Tuesday, June 3, 2008

Isu Penginapan - Very Important and Very Urgent

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalaamualaikum...

Kepada semua sisw/i Perubatan USM Kubang Kerian,

Untuk pengetahun semua, pagi tadi kami pimpinan persatuan & MPP baru sahaja bermesyuarat dengan HEP. Agenda utama adalah berkaitan dengan isu penginapan. Terlalu banyak perkara yang dibincangkan, rasanya tak sempat untuk dibentangkan dalam blog ni, cuma apa yang paling penting yang memerlukan tindakan segera adalah kepada sesiapa yang GAGAL mendapat tempat didesa untuk sesi akan datang (setelah disemak dalam website healthycampus), sahabat2 semua masih mempunyai harapan. Apa yang perlu dibuat adalah hantar SURAT RAYUAN SECARA PERIBADI kepada pihak HEP dengan kadar yang segera. Kalau boleh serahkan bersama bukti-bukti (sama ada berbentuk sijil, surat sokongan dan sebagainya) jika perlu. Kalau takdepun tak apa, yang penting hantar dulu. Hantar kepada HEP SEBELUM @ PADA 9 Jun 2008. Senarai akhir akan dibuat sebelum ianya dihantar ke pihak bendahari pada 13 Jun 2008 (untuk urusan yuran & sebagainya).

Kalau perlukan sokongan pimpinan persatuan, bagitahu kami. InsyaAllah kalau perlu kami boleh buat surat sokongan menyatakan yang anda terlibat dengan mana2 program @ persatuandalam kampus, dapatkan pengesahan daripada penasihat persatuan (untuk dikepilkan sekali dengan surat rayuan anda).

Laporan penuh tentang apa yang dibincangkan dengan HEP & DESA pagi tadi insyaAllah akan saya tulis malam ni (jika ada kesempatan n jika difikirkan perlu). Apa yang penting sekarang, pastikan sahabat2 yang tak dapat menginap didesa tahu akan perkara ni. Sebar2kan!..

"4JJl ghoyatuna"

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara"

-al-
Persatuan Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia
0179743297
al_aarifin@...
www.al-aarifin.blogspot.com

No comments: