Thursday, June 19, 2008
Alhamdulillah...Sama-sama kita teruskan perjuangan di tahun 5.
Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya. Hari Khamis yang lepas keputusan exam remedial keluar, untuk posting orthiopedic, Al dan sahabat-sahabat semuanya lulus. Pagi Khamis kami exam, petang tu terus keluar result. Asalnya takut juga nak tengok result, sebab Dr Ismail (penyelaras posting) kata markah lulus untuk MCQ adalah 65 %. Tinggi tu. Tapi Alhamdulillah semuanya lulus. Tak tahu la markah sebenar kami sampai tak 65% tu. Apa-apapun terima kasih Al ucapkan kepada Dr Ismail dan Doktor-doktor jabatan orthipedic kerana memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami berada dalam posting tersebut. Tak lupa juga Doktor Eskandar (supervisor Al) sebab banyak memberi tunjuk ajar dan motivasi kepada Al. Jazakallah Dr.
al- Perjuangan belum selesai!
Ahad I 22 Jun 08 I R308 I cuti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment