Pertama-tamanya ana nak ucapkan selamat datang kepada Tok Guru ke dunia blogger. Semoga kehadiran Tok Guru bersama-sama di alam maya ini akan merancakkan lagi usaha dakwah kepada ummah. Besar harapan kami rakyat Malaysia untuk melihat blog Tok Guru sentiasa di update.
Tok Guru...
Ana sebenarnya nak minta maaf sebab ana tak dapat laksanakan permintaan Tok Guru untuk ana bacakan buku yang Tok Guru bagi kat ana hari tu bersama-sama dengan ahli jemaah setiap kali selepas solat asar sebagaimana yang ana dijanjikan dulu. Ana bukan tak mahu buatapa yang Tok Guru arahkan, tapi selepas ana meneliti huraian pengarang berkenaan dengan tajuk itu (sunnah selepas solat), kelihatannya banyak yang tidak mengikut disiplin ilmu yang di terima pakai oleh para ulamak.
Benar tajuknya "Amalan Sunnah Selepas Solat", tapi pada hemat ana, pengarang bukan bertujuaan ingin mnegajak pembacanya agar ittiba' sunnah, tapi lebih kepada membela apa yang selama ini menjadi amalan masyarakat kita walaupun ada antaranya tidak mengikut apa yang sebenarnya diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita melalui nas-nas yang sahih. Ana yakin kalau Tok Guru benar-benar membaca isi kandungannya, kemungkinan besar Tok Guru juga akan bersetuju dengan ana.
Benar tajuknya "Amalan Sunnah Selepas Solat", tapi pada hemat ana, pengarang bukan bertujuaan ingin mnegajak pembacanya agar ittiba' sunnah, tapi lebih kepada membela apa yang selama ini menjadi amalan masyarakat kita walaupun ada antaranya tidak mengikut apa yang sebenarnya diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita melalui nas-nas yang sahih. Ana yakin kalau Tok Guru benar-benar membaca isi kandungannya, kemungkinan besar Tok Guru juga akan bersetuju dengan ana.
Tok Guru...
Ana sebenarnya tahu apa maksud sebenar disebalik pesanan Tok Guru hari tu-sebarkan apa yang sebenarnya sunnah kepada masyarakat. InsyaAllah ana akan cuba untuk mempelajari apa yang sebenarnya yang menjadi sunnah selepas solat berdasarkan nas-nas yang sahih mengikut apa yang difahami oleh ulamak-ulamak yang muktabar. Nanti bila ana dah betul-betul faham, insyaAllah ana akan sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Ana harap, apa yang ana buat ni dapat membayar balik apa yang ana janjikan dulu.
Tok Guru...
Baru-baru ni Abu Anas Madani (Dr. Abdul Basit-Pondok Sungai Durian) datang ke kampus ana. Lepas bagi kuliah, Abu Anas ada edarkan satu risalah berkenaan dengan zikir-zikir selepas solat yang warid daripada Rasulullah s.a.w. Bagus sangat risalah tu. Semua zikir-zikir yang dicatatkan dalam risalah tu diambil dari nas-nas yang sahih & kebanyakannya ada disebut dalam Kitab Sifat Solat Nabi karangan al-Albani. Ana masukkan risalah tu kat bawah ni kalau-kalau Tok Guru nak tengok.
Sebenarnya sebelum ni ana ada tunjukkan buku yang Tok Guru bagi kat ana tu kepada Abu Anas. Dia kata, dia kenal pengarang buku tu. Dan sebelum ni dia pernah tegur kesilapan pengarang buku tu kerana ia kelihatan bersifat provokasi. Banyak huraian pengarang di dalam buku tersebut kelihatannya bukan untuk mengajak ummat supaya ittiba' sunnah tapi lebih kepada untuk membela apa yang selama ini menjadi amalan masyarakat di tanah air. Ana dapat rasakan (wallahu'alam) yang risalah yang dikeluarkan itupun sebenarnya adalah jawapan kepada buku yang ditulis tu.
