Semalam Al sempat ronda-ronda Kota Bharu, tujuan utamanya adalah untuk isi minyak motor (penuhkan tangki). Bukan apa, selepas je dengar berita yang mengatakan minyak akan naik selepas pukul 12.00 malam Al buat keputusan untuk pergi isi minya cepat-cepat sebelum terlambat.
Terkejut juga raanya bila fikirkan yang sebenarnya bukan kita sorang je fikir macam tu, berpuluh-puluh ribu rakyat Kelantan yang lain pun fikir perkara yang sama. Menyebabkan jalan raya penuh sesak. Semua stesen minyak dipenuhi kerata & motosikal samapai tak bergerak disebabkan terlalu sesak.
Apa-apapun sebenarnya Al tak ada lah rasa risau sangat bila harga minyak naik. InsyaAllah berbekalkan duit JPA yang masih berbaki, rasanya masih mampu lagi untuk mengisi minyak walaupun harganya sekarang dah naik melambung. Sebanrnya apa yang Al lebih bimbangkan adalah rakyat yang miskin. Apalah nasib mereka nanti. Kehidupan mereka tentunya akan menjadi lebih susah selepas ni. Kesian mereka.
Satu lagi, Al bukan risau sangat bila memikirkan harga minyak sekarang. Apa yang Al lebih risaukan adalah masa depan. Al bukan memikirkan tentang harga minyak yang kemungkinan akan naik lagi, tapi jauh daripada itu lagi. Iaitu apabila simpanan minyak sudah habis. Al tertanya-tanya, sekarang ni kenapa semua orang tak fikir berkenaan dengan perkara itu?. Bayangkan sekarang ni ada kereta, kalau minyak naikpun kita masih boleh mampu menggerakkan kereta walauoun dengan harga minyak yang lebih tinggi. Bayangkan suatu hari nanti, bukan masalah harga yang difikirkan, masalahnya adalah minyak itu sendiri dah habis.
Kemanalah Al nak buang motor Al tu?...
Gambar
Kesesakan lalulintas ki Kota Bharu disebabkan semua nak ambil kesempatan untuk mengisi minyak penuh tangki sebelum harganya naik pukul 12 malam. Gambar di bawah tu adalah gambar motor Al. Tengak isi minyak.
-al-
5 Jun 2008 I 12.40 pm I R308
No comments:
Post a Comment