Monday, June 9, 2008

Bagaimana nak minjimatkan minyak motor (Teknik Al)


Berikut adalah beberapa teknik yang saya namakan Teknik Al (sesuai dengan nama orang yang memperkenalkannya) bagi menjimatkan penggunaan minyak. Teknik Al adalah merupakan teknik "evidenve-based" iaitu mengikut teori fizik & biologi. Harap teknik ini boleh di munafaatkan oleh kita semua untuk menjimatkan minyak. InsyaAllah ia dapat membantu mengurangkan kos minyak kita dalam rangka untuk kita lakukan kerja-kerja Islam.

Bebelum memandu
1- Isi minyak di waktu pagi, sebelum matahari panaskan bumi (seeloknya sebelum pukul 8 pagi). Ia memberi kelebihan dari segi kuantiti sebab minyak pada waktu tersebut ketumpatannya lebiyh tinggi berbanding pada waktu tengah hari atau petang.
2- Kurangkan kekerapan mengisi minyak. Maksudnya, kalau nak isi minyak, pastikan isi penuh tangki. Ini bagi mengurangkan jumlah minyak yang hilang akibat proses pengewapan sewaktu kita mengisi minyak dengan mengurangkan jumlah masa penutup tangki minyak yang dibuka.
3- Kepada motosikal yang mempunyai besi penghalang dalam tangki minyaknya (biasanya moto EX5 ada), kalau boleh buang besi tersebut. Ini juga bagi mengurangkan jumlah minyak yang terwap keudara sebelum memasuki tangki minyak.
4- Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta/ motosikal yang panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Jangan panaskan enjen melebihi 30 saat, ia bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak. Maklumat ini diperolehi daripada persatuan pengguna pulau pinang
sewaktu memandu
1- Elakkan tekan minyak dengan kuat kecuali jika perlu. Sepanjang perjalanan , tekan minyak sekadar yang diperlukan.
2- Tekan klas (bagi kereta) atau gear (untuk motosikal-tekan separuh) sewaktu minyak kereta atau motor itu tidak di tekan. Biar kereta atau motor bergerak laju tampa ada daya geseran dalam enjen. Ini jelas akan menjimatkan minyak. Awas - Pastikan keselamatan dijaga, kerana ia akan bergerak lebih laju.
2- Jangan tekan minyak kecuali bila perlu. Contoh keadaan, jika sekiranya kereta/ motor kita sedang bergerak menuju ke trafic light "merah", tekan minyak dengan kadar yang seminimum yang boleh, targetnya biar kereka berhenti sendiri secara perlahan-lahan tampa kita tekan brek dengan kuat. Oleh itu, kalau dah nampak lampu kt depan merah, jangan bazirkan penggunaan minyak dengan menekan minyak dengan kuat. Awas - Lalukan teknik ini jika sekiranya tiada kereta dibelakng yang mengikuti kereta kita.
3- Kurangkan penggunaan brek seminimum yang boleh. Bila kereta dah bergerak laju, jangan tekan brek kecuali bila perlu. Apa yang kita perhatikan, perkara ini biasa berlaku kepada pemandu muslimat. Ia disebabkan mereka terlalu mengambil langkah untuk berhati-hati.
4- Bila nak naik bukit, dapatkan momentum yang tinggi dengan menggunakan gear 4/5 ketika berada dibawah bukit lagi. Kurangkan penggunaan gear 1/2, guna jika perlu sahaja kerana gear rendah lebih banyak menggunakan minyak.
5- Kalau boleh, rancang perjalanan terlebih dahulu. Jalan yang lebih dekat, tak jam & rata mestilah diutamakan.
6- Bila berhenti, matikan enjen terutama bila menunggu seseoarang. Kalau lampu trafic light baru je merah & ia memakan masa yang lama untuk hijau, disyorkan supaya dimatikan dahulu enjen buat seketika sebelum lampu hijau. tapi teknik ini masih kontroversi, hehehe. Ataupun kalau line clear, jangan berhenti terus di trafic light walaupun merah. Risikonya tanggung sendiri ya!.
7-Cara yang paling berkesan untuk menjimatkan penggunaan minyak kereta adalah dengan menukar kereta kepada basikal. Tapi mengikut perkiraan, kosnya agak sama sebab bila kayuh basikan tenaga yang lebih dipelukan. Kalau nakkan tenaga kita kena makan nasi. Nasi di tanak daripada beras. Beraspun sekarang dah naik Oleh itu kos untuk berbasikalpun dah naik sekarang. hehehe....
Wallahu'alam.
Mengntuk study bab fracture!
-al-
Selasa I 10 Jun 2008 I R308



No comments: