Wednesday, August 13, 2008

Doa Yang Sahih Sebelum Salam!

Clik pada gambar untuk dibesarkan


Kali ni Al nak kongsi dengan semua sahabat satu hadis yang sahih berkenaan dengan doa sebelum kita ucapkan salam setiap kali kita solat. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya. Al mintak maaf sebab terpaksa letakkan gambar yang diambil daripada kitab tersebut (dengan kamera) sebab takde perisian alphabet arab untuk ditaip secara manual.

Suatu hari Abi Bakar as-Siddiq r.a. meminta supaya Rasulullah mengajarkannya satu doa supaya beliau boleh membacanya dalam solat, baginda menjawab, bacalah (rujuk matan hadis yang bergaris di atas):

'Allahumma inni zolamtu nafsii zulman kasiira, walaa yaghfiruzzunuuba illaa anta, faghfirlii maghfiratan min 'indika war hamnii, innaka antalghafuurur rahiim'


Maksudnya :

Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang begitu banyak, dan tidak ada yang dapat mengampunkan melainkan engkau, maka ampunkanlah aku dengan keampunan daripada sisiMu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Mengampun lagi Maha Mengasihani"


Imam Bukhari meletakkan hadis ini dibawah bab 'Berdoa Sebelum Salam', perbahasan kenapa sebelum salam itu rasanya tak perlu untuk Al terangkan disini. Wallahua'lam.

'Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat'

-al- Hadis ni adalah hadis yang sahih. Jadikanlah ia suatu amalan kita sebelum kita lafazkan salam setiap kali kita solat. Al harap ada munafaat bagi sahabat-sahabat semua.


Rabu / 13 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera USM

No comments: