Thursday, April 2, 2009

Aku sedih...

Aku sedih...
Bila aku katakan yang Allah itu diatas langit, bersemayam arash sebagaimana yang disebutkan sendiri oleh Allah Jalla wa 'ala didalam kitabNya, mereka kata aku berfahaman mujassimah yang sesat.

Aku sedih...
Bila aku contohi Rasulullah yang tidak menjadikan amalan kebiasaan baginda berwirid & berdoa ramai-ramai selepas solat, mereka kata aku pengikut Wahabi yang menyeleweng.

Aku sedih...
Bila aku katakan yang Rasulullah tidak pernah menyuruh kita menyambut kelahiran baginda, mereka kata aku pengikut Salafi yang tergelincir.

Aku sedih...
Bila aku berpendapat yang hujjah Imam Mazhab lain lebih kuat berbanding dengan hujjah Imam Mazhab kita dalam bab sunatnya doa qunut ketika solat subuh, mereka katakan aku tidak berakhlak dengan Imam as-Syafie.

Aku sedih...
Bila aku katakan yang sahabat-sahabat Rasulullah tak pernah mengadakan majlis tahlil selepas kematian, mereka mengherdik aku & megatakan yang aku tak layak bercakap isu agama kerana aku bukan ust.

Aku sedih...
Banyak lagi perkara yang menyedihkan yang aku terpaksa tempuhi selama ini.

Aku sedih...
Sedih bukan kerana kecewa dengan tuduhan-tuduhan mereka. Tetapi aku sedih kerana aku gagal memberikan kefahaman kepada mereka sebagaimana Rasulullah memberi kefahaman kepada para sahabat baginda. Kenapa, kenapa & kenapa aku gagal?...di mana silapnya?

Ya Allah...
Aku yang tahu Rasulmu pernah berpesan:
"...hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku & sunnah para khulafa' ar-raasyidiin yang diberi hidayah, gigitlah ia dengan gigi geraham kamu"

Sehingga sekarang, aku dapat rasakan yang aku masih gagal untuk mengajak mereka agar sama-sama menghayati pesanan Rasulmu itu.

Ya Allah...
Aku tahu yang RasulMu pernah bersabda:

"Islam bermula dengan ganjil dan akan kembali ganjil...'
Ya Allah...hanya satu yang kupinta dariMu,
Engkau masukkanlah aku, mak ayahku , kaum kerabatku, guru-guruku & sahabat-sahabatku dalam golongan mereka yang RasulMu sifatkan sebagai ganjil itu ya Allah. Aku teringin sangat melihat mereka faham sebelum aku meninggalkan dunia yang fana ini ya Allah. Kabulkanlah permohonanku ini. Hanya Engkau yang mampu membuka hati-hati mereka. Aku memohon agar Engkau pertemukan kami semua di dalam syurgamu.

Amin ya Rabbal 'alamiin...

Jumaat / 3 April 2009 / 1200 pg / R308, DN Putera, USM The Apex Univesity.

13 comments:

lan said...

cantik sungguh bro! nak share dengan rakan2 boleh? jzkk

kamil said...

kadang-kadang kita kena belajar menerima, bukan sekadar memberi sahaja...

fikir2kan....

Al Madudi said...

la tahzan...

Anonymous said...

Ustaz Nik (tasawuf) pun ada berkata bahwa jawapan yg diberikan oleh ulama' tasawuf yg PALING A'LIM atau tsiqah SEKALIPUN bila ditanya akan hal2 Zat Allah, maka jawapannya ialah:

"Aku tak tahu"...

so fikir2kan jawapan atau pendapat kita yg JAHIL ni lagilah...

Allah sahaja yg bagi faham.. manusia sekali2 tak kan MAMPU memberi kefahaman kepada manusia yg LAIN even seribu satu usaha dibuat melainkan dengan Izin Allah..

so x usah la kita sibuk dengan pendapat kita yg sememangnya LEMAH dan SEPASTINYA tidak sehaluan dengan orang lain...

WALLAHUA'LAM...

Al said...

Isu di mana Allah bukan isu baru. Bila kita kata Allah itu di langit, pendapat itu adalah sama sebagaimana difahami oleh generasi salaf. Demikian Allah & Rasulnya khabarkan kepada kita, demikianlah kita nenerimanya.

Telitilah nas-nas & ikuti apa yg di fahami oleh generasi salafussoleh dalam mehahami isu ini.

Ini isu asas bukan isu khilaf. Apa pendapat imam Syafie & imam2 mazhab yang lain tentang isu ini?...kenapa dalam bab ni tak mahu ikut imam mazhab?..

Apakah kita lebih hebat dari imam dalam memahami isu ini atau Apakah kita ingin bersikap tidak "berakhlak" dengan para imam?..

