Thursday, May 15, 2008

Buat sahabatku...

Assalaamualaikum...

Kepada sahabatku yang ku sayangi,

Apabila aku menerima panggilan darimu, aku turut merasa susah hati kerana nasib yang menimpamu. Selama 6 minggu kita tempuhi posting ni bersama, tapi akhirnya ini yang berlaku. Walaupun aku sendiri tak pasti samaada aku lulus atau tidak, namun sekurang-kurangnya nasibku mungkin lebih baik sedikit daripadamu. Mungkin benar kata seorang abang final year "medic bergantung pada nasib, kadang-kadang faktor doktor itu no satu, knowledge itu no dua".

Sahabatku,
Masih aku teringat akan kata-katamu,

"Hari ini hari terakhir kita 4th year, tapi hari ni juga aku tahu yang aku fail exam" itu luahan hatimu kepadaku.

Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan, waktu itu aku teringat akan situasi yang sama aku lalui dalam exam posting ortho, hari pertamaku exam klinikal aku gagal. Dr suruh aku kembali pada hari seterusnya. Sekali lagi aku gagal. Apakan daya, mungkin aku memang tak layak untuk lulus.

Sahabatku,
Biasanya kalau aku dalam kesusahan aku selalu ingat akan firman Tuhan:

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (juga) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" al-Baqarah, 216

Sahabatku,
sekali lagi aku ingin berpesan, tabahkan hatimu. Yakinlah yang disana mesti ada hikmahnya di sebalik apa yang terjadi. Ketahuilah yang diriku sentiasa bersamamu.

P/s: Allah menyayangimu!.

-al-

No comments: