti biasa, specialist A&E kerja waktu pejabat, jadi mereka akan pulang setelah habis waktu bekerja pukul 5petang, tapi kami housemen/MO kerja shift, so waktu tamat kerja adalah pukul3 setelah habis passover.



Begitulah al-kisahnya tentang episode ku di A&E pada hari ni. Agak mencabar, tapi sangat interesting...sekali lagi membuatkan aku lebih berminat untuk menjadi pakar dalam bhudang A&E suatu masa nanti. InsyaAllah.

















Friday, April 22, 2011

Sebuah Kisah Pengajaran...

Ada sebuah kisah,


Seorang bapa dan anaknya ingin keluar bersiar dengan seekor unta kepunyaan mereka. Si anak menyuruh bapanya menaiki unta kerana merasakan perlu menghormati bapanya yang lebih tua. Jadi si anaknya berjalan beriringan dengan unta yang membawa bapanya.


Dipertengahan jalan, ada seorang menegur, “Kesian anak ini berjalan. Seharusnya si anak yang kecil ini menunggang unta. Beliau tentu keletihan”.


Si bapa yang merasa bersalah, lantas turun menyuruh anaknya pula menaiki unta itu sambil beliau pula jalan beriringan dengan unta itu.


Di pertengahan jalan berikutnya, ada seorang datang menegur, “Kesian bapamu yang tua ini dibiarkan berjalan. Seharusnya bapa mu yang tua ini menunggang unta. Beliau tentu tidak larat”


Si anak pula merasa bersalah lantas memberitahu bapanya, “Macam mana ni bapak?”


Bapanya lantas berkata, “Takpelah, kita berdua naik unta ini” Anaknya bersetuju.


Di pertengahan jalan berikutnya, ada seorang lagi datang menegur, “Ish..ish..ish…kesian unta korang naik berdua diatasnya”


Bapa dan anak tadi pun turun dan mereka berdua sepakat untuk berjalan bersama-sama dengan mengiringi unta tanpa menaikinya.


Dipertengahan jalan seterusnya, ada seorang lagi datang menegur,
“Ish..ish…ish….apa gunanya unta kalau tak dinaiki”


Bapa tadi kemudian memberitahu anaknya, “Lihatlah anakku, walau setiap apa tindakan kita, sudah tentu ada orang yang tidak bersetuju”