Monday, August 18, 2008

Kecurian Dalam Kampus USMKK - Apa Penyelesaiannya?

Pagi tadi, satu lagi kes kecurian laptop berlaku di Nurani Putera. Beberapa minggu yang lepas perkara yang sama berlaku dan apa yang menyedihkan, kedua-dua kejadian ini berlaku kepada sahabat Al satu batch (final year). Itu tak cerita lagi tentang sahabat Al yang dah dua kali motosikalnya dicuri di dalam kampus ni. Apa nak jadi dengan kampus ni pun tak tahu. Kampus sejahtera tapi penuh dengan sengsara!

Al tak boleh bayangkan macam mana sahabat Al yang kuat study tu nak teruskan perjalanan hidupnya dikampus ni tanpa laptopnya. Sungguh kejam perbuatan si pencuri durjana!

Sahabat-sahabat, ketahuilah yang semua ini takkan berakhir sehinggalah hukum had (hudud) yang ditetapkan Allah Ta'ala dilaksakan di negara tercinta ini. Potong tangan mereka yang mencuri, hanya itu balasan yang setimpal untuk mereka dan hanya itu sahajalah jalan penyelesaiannya.

Mungkin ada yang terfikir, hukuman ini kejam. Tapi sahabat-sahabatku sekalian, Allah yang menciptakan kita semua. Sebagai pencipta, tentulah Dia lebih memahami akan kebaikan & keburukan untuk apa yang dicipta. Kita tak akan rasa betapa adilnya hukuman Allah itu sehinggalah harta benda kita sendiri yang dicuri mereka. Al yakin, jika ditanya mereka yang laptop atau motosikal mereka dicuri, mereka mesti bersetuju dengan hukuman potong tangan yang disyariatkan oleh Islam ini.

Firman Allah Ta'ala :

"Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." al-Maaidah : 38

Pesnan buat si pencuri...

Jangan ingat yang anda akan terlepas selama-lamanya. Jika tidak di dunia, pasti di akhirat sana kamu akan merana. Serahkah kembali harta saudara seagama & bertaubatlah sebelum dibakar api yang panas menyala.

-al- Ya Allah tabahkanlah hati sahabat-sahabatku yang kehilangan laptop mereka. Sesungguhnya kami memahami yang hati mereka dalam kerisauan.

Rabu / 2.35 pagi / R308 Nurani Putera USMkk

1 comment:

Imran MRSMPC said...

salam abang Al..

maaflah tapi nk tumpang tanya.. kat usmkk tu abg Al amik medical science tu sama eh dengan MBBS? nanti kuar jadi doktor jugak eh? Apa beza medical science dgn MBBS ek?

Saya bakal ambil SPM hujung tahun ni. teringin sangat nk buat medic. Harap abg Al boleh jelaskan.

thanks..