Semoga Allah memberi kita taufiq dan hidayah dari sisiNya.

"Evidence based Islam"

-al-

Anonymous said...

salam dr al
sy tak byk ilmu tp sy faham apa yg dr al rasa.tp rasanya lebih better kita belajar memahami atau lebih saintifiknya "toleransi"
macam tahlil tuh, tuk guru pun tahu takde hadith nabi tp beliau tak pnah melarang buat tahlil sbb itu satu usaha org hidup kpd org dah mati(sampai atau tak hanya ALLAH s.w.t je tau)...gituh jgk dgn sambutan maulud. sekurang2nya bila ada maulud ni adalah org yg menghayati sirah nabi.maaf kalu pandangan sy ni silap

Al said...

kpd suadara anonimous...dalam Islam semua mengakui suatu kaedah:
Perkara yg melibatkan ibadah semuanya haram untuk dilakukan kcuali ada dalil yang mensyariatkannya.

Kalau nak tahu penjelsan yg penuh..datang jumpa saya kt bilik, R308 DN putera, 0145182931. Saya tak kata saya pandai sgt dalam bidang agama, tapi insyaAllah kita bncang bersama, semoga dgn perbncangan yg dilakukan dpt sedikit sebanyak membuka minda kita yg selama ini tidak terdedah dgn pandangan2 yg lbih sahih...wallahu'alam.

lan said...

selayaknya ibadah hendaklah bersandaran sunnah nabi, jika nabi ada buat, maka kita buat jugalah, tapi if nabi tak lakukan, kenapa pula kita harus lebih pandai nak buat? kalau kita leh simplekan ibadah dari segi ini, memang islam itu mudah dan tak menjadi satu agama yg seolah2 turutan saje

walla'alam.

pengemis_ilmu said...

Maaf saudara al...sy rasa sy tak selayaknya berbincang dgn saudara al.actually, pndgn sy sama je ngn saudara al...cuma cara sy berbeza.Sy tidak mudah utk meletakkan perkataan "haram" itu.Bagi sy, selagi tidak membabitkan kerosakan akidah...sy tidak akan sesekali mengharamkan perkara tersebut. Sambutan maulid nabi s.w.t hnya skdr sambutan tahunan.Sy tak rasa ia sbgai ibadah.Cuma bila kita berselawat n buat makan gulai(silaturrahim)...itulah yg jadi ibadahnya.Maaf, sy cuma berharap agar saudara al lebih sedih kpd perkara yg jelas haramnya spt hari valentine n april fool.

Al said...

Kpd saudara/i pengemis_ilmu..pertama2nya terima kasih atas kunjungn saudara/i ke blog Al yg tak seberapa ni..

Berkenaan dgn soal velentine/april fool..sya juga sgt tidak bersetju kalau ianya dilakukn oleh masyarakat..perkara itu tak ada perselisiahn lg tentang haramnya..mungkin saudara/i tak tahu apa yg pernah kami lakukan suatu waktu kami masih di tahun 2 @3..(sewaktu Al bersama sahabat2 berada dlm kerohanian batch).

Berkenaan dgn sambutn maulidurrasul..Al rasa Al tak patut jelaskan dlm ruangan yg sudah tentu sgt terbatas ini..penjelasannya sgt panjang..kalau saudara/i ada masa, insyaAllah kita blh setkan masa untuk jumpa dan bncang bersama..

Hubungi Al bila2 masa & di mana jua..insyaAllah kalau ada maa terluang, kita jumpa. 0145182931, al_aarifin@yahoo.com

-al-

Anonymous said...

Salaam,

Apabila kita berilmu maka kita juga berakhlak.

Anonymous said...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

(Surah An-Nahl Ayat 125)

Anonymous said...

Salam Bro.Al dan semua pengunjung blog ini.
Untuk rantapan diri ini dan semua.
Nabi SAW tidak bercakap 'Ikut suka aku' tapi berpandu kepada wahyu.
Setiap perbuatan hendak-lah berpandukan kepada Sunnah dan AlQuran.
Apabila Allah dan Rasul-nya telah menetapkan sesuatu maka tidak bolih lagi mendengar pandangan mau pun pendapat sesiapa pun.
Firman Allah dalam AlQuran "Hari ini Aku (Allah) telah menyempurnakan Ugama kamu buat kamu. menyempurnakan Nikmat Ku kepada mu dan Islam menjadi Ugama resmi mu".
Hadith Nabi SAW yg bermaksud "Aku tinggal kpd mu dua, ia-itu Al Quran dan Sunnah ku. Kamu tidak akan sesat selama2-nya selagimana kamu berpegang pada-nya".
Allah knows best.