Friday, April 25, 2008

Akhi, akanku sentiasa merinduimu...

Dulu, ana terpaksa menerima pemergian akhi Fadhli. Hari ini sekali lagi ana terpaksa menerima satu hakikat, hakikat pemergian akhi Ridhwan. Kedua-duanya mempunyai banyak persamaan. Mereka pernah bergelar pimpinan kampus, mereka pimpinan yang bagi ana sangat berkarisma. Akhi Fadhli dengan MPPnya, akhi Ridhwan dengan PSKnya. Kedua-duanya sahabat yang ana kagumi.

Kepada akhi Fadhli,
Masihkah akhi ingat akan kerja-kerja yang kita pernah lakukan bersama dulu? Masihkah anta ingat akan senjata biologi yang pernah kita cipta? senjata yang ana sendiri terpaksa jadi bahan ujinya? Masihkah anta ingat akan OT, operasi yang kita pernah lakukan bersama. Kebanyakan operasi yang kita lakukan bersama sangat tinggi risikonya. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

Ya, semua orang tak faham apa yang ana maksudkan, kerana hanya ana dan anta dan beberapa sahabat lain sahaja yang tahu. Ingatlah, apa yang kita lakukan hanyalah kerana satu tujuan, untuk mencapai redha Tuhan.

Akhi, masihkah anta ingat saat-saat kita bersama ke kuliah Tok Guru Nik Aziz? Ketahuilah akhi, ana masih ingat akan kata-kata anta. Anta pernah kata, "Nanti kalau dah kerja, tentu kita sibuk. masa tu, ana tentunya tak sempat lagi nak hadiri kuliah tok guru dengan anta". Ana kata, "kenapa tidak? nanti bila anta dah kerja walaupun jauh daipada Kelantan, anta boleh naik flight setiap hari jumaat untuk hadiri kuliah Tok Guru ni, kita jumpa disini setiap jumaat ". Ana ingat lagi yang anta tersenyum mendengar kata-kata ana tu. Senyuman yang sangat-sangat ana rindukan.
Akhi sudah lama ana tak dengar kabar berita daripada anta? kemana anta menghilang? berkali-kali mesej ana dihantar, anta tak pernah reply. Kemana anta menghilang akhi? Ana bertanyakan akhi Ridhwan tentang anta kalau-kalau dia tahu dimana anta, malangnya diapun kata anta tak dapat dihubungi. Akhi, di mana anta? Kenapa tinggalkan ana tampa sebarang berita? Apa masalahnya akhi? Apakah ana melukakan hati anta. Jika ya, maafkanlah ana akhi.
Kepada akhi Ridhwan,

Ana mengenali akhi sejak Matrik. Bagi ana, akhi tentunya berbeza dengan sahabat-sahabat yang lain kerana anta adalah hasil tarbiah Sekolah Agama Falahiyyah. Akhi, ana tak pernah bagi tahu anta yang ana pernah di "reject" Falahiyyah suatu ketika dahulu. Maklumlah keputusan UPSR ana tak sehebat anta. Ana merajuk, terus ke Maahad. Walaupun ana tak pernah menyesal di menjadi siswa Maahad, malah rasa bangga denganya.

Akhi, kadang-kadang ana rasa cemburu melihat keakraban sahabat-sahabat Falahiyyah. Selalu juga ana bergurau dengan mengatakan yang Falahiyyah adalah assobiyyah. Ketahuilah ia hanya gurauan. Ana kagum ukhuwwah yang dibina Falahiyyah. Walaupun Maahad juga tak dinafikan hebatnya dari konteks tarbiyyah.

Akhi, masa di Matrik, ana cukup kagum dengan anta. Anta pimpinan Kolej Matrikulasi Perak. Masa di USM, anta juga seorang pimpinan. Mungkin anta dilahirkan untuk memimpin. Ana cukup kagum dengan anta. Bukan memuji, tapi ia suatu realiti. Walaupun kita selalu bertikam lidah sewaktu mesyuarat, ketahuilah ana suka cara anta berfikir. Anta selalu berfikir kritis dan proaktif.

Akhi, sekarang kita terpaksa berpisah. Ana doakan anta selamat dunia akhirat. Doakan kejayaan ana juga akhi. Ana minta maaf kiranya sepanjang perkenalan kita, pernah ana mengguris hati anta. Akhi, ana mungkin tak pernah lafazkan kata-kata ini pada anta. Mungkin disebabkan ana malu dan segan. Tapi ana tak dapat sembunyikan hakikat yang ada dalam diri ana.

"ANA SAYANGKAN ANTA"
Ana akan sentiasa rindukan kenangan kita bersama. Ketahuilah akhi. Semasa ana menulis, ana tak dapat tahan sebak didada. Ana teringat kenangan ana bersama anta dan akhi Fadhli. Ana rindu sangat pada antuma. Akhi, ingat pesan ana, jangan lupa akan tarbiah, jangan lupa akan usrah. Walau dimanapun anta berada, laksanakan tugas dakwah kerana itu tanggungjawab kita pada ummah.

Akhi, ana doakan agar kita dipertemukan kembali di syurga nanti.

p/s: ana sayangkan anta.

"4JJl ghoyatuna"

"Menjalin Ukhuwaah, Membina Daulah"

Menanti subuh
-al-
4.05 pagi
26 April 2008
R308, Desasiswa Nurani Putra

2 comments:

Anonymous said...

fadhli n ridwan tu gi mana?????

ismadi 0179505297

Anonymous said...

diaorang masih di kelantan, tapi al tak boleh jumpa lagi mereka seperti dahulu.

Akhi Fadhli sekarang kerja di PTPL sebagai tutor. Akhi ridhuan kata dia jadi RA dekat pusat genom.

wallahu'alam...