Friday, August 15, 2008

Matanya buta, tapi hatinya siapa yang tahu?

Semalam aku tidur lewat, walaupun masih lagi bercuti, tapi aku punya perancangan tersendiri pada pagi esok harinya. Memikirkan risiko untuk tidak bangun subuh berjemaah, aku ambil keputusan untuk tidur di surau Nurani. InsyaAllah pagi esoknya aku akan dikejutkan oleh sahabat yang datang ke surau untuk solat subuh. Pukul 6.50 pagi, waktu itu laungan azan mengegarkan tympanic membrane telingaku lantas mengejutkan aku daripada terus terlena. Walaupun retina kedua-dua belah mataku seakan-akan merayu untuk aku terus menghalang cahaya daripada terus masuk ke ruangan vitreous chamber, tapi aku tidak menghiraukannya. Aku terus mengarahkan otot levator palpabrae superioris supaya menjalankan tugasnya untuk membuka kedua-dua kelopak mataku.

Selepas selesai berwuduk, aku kerjakan solat sunat sebelum subuh. Selepas bilal iqamat, aku jadi imam untuk solat fardu subuh pada hari itu. Walaupun pagi itu pagi Jumaat, aku tak baca surah as-Sajadah atas beberapa sebab. Pertama kerana aku tahu yang ia hanya sunat dan bukan wajib, kedua, sebab aku dah lama tak mengulang hafalan surah berkenaan. Aku takut kalau-kalau aku lupa & tersilap baca. Tak pasti kenapa hari ini tak sama dengan hari yang lain. Walaupun jika dihitung dari segi jangka waktu aku rehat semalam, sangat-sangatlah tak mencukupi. Yang pasti hari ini hari Jumaat, aku takkan biarkan hari ini berlalu dengan begitu sahaja. Agenda utama hari ini adalah ke Kuliah Tok Guru Nik Aziz!.

Bila selesai solat subuh, aku membaca al-Qur'an, mengulang beberapa ayat yang dah ku hafal. Selesai membaca qur'an. Aku balik ke bilik, untuk layari internet, objektif utama adalah untuk membaca berita Utusan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku diluar sana. Selain itu Harakah Daily pun aku layari, walaupun aku tahu Harakah Daily biasanya takde berita yang update di awal-awal pagi. Masa yang terluang aku cuba layari TVPAS.com, kalau-kalau ada berita berkenaan degan muktamay PAS di Perak atau setidak-tidaknya mendengar kulaih ustaz-ustaz dalam koleksi tazkirah TV berkenaan.

"Anta nak pergi tak kuliah Tok Guru Pagi ni?" tanyaku kepada rakan sebilik, akhi Hanafi.

"La, hari ni mana ada kuliah, kan Tok Guru pergi Perak, Hadir Muktamar di sana" Jawabnya.

"Ye tak ye jugak, ana tak terfikir pulak yang sekarang ni tengah muktamar" Balas ku kebingungan.

Perasaan dalam hati sedih sangat, sebab dah lama aku tak pergi kuliah Tok Guru. Tok Guru Menteri Besar Kelantan yang aku sayangi.

"Takpelah, lain kali kalau ada masa aku pergi" hatiku cuba memujuk diri sendiri.

Pagi itu aku ambil keputusan untuk balik ke rumah. Rindu rasanya kepada keluarga tercinta. Perjalanan 15 pulang ke rumah tidak aku sia-siakan. Suara bacaan al-Qur'an Sheikh Syuraim Imam Masjidil Haram jadi teman dalam perjalanan. 15 minit mengikut tempo Sheikh Shuraim dah berapa muka surat al-Qur'an dapat ku dengar. Semoga ada munafaat untuknya dunia akhirat.

Bertemu dengan Abang Din

Sebaik sahaja melepasi jambatan Sultan Ismail Petra, aku terserempak dengan seorang pemuda. Kesian sunnguh aku melihat akan nasibnya, matanya buta. Dengan hanya menggunakan tongkat yang ada pada tangannya dia cuba untuk melintas jalan. Kereta bergerak tak putus-putus. Tiada siapa berhenti untuk memberi bantuan. Sebagai seorang muslim, tentunya hatiku tidak senang melihat saudara seagama dalam kesusahan. Itulah yang diajar baginda Rasul tercinta.

