Aku bergegas untuk ke bilik seminar jabatan Psikiatrik di tingkat lima. Sampai di sana, aku bertemu dengan kawan-kawanku yang sedang duduk di luar bilik seminar.
"Siapa nak ikut saya pergi jumpa menteri besar kelantan lepas kelas nanti?" Aku bertanya beberapa orang kawanku kalau-kalau ada yang mahu ikut.
"Siapa?... Nik Aziz?..dia masuk wad ke?" Tanya Vikinesan seorang kawanku berbangsa india dengan terpinga-pinga.
"Ya..dia dekat wad 2 Timur Depan sekarang ni" Jawabku.
"Boleh ke kita pergi melawat dia?" Dia ingin mendapatkan kepastian. Viki tidak biasa dengan Menteri Besar Kelantan. Selama ini dia hanya mendengar tentang oTok Guru melalui media masa yang sentiasa memutar belitkan berita untuk kepentingan phak tertentu. Dia mungkin belum mengenali siapa sebenarnya Tok Guru sebagaimana kebanyakan rakyat negeri Kelantan mengenali beliau.
"Saya baru je balik dari jumpa dia kat bilik dia tadi, bilik 3 wad eksekutif" Jawabku dengan selamba.
Walaupun kelihatan Viki semacam tak percaya, tapi tiba-tiba dia mengengsyorkan agar aku ajak semua kawan-kawan kesana lepas kelas nanti, itu memberi gambaran yang dia punya keyakinan untuk aku membawa mereka bertemu denga Menteri Besar negeriku nanti.
Sebelum kelas bermula, aku membuat pengumuman memberitahu akan hal tersebut. Ramai yang memberi respon positif. Kelas bermula agak lewat sedikit daripada yang dijadualkan disebabkan ada masalah teknikal. Dr Zarina terpaksa menggabungkan dengan kelas kami (tahun lima) dengan kelas tahun empat, mungkin disebabkan jadual yang bertindan antara jadual kami dan jadual tahun empat.
Seperti biasa, kelas klinikal psikiatrik tak lama, pukul 3.30 mula, habis pukul 4.30 ptg. Aku sebenarnya lupa yang aku dan beberapa orang lagi kawanku kena jumpa Dr Zarina (supervisor kami) lepas kelas untuk bincang berkenaan dengan akademik sepanjang posting psikiatrik. Tapi alhamdulillah, rancangan awal untuk jumpa Tok Guru tak tergendala di sebabkan Dr Zarina tak sempat jumpa kami lepas kelas tu, mungkin Dr ada urusan lain. Katanya lain kali kami boleh jumpa dia.
Apa lagi, kesempatan yang ada tak akan aku lepaskan. Aku terus mengajak kawan-kawanku yang pada waktu itu masih berada dalam department untuk turun melawat YAB Menteri Besar Kelantan. Sampai di pindu wad eksekutif, aku minta supaya mereka tunggu di luar wad sementara aku jumpa SU sulit Tok Guru untuk bertanyakan samaada kami boleh jumpa tok guru atau tidak.
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusanku pada hari itu. Tok Guru sudi untuk jumpa kami walaupun waktu tu sudah sebenarnya dah agak lewat dan sepatutnya tok guru berehat sahaja setelah penat melayani tetamu yang hadir sejak awal pagi lagi. Pada pandanganku Tok Guru tak pernah ada masa untuk betul-betul berehat. Perkataan rehat seakan-akan tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Apa tidaknya di siang hari beliau sebagai Menteri Besar menguruskan hal ehwal berkenaan dengan pentadbiran kerajaan di Kota Darul Naim, malamnya pula sebagai beliau sebagai seorang ulamak yang mengajar ilmu agama kepada rakyatnya. Hampir setiap malam, jika tak mengajar kuliah di masjid-masjid, beliau akan ada ceramah di sana sini. Cukup padat jadual hidupnya.
"Sekarang ada orang tengah melawat Tok Guru, adik minta kawan-kawan adik tu tunggu kejap ya" Kata SU sulit Tok Guru.
"Ya, insyaAllah" jawabku.
Setelah aku beritahu yang Tok Guru sudi untuk jumpa kami semua, kawan-kawanku kelihatan ceria. Mungkin inilah kali pertama dan terakhir mereka berkesempatan untuk bersama Tok Guru Menteri Besar Kerajaan Islam Negeri Kelantan.
"Maaf ya, saya cuma nak ingatkan yang Tok Guru tak salam dengan perempuan" aku mengingatkan kawan-kawanku yang mungkin tak biasa dengan Tok Guru terumatanya kawan-kawanku yang belum Islam.
Setelah hampir 10 minit kami menunggu, semua pelawat yang sebelum itu jumpa Tok Guru keluar & kami dipanggil untuk masuk ke dalam bilik Tok Guru. Tok Guru menyambut kami dengan penuh ceria. Aku duduk diatas karpet bersama beberapa orang kawanku sementara yang lain duduk di atas kerusi-kerusi yang ada.
"Tok Guru, mereka ni semua sahabat-sahabat ana satu kelas, diaorang datang nak melawat Tok Guru" Aku mulakan bicara.
