Saturday, August 16, 2008

Amalan Khusus Malam Nisfu Sya'ban - Sahih atau Palsu?

Ramai yang bertanya apa yang perlu kita kita buat malam nisfu Sya'ban. Ada juga yang hantar mesej menyarankan supaya di baca surah Yaasin sebanyak 3 kali, setiap kali Yaasin diikuti dengan niat yang berbeza.

Apakah ia suatu sunnah?

Al bukanlah orang yang layak memberi hukum sama ada sunnah atau tidak, namun sehingga kini tiada satu nas sahihpun yang Al ketemui selama membaca tulisan-tulisan pakar-pakar yang fakih dalam ilmuan Islam.

Kalau ada yang mesej atau call Al untuk bertanyakan pendapat berkenaan dengan amalan khusus yang dilakukan pada malam nisfu Sya'ban dengan beri'tiqad ia mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu, terus terang Al katakan yang ianya adalah suatu amalan yang tidak punyai asas dalam agama. Atau dengan bahasa yang kasar, ia suatu amalan Bid'ah yang perlu kita hindari.

Mungkin ia suatu pandangan yang agak keras, namun bukankah kita diajar supaya berkata benar walaupun ia suatu yang pahit?

Apa kata Yusof al-Qaradawi berkenaan dengan masalah ini?
"Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah".
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Wallahu'alam!...

-al- Evidence based Islam

Sabtu / 16 Ogos 2008 / R308 USMkk

2 comments:

Anonymous said...

bid'ah ye baca yaasin 3 kali mlm nisfu syaaban saudara al?

Anonymous said...

Ya...amalan yang dibuat secara khusus pada malam nisfu Sya'ban dengan beri'tiqad mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu, ianya adalah bid'ah tanpa ragu lagi berdasarkan perbahasan para ulamak yang tsiqah dengan ilmunya.

Wallahu'alam.