Actualy tujuan utama Kembara Ukhuwwah kali ni adalah untuk ke Masjid Kristal, Masjid yang cukup kontroversi kerana dimaklumkan pembinaannya bukan untuk tujuan untuk penduduk sekitarnya solat, tetapi hanya untuk tujuan pelancongan. Walaubagaimanapun bagi al, kita tak ada autoriti untuk menyamakan Masjid Kristal ni dengan Majid Dhirar yang diarahkan supaya dibakar oleh Rasulullah kerana di bina atas tujuan untuk memecah belahkan ummat pada ketika itu. Oleh yang demikian, seharusnya kita berperanan untuk menghidupkan Masjid yang telah dibina bukan hanya memburuk-burukkan pembinaannya. Jadi, kalau dah pergi melawat Masjid Kristal tu, kita kenalah bagi penghormatan kepadanya sebagaimana penghormatan diberikan kepada masjid-masjid lain iaitu dengan mengerjakan solat tahiyyatul Masjid.
Selain ke Masjid Kristal, al dan sahabat-sahabat juga pergi ke Muzium Negri Terangganu. Dulu Al dah pergi sebenarnya (masa darjah enam). Tak banyak perubahan yang dilakukan. Walaubagaimanapun kami tak sempat nak pusing-pusing muzium tu secara keseluruhannya sebab terlalu luas. Sayangnya sebab tak boleh ambik gambar waktu dalam muzium. Yang paling menarik adalah baru bersurat. Batu yang menjadi bukti bagaimana Islam sampai ke tanah Melayu seketika dahulu. Terlintas di fikiran bagaimana mujahadahnya para pendakwah Islam di zaman dahulu berjuang hanya untuk satu tujuan iaitu menyampaikan risalah dakwah kepada kita semua. Tampa mereka, tak tahulah apa nasib kita sekarang. Betapa besarnya jasa mereka kepada ummat Islam di Malaysia kekarang.
Selain muzium, Al dan sahabat juga sempat ke rumah abang Hadi, rumahnya terletak di Rawai, dekat Bukit Payung. Actualy, abg Hadi akan adakan kenduri kawin jumaat depan, waktu tu kami tak pasti samaada boleh pergi ke tak ke rumah abg Hadi. Itu sebabnya kitaorang ambil keputusan untuk ke rumahnya, takut-takut tak ada kesempatan untuk ke sana Jumaat depan. Selamat pengantin baru al ucapkan kepada abg Hadi dan Isteri tercinta. Tak sangka abg Hadi dah nak kawin sekarang. Doa-doakanlah al juga ye.
Malam tu kami tidur di Masjid Rusila. Sebenarnya hajat dihati nak jumpa Tok Guru Haji Hadi pagi lepas kuliah subuh, ada perkara yang al nak bincang dengan Tok Guru, tapi malang nasib kami bila Tok Guru takde di Rumahnya hari tu sebab berada di KL atas urusan sidang dewan rakyat. Pagi keesokan harinya kami ke Pasar Payang. Tak ada yang menarik, semuanya sama macam Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Sebelum pulang kami sempat ke Universiti Darul Iman Terengganu. Singgah kejap di sana sebelum bertolak pulang.
Pengembaraan yang cukup bermakna bagi al. Selain menjalin ukhuwwah sesama kami. Banyak pengalaman yang kami perolehi. Semoga perjalanan kami dua hari sltu malam tu mendapat keberkatan daripada Allah Ta'ala.
Oklah, rasanya setakat ni dulu, kalau ada kesempatan, al tulis lagi.
Wallauhua'lam.
-al-
2.00ptg
26 Mei 2008
R308
Gambar di Taman Tamadun Islam.
Ni gambar al ambik masa al berada di Palestin untuk sertai perjuang-pejuang Hamas menentang Israel. (real tak?, sebenarnya ia salah satu drp monumen yang dibuat menyerupai Dorm of Rock di Palestin)
Gambar kami bersama-sama dengan abg Hadi dan keluarganya. Harap-harap kami dapat ke rumah lagi Jumaat depan untuk kenduri kawinnya. InsyaAllah.
Haa, gambar ni al ambil masa malam al dan sahabt ke Kedai Gelas Besar Terengganu. Besar tak gelas abang ni? sebenarnya saiz ni bukan saiz yang paling besar. Ada lagi yang lepbih besar drp ni, saiz baling, harganya RM 7.00 satu gelas.
No comments:
Post a Comment