Wednesday, June 18, 2008

Surat Kepada Pengarah Kampus

Prof Dato’ Dr Mafauzi Mohamed
Pengarah Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia

Tuan,
Memohon Untuk Mendapatkan Senarai Nama Ahli PSP yang Tidak Mendapat Tempat di Desasiswa.

Merujuk kepada perkara diatas, pihak Persatuan Sains Perubatan(PSP) ingin memohon kepada pihak universiti untuk mendapatkan senarai akhir nama-nama ahli kami yang tidak dapat tempat di desasiswa untuk sesi 2008/09.

2. Dalam mesyuarat bersama-sama dengan pihak BHEPP & Penggawa Desasiswa yang lepas, BPHEEP telah bersetuju menngeluarkan nama-nama pelajar yang tidak mendapat tempat di desa untuk semester hadapan selepas tarikh 13 Jun 2008 (tarikh senarai nama diserahkan kepada pihak bendahari untuk urusan yuran desasiswa). Walaubagaimanapun sehingga kini pihak BHEPP enggan memberikan senarai tersebut kepada kami tanpa sebarang alasan yang konkrit.

3. Pihak persatuan memerlukan senarai tersebut untuk memastikan kebajikan mereka yang tidak mendapat tempat didesa dipelihara. Antaranya memberi peringatan kepada ahli PSP yang berkenaan sebelum sesi baru bermula. Ini penting begi memastikan mereka benar-benar bersedia terutama dari sudut penginapan sebelum mereka datang semula ke kampus.

4. Dengan itu kami benar-benar berharap agar pihak tuan menimbangkan permohonan kami untuk mendapatkan senarai akhir nama-nama ahli PSP yang tidak mendapat tempat di desasiswa supaya mereka lebih bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran semester depan.

Kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

“Kami Memimpin”

“Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara”



Yang benar


__________________
Muhd Al-Aarifin bin Ismail
Yang Di Pertua
Persatuan Sains perubatan
Universiti Sains malaysia
017-9743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin@yahoo.com

No comments: