Monday, December 1, 2008

14 tahun lamanya, kini ia telah berakhir...



Malam semalam (1 Disember 2008) adalah malam terakhir kuliah Kitab Sahih Bukhari Maulna Asri Yusof di Masjid Kubang Kerian. Sangat panjang perjalanannya jika dilihat dari segi tempoh masa yang diambil. Sewaktu Maulana memulakannya lebih kurang 14 tahun yang lepas, Al pada waktu itu baru berumur 10 tahun, masih budak hingusan tak tahu apa-apa.

Masih Al teringat saat-saat Al join kuliah beliau waktu Al berada ditahun dua dulu. Alhamdulillah kefahaman tentang hakikat disiplin ilmu dalam memahami agama makin Al faham. Tapi sayangnya, Al tak selalu pergi kuliah Sahih Bukhari ni, waktu tu mungkin sibuk dengan komitmen lain. Sebagaimana yang semua maklum, kuliahnya adalah pada malam Rabu, bermula selepas isya' dan biasanya tamat hampir pukul 11.

Sedih sangat bila mengenangkan yang kuliah ni dah tamat. Tak pe, walaupun kuliah Sahih Bukhari dah tamat, tapi Maulana masih meneruskan kuliah kitab-kitab hadis yang lain sebagaimana biasa. Di Masjid Langgar kita masih ada kuliah Sahih Muslim, di Masjid Muhammadi kita masih ada kuliah Sunan Abu Daud. Semoga Allah merahmati Maulana Asri atas sumbangan besar beliau kepada perkembangan ilmu hadis ditanah air tercinta.

Dikesempatan yang ada, Al nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua berkenaan dengan hadis yang terakhir sekali dalam Sahih Bukhari yang di syarah panjang lebar oleh Maulana malam semalam. Kitab (bahagian) terakhir yang ditulis Imam Bukhari adalah Kitab (bahagian) Tauhid. Hadis terakhirnya adalah sebagaimana yang sahabat-sahabat boleh lihat dibawah (klik pada gambar untuk dibesarkan)

Maksudnya:

Daripada Ahmad bin Isykab, meriwayatkan kepada kami akan Muhammad bin Fudhail, daripada 'umrah bin al-qa'qaa' daripada Abi Zur'ah daripada Abi Hurairah r.a. Berkata Nabi s.a.w :

"Dua kalimah (ayat) yang disukai akan kedua-duanya oleh Yang Maha Pemurah. Ringan (untuk diunggapkan) oleh lisan, berat pada mizan (timbangan di padang mahsyar) - Subhaanallaahi wa bihamdihii, subhaanallaahil 'azim"

Ucaplah sebanyak mungkin ucapan ini kerana ia sangat disukai oleh Allah Ta'ala.

-al- Maulana...ana sedar, ana tak sempat nak menjejaki ketinggian ilmu yang ada pada Maulana, doakan agar suatu hari nanti ana dapat didik anak-anak ana menjadi insan sehebat atau lebih hebat daripada Maulana.

Selasa / 2 Disember 2008 / 9.00 malam / R308, Nurani Putera, USM The Apex University

No comments: