Tuesday, April 22, 2008
Yb Alif vs Yb Halimi - Satu Nasihat
Baru-baru ini Al terkejut apabila ada sahabat memberitahu tentang "pergaduhan" antara dua orang Yb kita di kampus kesihatan ini. Al tak pasti kenapa mereka bergaduh. Sebenarnya perbezaan pendapat di kalangan mereka dah lama Al tahu, cuma baru-baru ni Al dapat tahu yang ia dah jadi semakin serius.
Perang antara mereka semakin jelas apabila semua warga kampus boleh akses kepada blog kedua-dua Yb berkenaan. Pandangan & kritikan daripada kedua-dua Yb kita ni boleh dilihat secara langsung melalui blog mereka. Mereka saling pertahankan hujjah masing -masing yang seolah-olah enggan mengalah.
Al tak pasti siapa yang memulakannya dan apa punca masalah sebenarnya. Al tak menyebelahi mana-mana pihak, cuma Al ingin berpesan supaya mereka berdua masing-masing berfikir dengan matang sebagai seorang pimpinan. Apa guna kita sesama bangsa dan agama bergaduh, saling tuduh menuduh dan saling jatuh menjatuh?. Kenapa satu atau dua perbezaan pandangan, kita perbesar-besarkan sedangkan disana kita punyai banyak persamaan yang boleh kita satukan.
Secara peribadi Al cukup kagum dengan mereka berdua, Yb Alif dan Yb Halimi, begitu juga dengan Yb Sobri dab Yb Syaz. Kehadiran mereka dalam barisan kepimpinan universiti terutamanya dalam MPP, sedikit sebanyak mengubah lanskap politik kampus. Kalau dulu orang tak pandang MPP, ada yang kata MPP tak buat kerja, ada yang kata pilihanraya kampus hanya main-main sahaja. Namun ia ternyata berbeza, sekarang k-politik kampus semakin mendapat perhatian ekoran perjuangan mereka yang tidak kenal erti kesusahan. Tampa menafikan sumbangan MPP sebelumnya, MPP sesi ini nampaknya mempunyai kelebihan dalam konteks memberi sumbangan kepada siswa/i USMKK. Dengan kata lain, MPP sesi kali ini lebih menyerlah berbanding sebelumnya. Banyak program yang mereka laksanakan dan banyak juga isu kebajikan yang mereka perjuangkan.
Yb Alif ada sumbangan, Yb Halimi juga ada sumbangan begitu juga dengan Yb2 lain. Tak perlu dinilai siapa yang lebih siapa dan yang kurang, kerana Yb2 berkerja dalam satu pasukan. Jika terdapat sebarang perbezaan pandangan, jangan sesekali ada unsur jatuh menjatuhkan. Bukankah Rasul mengajar kita supaya selalu berbincang untuk selesaikan sebarang pertikaian?
Ingatlah akan firman Allah Ta'ala:
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan dengan cara BERMENYUARAT sesama mereka, dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami beri kepadanya” (As-Syuara: 38).
Al nasihatkan kepada Yb Alif dan Yb Halimi, ikutlah sunnah dalam apa jua keadaan. Rasulullah bila ada masalah, baginda selalu berbincang dengan para sahabat untuk cari penyelesaian walaupun dalam apa jua situasi termasuklah ketika berperang. Sebagai pimpinan kampus, tentunya kita diajar untuk memisahkan kepentingan peribadi dan kepentingan awam. Jauhkan dari sifat dendam dan bersangka buruk sesama kita. Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w :
"Orang Islam adalah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lain daripada (kejahatan)lidahnya mahupun (kejahatan) tangannya..." - Hadis Riwayat Bukhari
Al mungkin tidak layak menegur Yb2 berdua kerana Al sendiri menyedari yang Yb2 jauh lebih hebat daripada Al, namun kita harus ingat kepada satu Hadis Rasulullah :
"Agama itu nasihat..."
Begitu juga dengan firman Allah Ta'ala:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya memberi peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman"
Wallahu'lam
"4JJl ghoyatuna"
P/s: Al minta maaf sekiranya tulisan ini mengguris hati mana-mana pihak. Ketahuilah, Al tiada kepentingan dalam menulis. Apa yang Al mahukan adalah kesatuan dalam ummat Islam. Al teringat akan wasiat kesepuluh Hassan al-Banna "sesungguhnya kerja yang kita perlua lakukan adalah jauh lebih banyak daipada masa yang kita ada". Al sayangkan Yb2 semua.
-al-
2.10 petang,
Rabu, 23 Aptil 2008
R308, Desa Siswa Nurani Putera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment