Tuesday, May 20, 2008

Tun Keluar UMNO!

Dua tiga hari yang lepas kita dikejutkan dengan satu isu yang menggemarkan seluruh negara. Isu Tun Doktor Mahathir keluar UMNO. Al tak mahu komen isu ini dari sudut politik kepartian semata-mata. Mungkin kita tak layak nak beri pandangan kerana ia bukan bidang kita semua.

Cuma, al nak mengajak sahabat-sahabat semua supaya melihat isu ini secara menyeluruh. Bukan sekadar melihatnya dengan pandangan kita sebagai seorang yang berbangsa melayu, tapi melihat isu ini sebagai seorang yang Melayu Islam. Masa depan melayu penting untuk di perjuangkan, namun masa depan Islam itu yang mestilah di utamakan. Walaupun parti yang memperjuangkan Islam semakin di terima masyarakat, namun perpecahan yang berlaku dalam UMNO sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada masa depan Islam ditanah air. Sama ada kesan itu baik atau buruk, itu al tak nak komen.

Kepada Tun, kami sebagai rakyat biasa kurang mengerti apa tujuan Tun isytihar keluar daripada UMNO. Apakah ia sebagai reaksi kurang senang Tun terhadap isu konspirasi kehakiman yang sedang hangat diperbincangkan di seluruh dunia sekarang. Kalaulah sekiranya Tun tak bersalah dalam kes tersebut, rasanya Tun tak perlulah panik. Kalau Tun dizamili oleh golongan pemerintah di dunia ini sebagaimana Dato' Seri Anuar Ibrahim dizalimi suatu ketika dahulu, katahuilah yang Tun akan menerima pengadilan seadil-adilnya bila berada di mahkamah Allah di padang Mahsyar nanti.

Kalau Tun benar, insyaAllah Allah akan bersama-sama Tun. Kalau benar Tun pernah melakukan kesilapan, sama-samalah kita bertaubat kepadanya. Biarlah kita dihukum di dunia yang bersifat sementara ini asalkan kita tak dihukum di akhirat yang siksaannya jauh lebih memeritkan.

"Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar"

Menanti zohor
-al-
21 Mei 2008
01.15 petang
R308

No comments: