Rahmat Addullah...
Siapa sebenar dirimu? Masihku teringat akan saat ketika diriku bersama rakan-rakanku ke Acheh suatu masa dahulu, sebelum kepulangan kami ke tanah air, ada seorang teman di sana menghadiahkan daku sebuah buku. "Pilar-pilar Asasi" tajuknya.

Seperti biasa, aku cukup suka bila aku dihadiahkan buku. Dengan buku aku mengenal siapa diriku, dengannya juga aku mengenal siapa Tuhanku. Namun aku keliru, cukup keliru pada waktu itu, kenapa dia menghadiahkan daku buku karanganmu. Sedangkan aku tidak pernah kenal siapa dirimu.
Rahmat Addullah...
Semalam aku ke al-ahkam.net, di sana ada hebahan tentang satu filem. "Sang Murabbi, Mencari Spirit Yang Hilang" itu tajuknya. Di sana di masukkan banner yang punya wajahmu. Aku terus teringat akan buku yang dihadiahkan yang masih tersimpan di atas rak bukuku. Memang benar sangkaanku, dikaulah yang dimaksudkan sang murabbi itu.
Rahmat Addullah...
Inginku mengenali siapa dirimu...
Khamis / 19 Nov 2008 / 2.05 pg / R308, DN Putera, USM The Apex University
2 comments:
salam~
nak tmpg tya,
mana boleh dapatkan buku pilar2 asasi ye?
syukran~
Wallahu'alam, Al pun kurang pasti...Al dpt drp seorg teman ketika Al buat elektif di acheh bebrapa tahun yg lepas..kalau nak pinjam, bgtahu Al..nanti Al blh pinjamkan..
"Hidup keranaNya"
-al-
0179743297
al_aarifin@yahoo.com
Post a Comment