Seronok sangat tengok satu cerita kanak-kanak setiap hari 2.30-3.00 petang di TV9. Wonderpets, itulah tajuknya. Walaupun cerita kanak-kanak, tapi Al suka sangat tengok cerita tu, tak tahu kenapa. Mungkin sebab Al suka akan mesej cerita iaitu 'berkerjasama' dan itulah yang didoktrinkan dalam pemikiran anak-anak apabila mereka menonton cerita tersebut.
Jalan ceritanya lebih kurang sama sahaja bagi setiap episod. Tiga ekor haiwan peliharaan iaitu arnab, kura-kura dan anak itik yang dipanggil wonderpets tinggal di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Mereka akan menerima panggilan telifon apabila ada haiwan di luar sana yang dalam kesusahan. Mereka akan keluar dari tempat tinggal mereka untuk menyelamatkan haiwan tersebut. Setiap kali mereka mereka bekerja untuk membantu mereka yang dalam kesusahan, Wonderpets menekankan konsep berkerjasama. Sangat jelas mesejnya iaitu berkerjasama.
Dulu Al pelik kenapa anak saudara Al (muhammad Rahimi), suka sangat nyanyi lagu 'wonderpets'. Daripada mana dia belajar Al tak tahu. Dia sekolah Mawaddah (tadika agama), biasanya lagu-lagu yang diajar juga berunsurkan kerohanian. Bila tengaok cerita Wonderpets tu barulah Al tahu yang dia belajar daripada TV9 rupanya. Sebab minat sangat cerita tu, terus hafal lagu cerita tu. Apa-apapun bagi Al, lagu ni memang bagus untuk diajar di pusat asuhan kanak-kanak, mesej 'berkerjasama' yang ada didalamnya sangat baik untuk dipupuk dalam jiwa anak-anak kita.
Al pun sampai terhafal lagunya...ini antara lirik yang sering diulang-ulang Wonderpets
wander pets (2x) dah berjaya
membantu anak ****** yangkesusahn
kami tak besar dan kami tak kuat,
bila berkerjsama semua jadi mudah.
yeee..wonderpets!....
Dalam kehidupan kita seharian juga, kita perlu mengaplikasikan konsep berkerjasama dalam setiap tindakan. Begitu juga dalam konteks dakwah, berkerjasama sangat penting dalam memastikan gerak kerja berjalan lancar dan mencapai impak maksimum. Dan perlu kita ingat yang Allah Ta'ala suka orang-orang yang berkerja bersama-sama atau dengan kata lain berkerja secara berjemaah dalam gerak kerja Islam. Itu sebabnya Allah Ta'ala berfirman dalam surah al-Saf ayat 4 :
"Sesunggunya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang kukuh"
Wallahu'alam
-al- Al takde apa-apa saham dalam TV9
Selasa / 12 Ogos / R308 Nurani Putera
2 comments:
Assalamualaikum
'Apa paling penting? KERJASAMA'...jawab arnab, kura-kura dan anak itik yang comel... sungguhpun hanya mengisahkan sekawan haiwan, mesej yang disampaikan perlu dicontohi...saya pun terhibur menonton rancangan ni walaupun pada kali pertama tergelak kecil pabila mendengar laungan 'KERJASAMA'..Kadang2, arnab dan kura2 dirumah menjadi pelakon wonderpets saya dan adik2 dirumah..
Take home massage:
Ayuh,jadilah'wondermuslim'....
Apa paling penting? KERJASAMA...
(rindunya pada arnab dan kura-kura kat rumah)
saya un suker tengok citer tu
pengaruh adik2 saya
2 orang tu asyik nyanyi lagu tu
pastu br tahu ader citer tu
baru2 ni
balik umah pun saya tengok
actually citer tu banyak moral of the story
harap adik2 saya dapat ler pengajaran
selain lagunya yg best tu
setuju dgn nooraniza
be a wondermuslim
Post a Comment