Monday, April 6, 2009

Masih ramai lagi rupanya ghuraba' di zaman sekarang...

Beberapa hari ni, jiwaku agak terganggu dengan banyak persoalan yang merungsingkan hatiku. Semuanya berpunca daripada persoalan aqidah yang cukup asas, iaitu "di mana Allah?". Sebak di dada bila mengenangkan ada di kalangan ummat termasuk sahabat-sahabatku sendiri mengeluarkan jawapan yang pelbagai apabila menjawab persoalan ini. Ada yang kata Allah Ta'ala itu ada di mana-mana, ada yang cuba mentakwil maksud sebalik nas-nas tentang Allah itu di atas langit bersemayam di arash dan macam-macam lagi jawapan yang barangkali belum pernah ku dengari sebelum ini. Isu "di mana Allah" itu adalah isu asas yang sepatutnya diketahui oleh semua ummat Islam tak kira siapa mereka.

Kalau seorang hamba perempuan di zaman Rasulullah boleh jawab dengan tepat bila ditanya di mana Allah, apa lagi kita yang berpendidikan tinggi ini. Dalam bab ini, jelas sekali bahawa generasi salafussoleh memahami khakikat yang Allah itu di atas langit, bersemayam di arash sebagaimana dijelaskan dalam banyak ayat al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih.

Kepiluan hatiku terubat...
Tadi aku sempat solat asar di Masjid Pulau Melaka (masjid Tok Guru Nik Aziz). Hajat di hati ingin bertemu dengan Tok Guru untuk bertanyakan beliau berkenaan dengan masalah ini. Barangkali hatiku boleh terubat dengan pandangan serta nasihat Tok Guru yang telahku anggap sebagai mentorku selama ini. Namun apa yang menyedihkan, aku tak berjaya berjumpa dengannya hari ni. Tok Guru sekarang berada di Perak atas urusan pilihanraya agaknya.

Selepas solat, aku sempat berborak dengan 2 orang adik yang belajar di sekolah Tok Guru (Maahad Darul Anuar). Umur mereka masih muda barang kali baru ditingkatan 2 atau 3. Selepas bertakruf secara ringkas, aku bertanya mereka :
"Adik, kalau adik ditanya, di mana Allah, apa yang adik akan jawab?" Soalku kepada mereka berdua.

Salah seorang daripada mereka lantas mengangkat tangan dengan menunjukkan ke arah siling masjid, kemudian dia menjawab "Allah berada di atas (langit)"

"Kalau ada orang mendakwa yang Allah itu berada di mana-mana, adik setuju tak?" Aku terus mengujinya.

Sambil tangannya memegang poket seluarnya disebelah kanannya, dia menjawab tampa ragu-ragu "Saya tak setuju, sebab kalau Allah berada di mana-mana maksudnya Allah juga berada dalam poket seluar saya ni"

"Ya, betul tu dik kalau Allah itu berada di mana-mana maksudnya Allah juga berada di dalam tandas betul tak?" Sambungku menandakan aku berpuas hati dengan jawapannya. Mereka berdua mengangguk tanda setuju. Dalam fikiranku aku tertanya kenapa dia tunjuk kearah poketnya &kenapa tidak ke arah lain. Mungkin sebelum ni, gurunya yang telah mengajar tentang persoalan yang sama telah menggunakan analogi sebegitu. Aku hanya mengagak.

"Dalam ayat al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih jelas menceritakan yang Allah itu berada di langit bersemayam di arash & para sahabat-sahabat, tabi'in serta tabi' tabi'in menerimanya tampa banyak soal. Itulah aqidah imam-imam mazhab yang di sepakati oleh mereka yang terkemudian tentang kesarjanaan ilmu yang ada pada mereka" Aku membuat kesimpulan tentang apa yang diperbincangkan kemudian aku meminta izin untuk mengundur diri.

Mengenangkan apa yang berlaku, teringat aku akan kisah seorang hamba perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam apabila Rasulullah bertanyakan soalan yang sama kepadanya "Di manakah Allah?". Sambil menunjuk tangannya ke atas, dia itu lantas menjawab "Allah itu di atas langit".

Alhamdulillah, aku sepatutnya tidak lagi bersedih kerana kini aku tahu yang sebenarnya masih ramai ghuraba' di zaman sekarang. "Ya Allah, engkau masukkanlah aku, mak ayahku, kaum kerabatku, guru-guruku serta sahabat-sahabatku dalam golongan ghuraba' itu ya Allah".

-al-

http://www.al-aarifin.blogspot.com/

Sabtu / 4 April 2008 / 6.00 ptg / R308, DN Putera

3 comments:

Abi Jibril al_Kusinjiy said...

SALAM SYEIKH..
BAIK ENTA BERTAUBAT. AKU BARU BUKAK ENTA PUNYA BLOG.. KESIAN ADIK2 ENTA. TAK PASAL2 JADI WAHABI MACAM ENTA. KALAULAH ALLAH ITU ADA BERTEMPAT, SAMALAH ENTA MENYAMAKAN ALLAH MACAM AMNUSIA SEDANGKAN JELAS DALAM AL-QUR'AN ALLAH ITU TIDAK SERPA APAPUN "LAISA KAMITSLIHI SYAII'II".. BERISTIGFARLAH SYEIKH..

Anonymous said...

alhamdulillah. Allah beri nikmat islam, iman dan ilmu. jgn jemu mencari kebenaran. kalau kita ikhlas, Allah akan tunjukkan jalan untuk beri kefahaman tentang agamaNya, inshaAllah. abaikan bisikan2 yang menghasut kita dari mengtauhidkan Allah pada sifat2Nya.

semoga kita tergolong dalam golongan 1 daripada 73 golongan yang mengikut sunnah Rasulullah dan sahabat2 baginda (dalam akidah).ameen.

Anonymous said...

kepada al-Kusinjiy ..

bukankah telah ditulis ...

"Dalam ayat al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih jelas menceritakan yang Allah itu berada di langit bersemayam di arash & para sahabat-sahabat, tabi'in serta tabi' tabi'in menerimanya tampa banyak soal. Itulah aqidah imam-imam mazhab yang di sepakati oleh mereka yang terkemudian tentang kesarjanaan ilmu yang ada pada mereka"

terima tanpa banyak soal ... tentang kaifiatnya, caranya WaAllahua'lam ... itulah pegangan salafus soleh dan imam-imam mazhab tanpa mentakwil dan memikirkan tentang kaifiatnya ... jadi tang mana yang Wahabi tu ?

kalau Allah kata istiwa', maka sifat itu sesuai dengan kebesaranNya tanpa perlu kita bayangkan macam mana istiwa' itu ... yang jd mslh kalau dibayangkan istiwa' itu sama seperti sifat makhluk, lalu ditakwil kepada makna lain tanpa ada dalil sahih ...