Aku masih punyai banyak masa. InsyaAllah aku akan bantu apa yang termampu. Waktu itu abang tu berdiri betul-betul di tengah jalan. Walapun bahaya, aku mesti mengambil risiko tersebut asalkan aku dapat bantu dia. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Aku bertanya kepadanya
"Abang nak pergi kemana"?

"Nak seberang jalan, abang nak balik rumah dik" jawabnya. Melihat mukanya menyebabkan hatiku sayu.

"Rumah abang kat mana?" tanyaku lagi.

"Kampung Pohon Tanjung" jawabnya.

Memikirkan masa untuk solat Jumaat masih lama lagi, aku mengajaknya naik moto aku supaya bolehku hantar dia balik rumah.

Dalam perjalanan, aku sempat berbual-buat dengannya. Dia perkenalkan dirinya sebagai Zul Khairuddin. "Saya panggil abang Din ye"

"Ya" jawabnya

"Boleh saya tahu, mata abang tak nampak sejak bila lagi?" aku cuba mengelak daripada menggunakan perkataan buta untuk pastikan hatinya tidak tersinggung.

"Sejak kecil lagi, Dr pakar kata masalah dengan saraf. Kalau masalah pada manik, doktor kata boleh tukar yang baru, tapi masalahnya adalah pada saraf" Jelasnya kepada aku. Dia tak tahu yang dalam masa setahun lagi aku akan jadi seorang doktor (insyaAllah bi iznillah). Rasanya tak perlulah untukku jelaskan siapa diriku kepadanya kerana aku yakin tiada yang boleh aku bantu untuk mengembalikan penglihatannya semua.

"Abang daripada mana tadi?"

"Daripada tempat kuliah Tok Guru katanya, tapi Tok Guru tak mengajar hari ni" katanya.

"Subhanallah, tabahnya hati abang Din" hatiku berbicara.

"Ya, hari ni ada Muktamar di Perak, itu sebabnya Tok Guru tak mengajar hari ni" Jelasku kepadanya.

"Ooo, patut la Tok Guru tak mengajar hari ni, pergi Muktamar rupanya" sahutnya.

Aku terus bawak moto ku menuju ke kampung abang Din, Kampung Pohon Tanjung. Jauh juga jaraknya daripada tempat aku ambil dia tadi.

"Selalu ke abang Din pergi Kuliah Tok Guru?" soalku lagi.

"Tiap-tiap minggu abang pergi" jawabnya.

"Subhanallah, tabahnya hati abang Din ni, matanya buta, tapi dia istiqamah dengan apa yang dilakukannya. Aku yang matanya celik ni pun jarang-jarang pergi kuliah Tok Guru"

Ingin saje aku menangis diwaktu itu, jauhnya diriku disisi Allah berbanding abang Din.

Bila dah sampai di satu persimpangan, aku bertanya arah mana rumahnya. Jawabnya "sebelah kiri, depan tu je, rumah kayu buruk tu"

Sekali lagi hatiku tersentuh dengan kata-katanya. Ya, itulah rumahnya, tak perlu aku jelaskan betapa da'ifnya rumah abang Din.

"Abang tumpang rumah adik ipar abang" jelasnya.

Aku turunkan dia betul-betul depan rumah kayu tersebut. Sebelum abang Din melangkah masuk ke rumahnya, aku cuba dapatkan beberapa keping duit seringgit yang ada dalam jubah yang aku pakai. Aku yakin yang aku ada masukkan beberapa keping duit kertas dalam poket tu seselum aku keluar bilik tadi. Tapi tak tahu kemana menghilang duit-duit tu, yang tinggal hanya satu ringgit. Mungkin bukan rezeki abang Din.

Aku terpaksa mintak diri dulu sebab aku kena balik rumah untuk breakfast sebelum pergi solat Jumaat.

"Terima kasih dik" itulah lafaz terakhir yang aku dengar daripada abang Din.

Aku doakan semoga abang sentiasa dalam rahmat Allah Ta'ala hendaknya. Biarlah dia buta didunia, tapi di akhirat dia tergolong dikalangan orang-orang yang berjaya. Doa itu untuk diriku juga, insan yang Allah masih berikan nikmat penglihatan.

-al- Allah Matlamat Kita!...

Jumaat / 15 Ogos 2008 / R308, DN Putera, USMKK

1 comment:

Anonymous said...

org buta itu matanya jauh dari melihat perkara maksiat yg blh mrskkan hati dan menghilangkan keberkatan ilmu....


Sabda Nabi S.A.W
barangsiapa yang menempuh perjalanan krn mencari ilmu
kelak Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga.