Friday, November 28, 2008

Bersolat ditepi lelaki pelik lagi memelikkan...

“Allahu’akbar” aku bertakbir untuk memulakan solat sebaik sahaja ust Sobri, imam solat jumaah pada hari ni bertakbir.

Aku bersyukur kerana hari ni ana berkesempatan untuk berada di saf paling hadapan, betul-betul di belakang imam walaupun aku sampai agak lewat sikit hari ke masjid Kubang Kerian.
Sebaik sahaja Ust Sobri memulakan bacaan al-Fatihah, tiba-tiba aku terasa semacam ada orang menolak bahu kiriku dari belakang, seolah-olah ingin memintak ruang untuk berada disisiku disaf itu.

“Apahal dia ni?” aku berbicara dalam hati, tak mungkin dia tolak aku sebab nak masuk saf depan memandangkan saf pada waktu itu dah rapat sangat.

Tolakannya agak kuat menyebabkan aku terpaksa memberi laluan kepadanya dengan berganjak sedikit kekanan. Terkejut aku dibuatnya, lelaki muda berbaju merah itu bukan nak masuk saf, tapi dia terus menuju ke ust sobri yang pada ketika itu sedang membaca surah al-Fatihah.

Lagi terkejut bila aku perasan yang lelaki tersebut membawa keris bersama-samanya. Keris berkenaan lalu dibuka sarungnya lantas lelaki pelik tu letakkannya betul-betul ditempat sujud imam. Diletakkanya keris itu melintang bersama-sama dengan sarungnya diatas sejadah putih imam.

"Sungguhnya pelik kelakuan lelaki ni" Aku kehairanan.

Ust Sobri yang pada awalnya membaca dengan nada yang perlahan sebagaimana biasa, tiba-tiba meninggikan suara bacaannya. Belum pernah rasanya aku mendengar ust membaca al-Qur’an dengan nada setinggi itu.

Kadar denyutan jantungku mula tachycardic, aku dapat rasakan palpitation. Apa tidaknya, selepas sahaja diletakkannya keris dihadapan ust, lelaki muda yang tinggi lampai itu cuba untuk masuk ke saf dan memulaka solatnya betul-betul di sebelah kiriku.

Masalah besar ni, apa lagi agaknya dia nak buat lepas ni?” Aku mula berfikir tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Solatku dah tak khusyuk lagi bila memikirkan tindakan pelik lelaki berkenaan.

Lepas ust baca al-Fatihah, ust memulakan bacaan surah al-Jumaah. Aku mula membaca surah al-Fatihah, tapi agak terganggu dengan suara bacaan al-Fatihah si lelaki tadi. Dia membacanya dengan kuat. Mungkin jemaah yang berada di saf ke lima di belakang juga mendengarnya tantaran bacaannya begitu kuat. Aku yakin, Ust Sobri yang berada dihadapan juga terganggu.

Selepas membaca al-Fatihah, si lelaki tadi bertakbir dengan suara yang kuat beberpa kali sebelum membaca satu bacaan pelik yang aku tak faham, yang pasti bacaan tu bukan dari bahasa arab, bunyinya macam bahasa siam.

Perasaan takut dalam hati hanya Allah yang tahu. Aku takut kalau-kalau lepas solat nanti dia terus menuju mengambil keris tadi lalu serangnya mana-mana ahli jemaah ataupun diapa-apakan ust sobri sendiri. Aku yakin, ketakutan itu juga dikongsi oleh semua yang menyedari kehadiran lelaki pelik tu.

Entah kenapa surah al-Jumaah yang dibaca ust hari ni ku rasakan lebih pendek berbanding biasa. Lepas ust takbir untuk ruku’ dia mengikutinya, begitu juga i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud sehinggalah bangun untuk rakaat kedua. Dia mengikut sahaja, Cuma bacaannya untuk setiap rukun itu dibacanya dengan suara yang kuat dan adakalanya melebihi 3 kali.

Rakaat kedua berlalu tampa sebarang perkara pelik dilakukannya. Sehinggalah ust sobri berpaling ke kanan dan kiri untuk memberi salam. Sejurus selepas memberi salam, ust terus mengambil keris yang berada dihadapannya, dimasukkan keris ke dalam sarungya. Lelaki pelik itu kelihatannya nak bangun untuk mengambil kembali keris kepunyuaannya itu , namun ust bertindak meletakkan keris terbabit dibawah tempahnya duduk, dan ust terus berzikir. Lelaki pelik tu duduk kembali, kelihatan semacam tak senang duduk.

Kali ni ust tak berzikir panjang seperti biasa. Terus dibacanya doa, sambil diaminkan oleh makmum dibelakang. Lelaki tu turut mengangkat tangan, tetapi tak mengaminkannya. Terkadang tangannya dijatuhkan kepaha seolah-oleh menunjukkan tanda protesnya kepada ust.

“Apa agaknya nak dilakukan olehnya lepas ni?” Aku berbica di dalam hati.

Selepas habis membaca doa, ust terus bangun sambil berpaling kebelakang, mencari-cari siapa lelaki pelik tu. Lelaki berjambang, berbaju merah dan tinggi lampai itu terus menuju kehadapan. Ust menghalangnya daripada mengambil keris berkenaan. Bilal masjid kubang kerian bertindak pantas dengan mengambil keris tadi, lalu cepat-cepat dibawanya masuk ke bilik imam. Jemaah yang menyedari kehadiran lelaki pelik tu terus mengurumuninya.

“Bawak dia keluar” seorang ahli jemaah bersuara. Lalu dia terus dipegang dan dibawa oleh jemaah keluar daripada masjid.

Lelaki pelik tu tidak berkata apa-apa, mungkin dia menyedari yang dirinya tak mampu melawan.

Pada waktu itu aku berdiri tercengang, tak tahu apa yang patutku lakukan. Selepas lelaki tu dibawa keluar, ramai ahli jemaah menuju kearah ust mungkin untuk bertanyakan siapa lelaki pelik tadi dan apa yang berlaku sebenarnya.

Bila melihat ramai irang datang untuk bersalam-salaman dengan ust, aku menuju kearah ust. Tak sempat nak berbual dengan ust, aku terus berundur untuk menunaikan solat sunat ba’diyyah... TAMMAT

-al- Ya Allah aku bersyukur kepadaMu kerana tiada apa-apa yang tk diingin berlaku.

Jumaat / 28 Nov 2008 / 8.00 malam / R308 DN Putera, The Apex University.

6 comments:

saffmukmin said...

itula psl..ana solat kat msjd demit.balik2 ayah ana cerito psl laki ni.siap bwk keris tu..kalu xkeno gaya, kalau lah sultan ada hari tu,mmg akan kena marah la pihak pngrsn msjd..yg pasti lps ni mmg kt semua kn sentiasa berwaspada setiap masa..

tajudin said...

tuan, cerita berlaku di masjid mana ni? & kenapa?

Alhamdulilah semua selamat, harap tak berulang.

tajudin said...

tuan, cerita berlaku di masjid mana ni? & kenapa?

Alhamdulilah semua selamat, harap tak berulang.

Anonymous said...

dude.. so what happened after that? citer tak habes laa.. haih..

Anonymous said...

Salam Al.
'Seram' jugak baca kisah tu... A. Lan bayangkan bagaimana kalau lelaki tadi tak letakkan keris depan ustaz, tapi dia tikam dan lari... Ya Allah... Jauhkanlah tragedi seperti ini daripada berlaku. Sepatutnya para bilal dan mereka yang di saf hadapan (Al pun terlibat kot...) terus halang lelaki tu dengan merampas kerisnya...rasanya perlu hentikan solat sementara... (kena tanya ustaz ni!) Heeii bertmbah-tambahlah 'seram'nya...

Ibnu Saif said...

SalaM Akh... HiHIHI..... pastu ape jadi?? ape motif sedara tu bawa keris??

Aiseemen.... xde penghabisan... kalo2 ade sambungan bgtau K... nak tau gak pehal pakcik tu g bawa keris pastu letak depan imam...

HuHu... Klah Akhi...