Edisi kedua buku tu dah dikeluarkan dengan rupa yang agak berlainan. Ana perasan yang dalam buku edisi yang baru tu Tok Guru ada bagi kata-kata aluan. Sebenarnya, hari tu Abu Anas ada pesan kat ana agar jumpa Tok Guru untuk pastikan yang Tok Guru benar-benar meneliti semula buku itu sebelum Tok Guru menulis kata-kata aluan Tok Guru untuk dimasukkan dalam buku tersebut sebagaimana yang diminta oleh pengarang. Ana minta maaf sebab tak sempat nak jumpa Tok Guru masa tu. Semoga Allah memberi kita semua petunjuk dari sisinya.
Wallahu'alam.
"Evidence based Islam"
-al-
Muhd Al-Aarifin Ismail
Pelajar Perubatan Tahun 5
Universiti Sains Malaysia
Kampus Kesihatan, Kubang Kerian
0145182931
Buku yang Tok Guru bagi kat ana hari tu
Risalah yang Abu Anas Madani edarkan
Rabu / 1 April 2009 / 12.55 tengah hari / R308 DN Putera USM, The Apex University
7 comments:
salam bro, boleh ke upload versi image besar doa2 selepas solat tu.jzkk!
Bismillahirahmanirahim..
AssalamualaikumwarahmatuAllah..
Akhi..a mungkin org yg paling tak layak utk bg komen kat sini..namun..a rasa perlu utk dinilai apa yg a nak katakan di sini..a kenal akhi..dan a yakin akhi seorg yg mengkagumi tok guru..sama mcm org lain tmasuk a..sbb2nya tak perlulah a nyatakan kt sini..kita semua tahu..a yakin dgn tok guru..btl tok guru pun manusia biasa..yg akan melakukan kesalahan..tapi..antara kita dgn tok guru..ibarat langit dan bumi..cuba kita lihat dr sudut yg lain..benar ke tok guru tak teliti buku tu b4 tok guru hadiahkannya pd akhi?adakah tok guru seorg yg careless psl hal-hal agama lbh2 lagi soal akidah nie?..ataupun sebenarnya tok guru dpt merasai apa yg bakal dilalui oleh akhi..jd tok guru berpesan sesuatu lbh awal dan memberikan sesuatu utk akhi menilainya?jgn kt lupa tok guru seorg ulama'..dan ilham itu adalah anugerah dr Allah..wallahua'alam..
owh..a nk betulkan satu statement..a yakin dgn tok guru tu bkn bmaksud a meletakkan keyakinan a pd tok guru semata-mata..wow..bukan begitu..apa yg a nk nyatakn a percaya ada sebab atas tindakan tok guru tu memandangkan tok guru seorg ulama'..atau akhi boleh je abaikan apa yg a katakan jika akhi sendiri sudah meragui tok guru..yakni ulama'..
Kpd anonymous...
Kalau anonimous nak tahu kenapa Al kata tok guru mungkin tak mentelaaah apa isi kandungan sebenar buku tu & kalau nak tahu kisah sebenarnya bagaimana Tok Guru boleh hadiahkan buku pada Al, insyaAllah ukhti boleh jumpa Al..kita bincang secara hati ke hati..tak perlu nak hebah2kan dalam blog ni.
Izinkan Al tegur anonimous (maafkan Al), kalau boleh lain kali gunalah nama sendiri..nama yg diberi oleh mak ayah kita..& nama itulah yg akan diguna pakai ketika perbicaraan di padang mahsyar nanti..
Al tak rasa anonimous ni takut kalau2 org lain tahu siapa anonimous..kalau benar, kenapa nak takut dedahkan identiti sebenar kita kan?..mungkin anonimous terlepas pandang..
Ada masa, insyaAllah kita jumpa..no hp Al-0145182931
"Evidence Based Islam"
-al-
Maafkan Al..Al tak berniat nak bersikap kasar...Al benar2 mintak maaf...Al tarik balik kenyataan Al di atas.
Al terlupa pesanan al-Qur'an agar berhikmah dalam menyampaikan risalah Islam..
Maafkan Al sekali lagi.
Abang Arifin, sabar2...slow2, :) insyaAllah..semoga kita semua berada di jalan yang benar...
assalamualaikum.. untuk merungkai misteri atau tnda tny mengapa tidak saje bertanya pada tok guru atau ulama' yg lain supaya lebih jelas dn lbh fhm..
Post a Comment