Daruratnya berubat, iaitu kebergantungan sembuhnya suatu penyakit pada memakan sesuatu dari barang-barang yang diharamkan itu. Dalam hal ini para ulama fiqih berbeza pendapat. Di antara mereka ada yang berpendapat, berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat memaksa seperti halnya makan.
Pendapat ini didasarkan pada sebuah hadis Nabi yang mengatakan: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang Ia haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)
Sementara mereka ada juga yang menganggap keadaan seperti itu sebagai keadaan darurat, sehingga dianggapnya berubat itu seperti makan, dengan alasan bahawa kedua-duanya itu sebagai suatu keharusan kelangsungan hidup. Dalil yang dipakai oleh golongan yang membolehkan makan haram kerana berubat yang sangat memaksakan itu, ialah hadis Nabi yang sehubungan dengan perkenan beliau untuk memakai sutera kepada Abdur-Rahman bin Auf dan az-Zubair bin Awwam kerana penyakit yang diderita oleh kedua sahabat tersebut, padahal memakai sutera pada dasarnya adalah terlarang dan diancam.
Barangkali pendapat inilah yang lebih mendekati kepada jiwa Islam yang selalu melindungi kehidupan manusia dalam seluruh perundang-undangan dan rekomendasinya.
Tetapi rukhsah (kemudahan) dalam menggunakan ubat yang haram itu harus dipenuhinya syarat-syarat sebagai berikut:
1. Terdapat bahaya yang mengancam kehidupan manusia jika tidak berubat.
2. Tidak ada ubat lain yang halal sebagai ganti ubat yang haram itu.
3. Adanya suatu pernyataan dari seorang doktor muslim yang dipercayai, baik pengetahuannyadalam bidang perubatan mahupun agamanya (i’tikad betul).
Doktor mengatakan demikian sesuai dengan apa yang mereka ketahui, daripada hasil penyelidikan mereka yang mahir daloam bidang tersebut.
No comments:
Post a Comment