Tuesday, August 26, 2008

Doktor & Makanan Segera

Dulu sewaktu di sekolah, orang tua kita sering berpesan, jangan amalkan makan makanan segera (Maggie, Ruski dll). Kata mereka, doktor pesan jangan makan sebab ia akan menyebabkan otak jadi lembab.

Bila dah masuk ke fakulti perubatan, pesanan itu seakan-akan dilupakan. Maklumlah, kita dah besar panjang, lagipun kita sendiri belajar ilmu perubatan dan selama ini kita tak pernah pula diajar oleh para pensyarah tentang bahayanya makan makanan segera.

Hakikatnya, jika diperhatikan, ramai siswa/i perubatan sendiri makan makanan segera hampir setiap minggu. Ada yang lebih dahsyat, makanan segera dijadikan hidangan makan malamnya setiap hari. Persoalannya kenapa? Ada beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebab kenapa perkara ini berlaku, antaranya :

1- Nak jimat, makan makanan segera jauh lebih jimat jika dibandingkan dengan makan nasi.
2- Sedap. Sesetengah mee segera sangat dimininati oleh sesetengah siswa/i disebabkan kelazatannya.
3- Malas atau tak sempat keluar bilik/asrama. Ni juga salah satu faktor penting kenapa sesetengah siswa/i perubatan menjadikan makanan segera sebagai pengganti makanan ruji.
4- Ketagihan. Unsur-unsur ketagihan juga mungkin menjadi penyebab kenapa mereka suka sangat makan makanan segera.
5- Dan lain-lain...

P/s :Bayangkan sahabat-sahabat, suatu masa nanti ada doktor pakar makanan segera. Ada isteri doktor yang juga seorang doktor menghidangkan kepada keluarganya makanan segera untuk makan malam. Wallahua'lam..

Rabu / 26 Ogos 2008 / R308, Nurani Putera, USMKK

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Al..sbb tu la takde doktor makanan segera sbb dh ade nutritionist..itu la keje wani lepas ni..macam mane nk didik orang pilih makanan berkhasiat kerana sejak wani belajar di matriks, wani tak pernah usik makanan segera..dh hampir 5 tahun..yehh..Al pon kene la jaga makan tau sbb makanan yg elok utk peribadi yang elok..alahh..takkn ade isteri yg smpi hati nk hidang makanan segera utk famili dia..hehe..Ingat tau..makan la makanan yg berkhasiat..

Anonymous said...

Salam wbh...
Hmm bab makan makanan segera di kalangan Dr, mcm dah biasa, majority kerana alasan nak cepat..kdg2 sebab dah bosan dgn mkn asyik2 tu je...tapi rasanya, sesibuk isteri kalo seorang Dr pun, even after oncall pun, paling dia suruh suaminya pergi beli makanan kat luar, hehe. Tapi, sebenarnya ye, andai Imam Syafii masih hidup, mesti dia geleng-geleng kepala dah, generasi sekarang kalo bab makan dah kurang pengawasannya...kadang2 faktor tidak melekatnya ilmu, n susah melekatnya ilmu, itu pasti ada salah di makanan kita....Tepuk perut, tanya selera...:) Wallahua'lam