Beberapa hari yang lepas bila tengok TV, tertarik sangat dengan satu iklan, iklan daripada NST. Bila diteliti betul-betul iklan tu, seakan-akan tarafnya sama macam iklan-iklan Petronas. Setiap aspeks dijaga rapi supaya ia nampak 'real'.
Mungkin ada yang belum tengok agaknya. Kisahnya lebih kurang macam ni. Ada sekumpulan pelajar yang nakal naik bas awam yang mungkin waktu itu dalam perjalanan pulang daripada sekolah. Mereka duduk di belakang sekali. Depan mereka ada 2 orang pelajar seorang Melayu & seorang lagi pelajar india. Waktu tu mereka temgah baca NST.
Menyedari yang mereka tengah baca NST, kawan-kawan mereka yang nakal itu mengejek-ngejek mereka, kata salah seoarang daripada pelajar nakal tadi "Dia baca surat kabar orang putih...kita orang Malaysia, bacalah surat kabar Malaysia" kata-katanya disambut gelak ketawa rakan-rakan yang lain.
Tiba-tiba, bas berhenti. Seorang pelancung wanita mat saleh tiba-tiba naik bas tu. Terus menuju ke bahagian tempat duduk belakang untuk bertanyakan pelajar sekolah tadi di mana national monumen. Pelajar-pelajar nakal tadi nampaknya kebingunan sebab tak faham apa yang di cakap oelh pelancung tadi.
"Mungkin dia tengah cari rumah mak maimun kot" kata seorang daripada mereka. "Takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah mak maimun" jawab yang lain. Dengan rasa penuh yakin salah seorang daripada mereka mengungkapkan satu skrip yang sangat kelakar, katanya "You go straight, don't belok-belok...don't belok-belok".
Melihat keadaan pelancung yang kebingunan sebab tak faham, pelajar Melayu yang sedang baca NST tadi menyampuk. Katanya "Miss, I can help you, if you wana go to National Monumen, you go straight and you'll find a sign board. Then follow the sign board". Sekarang pelancung tadi tersenyum sebab dah faham lantas mengucapkan terima kasih kepada pelajar tadi.
Dia kemudiannya berpaling kebelakang, mengadap wakan-kawan yang nakal tu. Katanya "Lain kali bacalah NST, nanti mudah dapat kerja".
Begitulah lebih kurang sinario yang digambarkan oleh iklan tersebut. Bagi saya, iklan ini banyak memberikan seribu satu pengajaran kepada kita semua. Hakikatnya, kita seharusnya mengusasai bahasa ini bukan semata-mata kerana peluang untuk mendapat kerja semata-mata. Jauh lebih penting daripada itu adalah untuk kita menyebar-luaskan dakwah islamiyyah. Mustahil untuk kita mengajak mereka kepada Islam sedangkan kita tidak menguasai bahasa mereka dengan baik.
Mungkin ada yang kurang setuju dengan tindakan kerajaan mewajibkan pembelajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Tentunya idea tersebut mempunyai pro & kontranya yang tersendiri. Semuanya telah dikaji & diteliti samaada oleh pihak kerjaan mahupun pihak pembangkang. Namun apa yang penting, kita seharusnya tidak menafikan kepentingan untuk kita sama-samamengusainya.
Wallaahu'alam..
p/s: InsyaAllah sekarang ni Al dah cuba untuk membiasankan diri untuk membaca NST, setiap hari. Semoga dipermudahkan.
Menanti zohor!
-al-
7 Jun 08 I 1.00pm I R308
No comments:
Post a Comment