Tuesday, April 1, 2008

Dimana Menghilang Semua Jentera Pilihanraya?...




Semalam alhamdulillah, ana sempat berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu Bandaraya Islam. Walaupun perayaan ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan pada tahu ini kurang persediaannya disebabkan kesan pilihanraya-12 yang lalu, namun suasana Kota Bharu Bandaraya Islam tidak kurang indahnya. Seperti tahun-tahun yang lalu, banyak lampu berwarna-warni ditepi-tepi jalan, pintu gerbang dan lain-lain lagi.

Namun dalam ke kemeriahan suasana di Bandaraya Inslam ini, ana cukup terkilan kerana masih ada insan-insan yang cuba mencemarkan suasana dengan kelakuan-kelakuan yang kurang sopan walaupun kemenangan Islam dinegeri ini telah dikekalkan. Kemeriahan malam sambutan hari keputraan sultan ini cuba diambil kesempatan oleh segolongan muda-mudi yang tidak bertanggungjawab. Ada yang keluar berdua-duaan lelaki perempuan bukan mahram, ada yang mendedahkan aurat ditempat awam tampa segan silu, ada yang menjadikan jalan raya sebagai litar untuk mereka berlumba haram dan lain-lain lagi.

Ana sempat ambil gambar untuk tunjuk kepada sahabat-sahabat semua bagaimana semakin menularnya masalah akhlak dalam masyarakat kita sakarang ini. Ini hanya sebahagian daripadanya. Banyak lagi yang mungkin ana tak sempat bertemu. Jika beginilah yang berlaku dalam bandaraya Islam. Bagaimana pula nasibnya dengan bandadaraya-bandaraya yang "kurang" Islamnya.

Rasa dihati mahu je ana tegur adik-adik kita ini. Apakan daya, iman ana tidak sekuat Umar, azam ana tidak seteguh Abu Bakar. Ana hanya mampu melahirkan rasa tidak setuju dalam hati walaupun dirikuu mengetahui yang ia adalah tanda diri ana punyai selemah-lemah iman.

Kadang-kadang ana tertanya-tanya, dimana pemuda-pemuda yang tak tidur malam ketika berkempen dalam pilihanraya yang lalu?. Di mana muslimat-muslimat yang berkerja tampa henti ketika berusaha mengekalkan kerajaan Islam ini pada pilihanraya yang lau?. Dimana Nisa'? dimana unit amal?.

Ana membayangkan betapa indahnya jika jentera pilihanraya yang lalu yang bermati-matian untuk mempertahankan ISlam dibumi Kelantan, turun bersama-sama menyelesaikan masalah ummat yang semakin membarah ini.

p/s: Al sayangkan negeri Kelantan Darul Islam ini.

"4JJl ghoyatuna"

"Membangun Bersama Islam & Iman"


-al-
1 April 2008
22.15pm
R308, Nurani Putera

No comments: