Dalam keadaan stress terutamanya bila berhadapan dengan musim exam, biasanya waktu-waktu seumpama inilah idea datang mencurah-curah. Idea yang kadang-kadang sangat hebat. Oleh yang demikian perlu diambil kesempatan ini untuk menggunakan idea-idea tersebut sebaiknya.
Untuk kali ini Al terfikir nak buat satu projek peribadi jangka panjang. Apa yang Al maksudkan adalah mengarang buku. Buku yang berkisar tentang dakwah khusus untuk semua profesional kesihatan.
Buku Manual Dakwah Untuk Profesional Kesihatan Islam
Sasaran?
Untuk diri sendiri & jika sesuai boleh juga di kongsi bersama dengan semua yang individu yang terlibat secara langsung dengan pesakit samaada doktor, jururawat, fisioterapis, siswa/i perubatan, siswa/i jururawat dan sebagainya.
Rasional?
1-Waktu sakit adalah antara waktu yang paling berkesan untuk berdakwah. Oleh itu, kita kena gunakan sepenuhnya peluang ini untuk berdakwah, mengajak mereka kembali kepada Allah Ta’ala.
2-Menyedarkan golongan sasaran tentang kewajipan, kepentingan, kelebihan berdakwah (bukan secara khusus berbincang tentang fiqh perubatan)
3-Membetulkan para pesakit khususnya dari konteks aqidah dan ibadah.
4- Dan sebagainya
Manhaj penulisan?
Bersumberkan nas-nas al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih. Merujuk kepada ulasan atau pandangan para ulama yang tsiqah lagi muktabar.
Kandungan?
Antara isi kandungan buku tersebut adalah sebagaimana berikut
1- Kewajiban berdakwah bagi profesional kesihatan.
2- Kelebihan serta peluang profesional kesihatan sebagai pendakwah berkesan.
3- Motivasi daripada Allah dan Rasul berkenaan dengan pesakit.
(himpunan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis untuk dihafal oleh profesioanal kesihatan sebagai bekalan untuk berdakwah kepada para pesakit)
4- Himpunan doa-doa berkaitan dengan pesakit yang disebut dalam al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih.
5-Dan lain-lain lagi.
Tempoh siap?
Sebagaimana yang Al bagitahu, ia adalah projek peribadi berskala jangka panjang. InsyaAllah kita akan buat sikit-sikit bila ada kesempatan.
Harapan?
Hanya satu tujuan, untuk menjadikan diri Al sendiri sebagai salah seorang profesioanal kesihatan yang sedar akan tanggungjawabnya berdakwah serta mempunyai kemahiran berdakwah kepada ummah.
p/s; Idea, pandangan serta kritikan membina sangat-sangat Al harapkan untuk memastikan apa yang akan dilakukan ini membuahkan hasil yang baik untuk Islam.
"Allah Matlamatku...bukan harta, takhta juga wanita!"
Isnin / 17 November 2008 / 2.00 pg / R308, Nurani Putera, USM The Apex University
1 comment:
Kak Han sokong 200%! Moga berjaya hendaknya Al....
Post a Comment