Friday, October 10, 2008

Battle of the Bands 2, Should it be Battled and Banned?

Tahniah kepada pihak Majlis Penghuni Desasiswa Murni Nurani kerana sekali akan menganjurkan program bersifat hiburan kepada warga kampus sejahtera ini. Program yang cukup kontroversi yang telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak dalam kampus suatu ketika dahulu.

Battle of The Bands ke-2 yang akan diadakan pada 21 October 2008 (Selasa) nanti bakal menjadi suatu pentas untuk semua warga kampus yang "berjiwa seni" mengasah bakat yang terpendam dalam diri mereka.

Persoalan yang timbul...

1- Apakah program ini bertepatan dengan garis panduan syariat Islam? Apakah pihak penganjur dapat menjamin yang para penyanyinya tidak mendedahkan aurat (termasuk aurat suara wanita), juga ikhtilat dikalangan muslimin muslimat dijaga? Begitu juga aspek-aspek yang lain?...Jika "ya" jawapannya, insyaAllah tiada masalah untuk diteruskan & kita semua harus menyokongnya, jika "tidak" jawapannya, hentikanlah!

2- Apakah objektif program tersebut? Apa signifikan program tersebut kepada nilai keintelektualan siswa/i Universiti Apex ini? Apakah ianya menyumbang kepada hasrat universiti untuk melahirkan graduan bertaraf dunia?

3- Tidak cukup lagikah program-program bersifat hiburan diluar sana sehingga ia terpaksa dianjurkan dalam kampus kita? Jika benar nak mengasah jiwa seni dalam diri, kenapa tidak ke Akademi Fantasia? kenapa tidak ke Malaysia Idol? kenapa tidak ke Gengs Starz dan banyak lagi? Apakah kita ingin melahirkan para profesional kesihatan yang hanyut dengan dunia hiburan yang tiada kesudahannya?

4- Kenapa begitu mudah pihak pentadbiran meluluskan program seumpama itu yang sebelum ini mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, sedangkan penubuhan PMI yang disokong hampir kesemua warga kampus termasuk non-muslim masih tidak diluluskan sehingga sekarang?

Walaupun saya yakin, tulisan ini akan mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, namun kita diajar untuk "Qulilhaq, walau kaana murrah" - berkata benar walaupun ia pahit.

Harap mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab!

"Allah Matlamat Kita"

"Transforming Higher Education For a Sustaniable Tomorrow"

"Kami Memimpin"

"Bersaing Diperingkat Dunia, Komitmen Kita"

p/s : Apakah pihak mereka sudah ketandusan idea untuk memberi sumbangan kepada warga kampus Universiti Apex ini? Kadang-kadang tidak berbuat apa-apa itu lebih baik daripada berbuat sesuatu tetapi menjurus kearah kerosakan!...Maaf jika tersilap kata, terkasar bahasa.
Wallahu'alam.

Sabtu / 11 Oct 2008 / 2.55petang / R308, Nurani Putera.

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

takdan ape2 dah nampak x betul program ni, ape ke hei nye start kul 7.30mlm??