Monday, August 25, 2008

Disaat Jantungku Tachycardic...

"Aku ni dah rakaat ketiga atau keempat?" tanya diriku dalam hati sewaktu bangun daripada sujud salah satu rakaat dalam solat zohor bebrapa hai yang lepas. Masa tu aku betul-betul lupa, betul-betul lupa. Rasanya macam dah rakaat keempat, tapi bila difikir-fikirkan, bila masa pula aku berada dalam rakaat ketiga?. Jantung dah mula menunjukkan tanda-tanda tachycardia, kelenjar peluh dah semakin aktif mengeluarkan rembesannya.

"Takpe, jangan panik" kataku dalam hati pada diri sendiri. Aku kena tenang, fikir secara analitikal. Ya, sekarang aku yakin yang sekarang ni rakaat keempat, So, sekarang tak perlu bangun, terus duduk tahiyyat akhir. Incase kalau ada makmum yang dibelakang kelihatan nak bangun daripada sujud atau mereka sebut subhanallah, aku akan untuk bangun kerana itu menandakan yang aku silap.

Ya, aku akan teruskan dengan keputusanku, sekarang ni dah rakaat ke empat. Tak perasan pula kat belakang ada makmum yang cuba untuk bangun berdiri daripada sujud. "Sekarang dah yakin yang memang benar sekarang dirakaat keempat" Hatiku terus berbicara. Selepas salam diucapkan kiri dan kanan, aku berpaling melihat makmum, mungkin ada yang ingin menegurku kalau aku solat tak cukup rakaat. Tapi masing-masing buat macam tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun hatiku rasa kurang selesa dengan keadaan itu, tapi aku tidak menghiraukannya dan aku terus berzikir.

Lebih kurang seminit selepas itu, kedengaran makmum (foreigner) dibelakang berbual-bual sesama mereka. Lantas aku berpaling kepada mereka.

"You have not completed all 4 rakaah" Ujarnya

"Are you sure" terusku bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Yes, I'm sure" tegasnya.

"Kita sambung satu rakaat lagi" al bagitahu semua makmum yang sedang berzikir dibelakang. Semua ikut bagi menyambung satu lagi rakaat, rupa-rupanya merekapun sebenarnya ragu-ragu dengan bilangan rakaat solat waktu tu. Cuma mungkin disebabkan mereka tak yakin, mereka ikut je apa yang aku buat. Selesai satu rakaat, sebelum salam, aku sejud sahwi & semua ikut.

Aku confuse samaada tindakanku tu betul atau tidak, sebab keadaan tu tak pernah berlaku kepada diriku sebelum ni. Selepas solat ba'diyyah, Al terus mesej ustaz Marzuk, Ust Nasim & Ust Kamaruzzaman untuk mendapatkan penjelasan sama ada solatku serta makmum tadi sah atau tidak. Lagipun dah lama betul aku tinggalkan feqah dah lupa apa yang perluku lakukan jika perkara seumpama itu berlaku.

"Ok betul" reply ustaz Marzuk.

"Ya (sah)" jawab ustaz Nasim pula

"Betul, sah solat anta & makmum" Itu jawapan daripada ust Kamaruzzaman.

Alhamdulillah, syukur padanya. Tindakanku itu betul. Banyak pengajaran yang aku dapat daripadanya. Semoga ia tidak lagi berulang dimasa-maa yang akan datang. Wallahu'alam.

p/s : Moral of the story - Make sure, concentrate (khusyuk & khudu') in every solah. Don't let our brain thinking other things while we are praying!

Selasa / 26 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera USMKK

3 comments:

Anonymous said...

Kih kih kih... banyajk sangat yang difikirkan kot Al! Tak pe... itu satu pengalaman yang akan terpahat dalam sejarah seumur hidup. Percayalah... Ia satu pelajaran...macam tulah jugak lekatnya case-case clinical yang akan Al hadapi.

Good luck!

Anonymous said...

masa masa kecik2, tok guru ana kata lepas bercakap dah kira tok leh sambung dah, kena semayang 4 rakaat balik, jadi lepas baca post ni, dah tambah satu ilmu lagi
jazakallah

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

akhi al..ana pun baru tau yang kita boleh sambung balik solat kita yang tak cukup selepas kita salam....satu ilmu baru.....jazakallah khaira jaza'