Sunday, June 22, 2008

Surat daripada DIRIKU kepada DIRIKU..

Semalam waktu al tengah buat kerja sikit, Al terperasan satu surat yang Al taip pada malam Al exam Pro 2 dulu (masa tahun 3). Surat tu Al tulis ditujukn kepada diri Al sendiri (pada masa hadapan). Teringat semula suasana malam yang Al tulis surat tu, esoknya Al & sahabat-sahabat exam klinikal. Perasaan takut dalam hati tak boleh bayangkan dengan perkataan. Ingat lagi yang malam tu dengan keadaan menangis Al hantar mesej kepada adik-adik tahun 2 supaya mereka study betul-betul untuk pro-2, jangan jadi macam Al tak prepare betul-betul terutamanya untuk exam klinikal.

Sebenarnya dah banyak surat yang Al tulis untuk diri Al sendiri pada masa hadapan. Surat tersebut kebanyakannya ditulis sewaktu Al dalam keadaan penuh getir, tertekan, kesedihan dan sebagainya. Pernah satu kali Al tulis surat waktu Al camping di satu Kem waktu Al masuk pengakap dulu. Waktu tu Al tingkatan 2. Surat tu Al tanam di tepi tapak khemah Al dalam tin milo. Dalam surat tu, Al ada nyatakan harapan berkenaan dengan Pentarafan Pengakap Raja. Bertahun berlalu, harapan untuk menjadi seorang pengakap Raja tercapai waktu Al tingkatan 6. Sehingga sekarang, surat tersebut masih lagi tertanam di kem tersebut. Tak tahu masih ada lagi atau tidak disana. Biarlah ia terus bersemadi selama-lamanya disana.

Al- Surat-surat untuk masa depan tu mengingatkan semula Al akan waktu-waktu yang "terrible" tu.


Daripada dirimu Al-aarifin
Isnin 14 Mei 2007
2.11pm
Di bilik R108

Akhi, apa khabar anta sekarang?...harap-harap sihat
ana tak pasti apa yang sedang anta buat sekarang, tapi yang pentingnya ana nak ceritakan keadaan anta waktu ana menulis surat ni.

Tadi ana exam MEQ, soalannya susah sangat. Rasanya MEQ tadi adalah MEQ yang paling susah sejak kita exam fasa 2. Ana tak pasti macam mana resultnya nanti

Akhi, Lebih kurang 8 jam lagi ana akan exam OSPE, Alhamdulillah tadi Sobri dapatkan *****, Ana tak tahu apalah yang ana buat selama dua tahun ni. Kenapa tak tumpu study betul-betul. Akhi, tentunya anta ingat lagi yang anta takut sangat dengan exam klinikal esok. Kalau anta nak tahu ana sekrang ni hanya mampu berdoa kepada Allah apa yang akan terjadi nanti.

Akhi, tentu anta dah tahu apa result PRO2 kan? Ana tak tahu apa nak cakap kat anta. Kalau anta lulus, Alhamdulillah, tapi akhi, anta jangan sesekali lupa yang segala-galanya daripada Allah. Kita hanya mampu berusaha tapi Allha yang tentukannya.

Tentu seronokkan bila dah lepas klinikal? nak sangat ana tahu macam mana anta hadapi klinikal. Kes apa anta?..ana harap sangat kalau ianya kes senang bagi kita.

Akhi, kalau anta Berjaya, jangan sesekali anta lupakan Allah, jangan nak kufuri nikmat yang Allah bagi. Anta Berjaya bukan sebab anta pandai sangat, tapi segala-galanya daripada Allah. anta kena sentiasa ingat yang anta selalu berdoa dengan bersungguh untuk lulus dalam exam Pro2 ni. Sampai menangis-nangis depan Allah.

Ingatlah yang exam pro ni hanya exam yang kecil je. Klinikal yang anta takutka-takutkan dulu hanya ujian yang kecik je. Anta takut sangat dengan examiner. Akhi di padang mahsyar nanti examinernya bukannya doctor tapi Allah Ta’ala. Di sana nanti examnya akan di buat di hadapan semua manusia. Disaksiakan oleh malaikat-malaikat. Insaflah anta, selalah bersyukur kepada Allah. Dia yang berkuasa atas selagala-gala perkara.

Ana rasa setakat ni je nasihat ana kat nat, doakan kejayaan ana.

1 comment:

Anonymous said...

salam..
al, bler ak terbaca surat ko ni, teringat ak masa waktu xam pro 2 dlu..masa tgh gelabah sesangat nk xam klinikal..masa tu al da abes xam klinikal..bnyak gler ak x ready masatu..pastu al nasihat ak supaya x gelabah+doakan ak jugak..pastu dh rezeki, msuk yg ak redy jer.alhamdulillah..tmer kasih kat al jugak..=)