Kepada hicom dan exco-exco PSP sidang 2007/08, Al ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini. Bagi Al, sahabat-sahabat semua memang patut dipuji atas kesungguhan selama ini menggerakkan persatuan ini. Di kala semua warga melihat jawatan dalam PSP tidak lebih daripada hanya suatu bebanan, sahabat-sahabat semua sanggup menerima amanah itu demi kepentingan siswa/i PPSP yang lain. Al yakin yang sahabat-sahabat semua ikhlas menerima jawatan bukan kerana 'mata merit' (waktu itu tiada siapapun yang pedulikan mata merit) atau kerana kepentingan yang lain. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua.
Ucapan terima kasih juga Al ucapkan kepada Prof Abd Aziz (dekan PPSP), Prof Madya Abd Rahman Noor (TDA) serta kakitangan Pejabat Akademik PPSP yang banyak memberi sokongan serta bantuan kepada pihak PSP selama ini. Begitu juga kepada Dr Wan Hazabah (penasihat PSP), kepada En Hafiz, En. Zul serta staf-staf HEP yang lain atas sokongan, cadangan, nasihat dan sebagainya yang diberikan kepada pimpina PSP sidang yang lepas. Semoga hubungan yang akrab antara pimpinan PSP dengan pihak pejabat akademik, pihak HEP terus dipelihara untuk sesi-sesi seterusnya.
Di kesempatan ini juga Al juga ingin memohon ribuan kemaafan kepada hicom, exco-exco sesi lepas serta ahli PSP keseluruhannya, kiranya terdapat sebarang kesilapan & kelemahan selama mana Al jadi YDP sesi 2007/08. Mungkin ada yang terasa hati terutamanya ketika kita bermesyuarat. Sesungguhnya Al sangat mengharapkan keampunan daripada sahabat-sahabat semua atas segala kesilapan itu. Amanah dipikul selama ini tentunya akan di bicarakan di mahkamah Allah Rabbul Jalil suatu hari nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap dikalangan kamu akan di persoalkan tentang apa yang dipimpin"
"4JJl Matlamat Kami"
Mantan Yang Di Pertua
Persatuan Sains Perubatan (2007/08)
Jumaat / 8 Ogos 2008 / R308, Nurani USMKK
1 comment:
Salam..semoga Allah swt snts merahmati Al..dh la busy dgn belajar..wani tak tahu plak yg Al ni YDP persatuan..mm..bgs nya jd mcm Al.reti membahagikan masa..jeles gk ni..tp wani respek sebenarnya sbb wani msh lg tak pandai dalam time management.syabas Al ,wani ucapkan sebab berjaya menjalankan tugas..
Post a Comment