"Ya, terima kasih" Jawab Tok Guru
"Tok Guru nampak sihat sikit sekarang" aku teruskan bicara sementara kawan-kawanku masih dalam culture shock setelah berada di hadapan seorang Menteri Besar Kelantan yang kelihatannya sangat bersederhana.
"Alhamdulillah, bila buat fisio, rasa ringan dah kurang sikit. Semalam rasa berat tapi bila dah buat fisio macam yang anta tengok tadi, sekarang ni rasa ringan sikit" Jawabnya dalam loghat Kelantan.
"Doktor ada bagitahu bila Tok Guru boleh balik?" Tanyaku lagi.
"Tak pasti lagi, Dr kata mungkin esok atau lusa" Jelasnya sambil tersenyum.
Masihku ingat yang dalam sepanjang majlis itu, hanya aku seorang sahaja yang berbicara. Kawan-kawanku termasuk yang berbangsa cinese semuanya diam seribu bahasa. Daripada raut wajah mereka, nampaknya mereka seolah-olah masih lagi dalam keadaan tak percaya yang mereka sekarang bersama dengan Menteri Besar Kelantan.
Terlalu banyak input yang kami dapat sepanjang kami bersamanya. Tok Guru banyak menceritakan kepada kami tentang kerajaan negeri Kelantan & menekankan konsep amanah dalam pentadbiran. Sebelum ini mungkin kawan-kawanku yang hadir waktu itu hanya tahu tentang perkara-perkara yang negatif sahaja tentang kerajaan negeri Kelantan tapi waktu itu mereka mendengar sendiri dari Menteri Besarnya.
Setelah hampir 20 minit kami bersama beliau, tiba-tiba SU politik Tok Guru masuk dan menyatakan yang Dr Halim serta doktor-doktor satu team ingin melihat Tok Guru.
"Laa, doktor nak round ke?" bisik hatiku.
"Oklah tok guru, kami mintak diri dulu ya..erm..sebelum tu, boleh tak Tok Guru bagi sedikit nasihat kepada kami semua?". Aku meminta supaya Tok Guru memberikan sedikit pesanan sebelum berpisah.
Dengan ringkas, Tok Guru berpesan agar kami jadi manusia yang bertakwa kepada Allah. Katanya lagi, segala nikmat yang diberikan olehNya bukan percuma, semuanya akan dipersoalkan. Umur yang diberikan, kemana dihabiskan. Harta yang diamanahkan, kemana dibelanjakan. Jasad yang kurniakan, apa yang usahakan. Tenaga yang dibekalkan, apa yang dilakukan. Itu antara intipati pesanan Tok Guru kepada kami.
Selepas itu kami meminta diri untuk memberi laluan kepada Dr Halim dan teamnya melawat Tok Guru.
"Arifin..ambil gambar dengan Tok Guru!" Seorang kawanku mengingatkan aku yang dah terlupa tentangnya.
"Tok Guru, boleh tak kalau kami nak ambil gambar bersama Tok Guru?" aku meminta izin Tok Guru
"InsyAllah xde masalah" jawab Tok Guru.
Aku berikan kameraku kepada Abg Ali (jurufoto Tok Guru) yang pada waktu itu tak bawak kameranya bersama. Tok Guru berada diatas kerusi, kami semua berdiri dibelakangnya.
"Abang pastikan tak bergerak ya" Aku ingatkan abg Mat Ali yang kamerekaku sensitif kepada getaran.
"InsyAllah" jawabnya yang mungkin tak biasa dengan kamera murah seperti kamera kepunyaanku.
Setelah gambar diambil, Abg Ali minta supaya diberinya soft copy gambar yang diambil untuk simpanannya sebagai juru foto Tok Guru. Setelah semuanya selesai, kami meminta diri daripada Tok Guru. Setelah bersalam-salaman dengan Tok Guru kami semua melangkah kaki kami keluar daripada bilik Tok Guru.
"Tok Guru, kami semua ni tahun akhir, nanti kami nak exam akhir bulan 4 tahun depan. Tok Guru doakan kami ya..." Aku mengambil kesempatan.
"InsyAllah" Jawab Tok Guru.
"Terima kasih Tok Guru, insyaAllah kalau ada masa lagi, ana datang melawat Tok Guru lagi esok insyAllah" Itulah kata-kata terakhir yang aku ucapkan kepada Tok Guru. Aku teringin untuk sekali lagi menemani Tok Guru untuk ke bilik fisio pada esok hari.
Bersambung...
Ahad / 2 November 2008 / 8.00 malam / R308, Nurani Putera, USM The Apex University
2 comments:
salam..sedara, mana sambungan seterusnya
Maaf sebab xde sambungan dalam blog ni..kalau nak tahu sambungan, datang jumpa Al kt bilik (R308 DN putera) atau kat mana2..hubungi Al dulu kalau nak jumpa...0145182931.
Evidence based Islam!...
p/s: Allah mengajar kita akan mendatangkan bukti jika kita yakin kita berada dalam kebenaran.
Post a Comment