Kalau dulu ramai yang menyebarkan perkhabaran di mana kiamat akan berlaku dalam masa terdekat, mereka sandarkan cerita itu kepada Ust Harun Din. Kata mereka ust Harun Din kata, plenet mengorbit dengan cara songsang dan itu menjadi tanda kiamat akan berlaku dan banyak lagi spekulasi-spekulasi yang dibuat. Akhirnya berita tersebar dalam masyarakat.
Baru-baru ni pula ramai orang menyebarkan berita, kata mereka Tok Guru Nik Aziz bermimpi Malaysia akan di landa bala sehari selepas krismas. Kata mereka lagi, tok guru meminta agar kita solat hajat agar semuanya selamat.
Subhanallah, apa nak jadi dengan masyarakat kita ni. Kenapa kita suka sangat sebarkan berita-berita bersifat provokasi ni tampa menyelidik terlebih dahulu kesahihan sumbernya. Yang lebih menyedihkan bukan orang biasa je sebarkan berita tampa asas ni, ada dikalangan mereka adalah yang bergelar ust sendiri (maaf kalau ada yang terasa).
Saya tak tahu apakah benar cerita tersebut memang datangnya dari Tok Guru Nik Aziz ataupun tidak, tapi kalau diperhatikan agak mustahil Tok Guru yang menjadi pemula kepadanya. Tak mungkin seorang tok guru yang mehami Islam membuat ramalan apa yang akan berlaku di masa hadapan dengan hanya bersumberkan mimpi, mustahil!...
Kalau lah orang-orang barat dengar cetita-cerita seumpama ini, buat malu Islam je. Macam ni ke Islam? bercakap ikut sedap hati je. Mereka yang bukan di barat mengkaji, meneliti dengan bukti-bukti saintifik, tapi kita orang-orang Islam hanya menggunakan mimpi juga akal fikiran semata-mata mendakwa yang bukan-bukan. Bila perkhabran yang diberitakan itu tak berlaku akhirnya Islam yang dipersalahkan.
Evidence Based Islam
Dalam ilmu perubatan kita diajar untuk sentiasa membuat keputusan berdasarkan evidence (bukti). Apa-apa yang kita nak praktikkan, kena ada evidence. Begitulah cermatnya kita dalam mengamalkan ilmu perubatan. Persoalannya kenapa bila kita bercakap soal yang berkaitan dengan Islam, kita tak praktikkan perkara yang sama?
Sesungguhnya agama kita tak sama dengan agama-agama lain seperti Kristian, Budha, Hindu dan lain-lain. Islam di asaskan di atas nusus (evidence) bukan sangkaan apatah lagi mimpi semata-mata. Sama-samalah kita hayati firman Allah Ta'ala dalam syrau al-Baqarah ayat 111 :
"Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar"
p/s ;: Berdisiplinlah dalam memahami Islam...
Khamis / 25 Dis 08 / R308 DN Putera, USM The Apex Univerity
No comments:
Post a Comment